Sleeping Prince Love (✔Comple...

Por Choco_Lyn

2.2M 86.4K 1.9K

(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan... Más

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Epilog

Bab 25

37.8K 1.5K 14
Por Choco_Lyn

Setelah memeriksa keadaan Fikh, doktor perempuan bertudung itu terus mengukir senyum memandang Tengku Arifah. Sekilas itu, dia melirik pada Fikh yang sudah tidur di atas katil. Stetoskopnya di lipat lalu dimasukkan ke dalam beg kerjanya.

"Jadi, doktor Ayu? Macam mana?" soal Tengku Arifah dalam nada risau.

Sesekali dia menjeling ke arah Fikh yang sudah nyenyak diulit mimpi. Dia memang betul-betul bersyukur kerana Fikh sudah sesar dari komanya. Berbulan-bulan juga namun akhirnya Allah kembalikan Fikh padanya semula. Syukur, Alhamdullilah.

Cuma..

"Kalau kita bercakap kat luar boleh ke, Tengku? Saya takut perbualan kita akan mengganggu Tengku Fikh."ujarnya dalam nada hormat dan sopan.

Tengku Arifah menganggukkan kepala. Dia membetulkan selimut yang membaluti tubuh anak tunggalnya itu. Setelah itu, dia menuruti langkah Doktor Ayu keluar dari bilik. Dengan penuh berhati-hati dia mengunci pintu bilik lalu dia bersemuka dengan doktor muda itu.

"So far, keadaan Tengku Fikh semakin membaik cuma.. saya risau kan sesuatu. Setelah saya memeriksa keadaannya, saya dapati separuh daripada ingatan jangka pendeknya telah hilang. Apa yang berlaku beberapa tahun ni dia lupa." terang doktor Ayu dengan raut wajah berkerut risau.

Tengku Arifah mengeluh perlahan. Ya, dia pun sedar semua itu. Yang paling buatkan dia terkejut.. bangun bangun saja Fikh terus panggil Zyara sayang. Sedangkan mereka berdua tak pernah bersemuka sebelum ni. Hairan juga Tengku Arifah dibuatnya.

"Saya ada tanya beberapa soalan pada dia. Hampir kesemuanya termasuklah fasal Qurratun tapi dia langsung tak kenal siapa Qurratun.

Tapi, dia tahu yang dia sudah ada tunang. Saya rasa.. semua pemikirannya fasal Qurratun dan beberapa yang lain telahpun hilang dari ingatannya." ujar Doktor tersebut dalam nada sedikit hampa.

Tergamam Tengku Arifah dibuat nya. Kasihan betul Qurratun. Dalam banyak-banyak orang yang ada di sekeliling Fikh, kenapa Fikh perlu lupakan Qurratun? Sedangkan gadis itu lah yang tak sepatutnya luput dari ingatan Fikh.

"Tadi, Tengku ada kata fasal Zyara kan?"soal Doktor Ayu.

Tengku Arifah menganggukkan kepala. "Dia.. anak kawan saya. Dialah yang nampak Fikh sedar dulu." dalih Tengku Arifah. Dia tak mahu Doktor Ayu tahu latar belakang Zyara.

Walaupun sebenarnya tadi, dia sedikit kesal dengan perbuatan Zyara. Dia maafkan memandang kan Fikh pun sudah sedar. Mungkin, lepas ni dia perlu bertegas lagi pada Zyara tentang peraturan dalam rumah ni.

"Boleh saya tahu apa yang jadi?" ungkit Doktor itu mahu tahu serba sedikit.

"Saya tak tahu apa yang jadi antara mereka tapi yang saya dengar, Fikh panggil dia sayang. Sedangkan saya pasti sebelum ni.. mereka berdua tak pernah bersua muka. Jumpa pun tak, saya rasa." ujar Tengku Arifah.

Doktor Ayu sekadar mengangguk kan kepala.  Dahinya sudah berkerut seribu. Matanya meliar mencari punca.

"Mungkin, memang sebelum ni mereka pernah berjumpa cuma Tengku saja yang tak tahu.." tebak Doktor tersebut seperti yakin pada jawapannya.

Pada masa yang sama, aku menuruni anak tangga dengan perasaan serba salah. Ya Allah, apalah yang patut aku cakap pada Tengku Arifah.

Maaf Tengku, saya berjalan waktu tidur tadi. Sedar-sedar aje saya dah ada dalam bilik itu.. hmm.. logik ke?

Turun saja tangga, aku lihat Tengku Arifah bersama doktor yang selalu datang ke rumah. Rasanya, dia doktor peribadi kepada lelaki kurang siuman itu.

Ada ke patut dia panggil aku sayang? Gila ke? Entah bila pula aku terserempak dengan dia.. aku pun tak tahulah.. tapi, maybe aku pernah jumpa dia tapi aku lupa kat mana.

"Te-Tengku?"seruku dalam suara terketar-ketar.

Tengku Arifah dan doktor tersebut, sama-sama memandang ke arahku. Wajah Tengku Arifah sudah berkerut. Telan liur aku dibuatnya. Nampaknya Tengku Arifah betul-betul marah.

Nampaknya, aku terpaksa keluar dari rumah ni. Kerana perbuatan bodoh aku ni.. huh, kenapalah aku ni terlalu dungu sangat sampai buat benda merepek? Sepatutnya, aku jauhkan diri dari pintu tu.

Huh!! Sekarang, kat mana lagi tempat yang patut aku pergi? Di bawah jambatan? Di tepi jalan?

"Zyara, sini sekejap."arah Tengku Arifah sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya.

Dengan langkah putus asanya, aku mendekati mereka berdua. Aku sudah menggengam tangan erat. Kepalaku menekur memandang lantai. Aku kena sedia untuk dihalau keluar dari rumah ni.

"Awak Zyara?"soal doktor tersebut.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Wajah doktor itu aku pandang dengan senyuman tipis. Haih, nampak jelas muka lemah longlai ku.

"Boleh saya nak cakap sesuatu dengan awak? Kita berdua aje."pintanya.

Aku berkerut dahi. "Kenapa doktor?"soalku sedikit cuak.

"Ada benda penting yang saya bak tanyakan pada awak. Boleh kan?" ulang doktor itu dengan senyuman nampak gigi menghias di bibirnya.

Sepasang mataku memandang wajah Tengku Arifah. Wanita itu menganggukkan kepala seperti meminta aku untuk turuti permintaan doktor tersebut. Lalu, aku setuju.

"Boleh."balasku sepatah.
...
"Saya doktor Ayu, doktor peribadi Tengku Fikh." perkenalnya sambil menghulurkan salam perkenalan pada ku.

Aku senyum memandangnya. Tanpa was-was, aku menyambut salamnya. Kami berjabat seketika.

"Saya Zyara." aku hulurkan salam perkenalan ku pula.

Doktor Ayu sekadar menganggukkan kepala. Air teo panas yang terhidang di atas meja diteguknya dengan perlahan dan tertib.

Aku pula di hadapannya sudah cuak semacam. Nampak saja aku tenang di luar tapi kat dalam ni, hmm.. hanya Tuhan saja yang tahu macam mana risaunya aku. Mana taknya, doktor kot yang nak jumpa dengan aku.

"Sebelum ni, awak ada jumpa dengan Tengku Fikh ke?"soalnya memulakan bicaranya.

Aku mengetap bibir. Kepalaku masih ligat mengingati. Ya, aku pernah jumpa dia tapi aku lupa kat mana. Arghh.. sakitnya kepala aku.

Sebuah anggukan kecil aku berikn pada doktor Ayu. "Tapi.. saya lupa kat mana." balasku jujur.

Doktor Ayu berkerut dahi. "Erm.. boleh saya tahu awak jumpa dia kat mana?" pintanya dengan suara lembut.

Aku mengeluh perlahan. Wajahnya aku pandang dengan kening berkerut. "Saya dah beberapa kali cuba untuk ingat tapi saya tak boleh. Saya yakin saya pernah jumpa dengan Tengku Fikh sebelum ni." ujarku sedikit membentak.

Maklumlah, dah beberapa kali aku cuba untuk ingatinya namun masih tak boleh. Nampaknya, hantukan beberapa bulan lepas buat aku lupa tentang beberapa kejadian.

Akhirnya, doktor Ayu mengeluh perlahan. "Cuba awak tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya perlahan. Biarkan diri awak tenang dan lepas tu, ingat semula apa yang jadi." nasihat Doktor Ayu masih tak mengalah.

Aku ikut nasihatnya. Aku menarik nafas dalam lalu aku hembuskan perlahan. Dengan hati yang tenang, aku cuba ingati semula kejadian antara aku dan Fikh. Lama aku cuba sehinggalah.

Encik Baik Hati? Aku teringatkan tentang kejadian di hotel. Kejadian pertunangan dan semua yang berlaku hari itu. Ya, Tengku Fikh itulah encik baik hati yang sempat menambat hati aku..

"Kami jumpa semasa majlis pertunangan dia." balasku yakin.

"Awak buat apa jumpa dia kat sana?"soal doktor tersebut dengan dahi yang berkerut.

Aku mengetap bibir. "Saya ambil part time kat majlis itu. Lepas itu, saya jumpa dia untuk serahkan bajunya. Itu aje. Kami tak banyak bercakap." satu persatu aku jelaskan dengan terperinci.

Doktor tersebut menganggukkan kepala. Kemudian, dahinya berkerut memandang aku. "Selain itu, awak ada jumpa dia tak?" soal doktor itu makin jauh.

Aku terus menggelengkan kepala. Rasanya, aku tak pernah jumpa dia. Hmm.. ada ke?

"Tak ada." balasku pendek.

Akhirnya doktor tersebut mengeluh perlahan. "Macam ni Zyara. Sekarang ni, Tengku Fikh dah salah faham dan dia anggap awak adalah tunangnya."

Terlopong aku mendengar penjelasan Doktor Ayu. What?!
...

Seguir leyendo

También te gustarán

1.8M 61.7K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
2.2M 90.4K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
1.4M 55.3K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...