Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]

By fatinciara

56.3K 4.9K 763

[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Ked... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
E-book

Part 15

1.9K 123 23
By fatinciara

Bunyi ketukan di pintu membuatkan aku terbangun. Siapalah agaknya yang rajin sangat nak ketuk pintu bilik aku ni? Takkanlah Bryan kut? Telefon aku capai untuk melihat jam. Psh, awal lagi kut. Baru jam 3:45 subuh. Atau.. aku membetulkan rambutku yang berserabai. Takkanlah dia ketuk pintu sebab nak tidur dalam sini? Semalam aku ajak dia tapi dia menolak dan cakap yang dia nak tidur dekat sofa ruang tamu aje.

Aku bingkas turun dari katil lalu membuka pintu. Seperti yang aku jangka. Bryanlah yang mengetuk pintu tadi.

"Awak perlukan apa-apa ke?", tanyaku sambil menahan kantuk.

"Aku tak selesa tidur dekat atas sofa. Boleh tak.. aku tidur dalam bilik juga?"

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Itulah semalam nak jual mahal lagi. Aku memeluk lengannya tanda mengiyakan. Namun baru sahaja dia ingin melangkah, terdengar desisannya. Aku mengerutkan dahi.

"Awak sakit ke?" Aku membelek badannya namum tiada apa-apa yang luka.

"Kaki aku.."

Aku tertunduk melihat kakinya yang luka dan berdarah. "Ma.. macam mana boleh jadi macam ni?"

Dia hanya menggeleng membuatkan aku mengeluh sebal. Dia aku dudukkan di birai katil sebelum kotak kecemasan aku capai. Aku duduk bersila atas lantai. Kemudian kakinya aku angkat letak atas pahaku. Dia seperti tahu jadi dia terus melarikan kakinya namun aku tahan.

"Saya tak kesah sama ada awak selesa atau sebab saya nak ubat kaki awak sekarang ni", kataku tegas. Ubat sapu aku keluarkan lalu aku bubuh di sekitar tulang kering kakinya yang terluka.

"Sikit aje pun."

Aku mendongak memandangnya sekejap mendengar jawapannya. "Sikit aje tapi awak rasa sakit kan?"

Dia tak menjawab jadi aku dapat meneka jawapannya. Sakit. Macam manalah dia boleh terluka macam ni? Setahu aku, aku tak letak apa-apa benda tajam di atas lantai sebab aku takut dia akan terluka lagi-lagi dia tidak boleh melihat.

"Bagitahu saya, kaki awak terkena apa? Terhentak ke mana-mana ke?", tanyaku lagi setelah selesai mengubat kakinya. Kotak kecemasan aku letak ke bawah meja mekap.

"Rasanya terhentak ke tangga kut masa naik tadi."

Aku mengeluh perlahan. "Awak cari bilik ni eh?"

Dia hanya mengangguk. Aku bangun lalu duduk di sebelahnya. "Lain kali awak boleh panggil saya aje. Kalau awak asyik buat macam ni, awak akan terluka lebih teruk. Nasib baik saya dah letak ubat kaki awak tu. Kalau tak mesti dah lebam."

"Aku cuma tak suka susahkan orang."

"Tapi saya isteri awak, Bryan."

"Tahu tapi te.."

"Bryan, berhenti beralasan atau saya cium awak dekat sini."

Dia terus terdiam dan aku menampar mulutku sendiri. Apakah yang aku merepek sekejap tadi? Ah, malunya! Aku tak rancang pun untuk cakap macam tu. Aku cuma terfikir yang aku nak bagi dia amaran sebab bosan mendengar alasannya. Jadi kenapa pula aku sampai bercakap macam tadi?

"Emm.. awak nak tidur ke?" Aku cuba menukar topik walaupun aku dapat rasakan muka aku panas sekarang ni.

"Ya."

Aku membantunya berbaring sebelum menarik comforter sehingga paras dadanya. Dia hanya diam dan itu membuatkan aku berasa seperti hendak tergelak. Serius, adakah dia takut dengan amaran aku tadi? Pshh, tak mungkin aku mahu berbuat begitu.

"Bantal awak selesa ke?", tanyaku apabila melihat kedudukan bantalnya yang agak tinggi. Dia mengangguk.

"Boleh tak awak bercakap?", tanyaku mula berasa bosan dengan bahasa isyaratnya. Rasa gatal tangan aku nak patahkan leher dia tu.

"Boleh ke aku bercakap? Kau takkan ciu.."

"Saya cuma berguraulah, Bryan." Aku tergelak kecil mendengar soalannya. Dia seorang yang serius tapi lama kelamaan aku mengenali dia, dia rupanya tahu juga cara membuat lawak.

"Selesa."

Aku tersengih sebelum berbaring di sebelahnya. Aku tahu dia kekok apabila aku sengaja merapatkan lenganku ke lengannya, tapi aku juga kekok. Aku cuma sengaja supaya aku akan terbiasa tidur di sebelahnya nanti. Lagipun dia kan suami aku, takkanlah aku mahu terus berasa kekok dengan dia.

"Bryan, sekarang dah jam 4:30 pagi. Semalam awak mimpi apa?", tanyaku sambil meliriknya sekejap.

"Mimpi.."

"Mimpi apa?" Nada suaranya ceria dan itu membuatkan aku teruja untuk mendengarnya.

"Aku mimpi aku dapat melihat semula.."

Aku mengemam bibir mendengar ayatnya. Rasa bersalah itu kembali menjengah perasaan aku. Dia berdehem sebelum terasa tangannya memegang lenganku.

"Dan lepas tu, aku nampak kau. Tapi kau tak kenal aku. Aku tak tahu kenapa, tapi kau berubah jadi macam dulu balik."

Aku hanya diam mendengar ceritanya. Pelik juga kenapa aku tidak mengenalinya. Sedangkan aku selalu berharap akulah orang pertama yang akan berada di sisinya apabila dia sudah boleh melihat semula. Mesti masa itu akulah orang yang paling bahagia.

"Bryan.."

"Aku perlukan kau sekarang." Nada suaranya menjadi perlahan dan pegangannya di lenganku semakin kejap.

"Ap.." Aku cuba mengelak namun tidak berjaya. Nyatanya aku yang semakin kekok apabila dalam keadaan begini.

Adakah dia sudah boleh menerima aku? Aku menelan liur dengan nafas yang aku tahan supaya dia tidak menyedarinya. Aduh, aku betul-betul tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. Aku tak menjangka yang kami akan jadi serapat ni sedangkan sebelum ni dia dan aku seperti anjing dan kucing yang pantang bertemu.

Aku menghela nafas perlahan sebelum menaikkan sebelah lagi tanganku lalu menggenggam tangannya yang berada di lenganku. Perlahan aku menepuk seakan mendodoinya. Aku tahu dia belum tidur tapi aku beranikan diri.

"Saya akan berada di sisi awak, saya janji", kataku perlahan.

Dia tidak menjawab tapi aku dapat mendengar hela nafas leganya.

***

Selesai bersarapan, aku dikejutkan dengan kedatangan Kai. Katanya ini sebagai kejutan tapi aku berasa lebih daripada terkejut. Apatah lagi apabila Kai mula bertanyakan tentang Bryan. Mahu tidak mahu aku terpaksa jujur dengan mengatakan yang Bryan adalah suami aku. Tapi aku tidak pula bercerita tentang perkahwinan kami tanpa cinta itu sebab aku tidak mahu Kai salah faham.

"Kenapa kau tak jemput aku?" Kai seperti berjauh hati dengan nada suaranya yang lirih semacam.

Aku melirik Bryan sebentar sebelum menghela nafas perlahan. "Maaf, tapi aku ingatkan korang dah berpindah. Lagipun aku tak tahu nombor telefon kau."

Ya, alasan ni masuk akal.

Kai mencebikkan bibirnya sebelum tersenyum. Lega aku melihatnya. "Tak apa, yang penting kawan aku dah bahagia."

Aku mengangguk. "Jadi kau datang sini untuk apa?"

"Saje je nak jenguk korang. Aku ingatkan kawan yang kau maksudkan tu perempuan jadi dapatlah aku berkenalan, rupanya suami kau."

Aku tergelak kecil. "Gatal."

"Hei, kasihanilah aku yang dah sekian lama membujang ni."

Kami tergelak serentak kecuali Bryan yang hanya diam sahaja. Emm mungkin mood serius dia datang balik jadi aku hanya biarkan. Kai banyak bertanya tentang macam mana aku bertemu dengan Bryan. Lepas tu macam mana pula kami boleh jatuh cinta dan akhirnya berkahwin. Kai juga bergurau dengan mengatakan yang kami pulang ke sini untuk berbulan madu.

"Aku tunggu keputusan Bryan kalau nak pergi berbulan madu", kataku sengaja supaya Kai mengalihkan soalannya kepada Bryan. Aku mahu Bryan bercakap.

"Oh, jadi Bryan. Kau nak bawa kawan aku pergi mana untuk berbulan madu nanti?" Kai memusingkan duduknya menghadap Bryan. Aku hanya memerhati.

"Emm.. terserah. Aku ikut aje keputusan Qis."

"Qis?" Kai memandang aku lama sebelum tersenyum. "Kau panggil kawan aku Qis? Well, that's was her special name, huh?"

Aku terkebil-kebil sejak tadi apabila Bryan memanggil aku dengan panggilan Qis. Aku tidak pernah sangka dia akan memanggil aku seperti itu jadi aku juga terkejut.

"Aku suka dengan nama Qistina dia tu", jawab Bryan lagi.

Kai terus mengusik aku dengan membuat muka serupa nak kena tampar dan disepak. Aku terus meminta diri ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari walaupun jam masih awal lagi. Aku dah tak larat untuk mendengar usikan Kai. Bryan tu pun sama. Buat perangai pula. Pshh!

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 70 11
Bila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia
3.2K 724 14
YURI KATSUNE - Sejarah keluarganya penuh dengan dosa. Darah menjadi mainan, nyawa seolah-olah tidak berharga. Namun, hidupnya kembali ke pangkal jala...
468 93 21
Saya selitkan cerita pendek random yang saya tulis di sini.
2.8K 8 2
A new version of 360 Day's will coming soon. Stay tune!