Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]

By fatinciara

56.3K 4.9K 763

[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Ked... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
E-book

Part 8

1.4K 155 24
By fatinciara

Aku terduduk lemah di atas lantai tanpa nak ambil peduli lantai ni kotor ke apa. Argh! Lepas satu beban kat bahu aku ni. Dari sudut mata, aku nampak perempuan tu sedang diangkat naik menggunakan pengusung. Ain pula cuma dibawa naik ke tingkat atas menggunakan tali. Dan..ah!

Bayi tu pula berjaya juga aku selamatkan dengan amatlah susah. Comel aje bayi perempuan tu aku tengok. Darahnya pun aku hanya lap guna kapas. Dah memang terdesak sangat. Aku pun dapat rasa tangan aku ni masih bergegar.

Bayangkanlah.. aku langsung tak pernah pun dapat latihan nak bersalinkan orang dan hari ni aku cipta rekod. Aku langsung tak ada kelulusan ni dah bantu perempuan tu bersalin. Nasib baik selamat.

Tepat bila bayi tu lahir barulah aku dapat dengar langkah pihak hospital masuk. Hurh! Geram aku! Lambat sangat nak gerak dan sampai.

"Bangunlah. Kita kena keluar dari tempat ni sebelum air hujan mengalir masuk"

Aku mendengus perlahan sebelum bangun mengemas segala peralatan ke dalam beg. Dengan malas juga aku bangun mengekor langkahnya. Dah hujan rupanya kat luar. Betullah macam apa yang aku fikirkan.

"Mana Sam?", tanyaku apabila baru sedar Sam tak ada.

Langkah aku terhenti bila dia berpusing menghadapku. Aku ditarik rapat ke badannya. Kemudian halmet di kepalanya dibuka lalu dipasang ke kepalaku. Aku cuma diam memerhatikan perbuatannya.

"Dia ada kat luar. Bantu angkat mangsa. Jom keluar." Dia dengan cekap melompat naik ke atas sebuah bongkah konkrit sebelum dengan selamatnya naik ke tingkat atas.

"Kepala kau akan terdedah dengan bahaya", kataku sambil memerhati kepalanya yang tak memakai sebarang perlindungan.

Dia menghulur tangan kepadaku untuk membantu aku naik ke tingkat atas. "Tak apa, aku tahu macam mana nak jaga kepala aku." Selamba aje dia jawab pertanyaan aku.

Cis, tak boleh ke elok sikit kalau jawab pertanyaan aku? Aku mendengus. Belum sempat aku sambut tangan dia, telinga aku terpacak. Kenapa aku dapat dengar bunyi tangisan anak-anak kecil?

Mukanya aku pandang. "Kau dengar tak? Aku dengar suara budak-budak nangis"

Dia memandang sekeliling namun suasana senyap dan sunyi. Aku yakin aku ada dengar suara tangisan tadi. Tangannya aku tepis sebelum berubah arah ke sebelah sana.

"Evelyn, kita kena keluar! Rasanya kejap lagi sisa konkrit ni akan runtuh! Evelyn, come back here!"

Suara kerasnya aku abaikan. Langkah tetap aku atur mengikut gerak hati. Suara tangisan tadi kembali menjengah telingaku. Aku yakin aku makin dekat dengan suara ni.

Walaupun aku tengah takut sekarang ni dengar kata-kata Kapten Bryan tadi, aku kuatkan juga semangat. Aku kena bawa budak tu keluar dari tempat ni juga. Aku nak pastikan dia selamat.

Tiba-tiba sisa konkrit di hujung sana runtuh mendadak. Aku yang panik terus berlari masuk ke dalam sebuah ruangan. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan lagi keadaan sekarang ni.

Ah!

Tangisan tadi kembali membuatkan aku berdiri mencari punca suara itu. Dan akhirnya aku jumpa dengan seorang budak lelaki kecil sekitar 6 tahun sedang duduk memeluk lutut di suatu sudut.

Aku pantas merapatinya. Bahunya aku tepuk perlahan. Apabila dia mengangkat muka, lenganku terus dipeluk erat. Mungkin dia tahu aku ni anggota penyelamat.

"Adik okey ke?", tanyaku sambil tangan membuka halmet di kepala lalu aku pasang ke kepalanya.

Sempat jugalah aku teringat sekejap bila memikirkan halmet ni yang asyik berpindah pemakai. Asalnya halmet Kapten Bryan, lepas tu pindah ke aku dan lepas tu pindah ke budak ni.

"Ok..ey..", jawabnya terbata-bata. Mungkin takut.

Baru aku nak bawa dia keluar, terasa seluruh kawasan bergegar dan sisa konkrit mula runtuh. Aku yang langsung tak tahu apa nak buat cuma mampu tarik tangannya berlari mencari jalan keluar.

Aku rasa seolah-olah sekarang ni tengah berlaku gempa bumi dengan keadaan yang begegar dan runtuhan sisa konkrit. Budak ni aku terus tarik ikut aku walaupun aku sendiri tak tahu nak pergi arah mana. Kapten Bryan aku dah tak tahu ke mana dan aku tak ada masa nak tunggu dia datang selamatkan kami. Mungkin juga dia dah keluar dulu.

Dalam keadaan kelam-kabut kaki budak ni tersepit pula di celah-celah besi keluli. Argh! Dalam keadaan macam ni pulalah nak tersepit bagai. Aku tunduk cuba untuk mengalihkan besi keluli tu ke tepi supaya kaki budak ni terlepas.

Namun gagal. Apahal besi keluli ni je pun aku tak boleh angkat? Dahlah keadaan cemas macam ni, tambahlah buat aku panik. Budak tu juga sedaya upaya menarik kakinya namun masih gagal. Argh! Rasa macam nak gila aje tak! Tangan aku dah bergegar bila sedar keadaan kami sekarang ni memang dalam bahaya.

Aku yang tengah bersungguh nak alihkan besi keluli ni terkejut mendengar bunyi geseran di atas. Perlahan kepala aku dongak ke atas dan.. sebuah bongkah konkrit besar bergantung di atas yang bergoyang perlahan. Tinggal menunggu masa sahaja nak jatuh.

Aku menelan liur. Bila-bila masa aje bongkah tu akan jatuh ke atas kami. Kalau aku alih badan, budak ni akan mati tertimpa bongkah tu sebab kaki dia masih tersepit. Tapi kalau aku tak alihkan badan.. Aku tak tahu nak bayangkan macam mana lagi.

Dah tak ada masa. Tangan laju aku gerakkan. Semua tenaga aku kerah untuk mengalihkan segala besi keluli ni. Lain fikirlah pasal keadaan bahaya sekarang ni. Yang aku tahu aku tak nak budak ni mati. Tu aje.

"Eve, watch out!"

Tanganku terhenti dengan kerjanya bila mendengar amaran keras itu. Seolah-olah aku dapat agak, jeritan suara itu memberi amaran bahawa bongkah di atas dah terlepas daripada besi dan terjatuh.

Aku terus tunduk memeluk budak tu erat untuk melindungi dia. Mata aku pejam takut. Sedaya upaya juga aku terima dengan apa yang akan berlaku seterusnya.

Bunyi jatuh bongkahan itu makin dekat.

Sesaat sebelum aku dengar bunyi jatuh bongkah tu menimpa aku, terasa tubuhku dipeluk dari belakang dan kepalaku ditarik ke dalam dakapannya pantas sebelum..

Bukk!!

Mata aku tercelik luas. Bongkahan konkrit yang jatuh tadi ditolak jatuh ke tepi. Apa yang berlaku tadi? Kenapa aku tak rasa sakit? Perlahan telinga aku menangkap keluhan kecil yang kesakitan di telingaku.

Pelukan di badanku terungkai dan aku laju menoleh ke tepi melihat tubuh itu terbaring lemah. Aku tercengang dan tergamam. Kapten..Bryan?

"Kapten!", jeritku sambil mendapatkannya yang sudah terbaring dengan kepala yang berdarah.

Budak tu pula hanya duduk sambil memerhatikan aku dalam keadaan terkejut.

"Kapten!", panggilku lagi namun dia tak membalas.

Kepalanya aku pangku. Tangan aku tekap ke belakang kepalanya cuba untuk menahan darahnya agar tidak mengalir keluar. Dia hanya terbaring dengan mata terpejam.

"Kapten!" Entah kenapa aku rasa nak nangis melihat keadaannya sekarang.

Dia lindungi aku masa bongkah tu nak jatuh walaupun dia tahu risiko bahayanya memang tinggi sebab dia tak memakai halmet keselamatan. Kenapa?

Budak lelaki tadi pun akhirnya menangis. Argh, aku tak ada masa nak pujuk dialah. Beg aku rungkai dari badan dan dengan bersusah payah zip aku buka hanya menggunakan sebelah tangan sebab sebelah tangan lagi aku masih tekap ke belakang kepalanya.

"Kapten.. bertahan..", bisikku sambil menarik keluar segulung kain kasa lalu aku balut di sekeliling kepalanya.

Setelah itu, aku memeriksa nadi dan vitalnya. Nadinya langsung tak berdegup dengan normal macam biasa. Aku dilanda risau bertambah-tambah.

Bibir aku gigit sambil memerhati keadaan sekeliling. Mana tahu ada ahli pasukan yang lain atau laluan keluar. Laluan keluar ada, tapi aku tak larat nak angkat badan dia ni.

Ah, kenapa bertimpa-timpa masalah hari ni? Kalau ada apa-apa yang berlaku dengan dia aku langsung tak akan dapat tenang. Dia buat semua ni sebab aku.

Cecair Gelafundin aku keluarkan sebelum aku sedut masuk ke dalam suntik. Lengannya aku suntik berharap agar cecair ubat ni mampu menambah darahnya yang semakin berkurangan.

Dalam keadaan gelap macam ni terpaksa juga aku besarkan mata untuk buat semua ni. Aku tak nak terjadi apa-apa dengan dia. Aku rasa aku terhutang budi dengan dia walaupun selama ni kami selalu bertekak tak tentu pasal.

Bunyi walkie talkie mengingatkan aku dengan benda alah ni. Lantas aku keluarkan walkie talkie dari poketku.

"Where are you guys? Dr. Evelyn? Captain Bryan? Please answer me!"

Itu suara Sam. Aku pasti. Aku terus menekan butang. "I'm Evelyn. Please go down here, we're trapped. Sam, please hurry up! Captain.."

Nada suara yang aku cuba kawal jadi tak keruan bila badannya yang langsung tak bergerak aku lirik. "Sam.. cepat.."

***********

Aku terduduk lemah di kerusi sambil mengemam bibir. Air mata aku tahan agar tak mengalir keluar. Kepala yang sakit aku tundukkan sekali gus tangan dan pakaianku yang berlumuran darah menjadi tatapan aku. Ah! Kenapa semua masalah ni terjadi kat aku?

Semua ni salah aku! Salah aku! Salah aku sebab aku tak dengar arahan dia! Aku tak hiraukan bila dia larang aku! Kalau aku tak berkeras nak selamatkan budak tu mesti semua ni takkan jadi! Kalau aku tak berkeras untuk lindungi budal tu mesti dia takkan beriya untuk lindungi aku masa bongkahan konkrit tu jatuh!

Sebab tulah.. dia jadi macam ni. Sampai sekarang aku masih tak dapat nak terima hakikat bila dengar keputusan pemeriksaan doktor kejap tadi. Aku bersalah. Aku yang bersalah. Budak tu tak salah. Budak tu memang tak bersalah.

Apa yang aku nak buat? Apa yang aku nak buat untuk tebus semua ni? Apa yang perlu aku buat untuk hilangkan rasa bersalah aku ni? Apa yang harus aku buat untuk kembalikan keadaan dia balik?

"Evelyn"

Aku mengangkat muka. Lina datang menghampiriku lalu bahuku diusap perlahan cuba menenangkanku. "Jom masuk. Kapten dah sedar tu"

Aku menggeleng laju. "Saya tak bersedia lagi. Saya tak tahu nak cakap apa nanti dengan dia. Saya tak tahu nak hadapi dia macam mana. Saya rasa bersalah sangat..", kataku dalam nada separuh bergetar.

Tangan yang bergegar aku tarik lalu aku letak di bawah kedua belah pahaku. Tak nak Lina nampak. Aku tak nak nampak lemah. Walaupun saat aku memang amat lemah dan tak tahu nak buat apa.

Rasa bersalah ni.. masih tetap kukuh terpahat dalam dada aku. Lama sampai buat aku jadi nak gila. Rasa ni sakit sampai aku tak tahu nak jelaskan macam mana.

"Janganlah macam ni. Ketua yang saya kenal bukan selemah ni. Ketua yang saya kenal mampu hadapi apa jua keadaan walau payah macam mana pun", pujuknya lembut.

Aku menggeleng lagi.

"Evelyn.. saya yakin kapten pun takkan salahkan awak. Dia buat macam tu walaupun dia tahu risikonya sebab dia nak selamatkan awak. Janganlah macam ni. Jangan rasa bersalah sangat sebab dia pasti akan buat macam tu kepada sesiapa sahaja yang berada dalam bahaya. Awak.. orang ramai tu tanggungjawab dia."

Perlahan aku mencapai lengannya. Seperti faham, Lina berdiri lalu membawa aku masuk ke dalam wad VIP yang menempatkan dia. Lutut yang terasa goyang aku gagahkan melangkah.

Sebaik pintu dibuka oleh Lina... Tanganku spontan menekup mulut.

"Kapten.. Bryan.."

Dia aku tengok hanya duduk bersandar pada kepala katil dalam keadaan lemah dan pucat. Mata terbuka namun.. tak bergerak.

Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya pecah. Aku terjelepok di atas lantai lemah. Tangisan aku mula kedengaran. Lina pula keluar untuk memberi ruang kepada kami.

"Setelah pihak kami menjalankan pembedahan dan keputusan makmal, kami minta maaf sangat, Dr. Evelyn. Kapten Bryan, disahkan menghidapi penyakit buta sementara. Hal ini disebabkan pada ketika bongkahan konkrit tu jatuh, dia langsung tak pakai apa-apa untuk lindungi kepala dia. So masa kepala dia kena hempap tu, saraf di bahagian belakang kepala dia terganggu sebab tu la dia buta. Tapi dia bernasib baik sebab saraf yang lain tak terganggu dan buta pun hanya sementara. Pembedahan mata boleh dilakukan cuma saat ni tak ada penderma lagi"

Mengingatkan penjelasan kata-kata doktor tu tadi membuatkan tangisan aku makin kuat. Aku tak dapat nak kawal perasaan dan emosi aku sekarang ni. Aku tak tahu macam mana.

Dia

Buta!

"Maaf.. kan.. aku.."
____________________

Mata yang terasa sembab akibat kurang tidur dan terlalu banyak menangis aku kesat. Tubuh di hadapanku yang sedang lena aku pandang dengan nafas yang sesak. Setiap kali aku pandang dia, perasaan bersalah tu akan datang bertubi-tubi.

Apa

Yang

Perlu

Aku

Buat?

Patut ke aku jaga dia? Patut ke aku bertanggungjawab? Tapi.. kami kan tak sebulu? Selalu bergaduh walaupun hanya disebabkan benda kecik? Macam mana kalau dia marah aku? Macam mana kalau dia salahkan aku sebab aku buat dia jadi macam tu? Dia mampu terima hakikat ni ke?

Aku tersedar bila tubuh di hadapanku mula bergerak. Aku lantas berdiri menghampirinya. Lengannya aku pegang. "Kau okey ke?"

Tiada jawapan. Dia menarik lengannya sekaligus tanganku ditepis. Aku kemam bibir. Dia marah aku.

"Aku minta maaf."

Diam.

"Aku akan bertanggungjawab sebab buat kau macam ni."

Masih diam.

Aku menghela nafas perlahan. "Aku janji aku akan jaga kau. Beri aku peluang dan bagitahu aku apa yang perlu aku buat untuk dapatkan kemaafan kau. Aku tau kau marah aku."

Tiada respon. Dia masih kaku di situ. Terbaring dengan mata yang terkatup rapat. Marah sangat ke dia dengan aku?

"Kapten Bryan"

Tiada sahutan. Aku duduk di kerusi semula hampa. Dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Tapi.. aku faham. Memang sukar untuk terima bila tiba-tiba tak dapat melihat.. walaupun hanya buta sementara. Lagi-lagi kalau tak ada penderma. Aku sendiri dapat rasa derita yang dia tanggung.

Sebab aku. Entah macam mana dengan dia lepas ni. Kerjaya dan kehidupan dia. Setahu aku dia ni anak yatim piatu. Jadi? Macam mana? Siapa yang akan jaga dia kan kalau bukan aku? Aku yang menyebabkan dia jadi macam tu.

"Kau kena kahwin dengan aku sebagai syaratnya."

Terangkat kepalaku bila mendengar ayatnya itu. Spontan aku berdiri semula. Mukanya aku tenung dalam keadaan berdebar dan terkejut.

"Apa?"

Dia menghela nafas perlahan. "Kau kata kau akan jaga aku. Jadi kahwin dengan aku."

Aku menelan liur pahit. Besarnya harga yang perlu aku bayar? Sampai aku kena gadai hidup aku.

"I'm only give you one chance, Dr. Evelyn."

Aku diam. Kaku. Nak buat apa? Aku duduk di hujung kakinya. "Aku setuju kalau tu boleh tebus kesalahan aku."

Continue Reading

You'll Also Like

646 95 26
Book? 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘶𝘭𝘶...
938K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
5.8K 848 23
𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪 𝓜𝔂𝓵𝓵𝓲𝓪 𝓐𝓻𝓲𝓺 𝓝𝓪𝓲𝓶 Dua insan yang tidak mengenal erti mengalah. Kalau jumpa pasti ada pergaduhan antara mereka, seorang suka...