Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]

fatinciara

56.3K 4.9K 763

[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Ked... Еще

Prolog
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
E-book

Part 1

2.5K 159 19
fatinciara

"EMRS squad! We need you here, over!"

Aku pantas memakai beg khas perubatan lalu membetulkan topi di kepalaku.

Ada nyawa yang perlu diselamatkan. Ada nyawa yang memerlukan bantuan.

Dan tugas aku sebagai ketua. Tugas pasukan aku adalah memberi bantuan rawatan kepada anggota bomba atau mangsa yang mengalami kecederaan.

Dan malam ni, pasukan aku sekali lagi perlu menjalankan tugas. Tugas yang dipikul dengan penuh amanah dan perlu dijalankan sebaik mungkin.

Ya, kami adalah pasukan Emergency Rescue Medical Services ataupun EMRS yang diberi tanggungjawab untuk memberi rawatan kecemasan awal bagi mengurangkan mortality serta morbidity.

Aku sebagai ketua perlu bijak memimpin pasukan aku untuk menjalankan rawatan yang sesuai agar setiap yang masih bernyawa dapat diselamatkan.

"Okay team, are you guys ready?", tanyaku sambil berdiri di hadapan pasukan aku.

Kesemua 20 ahli pasukan aku mengangguk. Aku turut mengangguk. Inilah semangat yang dipupuk sejak kami menyertai pasukan ni.

Kami perlu sentiasa bersedia walau dalam apa keadaan sekalipun. Bila diperlukan, kami perlu ada untuk membantu.

"EMRS squad!"

Aku tertoleh ke tepiku. Pemandu khas kenderaan kami iaitu Kadet Azmir sedang berdiri sambil memberi tabik.

Aku berpusing menghadapnya. Kaki aku rapatkan lalu aku mengangkat tangan, menyambut tabiknya.

"Pasukan STORM memerlukan bantuan kita"

Spontan dahiku berkerut.

"Ha?" Kedengaran suara berjemaah daripada pasukan aku. Aku memegang tali begku.

Setahu aku pasukan kami hanya ditugaskan untuk bahagian pasukan bomba biasa aje macam HAZMAT dan yang lain. Ni kenapa pula tiba-tiba kami kena beri bantuan kepada pasukan hebat tu?

Pasukan STORM? Pasukan yang dilatih khas untuk turun padang hanya apabila berlaku keadaan darurat?

"Itu arahan daripada pihak atasan", katanya lagi.

Aku menelan liur. Apa ni? Hati aku mula jadi tak sedap. Selama tiga tahun aku berkhidmat, inilah kali pertama aku pasukan kami akan merawat pasukan hebat tu.

Wajah ahli pasukan aku pandang satu persatu. Masing-masing jelas menggambarkan kerisauan.

Akhirnya aku mengangguk. "Baiklah, kita akan ke tempat kejadian. E.M.R.S squad, ready!"

Serentak itu semua ahli pasukanku beratur lalu menempatkan diri ke dalam kenderaan kami dengan masing-masing memakai jaket khas berwarna jingga yang bertulis EMRS Squad di belakangnya dan membawa beg khas yang berisi pelbagai peralatan dan ubat-ubatan.

Kenderaan kami mula bergerak meninggalkan balai bomba.

Sedari tadi dadaku berdebar tak henti-henti. Aku menenangkan diri dengan menarik nafas beberapa kali.

Aku kena kuat dan bersedia walau siapa pun yang perlu diselamatkan. Justeru perasaan inilah yang aku hadapi setiap kali diarahkan untuk memberi bantuan kecemasan.

Sejak aku dinaikkan pangkat untuk menjadi ketua kepada pasukan ni. Aku selalu mengajar semua ahli pasukan aku agar bersungguh-sungguh apabila menjalankan tugas.

Semua tu penting agar apa yang diinginkan membuahkan hasil. Dan semuanya memang menepati kreteria sebagai ahli EMRS. Buktinya setakat ni kami tak pernah gagal dalam memberi bantuan.

Dan aku berbangga dapat menyumbangkan jasa buat negara yang aku cintai ni. Negaraku Malaysia.

"Kita dah sampai, squad"

Semua memandang aku dan aku mengangguk.

"Tali berwarna merah bagi mangsa yang kritikal. Tali berwarna kuning untuk mangsa yang hanya mengalami kecederaan awal. Dan tali berwarna jingga untuk anggota STORM yang cedera", jelasku memberi peringatan.

Memang itu yang selalu aku pesan setiap kali hendak turun ke tempat kejadian. Takut ada yang tersilap atau terlalu gementar sampai terlupa protokol khas kami tu.

Aku tak nak ada sebarang kesilapan. Bagi aku walaupun kesilapan tu hanya sebesar zarah, itu boleh membawa jesan yang besar.

"Baik", jawab mereka serentak.

Aku mengangguk puas hati sambil melirik jam di tanganku. Tepat menunjukkan pukul 2:00 pagi.

Kenderaan yang kami naiki berhenti.

Kali ni masa bantuan tiba ialah pukul 2:00 pagi.

Aku mendahului pasukan aku turun ke lokasi kejadian sebaik sahaja pintu dibuka dari luar oleh Kadet Azmir.

Aku memandang kawasan sekeliling. Gelap dan hanya diterangi oleh lampu khas yang dipasang pada halmet pasukan bomba dan lampu daripada pasukan PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat.

Nampaknya suasana amat genting. Aku membetulkan topiku sambil menghampiri ketua unit mencari dan menyelamat.

Inspektor Karim.

"Pasukan EMRS dah tiba tuan", kataku serius.

Dia yang baru menyedari kehadiranku pantas berpusing menghadapku.

"Baguslah kalau macam tu. Sebuah bas ekspres dipercayai telah hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di hadapan tu. Pasukan STORM dan pasukan Mencari dan Menyelamat sedang berusaha menaikkan mangsa", jelasnya panjang lebar.

Aku mengangguk. Macam mana boleh jadi macam ni pula? Aku mendengus sambil berjalan menghampiri pasukanku. Kalau dah tahu tak dapat nak memandu malam janganlah nak memandu.

"Hilang kawalan dan terjunam. Unit sedang bertugas. Kejap lagi mangsa akan dinaikkan", terangku ringkas.

Mereka mengangguk faham.

"EMRS squad!"

Kami pantas berlari anak menghampiri seseorang yang aku sendiri tak kenal. Suasana yang sedikit gelap menyukarkan aku untuk mengecam siapa orangnya.

"Pastikan setiap ahli pasukan awak menjalankan tugas sebaik mungkin. Rasanya setiap mangsa kat bawah ada yang tercedera teruk dan mungkin juga terputus anggota badan. Mangsa-mangsa akan dinaikkan dalam 15."

Aku mengangguk saja. Memandangkan dia memang kenal aku sebagai ketua pasukan ni, tak payahlah aku nak perkenalkan diri lagi.

"Sebelum tu, pastikan juga pasukan awak memberi rawatan awal secepatnya kepada mangsa", tambahnya.

Aku menggenggam tanganku. "Pasukan saya sentiasa bersedia dan takkan melakukan sebarang kesilapan", kataku tegas.

Tak suka bila dia yang entah siapa di hadapan aku ni seakan memperlekehkan kebolehan pasukan aku. Apa dia ingat dia tu hebat sangat? Dia bukannya siapa-siapa. Mungkin juga hanya ahli pasukan PPDM.

Saat itu, sebuah kereta melintas di belakang kami dan lampu keretanya menyuluh sekejap tepat ke muka di hadapanku.

Wajahnya kotor oleh kesan debu dan entah apa-apa lagi dan berpeluh. Aku mengerutkan dahi.

"Pasukan saya sedang melakukan pencarian, jadi tolong jangan hampakan setiap harapan ahli keluarga para mangsa." Sempat dia bercakap lagi sebelum meninggalkan kami.

Aku mengetap bibir. Okey, itu aku tahulah. Pasukan aku memang sentiasa buat macam tu, tapi kami hanya memberi rawatan awal saja. Selebihnya doktor yang bertugas akan mengambil alih.

Tidak lama kemudian suasana bertambah bising. Aku segera mengarahkan pasukan aku merawat mangsa-mangsa yang baru sahaja berjaya dibawa naik.

Aku menghampiri seorang mangsa lalu membuka begku. Mangsa berjantina perempuan.

"Tolo..ng..dok..tor.."

Macam mana dia boleh panggil aku doktor sedangkan sekarang ni aku pakai seragam bomba? Haih, tak apalah! Memang aku ni doktor separuh masa pun.

Aku segera menghidupkan lampu suluh lalu cuba memeriksa bahagian tubuhnya.

"Dok..tor..kak..i..", rintihnya lagi penuh kesakitan.

Aku segera menyelak skirtnya. Mendadak dadaku berdebar kencang. Kaki kirinya putus dan kaki kanannya pula mengalami kecederaan yang dalam. Aku mengeluarkan tali kecemasan dari poket begku. Tali berwarna merah aku lekat di pergelangan tangannya.

Aku mengeluarkan ubat bius dari dalam beg. Aku kena kurangkan kesakitan dia sebelum memulakan tugas.

Setelah memberi suntikan bius kepadanya, aku mengeluarkan kain kasa dan kapas. Darah di sekitar kaki kirinya aku lap ala kadar cukup untuk mengurangkan darahnya. Setelah itu, aku membalut kakinya menggunakan kain kasa.

Tak perlu rasa mual atau nak muntah. Semua ni aku dah belajar sejak masuk ke bahagian ni. Latihan yang kadang-kadang memerlukan 120 jam berada di unit kecemasan itu sudah cukup memantapkan semangatku.

"Puan jangan risau. Luka puan akan sembuh. Setakat ni saya dah beri rawatan awal untuk mengelakkan jangkitan. Lepas ni puan akan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut", kataku lembut.

"Sa..ya.. mas..ih.. b..oleh jalan..kan?"

Mangsa perlu ditenangkan walau dengan cara apa sekalipun. Dan aku akan tenangkan mangsa yang aku rawat dengan memberi sebiji gula-gula mentos kepada mereka.

Aku mengeluarkan sebiji gula-gula mentos daripada poket jaketku. Kemudian aku menyuakannya ke dalam mulut wanita itu.

"Gula-gula ni melambangkan masam manis kehidupan kita, puan. Apa yang ialah kita kena kuat untuk teruskan kehidupan. Bila kita tabah dan kuat, kita pasti berjaya. Gula-gula ni bila dikunyah lama-lama dan apabila masamnya hilang, rasa manis akan terasa. Kaki puan boleh diganti dengan menggunakan kaki palsu. Dunia dah maju dan banyak yang dicipta untuk memudahkan kehidupan kita."

Wanita itu mengangguk.

Bunyi siren ambulans perlahan kedengaran. Aku berdiri lalu melambaikan tangan ke arah petugas kecemasan yang baru keluar dari perut ambulans.

Mereka berkejaran menghampiriku lalu segera mengusung wanita tadi ke dalam ambulans.

Aku tertoleh ke belakang apabila bahuku ditepuk. Lelaki yang sama tadi.

"Ahli pasukan saya cedera. Tolong beri rawatan kepada dia", pintanya perlahan.

Aku pantas mendapatkan seorang ahli yang berpakaian bomba yang terbaring di atas tanah.

Aku segera memeriksa fizikalnya. Tiada yang teruk, hanya luka sedikit dalam di bahagian bahu dan perlu dijahit. Aku mengarahkannya membuka bajunya.

Aku mengeluarkan antiseptik lalu kapas aku capai. Antiseptik itu aku sapu ke sekitar bahunya.

"Boleh saya tahu disebabkan apa?", tanyaku masih dengan perbuatanku.

"Terkena besi tingkap", jawabnya tanpa nada.

Aku mengangguk. Jarum jahit aku keluarkan. "Tahan, saya terpaksa jahit luka awak."

"Baik"

"Kau okey Sam?"

Aku buat tak dengar. Mungkin itu juga merupakan rakan pasukannya. Wajarlah kalau dia risau.

Sapuanku terhenti apabila dia menegakkan badan dan memberi tabik. "Kapten!"

Aku mendongak ke belakang. Apa? Kapten? Bukankah ni lelaki tadi tu? Kapten apa pula ni?

"Tak perlu nak buat macam tu dalam keadaan kau macam ni", tegur lelaki itu sambil duduk bertinggung di sebelahku.

Lelaki yang dipanggil Sam akur lalu kembali duduk santai. Aku menggeleng.

"Awak daripada pasukan mana?", tanyaku setelah selesai menjahit luka di badannya.

"STORM Squad", jawabnya ringkas.

Terbeliak aku mendengar nama itu. Baju ditangan Sam aku angkat. Tentera nama pasukan itu di belakangnya. Aku meneguk liur.

Jadi inilah pasukan hebat tu? Salah seorang ahlinya aku telah rawat dan... ketuanya pula sedang duduk bertinggung di sebelahku. Oh oh!

Patutlah Sam hanya diam bila aku jahit bahu dia. Patutlah banyak sangat cakap, rupanya lelaki kat sebelah aku ni ialah kapten. Shit!

"You did a good job"

Aku mengemas semua peralatanku ke dalam beg lalu berdiri. Entah kenapa nada pujiannya itu begitu sinis pada pendengaranku. Ah, pedulikan! Biar aje dibawa angin. Aku berlalu dari situ.

Продолжить чтение

Вам также понравится

87K 7.4K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
Random Tarbiah fatin

Разное

40.3K 3.8K 192
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©o...
ZAR tihatti

Любовные романы

306K 19.6K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
MISI CURI HATI DIA Ameera Ameer

Любовные романы

4.1K 70 11
Bila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia