Bengkok

By fainjay

328K 6.9K 1.6K

"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang ins... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
The Closure
Ready gais!

Bab 24

5.9K 143 21
By fainjay

AHH SUDAH!! Aku tak tahu nak buat apa. Aku masih tertanya-tanya kenapa dalam bilik aku ada budak gempal tu? Siap berkemban pulak. Ke aku berhalusinasi tadi? Hmm.. Tak, aku yakin itu realiti. Yelah, takkan la aku dok teringat-ingat kat dia pula. Boleh dengar dari luar yang mereka tengah kecoh kat dalam sekarang. Masalah besar ni.

Aku tengok kiri dan kanan. Nasib baik tak ada orang. Tapi takkan aku nak lari pula? Aku kena hadapi juga. Aku akan kuatkan diri. Lagipun aku tak salah, aku cuma nak masuk dalam bilik yang Fiona dah bagi. Bilik 101. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hairan. Tiba-tiba mata aku terfokus pada pintu bilik di hadapan aku. ROOM 101. Aik?! How come?? Aku pusing ke belakang. Melihat nombor bilik si gempal tadi. ROOM 110. Ahhh mampus lah aku. Kena smackdown la ni. Macam mana boleh salah tengok???

Pintu bilik 110 terbuka. Aku terkejut. Gadis bergigi besi berdiri di hadapan aku. Kalau aku tak silap, nama dia Tina. Tina juga memakai kaca mata tetapi bujur berbingkai coklat. Ala-ala hipster gittew. Rambut ikal paras dada. Muka macam sombong sikit tapi boleh tahan lah. Aku kasi dia 5 bintang. HAHAHA. No lah. Just kidding.

"Kau??? Apa kau nak lagi? Kan kita dah settle tadi?" tengking Tina. Garangnya.

"Sorry. Saya silap bilik." Aku hanya mampu tertunduk malu.

"Macam mana boleh silap bilik? And macam mana kau boleh masuk bilik kami?" soal Tina lagi seperti seorang detective.

"Saya silap tengok nombor bilik. Bilik saya sepatutnya kat depan ni," sambil tunjuk ke arah bilik 101. "Entah macam mana boleh terbuka pintu korang tadi. Macam tak kunci."

Tina berpaling ke arah rakan-rakannya. "Weyy, siapa last masuk tadi? Ada kunci pintu ke tadi?"

Semua berpaling ke arah si gempal atau lebih dikenali sebagai Leen. Raut wajah Leen berubah. Mungkin dia orang terakhir masuk bilik tadi.

"A-ah. Aku lupa kunci pintu la tadi." balas Leen sambil tersengih-sengih.

Mereka semua mentertawakan Leen. Semua ni takkan terjadi kalau bukan kerana kecuaian Leen. Aku dapat rasakan suasana menjadi tenang semula. Tina memandang tepat ke dalam mata aku. Tajam sungguh renungannya. Aku tak tahu kenapa aku rasa semacam je bila dia pandang aku macam tu. Seram sejuk. Haha.

"Takpe lah. Bukan salah kau jugak. Leen yang tak kunci pintu tadi. Tapi nasib baik kau yang buka pintu, bukan orang lain. Lain kali tengok betul-betul."

"Ya-yaa.. Sorry again."

Tina menjeling aku lalu menghempas pintu. Aihhh.. What's wrong with you?? Aku takda cari masalah dengan kau. Tiba-tiba pulak nak angin dengan aku. Pffffttt.. So annoying. Memang korang semua pembawa malang kat aku. Tak habis-habis bagi aku masalah. Aku pusing menghadap pintu bilik aku dengan perasaan yang tak puas hati, mengeluarkan kunci dari dalam poket lalu mencapai tombol pintu. Baru saja aku nak buka pintu, seseorang menegurku. Aku pusing.

"Sorry," Ika keluar dari bilik 110 perlahan-lahan. "Pasal Tina tadi," sambungnya lagi.

Aku hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Dia hempas pintu kuat-kuat tadi. I nak minta maaf."

"Ohh... Tapi kenapa you pulak yang nak kena minta maaf?"

"I don't know. Maybe sebab I rasa you don't deserve to be treated like that. It's rude. So I nak minta maaf bagi wakil Tina."

Aku terdiam seketika. Aku cuba menyelami maksud kata-kata Ika. Sungguh tersirat sampai susah aku nak faham.

"Dia... Hmmm..." Ika teragak-agak untuk memberitahu aku tapi aku dah macam boleh agak.

"Dia tak suka orang macam I?" aku sambung ayat Ika. Ika mengangguk. Aku dah agak dah. Patut lah tengok aku macam nak makan orang.

"How about you?" soal aku lagi. Tiba-tiba curious pula. Haha.

"Me what?" Ika bingung. Wajah bingung dia tu macam comel pulak. Ehhhh... 

"You tak suka I juga?"

"Nooo.. I suka you!"

Tiba-tiba aku dengar suara orang batuk dari hujung koridor. Aku dan Ika berpaling ke arah suara itu cepat-cepat. 

"Wrong timing??" Fiona berdiri kaku di situ.

Ika nampak panik. Mukanya jadi merah padam. "Noo! Please jangan salah faham. Err- hmm.."

"Hey chill. I faham." aku cuba menenangkan Ika. Tapi dia tak dapat nak bertenang. Mungkin ini pengalaman kali pertama dia bersama dengan orang macam aku. Gabra semacam.

"I don't know her. Please jangan fikir bukan-bukan ye!" Ika cuba menerangkan pada Fiona.

"Ouchh... Sampai hati you cakap tak kenal I." Yaa, aku mengaku ada sikit kecil hati bila Ika cakap macam tu. Tapi takpe lah... Siapalah aku kannn.. Huhuhu.

Ika tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia jadi semakin cuak. Dia terus masuk ke dalam biliknya semula. Aku dan Fiona hanya mampu berpandangan antara satu sama lain. Hari pertama kat sini, macam-macam dah terjadi kat aku. Alahai, apalah nasib aku lepas ni.

* * * *

Goooood morrningggg sunshine! Let's start a new day today. Yeehaaa! Sejuk je cuaca hari ni. Tak sabar nak meronda kawasan. Aku buka tingkap luas-luas, ingin menghirup udara segar la katakan. Namun, hujan turun dengan lebatnya. Aku rasa kecewa sangat-sangat. Baru je nak jalan-jalan, hujan pula dah. Hari kedua pun spoil. Aduhai. Nampaknya terpaksa aku stay kat sini sementara tunggu hujan berhenti.

Aku keluar dari bilik. Sunyi je bilik depan ni. Masih tidur kot. Semalam bukan main bising, susah aku nak tidur. Nasib baik aku seorang jiran yang baik hati. Memang suka dengar orang bising. Macam Tirah selalu membebel kat aku kalau aku malas mandi. Hahah.. Rindunya. Sekarang takde dah orang nak bebel aku. Hmm... Dah dah, I shouldn't think about her anymore. Life must go on.

Aku nampak Shane di sebalik bar sedang sibuk menyediakan minuman. Aku duduk di bar menghadap Shane.

"Hi Shane."

"Ehh Zee. Hii.. Long time no see," Shane menghulurkan tangannya. Kami bersalaman. "Sorry tak sempat jumpa you semalam. Busy sikit."

"Tak apa. I faham, Shane."

Aku amati wajah Shane lama-lama. Dia kelihatan betul-betul seperti seorang lelaki. Suaranya dah semakin dalam, jambangnya juga sudah tebal. Aku boleh nampak halkum dia. Bentuk badan dia pun dah sebiji macam lelaki. Orang yang tak kenal Shane, confirm tak tahu dia ni perempuan dulu. Aku tengok Shane menyediakan kopi untuk pelanggannya. Perghhh tangan dia, berurat! Bicep tu.. Aduhh.. Patut lah Fiona tukar fikiran terus. HAHAHAHA.. 

"You want drink?" soal Shane setelah dia selesai dengan pesanan sebelumnya.

"Hmm hot caffe latte."

Aku terbayang kalau aku yang ambil testosterone. Mesti aku handsome. Yelah, sekarang dah handsome. Kalau aku transition, confirm akan jadi lebih handsome. Huhh? Apa yang aku merepek ni? Aku nak transgender? HAHAHA.. Lawak. Tapi... It's possible.. Hmmmmm...

"There you go. Hot Caffe Latte."

"Thank you, Shane."

Aku meniup kopi ku perlahan-lahan. Aku tak suka minuman yang terlalu hangat tapi memandangkan sekarang tengah hujan, mesti best minum panas-panas kan? Kita layan jelah.

PAPPP! Seseorang menepuk bahuku. Aku terkejut. Habis bibir aku terkena kopi panas ni. Sakit lah! Haihhh.. Cari pasal betul orang ni. Aku toleh ke belakang.

"Did I freak you out?" tegur Ika. Aku terus tak jadi marah. Apa minah ni nak? Dah lah semalam buat tak kenal aku. Then sekarang datang tegur aku pula. Tak faham aku.

Aku menggeleng sambil menggosok-gosok bibirku yang pedih terkena kopi panas.

"Oh no. I'm sorry!" Ika menyentuh bibir aku yang dah merah tu. Dia gosok perlahan-lahan. Tindakan dia buat aku terkaku seketika. 

"IKA???"

Ika berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Itu Tina. Leen juga ada bersama. Ika menarik tangannya cepat-cepat. Dia sempat menjeling ke arah aku sebelum pergi mendapatkan rakan-rakannya. Ada terukir sedikit ketakutan dalam matanya. Aku faham.

"She likes you. No doubt." sampuk Shane setelah Ika dan lain-lain pergi dari cafe itu. Mereka keluar entah ke mana.

Aku terkejut. Suka aku? HAHAHAHA... "Tak mungkin lah, Shane. She's straight. I can tell."

"Are you sure?"

Aku berfikir lagi. Sebenarnya aku pun tak tahu. Macam bengkok tapi macam straight. Hmmm.. Entahlah. Berbaloi ke aku fikir pasal dia? Tak kot. Aku taknak sesakkan fikiran dengan benda-benda temporary. Buang masa.

"Kalau dia bengkok pun, dia takut dengan kawan-kawan dia. Dia tak berani nak hadap."

"Yes true. I faham, Zee. Look at me now."

Shane berubah demi Fiona and now Fiona dah jadi milik dia. Hmmm.. So apa kaitan dengan aku? Memang tak mungkin lah aku nak berubah demi Ika kan? Macam tak logik. Apa lah yang Shane cuba sampaikan ni? Alahai... Tapi, pernah juga terdetik nak tahu tentang transgender ni. Aku dan Tirah pernah bincang dulu. Dia terima aku seadanya jika itu yang buat aku happy. Yes, aku memang ada masalah dengan body aku. Aku tak yakin. Aku selalu rasa aku lahir dalam badan yang salah. But who am I to judge kan? Dah dijadikan macam ni so aku kena terima lah walaupun kadang-kadang buat aku tertekan. Kenapa aku tak dapat rasa seperti perempuan normal yang lain? Stresssss...

"Is it worth it, Shane?"

"You rasa?"

"You look happy."

"I am happy."

Tiba-tiba aku rasa berdebar-debar. Perasaan apakah ini? 

Continue Reading

You'll Also Like

3K 16 1
Ariana De' Moon hanyalah seorang gadis biasa sehinggalah ada satu keluarga datang ke rumahnya dan mengatakan dia adalah anak mereka yang hilang 19 Ta...
44.4K 1.4K 19
Kisah seorang anak melayu yang dibesarkan di Italy. Behavior dan budaya Italy menjadi ikutan dia. One night stand menjadi rutin setiap minggu. . "Sei...
3.2M 284K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
36.2K 999 15
[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk