Bengkok

By fainjay

328K 6.9K 1.6K

"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang ins... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
The Closure
Ready gais!

Bab 23

5.9K 151 25
By fainjay

Hati aku rasa lapang sangat. Suasana nyaman di tepi pantai yang disarungi pasir putih. Ombak memukul pantai dengan lemah lembut. Ketenangan mulai merasuk dalam diri aku. Aku berharap sangat kali ini aku dapat bangun kembali, gagah tanpa Tirah di sisi tetapi di hati.

"Best kan?" tegur Fiona. Dia berdiri di belakangku, baru turun dari kereta.

"Ya. Thank you, Fiona."

"Kau nak lepak sini ke? Atau nak balik simpan barang dulu?"

"Jauh lagi ke rumah kau?"

"Tak, kat hujung tu je. Rumah kedai. Cafe kami kat bawah. Kalau kau rajin, jalan kaki 10 minit je."

"Macam hint-hint nak tinggalkan aku kat sini je."

Fiona ketawa saja. Entah kenapa aku bersetuju dengan cadangannya. Fiona kembali ke dalam kereta lalu meninggalkan aku sendiri di tepi pantai. Menurutnya, kedai tak jauh dari pantai ni. Aku meneliti kawasan tersebut dari tempat aku berdiri. Ada beberapa blok rumah kedai di sepanjang jalan raya kecil yang sesak dengan pelancong dan juga penduduk tempatan. Aku tak suka tempat sesak, tapi suasana ni aku dapat terima. Mungkin sebab ini tempat baru so banyak benda aku boleh explore.

Setelah kereta Fiona tidak kelihatan lagi, aku memulakan langkahku perlahan-lahan sambil mataku liar memerhati sekeliling. Aku nampak sepasang kekasih sedang asyik bercumbuan di bawah pokok, sekawan gadis remaja yang sibuk buat pose comel depan iPhone 6s milik salah seorang sekawan itu, dan sekumpulan warga asing berkulit putih sedang terbaring di bawah terik matahari. Masing-masing sibuk dengan perihal sendiri. Aku pula berdiri di tepi ni macam tunggu dijemput.

Aku melangkah lagi, menuju ke arah pantai. Tiba-tiba rasa nak rendam kaki atau dengan aku sekali berendam. Tapi tak bawa baju spare pulak. Takkan nak balik basah-basah. Hahah.. Takpa, rendam kaki je. Saat kakiku mulai dibasahi air masin, aku rasa kesegaran berganda. Sejuknyaaaaa... Rasa nak terjun pun ada. Sabar. Aku ada masa sampai hujung minggu ni kat sini so no need rush.

"WEYYYYY!!!" ada suara nyaring seperti sedang cuba memberi amaran.

Belum sempat aku pusing, aku rasa badan aku dihempap sesuatu. Kami jatuh bersama-sama. Nasib baik air cetek lagi, kalau tak memang aku dah lemas. Tapi baju aku semua dah basah. Dengan phone aku sekali. Yeah.....

"Weyyy Ika! Kau okay ke???" seorang gadis berbadan gempal menarik rakannya bangun dari atas badan aku. Baik punya landing ahh... Habis basah semua. Hmm.. Geram pulak aku.

"Ahh. Aku okay. Thanks, Leen."

Aku terus berdiri kemudian cuba membetulkan baju dan menyeluk poket di seluar. Confirm! Semua basah. Dompet aku pun. Malangnya.

"Sorry, aa-abang." Gadis yang langgar aku tadi tunduk beberapa kali tanda minta maaf.

Minta maaf tak dapat nak kembalikan phone aku tau. Ehh jap! ABANG?? HAHAHAHA.. Tiba-tiba aku rasa nak gelak pulak. Muka ketat terus jadi tersengih-sengih.

"Kenapa kau sengih-sengih?" gadis gempal itu pula bertanya. Dia melihat rakannya yang sudah basah kuyup. Baju dah lah putih. Nasib baik dia ada pakai singlet kat dalam but still, I can see her body figure very well. "IKAAAA!! OMG. Nahhh, ambik skarf aku ni. Cover badan kau tu."

Ika cepat-cepat menyambut skarf dari tangan rakannya itu lalu dililitkan di atas badannya.

"GATAL!!!!" satu tamparan hinggap di pipi aku. Pedih.

"Ouchh..." aku menggosok-gosok pipi yang dah merah. Bengang pula rasanya. Dah la tolak aku, sekarang tampar pula.

"Ehh.." Ika nampak terkejut sejurus mendengar suara aku. "Ka-kau? Err.."

"YES!! I'm a girl!" jawab aku sinis. Aku tak salahkan dia juga. Dah memang penampilan aku macam ni, nak marah orang salah panggil tak boleh juga. Kenalah redha dan pasrah. Hahah.

"OPSSS!" si gempal juga terkejut. Ada dua orang gadis lagi berlari ke arah kami. Mungkin rakan mereka. OH! Ini sekumpulan gadis remaja yang sibuk ambik selfie tadi.

"Korang ok ke?" tegur gadis bergigi besi sejurus tiba. Matanya melihat aku atas bawah, kemudian melirik ke arah rakannya yang bernama Ika.

Ika berwajah runcing, berkaca mata bingkai empat segi, kulit wajahnya mulus tanpa mekap cuma ada eyeliner dan dagunya sedikit berbelah. Bagi aku dia cantik tapi bukan type aku.

"Kami ok, Tina." balas Ika.

"Takde orang nak peduli aku ke? I'm the victim here." sindir aku pula. Tapi betul la aku yang jadi mangsa keadaan kat sini. Aku dah syiok main rendam kaki kat sini, pandai pula dia cari spot nak jatuh. Aishh.. Aku masih tak puas hati.

"So-sorry! Saya betul-betul minta maaf. Minta maaf sebab tertolak awak and minta maaf sebab tampar awak. Saya tak tahu.." Ika tertunduk-tunduk lagi. Aku jadi serba salah.

"Hmmm..." aku mengeluh panjang. Tak tahu nak marah atau maafkan. Aku tak kisah kalau tak ada benda penting yang rosak tapi... Hmmmm...

"Macam mana ni, Leen?" Ika nampak cuak tengok respon aku. Dia cuba meminta pendapat daripada rakannya yang dipanggil sebagai Leen tapi Leen cuma mampu mengangkut bahu tanda putus akal. Aku pun tak tahu nak settle macam mana. Takkan aku nak minta bayar? Mungkin patut....

Aku mengeluarkan phone dari poket seluar lalu menunjukkan kepada Ika. Ika merenung phone aku yang dah tak berfungsi. Dahinya berkerut kemudian memandang ke arah muka aku. Aku cuma mampu tersenyum pekat dengan harapan dia faham.

* * * *

Aku berdiri depan pintu sebuah cafe bercirikan santai dan simple. Shane's Inn tertera di cermin pintu. Tak susah nak cari kedai diorang ni. Nama kedai memang direct to the point. Haha. Aku tak sangka bestfriend aku bersama dengan seorang transman. Aku terkejut juga sebab dulu Fiona membantah sangat tapi kini mereka nampak bahagia menjalankan business sendiri.

Aku nampak Fiona melambai-lambai dari dalam lalu aku pun masuk. Fiona terkejut melihat pakaian aku yang basah. Dia mencapai tuala kering tidak jauh dari kaunter tempat dia berdiri kemudian memberikan kepadaku. Aku dah setengah kering ni. Lama sangat bincang bawah terik matahari. Sabar jelah. Huhu...

"Kau mandi ke tadi?" soal Fiona pantas.

"Tak. Ada sorang awek ni terlanggar aku. Habis jatuh dalam air." jawabku sambil mengeluh sedikit.

"Awek? Jodoh ke?" Fiona ketawa kecil.

"Very funny, Fiona. Aku rasa dia tu pembawa malang." aku menarik muka masam. Aku rasa percutian aku terus jadi hambar selepas kejadian tadi. Macam dah takde mood.

"Mulut jaga sikit. Orang sini ke?"

"Tak kot. Macam orang kita je. Lupa pulak nak tanya."

"Hmm takpe lah. Yang penting kau tak apa-apa. Risau juga takut kau tak jumpa tempat ni."

"Lama sangat bincang tadi and the conclusion is nanti balik KL, dia ganti phone aku. Sekarang aku pakai phone dia." aku mengeluarkan phone milik Ika dari poket seluar. Aku malas nak tukar simcard so aku pakai je number dia. Dia akan contact aku guna phone kawan dia la kot. Berat juga dia nak lepaskan phone dia kat aku tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur.

"Woww.. Nice work! Haha.." Fiona ketawa lagi, dia betul-betul terhibur dengan kisah malang aku. "Ehh btw, aku dah letak beg kau kat dalam bilik. Ini kunci bilik kau. Bilik nombor 101."

Aku menyambut kunci dari tangan Fiona. Oh, kat bawah cafe, kat atas hotel. Best juga business diorang. Eh jap. Dari tadi aku tak jumpa Shane lagi. Tak elok rasanya kalau tak sapa dia before masuk bilik.

"Shane mana?"

"Dia keluar beli supply dapur. Takpe, kau rehat dulu. Nanti dia balik, aku bagitau kau dah sampai."

Aku naik ke tingkat atas kemudian tiba di ruang koridor yang agak sempit. Aku mencari bilik yang bernombor 101. Tak jauh dari tangga, okay lah. Aku menolak kunci ke dalam tombol pintu kemudian memulasnya. Macam tak kunci je. Hairan. Aku tolak pintu perlahan-lahan.

Aku nampak sesusuk tubuh yang sedang berkemban di depan cermin dinding yang terletak betul-betul menghadap pintu. Aku terkejut. Orang itu berpaling ke belakang sejurus nampak aku melalui cermin. Dia menjerit!

"AHHHHH!!!!!!!!!!"

Aku cepat-cepat tutup pintu itu semula. Aku terpinga-pinga. Si gempal dalam bilik aku?

Continue Reading

You'll Also Like

36.2K 999 15
[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk
73.9K 8.7K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
1.9K 114 8
Mashi sudah lama habis SPM dan menganggur. Untuk hilangkan rasa bosan, dia pinjam duit daripada kakak dan ibunya untuk buka sebuah gim dan pada umur...
110K 1.4K 13
Fyy seorang pelajar kejuruteraan tahun akhir telah jatuh cinta dengan pensyarahnya yang sudah berkahwin. Ikuti perkembangan cinta Fyy disini.