He is my crush ✅ [COMPLETED]

By sweetlittlerainboww

171K 5.8K 82

HIGHEST RANKING #15 (19 DEC 2017) #24 (NOV 2016) #36 (6 DEC 2017) #70 (4-5 DEC 2017) #72 (14-15 DEC 2017) #87... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31

Bab 25

3.7K 143 4
By sweetlittlerainboww

"Syuhada",sapa jejaka tersebut.

Syuhada membisu.Entah kenapa mulutnya susah untuk berbicara.

"Syuhada",sapa jejaka lagi.

"Y....ye",kata Syuhada lalu menggangkat mukanya dengan reaksi muka terkejut.

"Susah sangat kau nak jawab",kata jejaka tersebut.

What?!Dengan muka bertopeng power rangers.Buang tabiat ke dia ni?

"Kau siapa?",tanya Syuhada.

Jejaka tersebut membuka topeng 'power rangers'nya.

"Aku lah",kata jejaka tersebut.

Taufiq?Aku sudah agak.Asal aku sebut nama dia,pasti dia muncul.

"Kau buat apa di sini?'',tanya Syuhada.

"Saja nak melawat kau",jawab Taufiq lalu melemparkan senyuman.

"Macam tidak ada masa lain nak berjumpa",kata Syuhada.

"Memang pun",kata Taufiq dengan selamba.

"Kenapa pula?",tanya Syuhada dengan hairan.

"Time cuti sekolah nanti,aku nak pindah",kata Taufiq dengan nada perlahan.

Syuhada tertunduk.

"Maaf beritahu kau pasal ini lambat",kata Taufiq.

"Kenapa kau pindah?",tanya Syuhada.

"Baju kau sudah siap?",tanya Taufiq.Dia cuba menukar topik supaya Syuhada tidak bertanya kepada Taufiq dengan soalan yang tidak dapat dijawab.

"Jangan tukar topik",kata Syuhada.

Taufiq membisu.

"Taufiq,tolong jawab persoalan aku",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

"Sebab..aku..Sebab aku..",kata Taufiq dengan gagap.

"Sebab apa?",tanya Syuhada.

"Eh,Taufiq.Bila sampai?",tanya Puan Zuraidah.

Syuhada terus menoleh ke belakang lalu melemparkan senyuman kepada Puan Zuraidah.

"Baru lagi,aunty",kata Taufiq lalu tersenyum kepada Puan Zuraidah.

"Jemputlah masuk",pelawa Puan Zuraidah.

"Tidak mengapa,saya duduk di luar saja",kata Taufiq.

Puan Zuraidah mengganggukkan kepalanya lalu membiarkan Taufiq dan Syuhada di luar.Dia tahu ada perkara yang mahu dibincangkan oleh mereka.

"Taufiq",sapa Syuhada.

Taufiq melemparkan senyuman kepada Syuhada.

"Aku pergi dulu.Assalamualaikum",kata Taufiq lalu dia beredar dari rumah Syuhada.

"Tau...fiq.Ergh",dengus Syuhada.

Syuhada terduduk di lantai lalu menutup mukanya dengan tangannya.Hairan aku.Kenapa dia mahu pindah secara tiba-tiba?Tidak faham aku.

"Adik",sapa Zamri.

Syuhada menoleh ke belakang.

"Ye?",jawab Syuhada.

"Mari masuk",kata Zamri.

Syuhada menggelengkan kepalanya.

"Adik nak duduk di luar sebentar",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

Zamri mengganggukkan kepalanya lalu membiarkan Syuhada seorang diri.

Syuhada menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mulalah soalan yang macam-macam yang ada dalam minda dia.Kenapalah kau nak pindah Taufiq?Kenapa?Kau sengaja?

Syuhada melangkah masuk ke dalam rumahnya dan terus masuk ke biliknya.Dia berdiri di jendela memandang pokok.Entah kenapa dia berasa seolah-olah dia kehilangan seseorang.Syuhada mencapai anak patung beruang lalu dipeluk.Syuhada berasa sedih.Hati dia semakin ditikam dengan beberapa bilah pisau.Perit rasanya.Kenapa dia tidak beritahu kepada aku lebih awal?Pasti aku orang yang terakhir yang tahu tentang ini.Syuhada mengeluh panjang.Mood dia semakin lama semakin kecewa.Sudahlah kena tukar pasangan.Kemudian Taufiq mahu pindah.Ada kaitan ke semua ini?

Syuhada terus merebahkan dirinya di katil.Terasa malas apabila memikirkan Taufiq.Mungkin juga aku ego.Aku rasa,aku rasa.Aku mulai menyukai Taufiq.Syuhada terus menekup mukanya dengan bantal.Air matanya mula jatuh di pipinya.Ya Allah,perasaan ini?Aku harus kawal.Aku harus kawal diri aku.Aku perlu kawal.Perlu kawal.Jangan sampai hilang kawalan.

Syuhada terus menyarung tudungnya di kepala lalu bergegas turun ke ruang tamu.

"Ayah,adik nak pergi ke taman",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

"Pergilah",kata Encik Sabri.

Syuhada terus menyarung kasutnya dan mempercepatkan langkahnya ke taman.Entah kenapa hati dia tergerak mahu pergi ke taman. Apabila tiba di taman di ternampak Haikal dan Zera.Syuhada mengetap bibirnya.

Patutkah aku beritahu mereka?Patutkah aku luahkan kepada mereka?

"Syuhada",sapa Haikal dengan nada yang tinggi.

Syuhada melemparkan senyuman kepada Haikal dan Zera lalu mendekati dengan mereka.

"Kau buat apa di sini?",tanya Zera.

Syuhada menggelengkan kepalanya.

"Aku cuma nak main buaian",kata Syuhada.

"Kau mesti sudah tahu tentang Taufiq yang mahu pindah,bukan?",tanya Haikal.

Syuhada terus memandang Haikal.

"Kenapa kau tidak beritahu aku yang dia nak pindah?",tanya Syuhada dengan nada perlahan.

"Sebab nanti kau akan sedih Syuhada",jawab Zera.

"Sampai hati kau,Zera.Rahsiakan perkara ini daripada aku",kata Syuhada dengan nada sedih.Syuhada sudah tidak dapat menahan air matanya lalu air matanya mengalir.

Zera terus memeluk Syuhada.

"Aku tahu,perkara ini akan berlaku.Sebab itulah aku tidak beritahu kau.Pada mulanya,aku juga terkejut mendengar berita ini.Bukan aku tidak mahu beritahu.Kau akan bersedih berpanjangan.Syuhada,cukuplah kau dengan ego kau sayang.Ego kau sudah terlampau tinggi.Aku tahu kau sukakan Taufiq.Berterus-teranglah kepada dia.Lagipun minggu ini,minggu terakhir dia.Sabtu ni,dia akan pindah.Entah ke mana,aku sendiri tidak tahu",jelas Zera lalu mengusap kepala Syuhada.

Syuhada memeluk Zera dengan erat.Aku bukan menangis kerana dia,aku berasa kecil hati.Entah kenapa sejak kebelakangan,aku sering berasa kecil hati.Ya Allah,jauhilah aku dari perasaan ini.Syuhada hanya mampu membisu
.

"Kitaorang tahu kau sukakan dia.Percayalah Syuhada.Taufiq sayangkan kau.Mungkin masa dia tidak sesuai lagi untuk memberitahu hal ini.Lagipun,aku tukar pasangan dengan kau sebab dia juga",kata Haikal.

Syuhada mengganggukkan kepalanya.Dia tidak dapat berkata apa-apa.Dia tidak dapat mengawal kesedihan dia.Kehilangan seseorang akan membuat kita berasa kosong.Tetapi,tidak mengapa.Aku tidak mahu,hanya kerana dia aku lemah.Cukuplah Allah bersamaku,cukuplah Allah menjaga aku.

"Aku tak suka dia",kata Syuhada.Zera terus memandang Syuhada.

"Are you sure?",tanya Zera.Syuhada menundukkan kepalanya.

"Aku tak suka dia",kata Syuhada. Dia sengaja mengulangi ayat yang sama.

"Kau tipu",celah Haikal.

"Tak",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

"Habis tu,kenapa kau menangis?",tanya Haikal.

"Sebab Taufiq nak pindah dan akulah selalu orang yang terakhir yang tahu",kata Syuhada.Haikal dan Zera memandang muka Syuhada.Syuhada hanya tersenyum walaupun hatinya tak mahu Taufiq pergi meninggalkannya.

"Muka kau yakin sungguh",kata Zera.

"Sudah berubah fikiranlah tu",kata Haikal.

Syuhada mengganggukkan kepalanya.

"Dia pindah untuk kebaikan dia.Mungkin di sekolah sini tak sama macam sekolah dia mahukan atau mungkin dia ikut keluarga dia berpindah",jelas Syuhada.Syuhada mahu menyedapkan hati mereka supaya tidak syak dengan reaksi muka Syuhada yang sebenar.

"Yep.Malam ni candle light dinner",kata Zera.

"Yes.Mesti seronok",kata Syuhada.

"Mestilah kau seronok dengan ex crush kau",kata Haikal.

"Ha Ha. Tak lawak",kata Syuhada.

"Jumpa malam nanti ye",kata Zera.

"Okay.Aku mahu balik",kata Syuhada.

"Aku teman kau Syuhada",kata Haikal.

"Temanlah Zera",kata Syuhada.

"Aku balik dengan ayah aku",kata Zera.

Syuhada tersengih.

"Aku balik dulu.Assalamualaikum",kata Zera lalu beredar.

"Waalaikummusalam",jawab Haikal dan Syuhada.

"Jom balik",kata Haikal.Syuhada mengganggukkan kepalanya.

******

"Syuhada",sapa Haikal.

"Ye ,saya",jawab Syuhada.

"Betul ke kau sudah tiada perasaan dekat Taufiq?",tanya Haikal.

"Eh,kau pakai baju warna apa ye?",tanya Syuhada.

"Merah jambu",jawab Haikal.

"Kau dengan Fatimah,bukan?",tanya Syuhada.

"Jangan tukar topik",kata Haikal.

"Aku jalan dulu",kata Syuhada yang cuba meninggalkan Haikal.

"Tunggu",kata Haikal lalu mengejar Syuhada.

"Kau tipu diri kau,Syu",kata Haikal.Syuhada memberhentikan langkahnya.

"Kau tipu diri kau,Syu",kata Haikal.

"No.Aku tak tipu diri aku",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

"I know you.Kita sudah lama kenal,dan bukannya semalam",kata Haikal.

"Aku tak suka Taufiq.Kau faham kan?",kata Syuhada dengan tegas.

"Tutup cerita pasal Taufiq",tegas Syuhada lalu meninggalkan Haikal.

Syuhada meneruskan perjalanannya.Reaksi muka Syuhada berubah.Air matanya berkumpul.Jangan menangis Syuhada.Tidak gentle lah kalau kau menangis,syu.

*Di rumah*

"Assalamualaikum",kata Syuhada.

"Waalaikummusalam",kata Encik Sabri dan Puan Zuraidah.

"Malam ni candle light dinner",kata Syuhada dengan riangnya.

"Bawa bersabar adik",kata Zamri.

"Kita nak tahu,macam mana rupanya candle light dinner",kata Syuhada.

"Tempatnya romantik.Betul tak,bang?",kata Puan Zuraidah.

"Yes.Seronok",kata Encik Sabri lalu melemparkan senyuman kepada isterinya.

"Oh,tak sabar",kata Syuhada dengan riangnya.

"Adik masuk bilik dulu",kata Syuhada.

"Jangan lupa solat",kata Puan Zuraidah.

"Okay ibu",kata Syuhada.

*****

Selesai Syuhada solat, dia terus mencapai Chocolate , patung beruang kesayangannya lalu bermonolog seorang diri.

Kenapa aku sedih ye,Chocolate?Chocolate,kau tahu tak Taufiq dah nak pindah.Aku,aku sunyi, Chocolate.Kalau dia pindah,sudah tidak ada
lagi orang yang mahu kacau aku.Chocolate,kenapa aku rasa aku kehilangan?Chocolate,kenapa kau diam?Jawablah.Chocolate...Aku suka Taufiq....Choco....

Syuhada menarik nafas dengan perlahan kemudian di hembuskan dengan perlahan.Dia mencubit pipinya supaya tidak bersedih lalu tersenyum seorang diri.
Tidak mungkin Taufiq pindah kerana aku.Pasti ada sebab yang munasabah.Kenapa aku yang terakhir tahu pasal ni?Apa sajalah hari ni.

Syuhada mengambil dairinya.Sudah lama dia tidak menulis dairi lalu menulis di buku dairi.

Dear dairy,

Hari ini, hari yang istimewa untuk aku....
Sekolahku mengadakan candle light dinner yang entah bagaimana tempatnya aku tidak tahu.Masa candle light dinner tu,aku bersama dengan girlfriendku Zera serta hero hero aku, Taufiq dan Haikal.
Tidak lama lagi Taufiq nak pindah sekolah,sayu hati aku.

Dulu,dialah hero.Dialah tukang kacau aku.Dialah yang suka bertengkar dengan aku.

Sekarang,dialah yang tunggu aku. Dialah yang ego dengan aku. Dialah yang berahsia dengan aku.

Wahai dairi,aku menulis kerana aku ingin meluahkan perasaan.Aku tidak tahu perasaan apa yang sedang aku alami.Jujur aku kata, aku sayangkan Taufiq.....

Aku tak akan berterus terang dengan dia.Biarlah aku tinggikan ego aku walaupun aku sendiri yang sakit.Aku manusia juga sama seperti yang lain.Aku ada perasaan tapi biarlah aku yang tanggung.Tidak sesuai lagi pada masa ni.Mungkin aku perlu tolak dia jauh jauh.Kalau dia jodoh aku, sejauh mana pun aku berlari.Dia tetap disisiku.Jika dia bukan jodohku pasti ada yang terbaik untukku.Biarlah aku tumpukan Spm aku dahulu.Cinta monyet je semua ni.Mengarut!

sincerely,
Syuhada :3

Syuhada menutup buku dairinya lalu di simpan di suatu tempat yang tidak di ketahui orang.Syuhada memandang ke arah gaunnya yang cantik di gantung di belakang pintu.Warna merah jambu.Syuhada masih tidak tahu lagi siapa yang beri baju tersebut.Syuhada mengakui akan kelembutan pada warna merah jambu.Cantik.

Adakah Syuhada akan memakai gaun berwarna merah jambu yang diberi oleh 'unknown' ? Teruskan membaca ye sayang.

Continue Reading

You'll Also Like

531K 14K 23
" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily...
8.4K 38 3
cerita cicap Istri vs cipap MAK mentua
59.6K 1.3K 11
BUKU TELAH TERBIT. 10 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA ^_^ SINOPSIS REVENGE ; ARIANA mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan hakn...
6.6K 511 18
orang selalu kata : "Lelaki dengan perempuan mana boleh berkawan baik. Nanti ada yang jatuh cinta." "Aku yakin, dia jodoh aku !" - Alif Ryan "Dia cum...