Bengkok

By fainjay

327K 6.9K 1.6K

"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang ins... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
The Closure
Ready gais!

Bab 11

8.6K 194 26
By fainjay

Aku duduk menyandar sambil merenung ke siling. Sudah 4 jam May di dalam bilik kecemasan. Selepas menemui May di rumah usang petang tadi, Mark cepat-cepat mengangkatnya masuk kereta. Keadaan dia sangat kritikal. Ada kesan kelar di lengannya dan mulutnya ada sedikit berbuih. Mungkin dia cuba untuk membunuh diri. Mujur kami menemuinya sebelum benda lebih teruk terjadi padanya. Aku tak sangka May akan bertindak bodoh. Walau apa pun terjadi, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Tapi aku tak nafikan, aku juga pernah cuba untuk bunuh diri. Cerita lama but now I'm more matured. Haha...

Aku tengok ke arah koridor di hadapan bilik kecemasan. Mark nampak sangat risau, dia asyik mundar-mandir di depan pintu. Sesekali dia akan menjenguk ke dalam bilik itu melalui tingkap kecil di pintu. Kesha pula berdiri menyandar di situ, nampak tenang. Tangannya bersilang, kepalanya tunduk merenung lantai. Aku taknak kacau dia, biarlah dia tenangkan diri dahulu dan kemudian aku akan bertanya perihal sebenar.

"Zee..." Tirah datang menghulurkan segelas kopi suam. Dia tahu aku anti sangat dengan kopi yang terlalu panas. "Belum ada khabar ke?" soalnya sejurus melabuhkan punggung di kerusi sebelahku.

Aku hanya menggeleng sambil menikmati kopi suamku. Jam dinding di ruang menunggu itu tepat menandakan sudah jam 10.30 malam. Apa yang lama sangat ni? Makin risau aku dibuatnya. Saat aku tengok May terbaring di dalam sampan tadi, aku sangkakan dia sudah mati. Teruk sangat keadaan dia, dah macam zombie.

"Zee.. Tirah," tegur Kesha. Wajah Kesha tidak seperti selalu. Keadaannya umpama ibu kehilangan anak.

"Dah okay ke?" aku bingkas bangun. Begitu juga Tirah.

"Belum lagi."

"Aku harap May akan selamat. Tadi aku terhidu bau bangkai, hati aku jadi tak tenang terus. Risau jugak kalau..... Hmmm," aku tak sanggup meluahkannya dalam keadaan sekarang ni. Takut mulut masin nanti.

"Bau bangkai? Kat rumah usang tadi ke?" soal Kesha.

Aku mengangguk.

"Wey, sorry lah... Aku rasa kau dah sedut gas kentut aku. Tahan lama kat dalam kereta tadi."

"WTFFF??!!! Kuang hajooooooo!"

Tirah ketawa besar dan Kesha hanya mampu tersengih malu. Aku fikirkan bau bangkai, rupanya... Hmmm jahanam! Entah apa dia makan keluar bau haram macam tu? Aku rasa nak tumbuk je Kesha ni. Nasib baik sekarang kat hospital.

"Apa yang lucu sangat ni?" Mark muncul tiba-tiba.

"Bau bangkai.. Puikkk!"

"Ehh you ada hidu juga tadi? I dah risau giler lepas terhidu bau tu. I thought...." Mark tertunduk sedih. Adakah dia fikir benda yang aku fikirkan tadi?

"Tu bau-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Kesha laju menyiku aku. "Diam lah bodoh!" bisiknya lagi.

"Bau apa?" soal Mark lagi.

"Ohh maybe bau dead animal.. Kot.. Hehehe.."

"Yea lah. Takkan lah bau kentut pulak kan haha," gelak Mark. Dia cuba menghiburkan dirinya. Biarlah dia terhibur sendiri huhu. Rasa bersalah pulak...

Kami berempat ketawa bersama-sama. Aku rasa awkward sangat. Aku taktau nak gelakkan lawak hambar Mark atau bau kentut Kesha. Huhuhu...

***

Sementara itu di rumah mereka. Fiona tidak dapat ikut ke hospital kerana kondisi kakinya itu. Shane pula menemani Fiona di rumah dan dia juga perlu unpack her stuff into her new room.

"Do you need anything, Fiona?" Shane menyelak daun pintu bilik Fiona yang sudah memang terbuka sedikit lalu menjenguk ke dalam.

"Nope, I'm fine." jawab Fiona ringkas, tegas. Dia sedang membaca buku di atas katil.

"Can I come in?"

"No."

Shane melangkah masuk. Dia langsung tidak mempedulikan kata-kata Fiona. Fiona hanya berdengus kasar.

Shane mengangkat perlahan kaki Fiona yang cedera itu. Dibeleknya perlahan-lahan lalu membuka balutannya.

"APA YOU BUAT NI???!" 

"Jangan la banyak gerak. I just want to change your bandage je. Jangan melawan please."

"I don't ask you to help me change kan? Why bother?? Huhh.. Dah lah, Shane! I can do it myself."

Shane berhenti. Dia diam seketika, begitu juga Fiona.

"Sekali ni je. Please, Fiona." Shane merenung wajah Fiona.

"Don't give me that look! Ish!"

"Why?" Shane ketawa kecil, "I know you can't resist it. I always get what I want kalau I buat macam ni. Remember?"

Pantas Fiona menjeling ke arah lain. Renungan itulah yang selalu melembutkan hatinya jika ada perselisihan antara dia dan Shane di suatu masa dahulu.

"I miss you, Fiona." sambung Shane lagi. Dia kembali membuka balutan. Kaki Fiona diuruskan dengan lemah lembut, langsung tiada rasa sakit saat Shane menyentuhnya.

Saat itu Fiona dapat merasakan kasih sayang yang sudah lama hilang dari dalam dirinya kini bangkit semula. Tangan itulah yang selalu membimbingnya ketika balik dari sekolah dahulu. Yeah, Shane... Kawan sekolah menengah yang sangat bermakna buat Fiona. Teman tapi mesra.

"Please don't say that, Shane."

"I really mean it... When I saw you buka pintu tempoh hari, I rasa happy sangat. It's like we are meant to be together."

"Don't be stupid!"

"Yes, I am stupid. Stupidly in love with you.. Remember what you've said to me dulu?"

"I bagitau you banyak benda. How should I know which one? Huhh.."

"When you said you can't be with me because I'm a girl. Ingat?"

Fiona diam sahaja. Dia paling ingat kata-kata itu. Kata-kata yang telah menyebabkan dia kehilangan Shane. Ibu bapa Fiona dapat menghidu keakraban Fiona dan Shane bukanlah sekadar teman baik tetapi lebih daripada itu. Oleh kerana dia takut di buang keluarga, Fiona terpaksa mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pada Shane di hadapan ibu bapanya. Dia lebih sayangkan keluarganya tetapi selepas kehilangan Shane, Fiona sudah tidak dapat merasakan kasih sayang. Shane sudah membawanya pergi bersama.

"I'm a guy now. I work hard to be who I am today, Fiona. Just for you.."

Walaupun Fiona hanya nampak Shane dari belakang, dia boleh rasakan kejujuran Shane. Dia tidak menyangka Shane sanggup lalui semua ini hanya untuk dirinya. Besarnya pengorbanan Shane untuk dirinya. Layakkah dia selepas apa yang dia telah lakukan pada Shane dahulu?

"I'm not fully transition yet but I'm half way there. Then I will get you back.." Shane tersenyum saat dia berkata ingin mendapatkan Fiona kembali. Manisnya senyumannya bisik hati Fiona.

"OK done. Good as new.. Haha. I rasa I boleh jadi nurse juga ni."

Kelembutan Shane membuatkan sedikit pun tiada rasa sakit. Dia memang begitu sejak dahulu lagi. Shane seorang penjaga yang sangat baik. Itulah yang membuatkan Fiona jatuh cinta padanya. Tiada siapa yang pandai melayannya selain daripada Shane. Lemah lembut, sopan santun, menghormati orang lain dan banyak lagi. Kalau cerita lebih, risau readers pulak yang jatuh cinta. Haha...

"Thank you." jawab Fiona lembut.

"You're welcome, ma'am!" Shane senyum lagi. Kali ini di depan muka Fiona.

"Huhh.. Dah lah. I want to sleep. Please tutup pintu nanti ok." Fiona laju menjeling ke tempat lain kemudian pura-pura menarik selimut kononnya hendak masuk tidur.

"Okay. Good night, Fiona. Rest well..." Shane keluar dari bilik lalu menutup pintu rapat-rapat.

Di dalam bilik, Fiona tidak dapat memejamkan matanya. Kata-kata Shane tadi asyik bermain di mindanya. Shane wants me back? bisik hatinya. Tapi kenapa? I've hurt her feeling so badly before. Now she's back and still trying. Why you have to be so nice to me, Shane? Please give up on me. Ada ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih sesuai dengan kau. Aku tak dapat bagi kau masa depan yang kau impikan. Tapi... Aku rindukan perasaan yang Shane mampu berikan. Kasih sayang.

Shane you stupid!


Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 198 41
Sekumpulan pelajar yang ingin melakukan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands akhirnya menemui menemui satu malam petaka. Suasana riang terus b...
110K 1.4K 13
Fyy seorang pelajar kejuruteraan tahun akhir telah jatuh cinta dengan pensyarahnya yang sudah berkahwin. Ikuti perkembangan cinta Fyy disini.
13.9K 522 10
Pernah Ldr? Survive tak? Let's touch the reality of Ldr shall we? Kisah seorang Cece dan hatinya.
2.4K 97 7
Marisa dan Helena berkahwin atas dasar cinta. Untuk anak pertama yang dilahirkan dengan penuh kasih sayang, mereka letak nama Luna Karisa Toriyama ya...