Lelaki Dingin itu Suami Aku✔

By AmaraAishh

7.4M 224K 13.3K

Arissa, yang dibeli oleh Rayyan dari kelab malam tidak ubah dilayan seperti perempuan simpanan Rayyan. Bukan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Author's note
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60 (Ending)
Mukadimah Sebentar
PT3's Result
Special Epilog
Hye?
New Story
New Story
Pre-Order Psycho of Love 2 (Comeback)

Bab 15

154K 4.6K 345
By AmaraAishh

Sebulan sudah berlalu. Selama sebulan jugalah Rayyan 'berpuasa'. Tok kadi dan Rayyan sudah bersedia di ruangan Masjid Putrajaya.

Arissa dan Datin Zaitun saling berbalas senyuman. Tema perkahwinan mereka kali ini adalah natural. Pakaian mereka pula berwarna putih suci.

"Muhd Rayyan Zikry bin Dato' Jamal. Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Arissa Syafina binti Zainuddin dengan mas kahwin berupakan satu set pakaian solat dan sebentuk cincin berlian," tok kadi menggengam Rayyan lalu menggoncangkannya. Menandakan bahawa ini masa Rayyan.

"Aku .. Terima nikahnya Nur Arissa Syaf..Syafina binti Zainduddin dengan mas kahwin berupakan satu set pakaian solat dan sebentuk cincin berlian," Rayyan berasa gugup apabila menyebut perkataan 'Syafina' atas sebab nama Fina.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah," Rayyan tersenyum. Akhirnya, dia dan Arissa bersatu dalam keadaan yang halal. Sepertimana yang Arissa inginkan.

Rayyan mendekati Arissa yang selesa duduk bersimpuh. Dia mengeluarkan cincin dari kotaknya. Lalu disarungkan ke jari runcing Arissa. Arissa menyalam Rayyan lama.

Tiba-tiba setitik air mata jatuh ke tangan Rayyan. Rayyan terkejut. Arissa menangis ke?! Rayyan mengangkat muka Arissa. Dia menggeleng lantas mengelap air mata yang berguguran.

Rayyan mengucup lembut dahi Arissa. Lalu, dia mengucup mata Arissa pula. Rayyan memandang anak mata Arissa tepat.

"Please don't cry," Rayyan mengesat lagi air mata Arissa. Arissa mengangguk.

"Senyum untuk aku," bisik Rayyan di telinga Arissa. Arissa ketawa kecil. Rasa geli pula.

"Good wife," kepala Arissa diusap lembut. Orang yang berada di samping Rayyan dan Arissa ketawa kecil. Sweet!

'Ya Allah, kau pertahankanlah masjid yang kami bina. Tanamkanlah cinta di dalam hati kami. Semoga ia semakin berkembang dari hari ke hari. Jadikanlah keluarga kami keluarga yang mulia di sisiMu ya Allah,'

~

"Welcome to new home Arissa!" ujar Datin Zaitun keriangan. Lagaknya seperti seorang kanak-kanak kecil.

Arissa ketawa kecil. Rayyan yang mengangkat bagasi terus duduk di atas sofa.

"Eleh, baru angkat bagasi pun penat. Bukan jauh mana pun. 50 meter je," omel Datin Zaitun. Arissa ketawa. Lagi. Ya, betul. Hanya 50 meter je dah penat.

"Alah normal la tu mummy. Erm..Mummy..nak jus!" Rayyan menunjukkan barisan giginya yang putih. Datin Zaitun menggeleng. Namun diturutkan jua permintaan anaknya itu.

Setelah Datin Zaitun berlalu, Rayyan terus memeluk Arissa dari belakang. "Tonight, you're mine," bisik Rayyan di telinga Arissa.

Tangannya yang gatal melingkari pinggang Arissa. Jari-jarinya mengelus lembut perut Arissa.

"A..awak," panggil Arissa. Dia memegang tangan Rayyan. Memberhentikan kelakuannya.

"Hmm?"

"Kita kan kat rumah mummy"

"So?"

"Nanti mummy nampak. Malulah," Rayyan tergelak kecil. Tahu takut.

"Oh. Jadi, nak ke bilik lah ni? Erm boleh je. Sekarang lah kita pergi," Rayyan terus menggengam tangan Arissa dan ingin melangkah ke tingkat atas.

"Awak! Jangan ngengada eh. Saya nak tolong mummy dekat dapur," Arissa melepaskan tautan di pinggangnya lalu dia berlari ke arah dapur.

Rayyan ketawa riang. Dia memandang bagasi di belakangnya. Ah, tak mungkin!

"Mummy, meh Arissa tolong," pelawa Arissa. Dia mendekati Datin Zaitun yang sedang menuang jus ke dalam gelas.

"Alah, tak payah tolonglah Arissa. Ni ha, panggil Yen turun. Jus dah siap ni,"

"Okay mummy. Tapi daddy dengan Kamal mana?"

"Office. Ada meeting lagi tu," Arissa mengangguk. "Arissa panggil abang dulu," Arissa mula mengorak langkahnya ke tingkat atas.

Pintu diketuk. Tiada jawapan. Tidur kot. Arissa masuk. Ha, tak ada. Arissa melihat di sekeliling. Sunyi je. Bunyi pancuran air pun tak ada. Rayyan ke mana?

Dia berlalu ke balkoni. "Awak? Buat apa tu?" soal Arissa. Rayyan menoleh.

"Ambil angin. Come here," panggil Rayyan. Dia mendepakan tangannya. Arissa tersenyum lalu mendekati Rayyan.

Rayyan memeluk Arissa erat. Bayu angin meniup ke arah mereka. "Kenapa pakai tudung lagi? Bukan kita dah halal?"

"Memanglah. Tapi kita kan baru sampai rumah. Nanti saya buka eh," Rayyan menggeleng. Arissa mengangkat kening.

"Kenapa?"

"Aku nak kau buka tudung ni. Now," arah Rayyan. Dia membuka pin tudung di kepala Arissa. Lalu membuka anak tudung yang membalut rambut Arissa.

Tangannya melepaskan ikatan rambut Arissa. Bau syampu yang menaikkan syahwat mengelorakan nafsunya. Bibir Rayyan perlahan-lahan pergi ke telinga dan bibir Arissa.

Deruan nafas mula kedengaran. Arissa juga sudah mula terlupa akan pesanan Datin Zaitun.

"Haii, lambatnya diorang turun. Rayyan! Arissa! Turunlah cepat! Kita minum petang!" laung Datin Zaitun di bawah. Tapi, kalau dah syok sangat, mana nak dengar ye dok?

"Pelik pula budak dua ni," bebel beliau sambil menaiki anak tangga. Diangkatnya sedikit jubah yang labuh itu.

Apabila sampai di muka pintu bilik Rayyan, beliau tidak jadi mengetuknya. Datin Zaitun terdengar akan sesuatu bunyi. Dia mendekatkan telinganya ke pintu.

"Ya Allah budak ni! Tak menyempat-nyempat! Nasib baik aku sorang je kat rumah ni kalau tak," omel Datin Zaitun lagi. Dia menepuk dahinya dan berlalu pergi. Nampaknya, terpaksalah dia keluar dengan 'geng' dia.

~

Arissa mencelikkan matanya. Dia baru perasan ada sepasang tangan hinggap di perutnya. Arissa tersenyum lantas menghadap Rayyan yang masih tidur dengan lena.

Arissa menilik wajah Rayyan yang sempurna itu. Kening lebat. Hidung mancung. Mata bundar. Putih. Bibir mungil. Tiada sebarang jerawat pun hinggap atas muka! Perfect!

Jari-jemari Arissa mula bermain dengan kening Rayyan. Diusapnya dengan lembut.

Tiba-tiba pelukan dieratkan. Arissa mula cuak. Tak mungkinlah dia dah bangun! Nanti dia tahu yang Arissa sedang tilik muka hensem dia tadi!

Arissa pura-pura tidur. Rayyan tersenyum. "Tak payah pura-pura tidurlah," tegur Rayyan. Dia ketawa.

Pipi Arissa mula memerah. "Isy, awak ni. Saya ingatkan awak masih tidur," Arissa memukul lengan Rayyan perlahan. Rayyan ketawa.

"Kenapa? Kalau aku masih tidur kau nak tilik muka aku yang hensem ni lagi eh?"

Arissa mengangguk. Kening Rayyan diangkat.

"What?"

"What what?"

"Kenapa kau angguk?" soal Rayyan pelik. Arissa tersenyum. Dia memegang kedua-dua pipi Rayyan.

"Sebab betullah. Kalau awak masih tidur, saya memang akan tilik muka awak yang hensem tu. Tak salahkan?" jujur Arissa. Dia mengelus kening Rayyan yang menjadi tatapan matanya.

Rayyan menggeleng. Dia mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua. Dahi bertemu dahi.

"Are you trying to seduce me this evening Rissa?" soal Rayyan dalam nada menggoda. Arissa tergelak.

"Rissa?" Rayyan mengangguk. "Suka?" Kali ini, Arissa pula mengangguk sambil tersenyum.

"Yes, I am trying to seduce you," jawab Arissa nakal. Rayyan ketawa terbahak-bahak. Terasa lucu pula.

Arissa mencebik. Dia bingkas bangun dari katil. Memakai baju mandi.

"Nak pergi mana?" soal Rayyan. Matanya terkebil-kebil melihat Arissa.

"Mandilah. Takkan nak tidur lagi," balas Arissa acuh tak acuh. Rayyan bingkas bangun juga. Dia memakai tuala lalu memeluk Arissa dari belakang.

"Jom mandi sama-sama," bisik Rayyan tepat ke telinga Arissa.

"Pergilah mandi dengan tilam tu. Best sangat kan gelakkan orang," omel Arissa. Rayyan ketawa lagi. Mandi? Dengan tilam? Hahaha lawak!

"Hahaha sayang sayang. Abang gurau je. Janganlah merajuk kay?"

"Apa sayang sayang?"

"Kenapa? Tak suka?" Arissa bermain-main dengan dagunya. Lagak seperti berfikirlah ni. Arissa mengangguk lantas tersenyum.

"Suka! Suka sangat! Kalau saya ni sayang, awak pula?"

"Call me abang," kata Rayyan dalam nada menggoda. Arissa ketawa besar.

"Kenapa gelak? Nak kena denda eh?" tanya Rayyan sambil menggeletek tubuh Arissa. Arissa menggeleng dalam tawa.

"Tak! Hahaha! Abang! Stop! Abang! Hahaha! I promise," semakin galak Arissa ketawa apabila Rayyan menggeleteknya.

"Tahu pun," Rayyan berhenti menggeletek Arissa. Dia memusingkan tubuh Arissa menghadapnya.

"A..abang tak reti nak berpantun. Tapi, I try. Udara lembut dalam desa, seronok untuk bermain layang, dengarlah pantun yang ku cipta, khas untuk dirimu seorang sayang," Arissa tercengang. Pandainya! Speechless!

Arissa memegang setiap sudut wajah Rayyan. Rayyan mengangkat kening.

"Sayang, what are you doing?"

"Is it you? Cause you look so berkarisma! My lelaki melayu terakhir! My husband!" teriak Arissa sambil melompat-lompat. Rayyan ternganga. Menepuk dahinya.

"Sayang, jomlah," rengek Rayyan. Dia memegang bahu Arissa. Memberhentikan tingkah laku Arissa.

"Ada satu syarat"

"Apa?"

"Kejar sayang dulu! Hahaha," Arissa terus melarikan diri ke dalam bilik air. Namun sempat dihalang oleh Rayyan.

"Oh my god! Abang punya tuala!"

"What?" Rayyan terus memandang ke bawah. Bunyi kunci di dalam bilik pintu menandakan dia ditipu. Oh sh*t!

"Sayang, buka pintu ni. Dosa tak ikut kehendak suami," laung Rayyan dari luar. Arissa terkekek-kekek ketawa. Dia membuka pintu bilik air.

"Okay husband. Jom eh kita mandi. Mandi dengan baby Johnson," Arissa menarik tangan Rayyan dengan penuh godaan.

"Sayang, jangan goda abang sekarang please. Nanti sayang tak terlepas tau dari bilik ni,"

"Tak apa abang, sayang redha. Sayang kan isteri sah abang,"

Tiba-tiba Rayyan mendukung Arissa terus ke dalam bilik air.

"Abang dah cakap, jangan goda abang," bisik Rayyan. Arissa membulatkan matanya. No!

~

"Siapa suruh goda abang sayang?" soal Rayyan di sebelah Arissa. Arissa sudah tercungap-cungap melayan Rayyan.

"Sayang gurau je. M..mana ada betul betul. N..ni ha. Kalau sayang tak boleh gerak dari katil macam mana ni?" soal Arissa semula. Suaranya terketar-ketar mengambil nafas.

"Tak apa, abang ada," balas Rayyan sambil senyum. Dia menyelitkan rambut Arissa lalu menyelimutkan badan Arissa.

Belum sempat Rayyan ingin memeluk Arissa, telefon berbunyi. Dari siapa pula ni?

"Hello?"

"No"

"I don't care"

"Okay. Aku datang. Kalau aku tahu ini suatu penipuan, you will in jail," ugut Rayyan. Panggilan dimatikan. Rayyan memandang Arissa. Dia mengusap rambut Arissa.

"Sayang, listen. Abang nak keluar. Bukan atas urusan business but with a psychco. Whatever happen next, please jangan percaya sesiapa pun kecuali abang, mummy dan Kamal. Okay?" pesanan Rayyan membuatkan Arissa risau.

Jantungnya berdegup kencang. "Please don't abang," Rayyan menggeleng.

"I can't sayang. No. It's okay. Abang janji abang akan balik. Jaga diri sayang elok elok okay?" Arissa mengangguk. Rayyan mencium dahi Arissa lama. Seperti enggan melepaskan. Namun, dilepaskan jua.

Rayyan mula hilang dari pandangan.

Hohoho Rayyan nak pergi mana tu? Psycho? Psycho yang mana? Qasha ke Zara ke orang baru? Ha..baca je! Next part akan jadi dramatik pula. Btw part ni cukup romantik x? Ke terlebih romantik? Huahauahua. Bagi author, ni baru 25% belum 100% lagi. Hehehe. Btw follow my ig and I'll follow you back!

@sna.s95

Continue Reading

You'll Also Like

97.9K 3.4K 72
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.2M 60.1K 62
𝙇𝙚𝙫𝙞𝙖𝙩𝙝𝙖𝙣 𝗗𝗲𝘃𝗹𝗶𝗻 𝗕𝗲𝗰𝗸𝗵𝗮𝗺 One word can describe him. A devil. 𝙍𝙤𝙨𝙚 𝙀𝙡𝙚𝙖𝙣𝙤𝙧 𝘼𝙪𝙙𝙚𝙡𝙞𝙖 His angel. Reminder⚠️ •new...
2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...
1.5M 53.6K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...