Bengkok

By fainjay

328K 6.9K 1.6K

"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang ins... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
The Closure
Ready gais!

Bab 3

13.4K 211 20
By fainjay


Seminggu berlalu. Pantas. May semakin akrab dengan kami berempat. Mula-mula kusangkakan pendiam, rupa-rupanya paling banyak bercakap. Dia bukan bercakap kosong. Setiap ungkap kata ada makna tersirat. Dia umpama penulis novel fiction yang kaya dengan pelbagai bahasa. Aku kagum dengan May. Perwatakan dia, hilai tawanya. Mungkin aku jatuh cinta?

Hujung minggu. Masa untuk bermalas-malasan. Fiona mengajak May melepak di rumah sewa kami. Pada mulanya aku kurang bersetuju kerana aku ingin menakluki ruang tamu itu sepanjang hari. Bermain PS3. Kesha tak kisah kerana aku pasti dia akan menjadi Player Two aku. Tirah pula memang confirm akan keluar bersama encik abangnya. Hanya tinggal Fiona yang sudah naik bosan melihat aku dan Kesha bermain permainan video daripada pagi sampai ke malam.

"Alaaa.. Fionaaa.. aku nak conquer ruang tamu. Kalau May datang, tak dapat la aku nak layan game baru nie," aku menjatuhkan tubuhku di atas sofa. Malas. Kesha hanya melihat.

"Aishh.. kalau ko nak main game, main la. Takde kami nak halang. Aku ajak May sebab nak mintak ajar dia bake cookies. So, most of the time kami akan duk kat dapur je," jelas Fiona. Dia sibuk mengemas rumah. Maklumlah, tetamu nak datang bertandang.

Aku pantas bangun lalu membantu Fiona mengemas. Kesha tergelak kecil melihat telatah kami. Kadang-kadang aku tengok Kesha nie comel juga. Senyum nampak braces. Sweet je nampak. Aku hairan kenapa dia tak ada boyfriend lagi? Package cukup dah. Lelaki pun dah berbaris tunggu dia. Tapi tetap je dia nak single.

"Kesha.. please la. Tak kan nak tolong tengok je. Jangan nak berat bontot sangat," aku menarik Kesha bangun. Dia terpaksa akur dengan permintaanku. Aku kan Player One dia. Mestilah dengar cakap.

"Tirah dah keluar ke?" tanya Fiona. Aku dan Kesha angguk. "Awalnya dating. Mungkin diaorang tolong buka mall, kan?" Hilai tawa kami memecahkan kesunyian di rumah dua tingkat itu. Eman, kekasih Tirah, yang membantu kami mendapatkan rumah sewa ini dengan kadar yang rendah. Untunglah jadi anak Dato' kan.

Selang 2 jam, May tiba dengan segalas beg. Beg apa pula besar-besar nie? Tak kan nak stay overnight? Kalau ya, bagaimana? Hmmmm... padam padam! Tak boleh fikir macam tue la!

"Hi Zee, Kesha," May melemparkan senyuman. Laju saja senyuman itu menusuk hati aku. Seperti dipanah Dewi Cinta. Berbunga-bunga rasanya.

"Hi May. Masuklah. Buat macam rumah sendiri," Kesha membalas. "Fiona ada kat dapur tue. Ko duduk la dulu k."

Aku hanya membalas May dengan senyuman. Entahlah sejak bila aku segan silu dengan budak nie. Kesha nampak raut wajah aku. Dia faham. May duduk di sofa, memerhatikan aku menyiapkan PS3 untuk sedia dimain. Kesha sudah hilang masuk ke dapur, mencari Fiona. Kini aku berduaan dengan May.

DUB DAB DUB DAB... semakin pantas degupan aku. Rasa awkward pula ketika diperhatikan. May mendekati aku. Aroma badan May segera menusuk rongga hidungku. Harum.

"Game baru ke?" May mengangkat kotak game yang terbaring di atas lantai, di sebelah aku. Dia membelek-belek kotak itu. Membaca setiap perkataan yang ada.

"A'ah.. Baru release last month."

Resident Evil 6. Leon Kennedy adalah idola aku. Gaya rambut kami hampir sama. Kalau aku lelaki, berkemungkinan besar aku boleh berlakon sebagai Leon. Puji diri sendiri pun boleh...

May angguk-angguk. Dia meletakkan kembali kotak game itu kemudian duduk di sisiku. Too near. Aku mengesat peluh dingin. Nervous! Aku dapat rasakan May merenung aku. Aku buat biasa. Kalau nampak cuak, pasti dia akan tahu.

"Errr.. May," aku memutuskan untuk membuka cerita. Terasa sangat janggal jika terus diam. May angguk perlahan. "Suke main game tak?"

"Not really. Sikit-sikit boleh lah," dia menjawab. Tenang. Aku je yang cuak lebih-lebih. "Kenapa? Nak ajak main ke?"

"Oh, haha.. Taklah. Saje tanye. Kalau nak try, jom la," aku menghulurkan controller untuk Player Two.

"Wooohh! Tak nak la aku. Zombie-zombie nie aku tak berapa berkenan," May berdiri lalu melabuhkan punggung ke sofa. Aku hanya tertawa kecil. "Tapi kalau nak main benda lain aku boleh kot," sambungnya lagi.

MAIN BENDA LAIN? Controller tiba-tiba jatuh dari tangan aku. Main apa? May ajak buat apa nie? Zarah-zarah dalam otak aku seperti cacing kepanasan. Hilang kewarasan seketika. Soalan apakah yang May tujukan kat aku nie? Main benda lain??

"WEYYYYYYY!! Ko fikir apa nie??" May terbangun dari duduknya. Dia seperti ingin naik berang. Aku juga turut bangun. Tidak mampu berkata-kata. Fikiran aku sudah jauh menyimpang daripada makna yang May cuba sampaikan. Muka aku jadi merah padam. Menahan malu.

"Err.. May, jangan salah sangka!" Aku tunduk berulang kali tanda minta maaf. May meletakkan tapak tangannya di atas kepala aku. Diusapnya rambut gaya Leon Kennedy aku nie. Aku terpaku. Terkejut dengan tindakan May.

Dia terkekeh. "Takpe. Salah aku juga bagi ayat tak betul," May kenyit mata. Aku menjadi bingung. Kaku, tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian Fiona dan Kesha muncul membawa makan dan minum.

"Ehh, kauorang buat ape nie? Main-main rambut?" Fiona membuka soalan. May perlahan menarik tangannya lalu berjalan mendapatkan Fiona. Kesha hanya melihat. Tidak pasti dengan apa yang telah berlaku. Melihat daripada air muka aku, Kesha tahu sesuatu telah terjadi tadi.

"Takde lah. Zee kata dia ada kutu. Tue la nak tolong tengokkan," jawab May slumber. Aku masih membatu tapi pandangan aku tak putus mengikut May.

"Mula-mula tolong tengokkan kutu. Nanti jadi lain pula," Fiona bergurau. Mereka duduk mengelilingi meja separas lutut yang terletak betul-betul di hadapan TV. Mereka mulai makan dan minum.

"Nanti apa, Fiona? Aku couple ngan Zee ke?" May ketawa. Sekali lagi aku terkejut. Apakah maksud semua ini?!

"Ehh.. aku tak kata. Ko yang kata ye."

"Takpe lah. Kalau Zee, aku sudi. Dia baik. Handsome pula," kata May, serius. Aku tak mampu berkata-kata. Tapi yang pasti, muka aku dah jadi merah. Kesha hanya memerhati daripada tadi. Aku hairan juga kenapa dia kurang bersuara sejak May jejak kaki kat rumah nie? Ataupun aku yang berkhayal lebih?

"AH! Orang dah sudi, Zee. Takkan ko pula jual mahal?" Fiona menepuk belakang aku. Adoiii.. dia pula yang excited lebih. Aku hanya memberikan May seukir senyuman. Aku tak tahu apa yang harus aku jawab. Lebih bagus diam.

***

Malam itu May masak. Jangkaan aku tepat, dia overnight di sini. Aku happy juga tapi ada sedikit terbit rasa risau. Aku tak tahu kenapa aku harus risau? Kesha berkurung di dalam bilik sejak tengahari tadi. Kejap je dia temankan aku main game. Alasannya, dia pening. Makan malam pun dia taknak join. Dah la May masak banyak, tak ada orang pula nak habiskan. Takut membazir. Tirah mungkin tak balik malam nie. Dia SMS kata balik rumah keluarganya.

Kami makan dengan penuh berselera. Ketawa silang berganti. Tiba-tiba, aku menerima SMS. Aku membuka saat itu juga. Nama Kesha terpapar di skrin. Apa hal mangkuk nie main SMS pula? Berat bontot sampai malas keluar ke? Aku tekan "Open".

Zee, u like her? I saw the way u look at her. I don't know why but I feel my heart aches. I can't stand it just now, sebab tue la tak dapat teman ko main game. Sorry, Zee. I can't control this feelings.

Mataku terbeliak membaca SMS daripada Kesha. Tiada kata yang mampu menerangkan perasaan aku saat itu. Apa maksud SMS Kesha nie? Takkan dia jealous kot? Kenapa nak jealous? Dia suka aku? After all this years, why now? Aku buntu.

Pintu bilik Kesha terbuka perlahan. Aku nampak Kesha di daun pintu. Dia memanggil aku. Hati aku menjadi kacau bilau. Entah mambang mana yang merasuk aku. Aku bangun dari kerusi kemudian masuk ke bilik Kesha, menutup pintu biliknya semula. Mata Kesha bengkak. Mungkin kerana menangis dari tadi?

"Kesha, why?" Aku menyapu air mata Kesha dengan jemariku. Dia menyambut tangan aku. Lembut. Aku tak pernah nampak Kesha selemah ini. Apa yang telah terjadi?

"Zee.. Teman aku tidur malam nie. Please..." Kesha bermain dengan jemari ku. Mengisi ruang antara jariku dengan jarinya. Dia nampak manja. Aku tidak menjawab, cukuplah sekadar mengangguk. Dia menarik aku ke katilnya. Perlahan-lahan.

Malam yang panjang....    

Continue Reading

You'll Also Like

102K 4.4K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
1.6K 51 6
Tengku Puteri Mahkota Diyana Marella Santubong merupakan seorang bakal permaisuri yang introvert. Dia pergi kemana-mana pun dia taknak angkat muka da...
36.1K 998 15
[COMPLETE] kita tak reti buat desc so baca jelah btw WARNING!! gxg content. read at your own risk
460K 22.6K 72
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...