Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14

Bab 15

7.4K 232 182
By DeknaLee

Bab 15

"ADUHHH!!! Lapar pulak perut aku petang-petang begini!" aku pegang perut yang sudah berkeroncong sakan. Malasnya hendak memasak! Malas! Malas! Malas!! Tangan yang menaip sedari tadi terhenti juga akhirnya akibat perut berkeroncong minta diisi. Tanpa menekan suis shut down, aku tutup laptop yang masih terang itu. Kejap lagi aku nak sambung menaip semula. Novel dah sampai bab enam puluh tujuh. Satu bab saja lagi!

Tangan sempat mencapai earphone dan handphone. Earphone kusumbat ke dalam telinga. Lagu Bruno Mars kupasang kuat. Kaki akuhayunkan menuju ke dapur. Sudah tidak tertahan lagi rasa lapar di perut. Terserempak lagi dengan makhluk tuhan itu. Julia lagi. Aku buat tak nampak sahaja kewujudan dia di ruang tamu. Terus aku berlalu ke dapur.

Sambil menyanyi, sambil aku menanak nasi. Selepas itu, aku keluarkan sayur dari peti. Belacan, bawang, lada, bawang putih dan sedikit ikan bilis yang sudah dikupas. Selesai menyiang bawang, aku membasuhnya dan menumbuk menggunakan lesung batu. Tiba-tiba, telefon bimbitku bergetar. Ada panggilan masuk. Tentu sekali dari dia, Encik Tunang Tubi.

"Helo assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." jawab Encik Tunang Tubi. Aku tersenyum mendengar suaranya yang seksi itu. Oh tuhan, tolonglah jadikan dia lelaki terseksi dalam hidupku nanti. Eh? Doa apa ni, Mona?!

"Aira, awak buat apa? Bisingnya. Kelentung kelentang berbunyi." dia komen.

"Saya tengah memasaklah, awak." aku berkata sambil memanaskan kuali. Minyak kuisi sedikit. Awas masakan aku campak ke dalam kuali. Sampai naik bau, aku goreng kangkung. Kangkung goreng belacan! Mudah sekali. Menu di kala perut teramat lapar begini.

"Mesti sedap, kan?" soal dia. Aku tergelak kecil.

"Tak." aku jawab selamba.

"Sedapnya bau..." komen dia. Aku terbelalak. Boleh bau melalui telefonkah? Ada-ada sahajalah Encik Tunang Tubi ni.

"Bau apanya? Bau ketiak sendiri?" soalku. Dia tergelak besar.

"Saya tengah cium aroma masakan awak ni." dia berkata sambil tergelak kecil. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Ada-ada sahajalah Encik Tunang Tubi ni!

"Merepek!" aku membebel.

"Atchem!!!" dia terbersin di hujung talian. Aku tergelak kuat.

"Saya masak kat sini pun awak boleh bersin erk?" soalku. Dia ikut tergelak.

"Kan saya dah cakap? Saya tengah cium aroma masakan awak ni. Sampai terbersin saya. Awak tak bagi jiran awak makan masakan awak ke? Awak kata jiran awak bujang. Mesti diorang tak pandai memasak..." komen Encik Tunang Tubi.

Bad dan Irfan tak pandai masak? Haruslah! Kalau Taufiq, gerenti pandai memasak punya! Dia dah lama jadi duda kan... siapa lagi yang nak masak untuk anak dia kalau bukan dia? Tapi... aku pernah cium bau masakan dari rumah Bad sebelum Taufiq pindah sini. Best oh! Mungkin masakan Irfan, si kaki ayat.

"Eh! Tak ada kerja saya nak bagi diorang makan masakan saya. Tambah-tambah si Bad-ut tu! Awak tahu tak tadi, datang sekolah saya, buat muka kerek? Bila saya balik, elok pulak dah! Ceria semacam. Muka dia, shine bright like a diamond!" sempat aku menyanyi serangkap lirik lagu Diamond nyanyian Rihanna itu. Terkekeh-kekeh Encik Tunang Tubi gelakkan aku. Aku kena biasakan diri. Dia memang kuat gelak!

"Hahaha. Happy sangat nampak awak kut? Awak comel sangat agaknya, tu yang buat dia suka." dia berkata. Meneka. Aku menjelirkan lidah. Masakan, aku hidangkan ke dalam pinggan.

"Eii comel apalah saya ni? Takkanlah? Kat sekolah tadi dia serius. Tapi kesian dekat dia. Anak buah dia telefon cakap saya nak jumpa. Entah masa bila saya nak jumpa dia? Muka dialah paling saya duk elak sekali daripada berjumpa selama ni." aku berkata pula. Encik Tunang Tubi tergelak lagi.

"Kenapa Aira, kenapa awak tak nak jumpa dia?" soal Encik Tunang Tubi. Aku sengih.

"Sebab dia teruk." komenku selamba. Ah! Bad bukan tahu pun aku kutuk dia!

"Kenapa dia teruk?" soal Encik Tunang Tubi lagi. Aku mencemik. Mengingatkan Bad sahaja terus otakku rasa tepu. Malasnya ingat dia. Menyakitkan hati! Setiap masa pula lagi.

"Dia panggil saya dengan gelaran yang saya tak suka. Lepas tu dia selalu cari point nak bergaduh dengan saya. Pokok pangkalnya, dia selalu buat saya sakit hatilah." aku berkata serabut. Mengenangkan Bad membuatkan aku rasa loya tekak! Menyampah dan meluat yang amat! Encik Tunang Tubi terkekeh-kekeh ketawa.

"Nama dia apa?" soal Encik Tunang Tubi.

"Bad dan Irfan." aku jawab.

"Bad?" soalnya pendek.

"Badrul tak silap saya." aku berkata pula.

"Kawan saya ada nama Badrul. Orangnya kacak sangat. Penyayang. Baik, ramah." ujarnya. Aku dah nak termuntah mendengarnya. Kacak tu dah betul, tapi penyayang tu, biar betul?! Orang nama Bad ni ada cukup kasih sayang ke?

"Werk! Lain benar dengan Bad yang saya kenal! Kacak tu, kira betullah. Tapi kalau penyayang tu taklah!" aku memangkas.

"Ya? Ramai orang nama Bad, kan? Tapi kawan saya tu betullah penyayang. Sayang betul dia dekat tunang dia sampaikan saya naik jealous dengan tunang dia..." ujar Encik Tunang Tubi. Gulp!

"Bad jiran saya pun dah bertunang." aku kata takut-takut.

"Ya? Entahkan orang yang sama?" dia meneka.

"Takkanlah! Sikap tu lain..." aku menidakkan.

"Eh? Mana awak tahu dia tak penyayang? Kalau dia tak penyayang, buat apa dia datang ke sekolah awak sebab anak saudara dia?" soal Encik Tunang Tubi. Aku terbelalak.

"Awak tahu dari mana?!" terkejut!

"Eh eh, dia ni! Kan awak juga yang cakap dekat saya tadi yang dia datang sekolah sebab anak buah dia call dia..." dia berkata bersungguh. Ha ahlah! Aku juga yang cerita. Penyayangkah Bad? Gulp! Muka tak ada nur!

"Eh? Ha ahlah. Lupa pulak saya. Kalau orang yang sama..." aku berjeda.

"Kenapa?" soalnya tak sabar.

"Kalau orang yang sama, mohon sangat-sangat... jangan cerita dekat dia yang saya dah kutuk dia tahap dewa pada awak." baru sahaja habis berkata-kata, telingaku terpaksa menerima hamburan tawanya. Kuat. Berdekah-dekah. Cis!

"Kalau betul orang yang sama, takkanlah saya nak cerita. Kalau tak betul pun saya takkan cerita. Saya simpan je segala kutukan dan amarah awak tu dalam hati sampai saya lupa, okey?" ujarnya. Aku tersenyum. Lega. Lega sangat-sangat. Encik Tunang Tubi memang lelaki yang baik! Wehehe.

"Hehehe. Terima kasih awak." ucapku lega. Dia membalas ucapanku dengan 'sama-sama'. Kami berbual lagi.

"So, awak tak nak sedekahkan dekat Bad tu ke masakan awak? Mesti dia suka bau masakan awak." katanya.

"Ah! Tak ada kerjalah saya nak sedekah dekat dia. Dia pun tak pernah nak sedekah apa-apa kat saya. Sedekah kata-kata menyakitkan hati dia tu adalah." kali ini, tanpa dapat Encik Tunang Tubi aku bendung lagi, berdekah-dekah suara dia gelak. Apa pasal macam ada gema je suara dia? Perasaan aku je kut.

"Awak tahu tak yang saya ada baca artikel baru-baru ni, dalam surah An-Naba' ayat 18, Allah berfirman, "pada sangka kala ditiup, kamu sekalian datang berbaris-baris.". Awak tahu tak yang Bad tu merupakan dalam kategori orang yang duduk di barisan pertama daripada dua belas barisan?!" bersungguh aku bercerita. Hilang sekejap rasa lapar. Sekejap lagi aku sambunglah memasak semula. Besttopik ni.

"Hah?!! Awak biar betul ni Aira?! Awak janganlah main-main! Tak baik tau tuduh Bad bukan-bukan. Kesian dia. Bukan kerja kita nak tempatkan orang kat akhirat sana." eh eh Encik Tunang Tubi ni. Bukan main kalut lagi dia membela si Bad. Risau sangat. Acah je pun.

"Yelah, saya cakap berdasarkan apa yang saya baca. Barisan pertama ni adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Apa balasan dia saya tak ingat tapi dia duduk kat barisan PERTAMA! Huh!" bersungguh aku tekan perkataan pertama itu bagi dia faham...

"Alah awak, niat dia nak bergurau dengan awak je tu." aku pelik. Kenapa dia masih sibuk nak back up si Bad? Terbakar pula hati aku ni.

"Saya rasa sakit hati dengan gurauan dia." aku berkata bersahaja.

"Tak baik awak salah ertikan gurauan dia. Dia mungkin suka kat awak sebab tu dia gurau-gurau macam tu." sayu pula hatiku mendengar suara sayu Encik Tunang Tubi. Adeyy.

"Macamlah awak tu dia. Bukan main nak bersayu bagai suara." aku mencemik.

"Kalau saya cakap, saya ni dia?" soalnya. Itu jam juga aku gelak gila-gila. Encik Tunang Tubi ni Bad, jiran aku? Memang mengarut sangat!

"Jangan nak merepek. Kalau awak ni dia, tang mana pula letaknya nama 'Mirul' tu? Nama penuh dia Badrul Syah! Tak ada Mirul langsung. Lagi satu, kalau Encik Bad tu suka saya, ya Allah! Kesian tunang dia." aku berkata pula. Dia diam sahaja.

"Awak tahu dari mana nama saya Mirul? Saya tak pernah cakap pun nama saya Mirul." eleh! Nak psiko aku pulak Encik Tunang Tubi ni, saja nak buat aku sesak tahap gaban la ni kononnya? Ingat aku hairan?

"Mak bagitahu nama awak Mirul." aku jawab dengan senyuman.

"Kalau saya cakap, mak awak salah dengar, awak nak cakap apa?" soal dia pula.

"Heeee. Mak saya telinga lintah. Kalau abah, harus juga salah dengar. Suruh picit urat, dia pergi mengurat!" aku membebel. Encik Tunang Tubi tergelak mendengar kata-kataku. Kuat dia gelak sampai berdesing telingaku.

"Awak maafkanlah orang... maksud saya, Bad tu. Kesian sangat-sangat saya kat dia..." Encik Tunang Tubi tidak lama selepas dia habis gelak. Dia masih menyuruh aku memaafkan Bad. Kesian sangat-sangat? Alahai! Kenapa entah dia harus bersimpati pada Bad? Dia belum tahu siapa Bad!

"Awak tak jealous ke kalau saya baik dengan dia?" soalku. Dia diam lama.

"Saya tak suruh awak berbaik dengan dia. Saya cuma nak awak maafkan dia. Tak elok berdendam tau. Dengan kawan serumah lagi awak nak marah, dengan Bad-ut tu lagi. Awak tak boleh berdendam macam ni. Tak elok, awak." dia membebel. Aku tersengih. Dia ni sentiasa positif aje kan? Kecuali bila berkaitan dengan Farhan! Whoops! Negatif!

"Saya tak berdendam langsung dengan dia, awak. Saya cuma kurang suka bila bab dia menyakat saya tu. Tapi kekadang, boleh buat saya tersenyum sendiri jugak bila kenang balik." aku berkata jujur. Dia tergelak kecil.

"Dia tu saya rasa, mungkin berstatus tunang pada pandangan orang lain. Tapi saya rasa dia belum bertunang kut... entah-entah dia terkena macam awak terkena dengan housemate awak..." ujarnya. Aku mencemik! Tak ada makna! Takkanlah Irfan sengaja nak reka cerita bagi memotong market Bad? Tak ada kerja. Irfan bukan jenis lelaki seperti itu! Kalau Bad, aku percaya la juga. Yakin!!!

"Sudahlah bercakap pasal dia. Cari topik lain." aku mengalih topik. Malas nak cakap pasal Bad oh! Bosan sangat. Hari-hari, setiap masa asyik bercakap pasal dia pada Encik Tunang Tubi. Tak selesa pula aku.

"Awak dengan Julia dah berbaik?" soalnya. Aku berkerut.

"Mana awak tahu nama dia?" soalku. Setahu aku, aku tak pernah beritahu pun.

"Eh? Awak ada beritahu semalam." ujarnya. Aku berkerut. Aku cakap housemate je. Rasanya memang tak ada aku sebut nama Julia. Eh? Mungkin ada kut? Aku yang tak perasan. Tambah-tambah bila dah mamai macam malam buta semalam. Selalu sangat macam ni. Hailah, Mona! Aku tepuk dahi.

"Saya tengah mamai kut malam tadi..." aku mengeluh perlahan. Eh? Perut dah kembali senyum! Lapar tak ingat."Eh, awak... kita berbual lagi nanti ya? Saya nak sambung memasak dulu." aku berkata.

"Oh! Baiklah, Aira. Awak bagi jiran awak sikit. Kesian mereka tu." Encik Tunang Tubi berkata. Aku mencemik. Tak ada masa aku nak bagi makanan yang aku masak kat diorang!! Nanti-nantilah aku bagi...

"Hmmm. Tengoklah macam mana, okey?" aku tidak mahu berjanji. Takut aku ubah fikiran pula nanti. Semuanya bergantung pada perangai Bad. Kalau elok dia dengan aku, baru aku bagi.

n


Continue Reading

You'll Also Like

816K 84K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
465K 22.7K 72
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
861K 34.9K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
15.4K 1.4K 20
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...