Bab 13

3.6K 103 0
                                    

Bab 13

AKU oleskan secalit gincu ke bibir dan aku merapatkan bibir beberapa kali. Meratakan gincu yang berwarna natural itu. Aku muncungkan mulut ke arah cermin. Nampak cantik sangat bentuknya! Eh? Riak! Riak! Astagha.

Kemudian aku kepitkan bulu mataku dengan pelentik bulu mata. Melindungi mata sembabku semalam. Teruk benar. Menangis tak ingat dunia! Tiba-tiba rasa malu pada Encik Tunang Tubi. Entah apalah yang dia katakan padaku nanti. Aduhai. Harap dia tidak mengadu pada abah aku yang aku menangis bagai nak rak hanya disebabkan bergaduh dengan Julia. Tentu abah akan kata yang aku masih belum matang lagi.

Melihat wajahku sendiri di dalam cermin membuatkan aku tertawa kecil. Mata sembab sakan!

"Siapalah yang malang nak kat aku ni?" aku menyoal sendiri.

Pipiku, aku tepuk berkali-kali dengan kedua belah tangan. Tak percaya. Mukaku yang biasa-biasa ini ada ke orang nak? Tapi, Encik Tunang Tubi kan tak pandang rupa? Haraplah dia jenis macam itu. Jangan bila dia tengok aku nanti, dia lari sebatu. Bukanlah nak kata muka aku tak lawa. Lawa sebenarnya... ececeh!

Eeee, ya Allah! Perasannya aku! Sambil membelek muka sendiri yang bebas dari noda jerawat ni, aku tersentak.

'Just give me a reason just a little bit enough! Just a second we're not broken just bend. And we can learn to love again...' Sms masuk! Aku berlari mendapatkan telefon bimbitku di atas katil. Semenjak perbualan mesra antara aku dengan Encik Tunang Tubi itu semalam, memang aku rasa excited sekali melihat telefon bimbit.

Pagi tadi, celik sahaja mata, terus aku sambar telefon. Entah apa penyakit aku hari ni agaknya? Ternanti-nanti sms daripada Encik Tunang Tubi. Aku belum kronik lagi kan? Hehehe. Adakah sms yang baru aku terima ini daripadanya? Melihat ada satu sms masuk. Aku berharap sangat agar dia yang mesej. Hendak terkinja-kinja aku apabila sms daripadanya masuk.

"Assalamualaikum. Morning, Aira. Kerja elok-elok tau. Drive safe."Pesannya bersama smiley senyum. Aku tersenyum sehingga ke telinga. Dah lama aku tinggalkan perasaan begini. Sudah lama! 'Fareez' yang baru muncul semula. Bahagianya. Apa aku nak balas ni? Banyak kali aku membaca sms yang sama. Bibir pula tidak henti-henti menguntum senyuman. Jujur aku bahagia. Buat masa sekaranglah...

"Waalaikumsalam. Morning awak! Awak pun sama. Kerja elok-elok. Jangan mengurat nurse. Drive safe." pesanku pula. Sengaja buat-buat cemburu. Sms masuk lagi tidak lama kemudian.

"Saya dah ada awak. Buat apa saya nak mengurat nurse?" soalnya. Aku tersenyum sahaja. Membiarkan smsnya yang itu tidak berbalas. Sekarang sudah jam enam lima puluh minit pagi. Biasanya aku bertolak ke sekolah pukul tujuh suku. Hari ini sengaja aku hendak bertolak awal. Malas hendak bertembung dengan Julia.

Telefon bimbitku berbunyi. Aku tersengih melihat si pemanggil.

"Helo assalamualaikum." salam kuberi. Debaran tiba-tiba muncul. Kali pertama berbual dalam telefon dengannya untuk hari ini.

"Waalaikumsalam. Aira. Awak tak balas sms saya..." ujarnya bernada rajuk. Aku ketap bibir. Heee. Tak balas mesej pun jadi isu ke? Sedih sungguh suara dia bila aku mengabaikan sahaja sms daripadanya.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now