Bab 3

4K 120 1
                                    

Bab 3

"GOOD morning, sunshine!" aku disapa satu suara garau yang seksi seperti biasa. Semenjak dia menjadi jiran aku ni, pantang nampak aku, pasti dia akan menegur.

Dengan ayat-ayat ala-ala buaya naga dia tu. Siapa lagi kalau bukan Irfan? Kalau si Badrul tu pulak, pantang nampak aku, mesti nak mengena aje kerja dia.Aku pandang sekilas pada Irfan yang duduk di dalam kereta dengan sebelah kakinya keluar. Segak dia bersandar ke pintu keretanya dengan enjin kereta yang sedang dipanaskan. Berpakaian formal. Macam orang kerja pejabat. Erm... kacak.

Aku buat tak endah sahaja pada kewujudannya di situ walaupun dia tersenyum-senyum bajet kacak. Pedulilah! Dasar lelaki kuat mengayat! Tanganku lincah memasukkan segala jenis buku ke dalam kereta dan kemudian, aku panaskan enjin kereta Myviku. Aku buat tak dengar sapaan dia tadi. Malaslah. Bukan dapat apa pun kalau layan buaya karat tu.

"Hey sunshine. Shining bright today?" soalnya pula. Geram aku nak tanya, muka aku ni ada gaya tengah shining ke? Macam matahari ke? Tak nampak ke dia, muka aku sikit punya berkeronyot ni? Menyampah betul.

"Stop calling me that! Ii'm not sunshine! Please stop calling me sunshine or I'll cut you!" aku mengugut. Geramnya. Dia tersenyum sahaja.

"Teacher huh, sunshine? Nama apa?" dan dia... masih lagi memanggil aku dengan panggilan sunshine. Aku sakit hati betul! Mana dia tahu aku cikgu? Err, buku-buku latihan ni kut? Ketara amat! Mujur aku tak pakai name tag lagi. Kalau tak, terserlah 'ke-skema-an' aku. Kenapa dia tak mengalah sahaja? Takkan dia tak nampak betapa 'ikhlasnya' aku nak melayan dia sekarang?

"Tak payah tahu nama saya." aku berahsia.

Aku mengukir senyum paksa. Kemudian melangkahkan kaki kiri masuk ke dalam kereta dan duduk bersandar macam si Irfan. Kaki kanan terjulur keluar. Bezanya, kereta aku menghadap rumah, kereta dia pula menghadap ke luar pagar. So, sebelah-menyebelahlah kami ni.

"Ala, senanglah nanti. Kalau saya panggil awak, sunshine, awak marah." Dia berkata dengan senyuman segak Diether Ocamponya. Oh no, no! Bukan Diether tapi, 'kembar' Diether yang lagi handsome tu, Xian Lim. Ermm. Boleh tahan mengancam. Eh, eh? Mona, jangan dilayan sangat perasaan tu. Dugaan mata. Dugaan sangat.

"Don't call me, then!It's easy." aku berkatasinis sambil mata menghala ke pintu rumah. Menanti satu kelibat untuk muncul dari situ.

Mana budak Julia ni? Melaram kalah orang nak kahwin! Aku tak nak berlama kat sini. Takut si beruang tu keluar! Bila dia keluar, tentu aku lagi menjadi mangsanya. Dan seperti yang aku geruni, beruang itu keluar dengan segaknya. Gulp! Dah macam... arghh! Handsomenya! Kenapa mata aku ni? Bertambah power ke apa? Kena buat spek mata barulah ni nampaknya.

Segaknya dia dengan kemeja biru laut disinsing paras siku dengan tali leher berwarna biru tua yang belum dipasangkan lagi tersangkut di bahu. Kemeja pun tak butang habis menunjukkan keseksian dia. Stoking dikibas-kibas sebelum disarungkan dengan kalut. Eh, eh? Mona!!! Kenapa leka pandang dia? Aku terus pandang ke tempat lain. Malas nak layan perasaan gila aku ni. Aku ada terpuji dia seksi? Memang dunia ni dah nak kiamat ke apa?

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now