Bab 12

3.4K 101 2
                                    

Bab 12

"KAU takut saham kau jatuh kan? Itu pasal kau suruh rahsiakan. Apa pasal tak nak diorang tahu? Sebab kau merasa nak menggatal pulak dengan Abang Taufiq? Dengan Abang Bad? Dengan Abang Irfan? Dengan Alang? Macam tu?" aku dihujam dengan soalan yang begitu menyakitkan hati di saat aku menyambung tulis novelku yang telah sekian lama terbiar.

Tengah stress begini memang terapi sungguh bila dapat menulis. Idea mencurah-curah bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh. Tanganku yang sedang menaip laju serta-merta terhenti mendengar tuduhan Julia yang langsung tidak berasas itu. Kalau ikutkan hati aku, dah lama budak Julia ni lonyai aku belasah. Sudahlah dia tuduh aku macamlah aku ni sibuk nak menjaga market. Macamlah aku kisah sangat nak berpacaran dengan salah seorang dari jiran-jiranku.

Sudahlah dia bercerita tentang aku menyerah soal jodoh kepada mak abah aku. Macamlah aku terdesak sangat nak berlaki. Macamlah aku ni tak laku langsung! Aku terluka bila sahabat karibku sendiri yang berkata-kata begitu.Lidahnya lebih tajam dari belati! Ikutkan hati, mahu sahaja aku hamburkan amarah aku kepadanya. Biar dia tahu, aku tak suka cerita tentang aku dijaja. Cerita yang belum tentu sahih pula tu! Kenapa?! Kenapa dia nak cerita tentang semua tu? Penting ke? Pada aku, itu semua no reason for concern!

Tanganku kembali menyambung taip. Lantak kaulah Julia. Kalau kau menyakitkan hati aku lagi, jangan tanya kenapa kalau aku memaki kau. Itu sahaja. Aku malas bersuara sebab aku tak mahu timbulkan pergaduhan. Sungguh aku berkecil hati dengan Julia. Rasa meluat semenjak kami ada jiran lelaki. Perangai dia nak jaga market dan menggeletis tu semakin menjadi-jadi. Disebabkan dia BFF aku, aku bertahan dengan karenah dia yang terkadang menjengkelkan aku ni.

"Aku bercakap dengan kau... kau nak mengurat abang Taufiq pulak kan? Pantang tengok aku cup laki tu, kau mesti nak dekat kan? Dulu abang Irfan, sekarang abang Taufiq. Kau tak boleh jadi lebih baik dari itu ke?" soal Julia sinis. Cup? Dia ingat, siapa jodoh dia, dia boleh pilih? Boleh main cup-cup? Tanganku terhenti menaip lagi. Tapi kali ini, tapak tanganku menghentak meja sekuat hati. Pap!!

Geram. Aku manusia biasa. Kurang imannya bila amarah menguasai diri... aku berdiri dari dudukku. Menghadap Julia. Memang dia, aku nampak sebesar semut dah. Kalau dia nak bergaduh, baik! Mari bergaduh. Sebab aku memang dah lama sangat tak maki orang.

"Kau ingat aku gedik macam kau ke? Kau ada bukti nak cakap aku macam tu?" soalku geram. Muka Julia sudah berubah. Takut-takut. Agaknya dia terkejut aku hentak meja tadi kut? Dari dia di pintu bilikku, kini dia sudah berundur setapak demi setapak bila aku menghampirinya. Dia berundur sehingga terkeluar dari bilikku tanpa perlu aku menghalaunya.

"Mona, aku..." dia tergagap-gagap.

"Aku tanya, kau ada bukti ke?!" aku menjerkah. Bahu dia terhinggut. Dadaku turun naik menahan geram.Tuhan tolonglah bentengkan kesabaranku sedikit sahaja. Bimbang tanganku melayang pula...

"Kalau tak ada bukti, jangan nak main tuduh! Kau ingat aku terliur sangat ke nak ambil hak orang? Yang dah bercup pun aku tak inginlah Julia! Jodoh kita bukan pada yang kita main cup-cup! Besok-besok tukar nak cup laki lain pula. Kau ingat aku ni gatal macam kau ke?! Pantang nampak laki terus nak menggedik! Aku marah kau sebab kau jaja cerita aku. Pasal mak abah aku carikan jodoh untuk aku. Cerita kau menunjukkan aku ni tak laku kat mata diorang! Menunjukkan, aku ni... terdesak sangat nak berkahwin!

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now