Bab 6

3.6K 87 2
                                    

Bab 6

"KESIAN dia..." masih lagi dalam mood mengejek aku. Aku tahankan rasa geram yang sudah mencapai tahap bahaya dan sukar untuk diubati ini. Sudah puas aku halau dia balik, dia masih berdegil konon-konon nak 'temankan' aku kat sini. Kalau tak teman, tak adanya hati aku nak sakit macam sekarang ni! Masalahnya, dia buat apa kat sini?

"Awak boleh balik tak?" soalku kasar.

"Awak ni sombong sangatlah, Mona. Tak baik tau sombong-sombong sesama jiran." tegurnya.

"Habis yang awak gatal sangat nak menegur tu kenapa? Dah tahu saya memang spesies macam ni dari awal awak pindah rumah tu kan?" soalku sambil menghentam. Dia tersenyum manis. Tidak langsung terkesan. Seperti kebiasaannya. Oh tuhan, dia memang kacak.

"Saya tegur awak sebab kesombongan awak ni la. Betul-betul respect pada awak sebab awak tak melayan. Saya cuma nak ajak awak berkawan. Bukan ajak berkahwin. Tapi kalau berkahwin pun..." pappp! Buku aktiviti anak muridku aku tumbuk geram. Biarpun tanganku sakit, muka aku buat-buat tenang. Macam aku dapat sambung saja ayatnya di belakang.

"Sebab itulah saya tak suka awak! Awak ni spesies kuat mengayat!" aku menembaknya dengan kata-kata sinis. Dia tersengih sahaja. Kepala digaru-garu dengan muka berkerut-kerut.

"Saya memang macam ni. Dengan awak aje sebenarnya. Awak mengingatkan saya pada seseorang yang sangat baik dengan saya. Tapi awak janganlah risau, bukan nak mengayat pun." ujarnya sambil tersengih.

"So, Irfan, kalau awak nak berkawan, awak kawanlah dengan Julia. Dia tu macam ada hati kat awak." aku berkata selamba. Kalau Julia tahu yang aku sedang kenenkan dia dengan Irfan, tentu dia rasa bangga gila. Dia itukan suka pada Irfan?

"Saya suka dia sebab dia ramah. Tapi saya suka awak jugak sebab awak misteri. Awak garang. Seperti yang saya kata, awak mengingatkan saya pada seseorang yang saya kenal." misteri? Aku mencemik. Siapa orang yang dia kenal? Kekasihkah? Wah! Kalau dia ada kekasih, rasanya tak perlu lagi dia nak menggatal di sini. Tapi, dia menggatalkah? Sebenarnya tidak. Habis tu, berkahwin tadi? Alah, aku tak tahu pun ayat seterusnya, bukan?

"Saya tak suka awak suka saya sebab saya tak suka awak yang suka mengayat ni suka kat orang yang suka menyendiri macam saya." aku berkata dengan penuh semangat.

Lama-lama aku terdiam. Memikir semula kata-kataku. Apa pasal macam lebih dari lima aje perkataan 'suka' yang aku sebut ni? Betul-betul tak suka ke eh? Muka Irfan pun terkejut. Kemudian dia mengulang tayang ayat aku beberapa kali dan beberapa kali itu juga dia tersangkut. Alamak Mona! Kau dah buat dia dan kau sendiri keliru! Aku tepuk dahi.

"Saya tak suka, awak suka saya, sebab saya... apa tadi, Mona?" soal Irfan sambil menggaru belakang telinga. Aku tergelak spontan. Kasihannya dia. Macam duduk kat lost world! Terkeliru pula. Usahkan dia, aku sendiri pun keliru!

"Saya dah lupa." aku bercakap sambil berdeham. Tak sangka aku boleh tergelak. Irfan ikut tergelak.

"Apalah awak ni! Cakap sampai berbelit urat otak saya." dia tergelak kecil.

Aku tersenyum. Lama-lama keadaan jadi canggung pula. Teringat bagaimana aku menempek aiskrim ke atas kepalanya baru-baru ini. Err. Dia ni sebenarnya okey. Cuma aku tak suka tang dia menggatal tu aje. Rasa nak cekik-cekik aje.

Jodoh Sebelah Pintuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن