Bab 5

3.8K 98 0
                                    

Bab 5

"PAN, petang semalam, kau ada dengar tak suara Bruno dari Marikh menyanyi sambil tersembelit?" suara sumbang menyapa telingaku awal pagi itu.

Hish! Dia menyindir aku tu sebab aku menyanyi sakan semalam. Aku buat tak dengar sahaja sindirannya itu sambil langkah kuhayun laju ke kereta. Enjin kereta kuhidupkan dengan sekali pulas. Hari ini, terpaksalah aku menumpangkan Julia lagi memandangkan keretanya masih di bengkel.

"Tak ada pun? Suara Bruno Mars, adalah aku dengar. Best. Versi perempuan punya..." Irfan pula berkata manis yang entah ikhlas entahkan tidak. Aku mendengus. Buat-buat tak ambil tahu tentang 'siapa' yang mereka katakan itu.

"Julia!" aku melaung.

"Kejap!!" Julia menyahut. Kejap? Kejap Julia itu bermaksud lagi dua puluh minit lagi! Huh! Aku mengeluh. Enjin, cepatlah panas. Hati, cepatlah sejuk. Julia, cepatlah bersiap!

"Selamat pagi, Kak Fashionista!" aku tutup pintu kereta bersama dengusan kasar sebaik sahaja mendengar suara Bad itu. Pasang lagu Bruno Mars yang telah aku burn dalam CD. Kuat-kuat. Lalalala!! Ekor mata terpandang budak dua ekor di rumah sebelah. Bad sedang menari-nari sambil menjelirkan lidah ke arahku manakala Irfan tergelak sambil memegang perutnya. Sakit betul hati aku!!

Lagu, aku perlahankan. Diorang boleh dengar lagu yang aku pasang agaknya. Sebab tu sampai menari-nari. Kelibat Julia muncul juga. Dia sempat bersapa-sapaan dengan Irfan dan Bad macam hari-hari sebelumnya. Ramah sungguh Julia ini. Bagus... yang tak bagusnya, dia melengah-lengahkan masa aku!

Aku tekan hon! Ping!! Bad melatah agaknya apabila dia menekup mulutnya. Irfan pula berdekah-dekah bersama Julia yang tergelak cover ayu sambil melangkah ke kereta. Bad menghantar pandangan maut kepadaku tetapi, do I look like I care?

Julia membuka tingkap dan melambaikan tangannya ke arah lelaki dua orang itu. Dia dah buat gaya ratu dunialah pula.

"Take care, Monafendy." Bad bersuara sarkastik. Aku menekan hon sekali lagi bersama jeritan, "Take care like I care, monkey!" ambik nak! Puas... cermin pandang belakang aku lihat. Irfan terkekeh-kekeh gelak. Aku tersenyum senget. This means war, baby...this means war...

"CIKGU, saya nak pergi ke tandas! Nak shishi. Tak tahan."Nora berkata manja tetapi dengan dahi yang berkerut-kerut. Terkejut aku dibuatnya! Bertuah punya budak. Tergelak satu kelas itu mendengar kata-katanya. His! Tak malunya Nora ni! Mujurlah budak-budak lagi. Kalau tidak, memang aku hayun dengan buku sampai terteleng kepalanya.

"Nora, cukup sekadar beritahu cikgu yang kamu nak ke tandas. Jangan sebut nak shishi ke, nak 'em em' ke, nak mekap ke. Tak manis, sayang." aku tegur Nora apabila dia mengambil pas kebenaran keluar kelas daripadaku. Dia mengangguk akur.

"Cikgu, saya nak temankan Nora pergi shishi, boleh?" aku kemam bibir. Automatik teringat pada dua ekor badut nakal di sebelah rumah. Ini cerminnya. Zahid dan Ariff. Selepas mereka berkata begitu, mereka tergelak sungguh-sungguh. Rakan sekelas yang lain ikut tergelak. Aku, tidak terkecuali. Eh? Kenapa mesti aku gelak?!Aku berdeham untuk menahan diri dari rasa nak gelak.

"Ariff! Zahid! Berdiri kat depan kelas! Siapa ajar jadi gatal macam tu?" soalku garang.

Mereka berdua tertunduk-tunduk menahan senyum. Aku capai rotan sebesar jari kelingking. Berdiri bercekak pinggang di hadapan. Terkocoh-kocoh mereka berdua berlari ke hadapan. Di sekolah, hari-hari, muka mereka berdua sahaja yang buat perangai. Di rumah pula, Bad dan Irfan!

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now