Bab 9

3.3K 100 0
                                    

Bab 9

"MAK dah jumpa calon untuk Aira.Ya Allah, Aira. Kacaksungguh orangnya. Nampak baik sungguh. Mula-mula mak tengok dia, hati mak kata dah! Dia jodoh Aira! Berkerjaya juga nak oi. Tapi sederhana saja orangnya. Balik minggu nilah. Mak dengan abah nak bincang sesuatu yang penting ni."mak aku dah mula buka topik yang biasa aku dengar.Tak apalah. Lagi pula aku dah rasa cukup tua sekarang ni. Bukankah aku menyerahkan seratus peratus tentang jodoh aku kepada mak abah aku?

"Macam mana orangnya, mak?" soalku.

"Adalah. Nanti baliklah mak ceritakan semuanya." mak aku berkata lembut.

"Hmm. Yelah mak! Aira balik minggu ni. Mak buat asam pedas banyak tomato eh?" soalku demand. Aku memang suka makan asam pedas yang diisi banyak tomato. Oh my... kecur liurku dengan hanya membayangkannya sahaja. Mak tergelak di hujung talian.

"Dari kecil sampai ke besar, itu ajelah yang dia tahu makan!" bebel mak. Sesudah berbual agak lama dalam telefon, aku matikan talian. Minggu ni memang kena baliklah nampaknya. Apa yang penting sangatnya, entah? Tak apa...

"KACAK orangnya. Rugi betul kalau Aira menolak. Bekerjaya juga orangnya. Tinggi, usia pun dah sesuai berumah tangga." mak aku berkata sebaik sahaja aku menyoal mengenai lelaki yang bakal menjadi 'pendampingku' nanti. Eleh, mak tu semua lelaki dikatakan kacak.

"Ohyeke? Baguslah. Bujang ke laki orang dia tu, mak?" takut juga mak aku pilih laki orang. Kut-kut duda ke. Kalau boleh, aku naklah yang teruna.Cheh, Mona! Dah meningkat usia pun masih memilih ke?! Tapi, aku ada hak! Hehehe.

"Duda anak tiga." jawab makselamba. Aku terbelalak. Duda anak tiga mak kata? Mampuslah aku! Mak tergelak. Aku rasa nak lari laju-laju! Tapi aneh. Mak tergelak kenapa? Suka aku dapat anak tiri agaknya. Mak kan dah tak sabar nak bercucu. Pelik betul!

"Mak biar betul? Takkan nak Aira kahwin dengan duda yang dah ada anak? Kalau duda tu, boleh Aira terima lagi." aku mula rasa nak menangis. Duda mana yang gatal sangat nak berbinikan aku ni? Memang nak kena!

"Bujanglah! Ingat mak suka ke anak mak ni kahwin dengan duda? Anak tiga pula tu. Mana nak ambil tahu hal suami lagi, mana nak ambil tahu hal sendiri lagi. Ni tambah hal anak-anak tiri pula. Aira... Aira... macamlah Aira tak perasan mak cakap yang dia tu dah sesuai mendirikan rumah tangga. Maknanya dia belum nikahlah lagi." mak menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mengusap dada. Lega. Ingatkan betullah dia duda. Nak marathon ke Paris dah aku yang mendengarnya ni tadi.

"Siapa namanya, mak?" gatal pula nak tahu nama bakal jodohku. Mak tersenyum simpul. Aku pandang abah. Abah juga tersenyum. Nak berahsia pula!

"You have to figure it out." abah menyampuk dengan slang Inggeris dan gaya yang mengalahkan David Carusso. Penuh gaya. Mak terangguk-angguk setuju dengan abah. Aku mendengus. Siapakah yang malang tu sanggup nak memperisterikan aku yang kayu ni? Terdetik juga di hati ni nak tanya mak. Mak pula dah pandai nak merahsiakan nama lelaki tu.

Abah tarik tangan aku dan diletakkan sesuatu di tanganku. Sehelai kertas putih yang agak terkoyak. Apa?Aku belek dengan tak sabar. Tak ada tulis nama tapi dia tulis, Encik Tunang. Bakal okey? Yakin aje dia yang aku ni nak bertunang dengan dia. Di bawah nama yang ditulis tadi tertera nombor telefon beliau. Aku kemam bibir. Cadang nak mengutuk.

"Mah, ambilkan abang air masak tu." baru nak buka mulut, abahku pula bersuara. Aku tahan bercakap. Nak tanya mak ke tak nak?

"Mak, dia kerja apa? Nama apa? Umur dia tu sebenarnya berapa?" soalku bertalu-talu.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now