Bab 4

4K 107 0
                                    

Bab 4

PETANG yang nyaman... aku bercadang hendak mencabut rumput di dalam pasu bunga. Sudah lama aku tidak membuat kerja penjagaan bunga-bunga kesayanganku. Bunga semakin bertambah tetapi, nak menjaga pula aku terasa malas. Semenjak munculnya jiran lelaki yang bujang seperti sekarang ini,terasa wujud satu batas yang besar. Bimbang nanti menjadi perbualan mulut jiran tetangga yang lain. Yalah, kami sama-sama bujang, kan? Tambahan pula, aku memang tak berminat nak menghadap Bad dan Irfan. Mereka sentiasa mengenakan aku setiap kali terserempak dengan aku.

Aku memakai earphone dan memasang lagu penyanyi kesayanganku. Siapa lagi kalau bukan Bruno Mars? Suara seksinya menyeksakan nafasku! Lebih-lebih lagi jika dia menyanyi lagu Grenade, Talking To The Moon dengan When I was Your Man. Adess, cair... cair... dengan suara Bruno Mars yang seksi itu. Aku tak faham... kenapa suara Bruno Mars ni shedap shangat-shangat? Kalau aku jumpa dia, memang aku jentik tengkuk dia sebab dah berjaya buat aku jatuh hati pada suaranya.

Kemudian, aku sarungkan tudung bawal dan aku sidaikan ke bahu kiri dan kanan. Siap! Tak payah nak make over bagai. Percayakan pada natural beauty okey? Cheh! Padahal diri sendiri yang malas nak bergaya. Aku keluar dengan bacaan bismillah lantas memulakan kerja-kerjaku.

"Same bed but it feels just a little bit bigger now. Our song on the radio but it don't sound the same!!!" aku mula menyanyi girang. Rumput yang menghijau dalam pasu bungaku, aku tarik keluar macam tarik bulu ayam. Yeeha! Sesudah satu pasu, aku meneruskan dengan pasu lain pula. Seronok! Ada lapan belas pasu kesemuanya. Jiranku di sebelah, tiada... hehehe. Itu pasallah aku menyanyi gila-gila holiao!

Baru lagi otak tenang sebab tiadamereka, tup-tup... senyuman bahagiaku mati sebaik sahaja ternampak kelibat Irfanyang baru pulang dari kerja. Jelas kelihatan muka penat dia! Cepat-cepatlah masuk! Bad tentunya tak balik lagi. Irfan punya kereta sahaja yang masuk parking ni... Kenapa pulak aku mesti perhatikan gelagat jiran aku eh? Mona!!

Makin leka aku buat kerja, makin aku rasa diperhatikan. Aku mendongak, nyaris tak tercampak perkakas di tangan. Irfan ikut bercangkung di hadapanku rupa-rupanya. Menghadap aku buat kerja pula tu! Dia tersengih melihat muka terkejutku. Dia tak pandai nak masuk ke rumah ke? Nyaris tak terhenti denyutan nadi aku!

Aku longgarkan earphone di kedua-dua telingaku. Hanya terdengar sayup-sayup lagu Bruno Mars. Kalau dengar lagu kuat-kuat, automatik mulut pun nak nyanyi kuat-kuat juga.Selepas itu, nanti mulalah aku juga yang termalu sendiri.

"Sedap juga suara awak." puji Irfan. Aku tersenyum malu.

"Awak pernah rasa ke??" soalku pula. Ada pula suara yang sedap? Merdulah! Merdu? Aku sedang duduk dalam bakul atau apa ni?

"Hehehe... merdu. Maksud saya, pitchingnya boleh tahan. Hampir tak kenal saya dengan awak tadi. Ingatkan Bruno Mars dah..." dia berkata sambil tergelak kecil. Memang nak kenakan aku rupa-rupanya! Ada pula suaraku yang lemah-lembut bak sutera ini disamakan dengan suara jantan? Memang dia ni... isk!

Tidak lama selepas itu, muncul pula Abang Seksa. Siapa? Encik Opocie... huh! Asal pandang dia aje, automatik mata aku terbakar. Terus terasa bahang-bahang yang aku bakal dikenakan olehnya sebentar lagi. Dia keluar dari perut kereta dengan gaya kalut dia.

Jodoh Sebelah PintuWhere stories live. Discover now