Jodoh Sebelah Pintu

By DeknaLee

69.6K 1.7K 199

Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 3

4K 120 1
By DeknaLee

Bab 3

"GOOD morning, sunshine!" aku disapa satu suara garau yang seksi seperti biasa. Semenjak dia menjadi jiran aku ni, pantang nampak aku, pasti dia akan menegur.

Dengan ayat-ayat ala-ala buaya naga dia tu. Siapa lagi kalau bukan Irfan? Kalau si Badrul tu pulak, pantang nampak aku, mesti nak mengena aje kerja dia.Aku pandang sekilas pada Irfan yang duduk di dalam kereta dengan sebelah kakinya keluar. Segak dia bersandar ke pintu keretanya dengan enjin kereta yang sedang dipanaskan. Berpakaian formal. Macam orang kerja pejabat. Erm... kacak.

Aku buat tak endah sahaja pada kewujudannya di situ walaupun dia tersenyum-senyum bajet kacak. Pedulilah! Dasar lelaki kuat mengayat! Tanganku lincah memasukkan segala jenis buku ke dalam kereta dan kemudian, aku panaskan enjin kereta Myviku. Aku buat tak dengar sapaan dia tadi. Malaslah. Bukan dapat apa pun kalau layan buaya karat tu.

"Hey sunshine. Shining bright today?" soalnya pula. Geram aku nak tanya, muka aku ni ada gaya tengah shining ke? Macam matahari ke? Tak nampak ke dia, muka aku sikit punya berkeronyot ni? Menyampah betul.

"Stop calling me that! Ii'm not sunshine! Please stop calling me sunshine or I'll cut you!" aku mengugut. Geramnya. Dia tersenyum sahaja.

"Teacher huh, sunshine? Nama apa?" dan dia... masih lagi memanggil aku dengan panggilan sunshine. Aku sakit hati betul! Mana dia tahu aku cikgu? Err, buku-buku latihan ni kut? Ketara amat! Mujur aku tak pakai name tag lagi. Kalau tak, terserlah 'ke-skema-an' aku. Kenapa dia tak mengalah sahaja? Takkan dia tak nampak betapa 'ikhlasnya' aku nak melayan dia sekarang?

"Tak payah tahu nama saya." aku berahsia.

Aku mengukir senyum paksa. Kemudian melangkahkan kaki kiri masuk ke dalam kereta dan duduk bersandar macam si Irfan. Kaki kanan terjulur keluar. Bezanya, kereta aku menghadap rumah, kereta dia pula menghadap ke luar pagar. So, sebelah-menyebelahlah kami ni.

"Ala, senanglah nanti. Kalau saya panggil awak, sunshine, awak marah." Dia berkata dengan senyuman segak Diether Ocamponya. Oh no, no! Bukan Diether tapi, 'kembar' Diether yang lagi handsome tu, Xian Lim. Ermm. Boleh tahan mengancam. Eh, eh? Mona, jangan dilayan sangat perasaan tu. Dugaan mata. Dugaan sangat.

"Don't call me, then!It's easy." aku berkatasinis sambil mata menghala ke pintu rumah. Menanti satu kelibat untuk muncul dari situ.

Mana budak Julia ni? Melaram kalah orang nak kahwin! Aku tak nak berlama kat sini. Takut si beruang tu keluar! Bila dia keluar, tentu aku lagi menjadi mangsanya. Dan seperti yang aku geruni, beruang itu keluar dengan segaknya. Gulp! Dah macam... arghh! Handsomenya! Kenapa mata aku ni? Bertambah power ke apa? Kena buat spek mata barulah ni nampaknya.

Segaknya dia dengan kemeja biru laut disinsing paras siku dengan tali leher berwarna biru tua yang belum dipasangkan lagi tersangkut di bahu. Kemeja pun tak butang habis menunjukkan keseksian dia. Stoking dikibas-kibas sebelum disarungkan dengan kalut. Eh, eh? Mona!!! Kenapa leka pandang dia? Aku terus pandang ke tempat lain. Malas nak layan perasaan gila aku ni. Aku ada terpuji dia seksi? Memang dunia ni dah nak kiamat ke apa?

"Eh, eh! Kak Fashionista rupanya!" dia dah buat dah! Dia dah buat! Dia memang dah buat aku marah!!! Seluar slack yang dipakainya disapu-sapu bagai ada kekotoran. Aku menjelingnya tiga ratus enam puluh darjah. Masih tak lupakah dia pada kejadian memalukan aku tu?! Geram betul!

"Kau ni, Bad! Tak baik panggil sunshine aku macam tu." Irfan bersuara. Sejak bila entah aku jadi sunshine dia? Uwerk! Tak ingin! Bad tayang muka meluat. Aku lagilah seribu kali meluat. Kalau mulut ni boleh buat lebih mencebik dari huruf U yang terlingkup ke bawah, sudah lama aku buat untuk menandakan betapa meluatnya aku dengan dia.

"Sunshine kau ke kak Fashionista aku ni, Pan?" soal Bad lantas terkekeh-kekeh mentertawakan aku. Aku julingkan mata ke atas. Sejak bila aku jadi Kak Fashionista dia entah? Mulalah waktu ni aku nak pinjam alat pemadam ingatan yang dalam cerita MIB tu. Biar dia hilang semua ingatan terus, lagi bagus. Boleh aku mengaku yang dia itu orang gaji aku selama ini.

"Sunshine, please? Tell me your name?" soal Irfan masih memujuk untukku tahu namaku. Aku menggeleng dan tersenyum nipis. Tak nak beritahu. Memujuk atau mendesak? Dari tadi tak putus asa pun dia. Aku pula yang rasa nak putus asa menunggu Julia di sini.

"Nama dia, Fa-shio-nis-ta!" sebut Bad satu persatu. Argh! Ada yang makan kaki goreng berempah ni kang! Tak sempat aku nak jawab lagi dia dah jawab. Letak nama bukan-bukan pulak tu. Sabar, Mona!

"Hisy! Kau ni Bad! Kacaulah! Awak, bagitaulah nama siapa." pujuk Irfan lagi.

"Nama dia... jeng jeng jeng..." Bad dah buat gila. Aku mendengus. Kalau marah, cepat tua. Aku tak nak nampak tua disebabkan umur pun dah meningkat saban hari ni. Kesabaran aku semakin terhakis sejak kemunculan Bad ni. Aku genggam stereng sekuat hati. Tak tahan. Tak tahan betul! Ini dugaan pagi-pagi buta namanya. Sangat-sangat dugaan! Hon aku picit sekuat hati sehingga Bad termelatah.

"Opocot!" hahahaha! Melatah anak teruna orang ni rupa-rupanya. Buat malu! Aku anak gadis Mak Cik Sarimah ini tak melatah pun. Aku rasa diri aku hebat tika ini. Hebat kerana tak melatah.

Dia mengusap dada manakala Irfan sudah terkekeh-kekeh mentertawakan dia. Err. Lebih sesuai kalau guna, berdekah-dekah kut? Sebab... muka Irfan tu, lagi sikit nak sama dengan muka beruk sembelit. Ketawa bukan main kuat lagi. Aku tahan senyum dengan mengetap rapat bibir aku. Tercuit juga hati ni nak ketawa sebab aku betul-betul rasa lucu bila berhadapan dengan lelaki melatah. Lebih melucukan lagi bila berhadapan dengan orang yang ketawa dengan volume yang sangat tinggi macam si Irfan ni. Siapa sangka, orang sekacak ini tidak cover langsung apabila ketawa?

Muka Bad dah macam cemberut. Oh, sekarang, aku akan panggil kau Encik Opocie! Kenapa tak Opocot? Tak comel langsunglah bunyi Opocot tu kat telinga aku. Klise. Selalu sangat dah dengar. Rasakan kau Encik Opocie! Rasakan!!! (gelak jahat).

Hon aku tekan lagi. Nak kenakan Encik Opocie dengan nak panggil Julia di dalam. Bukan main lagi cikgu seorang tu melaram! Dan sekali lagi Encik Opocie melatah. Aku tahan gelak sampai keras perut. Sabar Mona, sabar... jangan gelak.

"Eh dia ni memang nak kena!" Encik Opocie dah berbunyi. Macam marah saja pada aku sebab aku dah menyebabkan dia melatah. Hahaha. Rasakan. Sekarang aku dah tahu kelemahan kau! Kau Opocie!

"Bisinglah Mona! Sabarlah kejap!" suara Julia dari dalam menjerit. Aku telan air liur. Gulp!

Kenapa Julia panggil nama aku? Kenapa, Julia? Kenapa? Soalku di dalam hati sambil membuat riak wajah orang tak dapat menerima hakikat. Memang habis aku kena tegur setiap hari jika Irfan dan Bad ni tahu nama aku. Tak sukanya. Tak ada masa nak beramah dengan orang gatal dan kaki sakat macam jiran senget aku ni.

"Mona..." leret Irfan sambil tersenyum. Alamak! Dia dah tahu nama aku. Wrongactionlah tadi! Huh. Mesti hari-hari dia nak menegur aku lepas ni... hmmm...

"Monalisa..." leret si Bad pula.

Ada jugak aku hayun pasu bunga kat kepala dia ni kang. Boleh dia buat gaya potret Monalisa kat depan aku?! Aku tak tahan betul! Dugaan melampau. Irfan terkekeh-kekeh melihat Bad buat gaya potret Monalisa tu. Harus aku akui, sedarjah lagi muka Bad dengan Monalisa tu nak dekat sama. Aku ketap gigi. Kesabaran sudah tiada lagi.

"Sehari tak ganggu hidup orang tak sah ke hidup tu? Tak boleh nak tengok orang hidup tenang ke?" aku menyoalnya geram dengan suara tertahan dan gigi yang terkacip elok.

"Eh! Garangnya!"Bad buat-buat takut dengan menggigit kuku-kuku jemari tangannya. Meluatnya aku tengok dia ni! Reaksinya bukan main over lagi. Apa dia ingat, dia dah cukup comel agaknya nak buat reaksi macam tu? Macam sotong!

"Siapa suruh panggil orang Monalisa? Saja nak tengok orang naik darah? Saya starlight jugak awak ni nanti!" aku marah lagi.Turun naik nafas aku dikerjakan dia ni! Fareez dulu tak macam ni pun. Eh! Bukan! Irfan tak macam dia pun!

"Okaysorry...sorry. My bad! Pan, jangan panggil dia Monalisa, tau? Aku tersilap tadi. Kesian kat dia." Bad menunduk-nunduk meminta maaf. Aku menarik nafas. Haaa, tau pun takut kena starlight! Mujur dia tahu meminta maaf. Kalau tak, spanar kat bawah kaki ni, memang aku hayun kat kepala dia laju-laju. Biar biol anak teruna orang ni setahun! Bertahun-tahun lagi bagus. Biar dia merempat terus dekat tepi jalan sana. Astaghfirullahalazim Mona, bawa bersabar...

"Panggil dia Monafendy. Kejam tu dah ada gaya." tambah dia.

Aku rasa nak menangis kat situ juga. Siapa yang kejam sekarang? Ingatkan dia betul-betul insaf. Rupa-rupanya, dia panggil aku dengan panggilan pembunuh yang pernah menggemparkan satu Malaysia dulu tu. Lagi teruk dari Monalisa, tau tak? Seribu kali lagi teruk dari Monalisa! Jangan tanya kenapa kalau sebulan lagi aku masuk berita dan ganti tempat Monafendy! Aku betul-betul rasa nak katuk kepala orang sampai bersepai dengan spanar sekarang ni!

Irfan pula menahan tawa sehingga tawanya tersembur ikut hidung. Aku benci dua ekor monkey ni! Aku benci sangat. Benci! Benci! Benci!!! Kelibat Julia akhirnya muncul juga. Amboi. Hampir tak kenal aku Julia dengan cina opera! Aku mendengus. Kalau tak memikirkan kereta dia rosak, memang aku cabut awal-awal lagi! Tak ingin aku menghadap dua ekor beruk mat ye sebelah rumah aku ni. Menyakitkan otak saja.

Tanpa menghiraukan budak dua ekor tu, terus aku tutup pintu kereta dengan kuat. Saja nak tunjuk protes. Julia sempat lagi bersapa dengan jiran aku tu. Hai, abang Bad, abang Irfan. Sihat ke? Nak pergi ke kerja dah ke? Dan bermacam-macam soalan yang ditanya. Aku julingkan mata ke atas. Bad melayan Julia dengan ramah, manakala Irfan hanya tersenyum memandang aku. Manisnya senyuman dia...

Geram nak tanya Julia, hai Julia, nak makan penampar aku tak?! Sengaja nak melengah-lengahkan masa aku. Aku mendengus dan menekan hon sekali lagi. Terlompat kecil Julia. Kali ini si Bad tak melatah tapi dia pandang aku. Tajam sangat. Gulp!

t


Continue Reading

You'll Also Like

14.9K 1.4K 19
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
858K 34.8K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
69.2K 7.1K 40
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
33.9K 1.7K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...