MR PIRATE

De CIK_ZALIKHA

3.4M 301K 60.5K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Mais

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95

85

44K 4.1K 938
De CIK_ZALIKHA

                   EMPUKNYA. Dia tak pernah rasa bantal seempuk ini. Terasa diri terbaring di atas tempat yang rata. Terlalu selesa sehinggakan rasa berat untuk mengangkat kelopak mata. Bahkan, sekelilingnya terasa nyaman.  Tidak sesak dan panas seperti di ruang tamu tadi.

Sekejap.

Husna tarik nafas. Ada aroma laut yang sangat menenangkan jiwa. Lembut menusuk ke hidung. Hilang segala tekanan di kepala.  Seakan-akan dapat membayangi ada ombak laut berwarna biru yang sedang menghempas-hempas ke dasar pantai di hadapannya. Dengan angin sepoi-sepoi yang menyapa kulit wajah. Sangat mendamaikan.

Dalam tak sedar bibir tersenyum sendiri.

Rindunya pulau Muhang.

"Sedapnya bau..."

Husna gerakkan tubuh, mengubah posisi mengiring ke sebelah kanan. Ish, makin kuat baunya. Dia benar-benar berada di lautkah sekarang? Dalam keadaan mamai tangan Husna bergerak-gerak meraba ruang di sebelah, terasa seperti tangannya menyentuh sesuatu.

Apa benda pula ni? Buah kelapa ke?

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka.  Dan saat dengkuran halus menyapa telinga automatik darah rasa berderau. Hendak terjojol keluar biji mata Husna tatkala menyedari sebelah tangannya kini melekap di pipi Raf. Dan kepalanya pula berbantalkan lengan sasa lelaki itu. Patutlah empuk semacam!

Husna telan air liur. Gugup. Jarak mereka terlalu dekat sehinggakan Husna tidak mampu bernafas secara normal. Hendak bergerak walau seinci pun tidak berani. Kepalanya benar-benar berada di bawah dagu Raf. Secara tak sengaja anak mata Husna mencerun ke bawah, beberapa butang baju melayu sengaja dibiarkan terbuka. Namun Husna faham, mungkin dia panas kerana ada sedikit peluh.

"Dah sedar?"

Husna tersentak. Laju kepala melangut ke atas. Alamak, dia dah terjaga!

Husna mula diserang panik. Baru tersedar tangannya masih melekap di pipi Raf, cepat-cepat Husna tarik tangan semula. Kus semangat! Berdebar-debar jantungnya apabila kelopak mata lelaki itu terbuka. Merenung dia dengan sepasang mata biru dan hazel itu.
Baru sekarang Husna dapat tenung mata cantik Raf secara dekat.

Memang cantik sangat-sangat.  Sampaikan tak sedar matanya asyik melekat disitu. Langsung tak melilau ke lain.

Suami aku ke ni? Soal Husna di dalam hati. Macam tak percaya sahaja di sisinya sekarang adalah seorang suami.

Engko hado?

"Janganlah tenung abang macam itu.
Banyak lagi kerja abang nak buat selepas ini. Takut kalau tiba-tiba abang ubah fikiran..."

Terus hilang lamunannya tatkala Raf mula bersuara. Serak. Pasti lama juga dia tertidur. Cepat-cepat Husna mengalihkan anak matanya ke lain. Eh sekejap. Kenapa aku masih berbantalkan kepala atas lengan dia? Langsung Husna bangkit daripada pembaringan.

Muka berbahang malu. Baru hendak buat-buat betulkan tudung, terasa kepalanya kosong tidak berlapikkan kain. Alamak, siapa pula yang tanggalkan tudungnya?

Ini mesti Mia!

"Ke... Kenapa awak ada dalam bilik ni?" Soal Husna, cuba mengusir perasaan panik. Nasib baiklah baju kurung songketnya masih kekal di tubuh. Nak panggil abang, tapi seganlah pula. 

Raf turut bangkit daripada baring di atas katil. 

"Teman koupusan abanglah. Tak ingat ke Husna pengsan semasa di pelamin tadi?" Ujar Raf. Mengingatkan Husna semula tentang kejadian tadi.

Allah, malunya...

Bawah bibir digigit.  Macam manalah dia boleh terpengsan di hadapan semua orang?

"Maaf sebab saya dah rosakkan majlis. Mata tiba-tiba terasa gelap tadi." Mana tak gelapnya kalau Raf hampir mencium dahinya? Rasa macam nak pengsan sekali lagi bila terbayang tentang itu.

Raf mengulum senyuman kecil.

"Tak apa. Abang faham." Balasnya.

Sekejap anak mata Husna mengerling ke arah pintu bilik yang tertutup. Kalau dia dan Raf berada di dalam bilik pengantin, siapa yang layan tetamu di luar? Ke... dia pengsan sampai majlis dah tamat?

"Awak tak pergi layan tetamu ke?" Tanya Husna, dia berpaling memandang Raf di sisi. Lelaki itu sedang merapikan rambutnya yang agak serabai. Beberapa butang kolar baju melayu cekak musang yang dibiarkan terbuka itu turut dikancing semula.

"Nak pergilah ni. Papa suruh abang temankan Husna sehingga sedar. Sampaikan abang pun terlelap sekali."
Siap mengemaskan pakaiannya lalu Raf turun daripada katil.

"Nak ikut?" Soalnya bersama huluran tangan kanan. Seakan-akan menanti Husna untuk menyambutnya, sama-sama keluar daripada bilik ini dan menyapa tetamu.

Namun Husna menggeleng dengan bibir tersengih kekok. "Awak keluarlah dulu. Saya nak pakai tudung."

Kepala Raf terangguk-angguk, faham.

"Kalau macam itu, abang tunggu di luar." Katanya sebelum berlalu keluar daripada bilik.

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, Husna menghembuskan nafas kuat-kuat.  Dada diurut-urut agar kekal bertenang. Fuh! Boleh gila kalau begini hari-hari.

"Macam manalah boleh pengsan tadi? Memalukan betullah kau ni!" Husna mengetuk kepala sendiri. Apalah tanggapan tetamu kepadanya bila keluar nanti. Pasti mereka akan ketawa. 
Tidak mahu tidak kena hadap jugalah. Siapa suruh tak dapat kawal perasaan tadi?

Sekilas Husna tunduk memandang katil yang didudukinya. Timbul pula satu soalan di kepala.

"Macam mana aku boleh ada dalam bilik ni ek? Takkanlah dia..." Cepat-cepat Husna geleng kepala. Tak! Dia tak nak fikir tentang itu. Lantaklah. Nanti pengsan lagi sekali tak pasal-pasal Raf muncul di sebelah lagi.

"Jangan fikir lagi. Aku kena keluar!"

Tudung!

YA, dia perlu cari tudung untuk sambut tetamu diluar. Lupakan terus tentang hal yang dah berlalu. Tanpa menunggu lama, Husna terus turun daripada katil. Mencapai selendang biru disangkut pada hanger di tepi pintu.





ALHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar sekali. Tiada apa-apa masalah yang berlaku selain dia sahaja yang pengsan di pelamin tadi. Syukur. Semua tetamu sudah pulang pukul 5 petang tadi. Kini masa bergerak pantas sehingga ke pukul 9 malam. Tak tahulah nak buat apa sekarang. Terasa sangat janggal bagi Husna duduk di rumah besar milik Raf.

Dato Idris pun baru sahaja pulang selepas menghantar Husna ke sini. Dan Tan Sri Raqib pula minta untuk tumpang semalaman, katanya penat sangat uruskan majlis tadi. Dan tidaklah Husna rasa cuak sangat kerana Mak Timah juga ikut pindah bekerja di rumah ini.

Dan kini, Husna berada di dapur. Tak tahu nak buat apa. Sepatutnya sekarang dia harus naik ke bilik. Tapi perasaan segan masih belum hilang. Masih sedang menerima kenyataan bahawa Raf atau Lanun sudah menjadi suaminya yang sah. Kalau semasa di kampung dahulu Lanun tidur di luar dan dia tidur di dalam rumah, sekarang telah berubah. Mereka berdua harus tidur sekatil.

"Macam mana aku nak masuk bilik ni? Nak kena cakap apa ek?" Husna menyoal sendirian. Dia mencengkak pinggang di hadapan kabinet dapur. Air yang Mak Timah panaskan beberapa minit tadi dipandang. Patutkah dia buatkan air untuk encik suami?

"Dia suka teh ke coklat panas? Nak kena tanya Mak Timah nampak gayanya..." Baru sahaja Husna ingin berpaling mencari Mak Timah, tahu-tahu sahaja Mak Timah sudah muncul di dapur. Terhinjut bahunya akibat terkejut. Hampir nak jerit, tetapi tangannya terlebih dahulu menekup mulut.

Bahkan, Mak Timah juga sama reaksi seperti dia. Terkejut.

"Cik Husna? Apa buat dekat dapur ni? Kenapa tak duduk dekat dalam bilik layan suami?" Soal Mak Timah.

Layan? Layanan seperti mana maksud Mak Timah? Mulalah gementarnya datang merasuk tubuh balik. Namun, Husna buat-buat ketawa untuk tampak tenang. Tetap kekok bunyinya.

"Sajalah saya tengah fikir nak buat air apa untuk Raf. Nak biasakan diri buat kerja-kerja dapur. Nanti tak adalah kekok sangat, kan?" Ujar Husna. Ceh, padahal tengah cuba melambatkan masa untuk naik ke bilik bertemu Raf. Ah, kalau dia buat-buat lambat pun. Nak tak nak kena masuk bilik juga nanti. Habis, takkan nak tidur di dapur?

"Ooo... nak buat air untuk Raf..."

"Ya, betullah tu." Husna mengiyakannya bersungguh-sungguh. 

Kepala Mak Timah mengangguk faham. Tiba-tiba terbit senyuman nakal dibibir. Haih, kenapa Mak Timah lemparkan senyuman begitu kepada dia? Meremang bulu roma.

"Kenapa tak cakap daripada tadi? Kebetulan, Tan Sri Raqib baru aje beli semalam. Nak suruh Raf minum. Nasib baik kamu ingatkan Mak Timah. Tunggu sini Mak Timah tolong bancuhkan ya?" Tersengih-sengih Mak Timah berjalan menuju ke jag air panas di kabinet. Satu cawan kaca dicapai bersama satu paket jenama kopi. Lincah sungguh cara Mak Timah buat kerja.

Manakala Husna pula hanya berdiri tercegat menunggu.  Entah mengapa jantungnya makin berdebar-debar. Haih, air apa Mak Timah buat tu agaknya?

Tidak sampai beberapa minit, Mak Timah kembali pusing menghadap Husna. Secawan kopi pekat yang masih panas dihulur. Teragak-agak Husna mencapainya. Mak aih... pekatnya warna hitam kopi ini. Tentu kuat kafein di dalamnya. Nak buat si Raf berjaga sampai ke pagi ke macam mana ni?

"Kopi?"

"Bagi Raf minum. Papa dia yang belikan. Original tu." Kata Mak Timah, siap angkat-angkat kening lagi.

Makin buat Husna tidak faham. Ada ke air tak original?

"Air apa ni Mak Timah?" Soal Husna, adakala dia cuba mencium aroma kopi pekat itu. Tiada yang pelik pun. Bau pahit kopi seperti biasa.

"Tongkat ali aje." Selamba Mak Timah menjawab.

"Tongkat siapa?" Husna kurang jelas mendengar. Mahu Mak Timah mengulang ayatnya semula. Namun, orang tua itu cuma tersenyum-senyum bermakna daripada tadi. Makin meremang bulu roma di lehernya. Tiba-tiba rasa was-was pula mahu beri Raf minum air ini.

"Kamu bagi ajelah dia minum. Kalau boleh, minum sampai habis ya. Dah, pergi naik ke bilik. Mak Timah nak kemaskan dapur. Pergi, pergi..." halau Mak Timah. Siap menolak-nolak bahu Husna keluar daripada ruang dapur.

Terpaksa juga Husna mengatur langkah naik ke tingkat atas bersama secawan kopi ditangan. Setiap langkah disusuli dengan perasaan gementar di dada. Makin kencang jantungnya berdegup apabila semakin menghampiri ke bilik. Husna tidak terus masuk. Bahkan tercegat serupa patung di hadapan pintu.

Macamlah Raf tu ahli nujum boleh tahu dia berada diluar untuk bukakan pintu. Aduh, nak kena ketuk ke ni?

Ketuk ajelah. Bukan ada serigala pun dalam tu. Suami sendiri juga.

Baru sebelah tangan diangkat ingin mengetuk, serentak dengan itu pintu terkuak dari dalam dan susuk tubuh Raf menjelma di muka pintu. Rambut hadapannya melekap di dahi. Nampak masih basah. Tentu baru lepas mandi. Hanya memakai singlet hitam dan sweatpants berwarna kelabu. Menampakkan tubuhnya yang tegap dan maskulin.

Eh, macam dejavu pula.

Dia pernah lihat Raf berpakaian seperti ini semasa di kampung. Tak silap, waktu itu Raf baru lepas keluar bilik air.

Nak pengsan! Nak pengsan! Husna cuba fokuskan pandangan pada wajahnya. Cuba mengusir perasaan negatif jauh-jauh. Adakala dia lihat sepasang mata biru dan hazel itu berlari ke arah rambutnya yang lepas bebas. Bergetar cawan yang dipegang Husna akibat tangannya yang mula menggigil.

"Pergi mana tadi?" Soal Raf. Anak matanya kembali naik memandang wajah Husna yang sedikit pucat.

Ah, sudah. Dia marah ke sebab Husna sengaja lambat naik ke tingkat atas?

Sekejap Husna tunduk memandang secawan kopi yang masih ada ditangan. Mungkin ini boleh dijadikan alasan.

"Saya buatkan air untuk awak." Terus cawan itu dihulur ke arah Raf dengan gugup.

Namun, tidak pula Raf menyambut. Dipandang sahaja.

"Masuklah." Arahnya, siap memberi ruang laluan sebelah kiri untuk Husna melangkah masuk ke dalam bilik. Sejenak air liur ditelan. Kesat. Tiba-tiba kaki rasa berat nak diangkat. Tetapi dia juga tidak mahu buat Raf tercegat ditepi pintu menunggu dia masuk.

Lantas, Husna terus menapak masuk ke dalam bilik. Semasa cawan kopi diletakkan ke atas meja, telinganya dapat mendengar pintu ditutup rapat. Makin tak keruan Husna jadinya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Bertenang!

"Air apa tu?" Tanya Raf. Dia melangkah mendekati Husna.

"Err... Tongkat ali?" Dengan polos Husna menjawab. Berubah terus reaksi muka Raf.

"Husna yang buat?"

Dengan pantas Husna geleng kepala. Tapi kenapa dia macam terkejut sangat?

"Tak. Mak Timah yang buat sebenarnya.  Saya tolong bawakan aje. Papa yang beli. Dia suruh awak minum sampai habis." Ujar Husna. Entah dimana silap katanya yang buatkan lelaki itu tergelak kecil. Tapi, mengapa ketawa itu terlalu mempersonakan? Pelik. Dia suka lihat Raf gelak begitu. Senyuman dia... terlalu manis daripada gula.

Raf geleng kepala berkali-kali. Cawan kopi itu ditolak sedikit menjauh. "Papa ni memang sengaja..."

"Awak tak nak minum ke?" Soal Husna, kesian Mak Timah bancuh penat-penat di dapur tadi. 

"Husna nak abang minum ke?" Soalan berbalas soalan. Rumit jadinya. Tak tahu hendak jawab apa. Husna jongket bahu. Terpulanglah. Kalau mahu minum, minumlah. Takkan hendak paksa pula kut?

Dan tiba-tiba Raf menapak beberapa langkah merapatinya. Berdiri betul-betul di hadapannya sehingga dia terpaksa melangutkan kepala. Bahkan, Husna tidak mengundur atau cuba menjauh diri. Kekal disitu. Seolah-olah sudah dipaku dan tidak boleh bergerak. Sudah elok debaran tadi hilang, kini ia kembali menyerang.

Alamak, dia nak apa pula ni?

Husna telan air liur. Cuba untuk kekal tenang saat sepasang mata cantik itu memandang seluruh wajahnya. Kemudian, rambut panjang yang dibiarkan terurai itu diusap penuh lembut.

Husna masih berdiri tak berkutik.  Membiarkan sahaja tangan lelaki itu menyentuh rambutnya.

"Abang tak sangka abang akan dapat isteri secantik ini." Puji Raf.

Terasa bahang pipi Husna tika ini. Tak dapat disembunyikan lagi pipinya yang bertukar tona merah. Hanya mampu mengulum senyuman kecil tanda terima kasih atas pujian itu.

Sekejap anak mata Husna naik melihat rambut putih Raf yang melekat di dahi. Tiba-tiba rasa teringin nak sentuh. Daripada dulu lagi dia tertanya-tanya sama ada warna putih itu asli atau sekadar warna tiruan.

Sekarang, lelaki itu sudah pun menjadi yang halal buatnya. Tidak salahlah jika dia mahu minta sentuh sedikit, kan? Tapi dia terlalu segan untuk buat begitu.

"Awak..." panggil Husna.

"Hmm..." gumamnya perlahan. Tangannya masih lagi mengelus lembut rambut isterinya.

"Kalau saya nak minta sesuatu boleh?" Tanya Husna, gugup.

Raf berhenti bermain dengan rambut itu. Kini kepalanya menunduk memandang Husna dengan sebelah tangan diseluk ke dalam poket. 

"Nak minta apa?"

"Sebenarnya ada satu benda yang saya teringin nak buat daripada dulu, tapi itupun kalau awak izinkan..." Gumam Husna sambil tunduk bermain jari-jemarinya. Kedua belah pipinya sudah berona merah. Tak berani hendak pandang mata suaminya tika ini. Pasti Raf akan gelakkan dia jika dengar permintaan karutnya. Tapi dalam masa yang sama, dia tetap mahu buat benda yang satu ini. Dah lama sangat pendam.

Malu tak Malu tolak ke tepi. Lagipun, Raf adalah suaminya yang sah. Jadi tidak salah.

"Husna nak buat apa dengan abang?" Soal Raf, tertelan air liur Husna mendengar suara garau itu ada terselit nakal. 

Malu pula nak sebut.

"Errr... Saya teringin nak pegang rambut putih awak." Ucap Husna.

Kening tebal Raf sedikit terangkat. Seakan tak terjangka dengan permintaan itu.

"Sekali aje." Gumam Husna, siap mengangkat satu jari terlunjuk.  Kalau minta lebih-lebih pun apa salahnya, tetapi dia belum seberani itu lagi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tak begitu?

Dan kemudian Raf melepaskan tawa.

Dah agak. Memang permintaannya cuma mengundang tawa daripada Raf.
Malu menebal dimuka.

"Saya tahu permintaan saya pelik."

"Tak, abang boleh tunaikan permintaan tu."

Terus kepala Husna melangut semula. Matanya membulat seolah-olah tidak percaya.Seriuslah?

"Tapi dengan satu syarat." Tekan Raf. Serius.

Eh, main syarat-syarat pula. Tadi dia sentuh rambut aku, tidak pula aku minta syarat. Kalau tahu begini dah lama letak syarat juga. Bisik Husna di dalam hati.

"Apa syaratnya?" Soal Husna, dia memandang Raf yang tersenyum nakal.
Berdebar-debar jantungnya menantikan syarat yang hendak diletakkan.

"Abang nak Husna malam ni."

"Huh?!"

"Berhenti gunakan awak dan saya bila dengan abang." Sambungnya.

Oh, ada sambungan rupanya. Hampir terkeluar jantung tadi. Husna mengurut dadanya berkali-kali. Itulah, lain kali biar orang habis cakap dulu. Buat malu aje!

Kepala diangguk-angguk dengan bibir tersengih malu. Lagipun, sampai bila nak bersaya dan awak dengan suami sendiri. Tiada masalah dengan syarat itu.

"Boleh. Saya janji dengan awak... maksud saya, Husna janji akan panggil abang, abang." Cepat-cepat Husna betulkan ayat apabila tersasul.

Raf tersenyum lebar. Kepala diangguk tanda berpuas hati. Lantas, dia membongkokkan sedikit tubuhnya agar tangan Husna boleh menyentuh kepalanya. Menyamakan ketinggian mereka. 

"Peganglah."

Encik suami sudah beri keizinan, apa lagi hendak tunggu? Tanpa teragak-agak rambut di sebelah kiri Raf dibelek-belek dan diusap lembut. Katanya nak pegang sedikit sahaja, tapi macam lama pula. Terlalu teruja mungkin dapat sentuh rambut berlainan warna.

Tanpa sedar, Raf tanya memerhati Husna yang leka bermain rambutnya dengan bibir tersenyum-senyum. Dia bahagia apabila melihat Husna bahagia.

"Rambut original rupanya..." komen Husna apabila sudah mengusap rambut putih itu dengan jari-jemarinya. Tidak kasar seperti rambut yang menggunakan warna tiruan. Jelaslah, ia memang warna asli.

"Siapa cakap rambut abang tak original?" Soal Raf, pelik.

"Yalah. Dulu masa Husna jumpa abang waktu remaja dulu rambut abang warna hitam. Jadi Husna ingat abang warnakan rambut." Ujar Husna. Nampak gaya tekaan dia salah.

Raf tersenyum kecil.

"Rambut abang memang warna hitam dulu. Tapi Husna masih ingatkan? Abang pernah beritahu Husna yang abang ada satu sindrom. Sindrom tu yang buatkan rambut abang makin lama makin berubah putih apabila meningkat dewasa. Kalau Husna tengok betul-betul, ada beberapa helai lagi rambut abang warna coklat." Ujar Raf, mula bercerita panjang. Mendengar Raf beritahu ada beberapa helai lagi yang belum bertukar warna, mulalah Husna cuba untuk mencarinya. Dah macam main game pula dibuat kepala suami itu.

"Mana? Tak nampak pun?" Soal Husna, terjengket-jengket dia cuba mengintai ke atas kepala Raf. Mencari beberapa helai warna coklat yang dikatakan. Habis serabai rambut lelaki itu akibat diselak-selak. Malah, Raf langsung tidak menepis. Hanya biarkan sahaja.

"Bukan dekat situ. Tapi dekat sini..." tangan kanan Husna yang sedang menyentuh rambut disebelah kanan itu digenggam lembut lalu ditarik naik ke atas sedikit. Melekap disitu.

Husna terkesima sejenak saat tangannya dipegang. Memerah pipinya tika ini. Dan ya, baru dia nampak beberapa anak rambut berwarna hitam yang menyorok disebalik rambut putih yang menebal. Sangat menakjubkan sungguh ciptaan yang maha Esa.

Dia terpukau sejenak.

"Cantik rambut dengan mata abang..." Puji Husna, siap menyimpulkan senyuman lebar. Tak dinafikan, dua benda itulah yang buatkan Husna rasakan lelaki dihadapannya benar-benar istimewa daripada yang lain. Dia, sangat-sangat bertuah.

Raf turut tersenyum.  Tubuh ditegakkan kembali apabila Husna sudah puas bermain dengan rambutnya. Kini, kedua-dua belah tangan Husna diraih lembut lalu digenggam. Merenung anak mata coklat itu sedalam-dalamnya.

"Cantik lagi senyuman isteri abang." Tekan Raf. Tiada tarikan yang lebih menarik, selain senyuman yang terukir di bibir isterinya. Lebih indah dan cantik daripada pulau dan bintang yang pernah ditatap sebelum ini.

Continue lendo

Você também vai gostar

938K 97.6K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
119K 12.1K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...
42K 2.7K 28
Bagaimana rasanya dicinta oleh seorang pembunuh yang psycho? Kau takkan hidup aman.. sesiapa sahaja yang mendekatimu akan dibunuh.. kau dikonkong.. k...
40K 3.7K 29
҂৲ stray.kids fanfic : ❝Aku masih tak tahu kenapa korang culik aku!❞ -Y/N ❝Sebab darah kau sedap...❞-SKZ START : 15 Mei 2020 END : 10 Oct 2020