Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

449K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-

TEASER 2

9.9K 721 112
By AnjellHomosapien


A.K.A BAB 23

Eshal tanpa banyak fikir hanya terus setuju. Apa-apa saja asalkan dia tak lagi terikat dengan keluarga Tan Sri Ghazi. Lagi cepat, lagi Eshal suka. Walaupun sekelumit dalam hati, rasa nak marah juga. Marahkan orang lain yang sibuk mengatur hidupnya mentang-mentang dia dah macam ini. Jiwa memberontaknya masih tebal.

Dia dan Ardean disatukan di Rumah Qaseh dalam majlis yang sangat ringkas dan tertutup. Hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Ardean dan keluarga dia. Pembetulan, bakal bekas keluarga dia kalau istilah itu wujud dan diterima.

Tiada majlis gah. Sendu saja rasa, serupa kena paksa kahwin lepas kena tangkap basah. Tapi, secara teknikal pun dia memang baru lepas kena tangkap basah walaupun bukan dengan Ardean.

Tiada pelamin indah. Dia pun hanya duduk di atas sebuah kerusi. Kaku tak bergerak. Mencacatkan pemandangan. Tapi dia peduli apa? Dah memang dia cacat. Nak selindung buat apa lagi? Cuma kesiankan Ardean yang kahwin tak serupa orang lain.

Tapi memang padan muka. Ardean bodoh! Siapa suruh kahwin dengan dia? Dia masih tak faham kenapa Ardean nekad berkahwin dengannya? Ardean bukan kenal lama pun dengannya. Kalau pun Ardean cintakan dia, memang sanggup ya jadi bodoh dan korbankan masa depan sendiri? Apa yang Ardean cuba buktikan sebenarnya?

"Eshal, Ardean nak sarung cincin tu." Teguran Mak Hajar itu buatkan Eshal sedar dari mengelamun.

Dah habis ke? Bila sahnya? Eshal agak blur.

Sekejap saja, Ardean yang kacak berbaju Melayu putih itu berdiri di depannya. Eshal terpaksa mendongak untuk melihat Ardean yang tinggi itu. Dia baru sedar yang Ardean sudah menjadi suaminya. Suaminya! Rasa macam tak percaya. Dia yang pernah bersumpah untuk tidak berkahwin akhirnya punya suami dalam sekelip mata.

Nak pelik apa? Tuhan memang benci dia. Yang dia tak nak itulah yang dia akan dapat.

Dari berdiri tegak, Ardean perlahan-lahan jatuhkan kedua-dua lututnya ke lantai. Kini berdiri di atas lututnya pula. Buatkan tinggi mereka lebih kurang separas. Wajah Ardean tenang seperti selalu. Bila mata mereka bertentang, Ardean senyum manis pula. Eshal tak tahu nak buat apa.

"Dean pegang tangan Eshal ya?" Ardean meminta izin.

Eshal tak angguk, tak juga geleng. Rasa agak lain apabila Ardean membahasakan dirinya sebagai 'Dean'. Bila Ardean tarik tangannya, Eshal hanya biarkan saja. Ini kali kedua dia merasa genggaman tangan besar Ardean setelah kejadian di pesta buku dulu. Eshal biarkan saja dan hanya melihat Ardean sarungkan sebentuk cincin di jari manisnya.

Berlian. Eshal pantas teringat apa yang pernah Ardean katakan dulu. Hati meresap sesuatu tanpa dipinta.

Dia pula sarungkan cincin di jari manis Ardean. Beberapa saat matanya terpaku pada cincin Ardean itu. Mengingatkan dia yang Ardean sudah terikat dengannya.

Eshal rasa semua orang tengah pandang dia. Dia tahu kenapa. Semua orang tengah tunggu dia tunduk dan cium tangan Ardean. Dengan berat hati, Eshal menurut saja.

Kali ini saja! Lepas ni, dah bebas! Eshal pujuk hati sendiri.

Ardean bangun. Eshal baru nak tarik nafas lega sebab fikirkan semuanya dah berakhir. Tapi tergamam bila tiba-tiba Ardean tundukkan sedikit tubuh lalu mencium dahinya. Mengeras seketika tubuhnya. Jantung tanpa izinnya mula berdetak dua kali ganda. Ini kali pertama wajahnya dicium lelaki.

"Terima kasih sebab terima Dean." Eshal mendengar bisikan itu. Jarak wajah mereka hanya beberapa inci.

Siapa yang patut berterima kasih kepada siapa sebenarnya? Siapa yang lumpuh sekarang ini? Eshal agak bingung.

-----

"Jom, kita bercerai!" Hampir pengsan Ardean mendengar permintaan Eshal itu. Setelah dua jam berlalu majlis akad nikah mereka. Dengan busana mereka masih tersarung di tubuh. Tok kadi yang dah balik pun entah-entah tak sampai ke rumah lagi.

Ardean hela nafas panjang. Fasa dia perlu bersabar dengan kerenah Eshal baru bermula. Dia tak balas apa-apa. Hanya berjalan perlahan-lahan ke arah Eshal.

"Sekarang ni, bagi tahu Dean apa kekurangan Dean sebagai suami Eshal? Dean akan cuba perbaiki semuanya."

Terkebil-kebil Eshal mendengarnya. Terkelu. Kekurangan Ardean? Itulah masalahnya! Ardean tiada kekurangan. Dia yang kurang serba-serbi!

"Awak saja nak sindir saya, kan?" Eshal kecilkan matanya.

"Mana ada. Dean tanya ikhlas. Dean nak tahu punca yang buatkan Eshal rasa Dean tak layak jadi suami Eshal. In PhD, it's fine for your research proposal to get rejected many times because it will benefit you in the long run. Makin banyak kekurangan yang diubah, makin sempurna hasilnya." Jawapan Ardean cukup selamba.

"Awak dah sempurna, Ardean. Saya yang macam ni. Saya masih tak faham kenapa awak kahwin dengan saya?" Hujah Eshal masih sama.

"Sebab Dean nak jaga Eshal."

"Tak cukup kuat."

"Sebab Dean cintakan Eshal."

"Bullshit!" Eshal tak percaya.

"Then I'll just go by 'Dean nak jaga Eshal' for now, until one day you believe the 'Dean cintakan Eshal' reason," balas Ardean tenang.

"Awak akan menyesal, Ardean!" Entah kenapa Eshal selalu rasa sebegitu.

"Macam mana Eshal tahu? Eshal pegang hati Dean ke?"

"Sebab saya tak mampu nak jadi isteri awak. Zahir dan batin. And then, you'll grow tired of me gradually!"

Itulah yang sering bermain dalam kepalanya. Sekarang mungkin Ardean mahu menjaganya. Tapi sampai bila? Macam mana perasaan Ardean berubah? Macam mana kalau Ardean sunyi? Macam mana kalau tiba-tiba Ardean jumpa perempuan lain?

Macam mana kalau ketika itu dia sudah jatuh cinta terlalu dalam pada Ardean? Macam mana dia terlalu bergantung kepada Ardean dan ketika itu Ardean tiba-tiba tinggalkan dia? Macam mana kalau Ardean minta izin untuk berpoligami? Dia akan pastikan Ardean duda dulu sebelum itu terjadi. Dia tak akan mahu berkongsi kasih. Pedulilah kalau ada yang cakap dia dasar perempuan cacat tak sedar diri atau apa. Sebab dia tahu sakitnya rasa tersisih.

"Macam mana kalau makin lama kita kahwin, makin berganda-ganda sayang Dean pada Eshal? My love for you today is greater than yesterday, my love for you tomorrow is greater than today. Macam mana kalau macam tu pula?" bahas Ardean pula.

Eshal bungkam. Berbeza betul pemikiran mereka. Dia menjurus ke arah negatif dan tipikal Ardean hanya pandang yang positif. Dua hipotesis bertentangan. Itulah bahayanya hipotesis. Kita tak tahu yang mana yang akan menjadi kesimpulannya.

"Eshal takut Dean jumpa perempuan lain?" soal Ardean lembut.

Eshal membisu.

"Dean tak tahu Eshal dengar atau tak, tapi dalam lafaz taklik Dean tadi, Dean ada masukkan, usai sah akad nikah Dean dengan perempuan lain, maka gugurlah talak satu untuk Eshal."

Eshal baru tahu. Ya, dia mengaku tak dengar tadi. Dia tak tahu sama ada itu sesuatu yang baik atau tidak. Itu bagaikan satu perjanjian yang Ardean akan setia dengannya. Tapi andai betul terjadi, itu maksudnya Ardean sanggup buang dia. Hati Eshal rasa direnggut.

Ardean genggam lembut tangan kanan Eshal. Seolah-olah tahu Eshal sedang berperang dengan perasaan sendiri.

"Dean lakukannya sebab Dean tahu Eshal tak akan sanggup bermadu. Dan Dean tak akan langgar sebab Dean tak mahu hilang Eshal." Ibu jari Ardean mengusap-usap lembut belakang tapak tangan Eshal.

Tak jadi lagi bolehlah sembang. Hati kecil Eshal mendesis. Dia tak percaya dengan janji lelaki.

"Awak akan jumpa perempuan lebih baik, Ardean."

Dan ketika itu, Eshal rasa lafaz taklik Ardean itu ada bagusnya juga. Dia hanya perlu pastikan Ardean berkahwin dengan perempuan lain dan ikatan mereka akan terlerai. Ardean sepatutnya bersama dengan perempuan yang sama taraf dengannya. Dia akan pastikan Ardean sedar semua itu.

------

Eshal pandang sekeliling bilik yang luas itu. Pelbagai rasa menggebu dalam dada. Bilik arwah mamanya. Siapa sangka dia akan kembali menjadi penghuni hampir sepuluh tahun selepas itu? Kalau dulu arwah mamanya dipindahkan ke sini setelah disahkan menghidap kanser. Dan kini, gilirannya pula walaupun atas sebab berbeza. Tapi untuk tujuan yang sama. Memudahkan pergerakan dan pantauan.

Ketika Qaseh masih ada, Eshal turut berpindah ke bilik ini untuk selalu dekat dengan mamanya. Cuba menjadi anak terbaik untuk Qaseh. Bilik ini agak jauh dari bilik yang lain. Berada di bahagian kanan bangunan. Luas dan mempunyai laman sendiri. Bilik para penghuni lain berada di bahagian kiri bangunan buatkan mereka jarang ke sebelah sini tanpa apa-apa keperluan. Jadi memang lebih privasi.

Baguslah. Eshal kalau boleh memang tak mahu berinteraksi dengan sesiapa. Dia mahu terpenjara di sini. Tanpa dikacau. Sampai bila? Mungkin sampai dia mati.

"Eshal, baju-baju Eshal Dean letak kat sini."

Itu dia makhluk yang kucar-kacirkan hidupnya sekarang ini. Dia harus terima hakikat yang dia turut berkongsi bilik ini dengan lelaki itu. Suaminya.

Ardean sedang mengemas pakaian mereka untuk diletakkan di dalam almari. Lelaki itu sedang tunjuk pada bahagian yang paling rendah kepadanya. Apa dia tadi? Oh, Ardean letakkan baju-baju dia di situ! Pasti untuk senang dicapai.

"Kesian awak. Baru beberapa jam kahwin, dah kena jadi bibik. Padanlah muka. Siapa suruh kahwin dengan perempuan cacat?" Eshal mula cari gaduh.

Tapi Ardean cuma tenang. Bibir hanya senyum sambil tangan cekap mengosongkan bagasi besar Eshal. Semua pakaian disusun di dalam almari. Ardean nampak tak kekok. Mungkin sebab dia selalu berdikari ketika merantau di negara orang.

"Setiap pakaian yang Dean susun ni, ingat sia-sia ke? Dean dapat pahala, tahu? Jadi, tak rugi pun." Bersahaja jawapan Ardean.

"Dan... Dean betulkan sikit ayat Eshal. Ini bukan apa yang seorang bibik buat. Ini apa yang seorang suami patut buat. Pampering his queen."

Eshal cuma diam. Dari jauh hanya memerhati gerak-geri Ardean. Pakaian lelaki itu digantung dan pakaian Eshal diletakkan di bahagian yang senang dicapai. Ruang di hadapan almari itu telah dilapangkan supaya tak menghalang pergerakan kerusi roda Eshal. Semua susun atur perabot di dalam bilik itu memang diubah bagi menyenangkan Eshal.

Sesuatu yang di tangan Ardean yang berjuntai itu buatkan Eshal terus bulatkan matanya. Terus dia tolak kedua-dua roda besar kerusi rodanya itu ke arah Ardean.

"Don't touch it!" Eshal memberi amaran. Cepat-cepat dia rampas dari tangan Ardean. Nasib baik sampai.

"Bukannya Dean tak pernah tengok. Ibu dan Kak Nisa pun ada." Selamba jawapan Ardean.

Merah muka Eshal. Masih cuba menyorokkan pakaian dalamnya daripada mata lelaki Ardean. Walaupun Ardean suaminya, dia masih rasa itu sesuatu yang sangat privasi. Segan!

Eshal jeling Ardean.

"Dah, tak payah! Biar saya susun sendiri yang ni."

Ardean tahan senyum. Tapi menghormati arahan Eshal. Dia pun sudah habis mengemas pakaian mereka. Tinggal pakaian dalam Eshal sahaja. Ardean mengundur beberapa langkah untuk memberi ruang kepada Eshal. Wanita itu sendiri yang menyusunnya di dalam laci.

Ardean pula simpan bagasi-bagasi mereka di ruang kabinet atas yang masih kosong. Dengan ketinggiannya, dia dapat lakukannya tanpa bantuan kerusi.

"Awak memang nak tinggal kat sini ke? Tak ada rumah?" tanya Eshal. Ardean nampak seperti sudah nekad untuk berkampung di sini.

"Isteri Dean kat sini. Dean pun akan tinggal kat sini." Mudah jawapan Ardean.

"Awak sedar kan Rumah Qaseh ni rumah pelindungan untuk perempuan?"

"Tahu. Tapi Dean kat sini untuk isteri Dean. Mak Hajar dah bagi izin. Semua yang lain pun setuju. Kalau ada yang tak selesa, Dean boleh pindah duduk dengan Pak Hamid dan Wahid. Tapi Dean tak akan jauh dari Eshal."

"Sampai bila?"

"Sampai tiba masanya Eshal cakap, 'Dean sayang, let's build our own family.'" Meleret-leret nadanya tanda mengusik.

Eshal mendengus.

"Not gonna happen. Awak pun tahu. Saya tak akan mampu bagi apa yang awak nak. Doktor sendiri yang cakap saya mungkin akan lumpuh seumur hidup. Jadi, tak payah berangan!"

" 'Mungkin' means probability exists. It isn't one hundred percent. I respect doctors, but they are not God. Ibu cakap prognosis pesakit berdasarkan keadaan semasa. They are still looking into your case. They are still contemplating," bahas Ardean pula.

Teringat kembali apa yang diterangkan panjang lebar oleh ibunya dulu.

"Macam mana ya ibu nak cakap. Semua tak jangka Eshal akan lumpuh sebab MRI (magnetic resonance imaging)spine dan CTSCAN (computated tomography scan) otak tiada yang tunjukkan kecederaan yang serius. Tulang belakang Eshal hanya fracture lamina di bahagian L1, L2 (lumbar) dan ada inflammation that pressed on central nerve, but it will heal over time. We predicted on temporary lower limbs paresis, but not paraplegia. Kita masih cari punca, macam mana Eshal boleh jadi macam tu."

"Pesakit SCI dikategori mengikut American Spinal Injury Association (ASIA). Ada ASIA A hingga ASIA E. ASIA A paling teruk. Complete injury, lost both sensory and motor functions, including sacral segment. Maksudnya, tak boleh kawal kencing dan berak. Lumpuh kekal. ASIA E pula paling bagus, fungsi sensory and motor function kedua-duanya normal."

"Untuk kes Eshal, dia macam ASIA A sebab kedua-dua fungsi sensory dan motor function dia hilang. Tapi, Eshal masih ada bladder and bowel control. Which includes her into ASIA B, but we cannot categorize her into ASIA B also, because ASIA B only lost partial sensory, not all. Supposedly still can feel light touch and joint sense. Kita classify mengikut simptom, jadi buat masa sekarang, macam tu la."

Panjang lagi sebenarnya. Ardean juga tak berapa faham sehingga dia buat bacaan sendiri.

"You are ASIA B, according to American Spinal Injury Association classification. You still preserve your bladder and your bowel control, but you also lose all sensory function, just like ASIA A. It's uncommon, so they predict your sensation might return later. They will always monitor your progression." Ardean membalas.

"Oh, jadi sekarang ni saya dah jadi bahan kajian dia orang la ni?" sinis Eshal.

"Yes. Sebab tu Dean cakap yang doktor itu bukan Tuhan. In science, they discover new things every day. Different people, different experience. Nerve recovery juga sama. Tak tahu cepat atau lambat. Dan kita kena berusaha dan banyak berdoa. The earlier we get treatment, the better the prognosis."

"Jangan terlalu tinggi berharap. Tersungkur nanti, takut tak terbangun." Eshal bagi amaran. Dia enggan digula-gulakan dengan janji palsu. Dia tak mahu berharap hanya untuk kecewa kelak. Dan yang paling penting, dia tak mahu Ardean turut kecewa.

"Manusia terlalu takut untuk kecewa sedangkan itu petanda Allah rindu untuk mendengar rintihan dan doa mereka."

Eshal diam.

"Dean tak harapkan bulan dan bintang. Dean tak harapkan Eshal dapat berjalan semula. Tapi kalau itu berlaku dengan izin Allah, Dean akan sujud syukur. Apa yang Dean harap, Eshal akan lebih baik dari sekarang."

"Kalau masih begini juga?" uji Eshal.

"Then I'll be grateful too, because you're breathing now is already enough for me."

"Sembang!" desis Eshal perlahan, tapi masih ditangkap telinga Ardean.

Ardean memegang kedua-dua tempat letak tangan kerusi roda Eshal dan bongkokkan sedikit tubuhnya, memerangkap wanita itu di tengah-tengah. Hidung mereka hampir berlaga. Jantung Eshal rasa nak tembus sternum, tapi tetap dia tayang muka tak berperasaan. Mendongak sedikit kepala, menentang Ardean dengan berani.

"The one month you were in comatose was already hell for me. Fasa di mana Dean tiap-tiap hari doa Eshal buka mata tapi pada masa yang sama kalau Allah lebih sayangkan Eshal, Dean dah reda untuk lepaskan Eshal. Jadi, bagi tahu satu sebab kenapa Eshal rasa Dean tak patut bersyukur bila Allah pilih untuk perkenankan doa Dean?"

Terkunci rapat bibir Eshal.

"Dean tahu Eshal tak percayakan kata-kata. Jadi biarkan Dean buktikan semuanya. Dean cuma minta Eshal beri Dean peluang."

Ardean angkat tangan kanannya. Pipi Eshal yang makin cengkung itu dipekup lembut. Ibu jari mengusap-usap tulang pipi Eshal. Dan Ardean menyambung lagi.

"Allow me to make you happy, allow yourself to be happy."



A/N:

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

A surprise update, isn't it? Haha. Tak surprise pun. Ada sebabnya. Tujuan saya update kali ini sebenarnya untuk memberi sedikit penerangan tentang Spinal Cord Injury (SCI), because I know some people might not understand it fully especially those yang bukan belajar aliran sains.  Ada dalam segmen ilmu (kut) dalam buku Lelaki Astatine nanti secara general, tapi penerangan ini lebih detail sikit. Sebab kalau ikutkan, SCI memang kompleks.  Tapi, saya cuba untuk terangkan dalam bahasa yang tak berapa jargon dan secara general saja. Kepada yang nak tahu, boleh sambung baca.


Spinal cord dalam bahasa Melayu saraf tunjang. Terletak kat tengah-tengah tulang belakang. Saraf tunjang ada level dia: Cervical (C1-C8), Thoracic (T1-T12), Lumbar (L1-L5) dan Sacral (S1-S5)

Fungsi saraf tunjang ni ada sensory dan motor function. 

1. Sensory function, pendek kata deria rasa yang memberi respons kepada sentuhan, tekanan, panas sejuk, sakit, joint sense/proprioception. 

**Joint sense/proprioception ni maksudnya kita aware dengan kedudukan anggota tubuh kita. Contoh: bengkokkan lutut (knee flexion), kita tahu kita sedang bengkok lutut walaupun kita tutup mata. Joint sense yang ditest kat sini, knee joint. So, kalau lumpuh, pesakit mungkin tak akan rasa/sedar/tahu macam mana kedudukan anggota badan dia.

2. Motor function, pendek kata pergerakan otot yang dibawa oleh saraf. Setiap otot tubuh kita digerakkan oleh jenis saraf yang berbeza. Contoh: Saraf C5 untuk biceps, jadi pergerakan dia adalah bengkok siku (elbow flexion).


Saya rumuskan kronologi untuk SCI, andai kecederaan terjadi pada satu level saraf, kesan dia, fungsi yang dibawa dari level saraf itu sehingga ke bawah akan hilang atau terkesan. Contohnya, berlaku kecederaan pada saraf tunjang di level T10, jadi yang terkesan adalah saraf sensory and motor function bermula dari level T10 hingga S5.

SCI ni kalau bahasa mudah dan common, orang cakap lumpuh. But bahasa jargon:

Paraplegia - Lumpuh dari pinggang ke bawah, biasanya bahagian yang cedera itu dari lower thoracic or lumbar spinal cord. 

Quadriplegia/tetraplegia - Lumpuh dari leher ke bawah, bahagian yang cedera bermula dari cervical spinal cord. 


Untuk SCI, biasanya dikatagorikan mengikut American Spinal Injury Association (ASIA). Atau dipanggil juga AIS (ASIA impairment scale) kalau yang latest version. Latest version lebih detail, so akan jadi lebih complicated dan pening kepala. So, untuk pengetahuan orang awam, I prefer to just use ASIA. ASIA digred dari gred A to E.

ASIA A =Complete. No motor or sensory function is preserved in the sacral segments S4 to S5. (No sensory, no motor)

ASIA BIncomplete. Sensory but no motor function is preserved below the neurological level and includes the sacral segments S4 to S5. (Sensory yes, motor no)

ASIA C=Incomplete. Motor function is preserved below the neurological level, and more than half of key muscles below the neurological level have a muscle grade less than 3. (Sensory yes, motor yes)

ASIA D=Incomplete. Motor function is preserved below the neurological level have a muscle grade of 3 or more.

ASIA E=Normal. Motor and sensory function is normal.

(ASIA A paling teruk, ASIA E paling bagus)


Saya rumuskan untuk bagi senang faham (Haraplah faham. Huhu)

Complete injury. Namanya complete maksudnya terputus terus saraf sensory dan motor, takkan tersambung dah. Lumpuh kekal.

Incomplete injury. Maksudnya, saraf masih ada harapan untuk reconnect. Sensory akan selalu heal dulu sebelum motor. Maksudnya, kalau motor function dah mula ada, sensory function automatically akan okey semua. Dan kalau sensory function belum ada, automatically motor function takkan ada (Ini jika tiada underlying medical ilness yang lain).

Neurological level = Level saraf yang cedera. Contoh, L1 yang cedera. Below neurological level maksudnya, L2, L3, L4, L5, S1, S2, S3, S4, S5.

Sacral segments S4-S5= Saraf yang kawal fungsi genital organ and anus.


Macam mana kita kategorikan mereka? 

Kita akan buat physical assesment. Test ni nama jargon dia International Standards for Neurological Classification of Spinal Cord Injury (ISNCSCI), tapi biasanya kitorang panggil ASIA test je. 

Kita akan test dermatome (sensory) dan myotome (motor). Benda ni ada gambar rajah dia. Boleh google ASIA SCI untuk lebih nampak dan faham. Biasanya test dibuat pada setiap level saraf dari cervical sampai sacral (C2-S5), kiri dan kanan anggota. Walaupun dia lumpuh kaki, physical assesment yang mula-mula sekali, memang kita akan check semua juga, just for clearing test. Disclaimer: Ini cara saya sahaja.

Untuk dermatome, kita pakai light touch (biasa pakai feather or apa-apa la) dan pin prick test (pakai jarum cucuk kulit). Jadi kita akan tanya sama ada dia dapat rasa atau tak rasa. Kalau dia rasa, kita  juga akan buat sharp and blunt test. Jarum peniti kan ada dua bahagian. Yang tajam (sharp) dan kepala dia (blunt). Kita akan test untuk lihat sama ada dia dapat beza atau tidak di antara sharp and blunt dengan mata tertutup. Sebab sesetengah orang, walaupun dia dapat rasa, tapi tak dapat bezakan di antara sharp and blunt, mungkin sebab reduce of sensation atau ada numbness at that area. 

Untuk myotome pula, kita guna manual muscle testing (MMT) untuk test kekuatan otot. MMT ni dia ada cara dan gred dia. Lain otot, lain cara test dia. Buku pun tebal nak mampus kalau nak cerita, jadi saya pendekkan, senang cerita MMT ni digred dari 0 (no contraction) to 5 (normal strength). 

Contoh: Nak test C5. Untuk dermatome, kita akan test light touch dan pin prick test di bahagian biceps. Dan untuk myotome, kita akan check muscle strength untuk biceps. Pergerakan biceps adalah bengkokkan siku (elbow flexion)

Contoh kedua: Nak test L3. Untuk dermatome, test di bahagian area dekat atas lutut. Untuk myotome, kita akan test untuk kekuatan quadriceps. Pergerakan quadriceps adalah luruskan lutut (knee extension).


Macam mana kita nak putuskan dia complete dan imcomplete? 

Kita akan tengok pada sacral segment. Kita akan tengok ada tak contraction pada anus sphincter (lubang dubur).  Kalau tiada, kita akan test pakai deep anal pressure (DAP) pula. Cara dia, bagi gentle pressure atau squeeze pakai jari di bahagian anorectal. Kalau tiada juga, itu maksudnya, dia complete injury. Itu maksudnya juga, dia tak boleh kawal kencing/berak, dia tak dapat rasa nak kencing atau berak. Akan pakai pampers seumur hidup. 

Untuk incomplete SCI pula, meskipun tak terputus habis saraf dan ada nerve recovery, kebiasaannya amatlah rumit untuk sembuh sepenuhnya. Kebiasaannya hanya sembuh dari ASIA B ke ASIA C or D. Tapi, tak mustahil juga boleh berlaku, boleh kembali jalan seperti normal. Miracle happens to certain people. But, do understand that SCI is a very longterm/long lasting injury. Maksudnya kat sini, dua tiga tahun lumpuh tiba-tiba baru ada sedikit improvement, that's possible too. Lain orang, lain prognosis and experience. Tetapi di dunia nyata, amatlah JARANG orang SCI akan kembali berjalan dengan normal atau sembuh sepenuhnya. Biasanya mereka tetap akan bertongkat.


AMARAN: SPOILER ALERT! Mungkin ada spoiler, jadi kalau taknak spoiler, please skip reading the next part.

Kita lihat pada kes Eshal (Ecehh... dah macam case study dah).

Site of injury: SCI at level L1, L2. Saraf yang terkesan adalah L1, L2, L3, L4, L5, SI, S2, S3, S4, S5.

Macam cakap kat atas, mula-mula kita tetap akan test dia dari C2 hingga ke S4/5. Dalam kes Eshal ni, mungkin la semua sensory and motor function dia normal sampai T12, atau ada la sikit T12 impacted dari segi sensory and motor (maybe paresis (weakness of muscle) and temporary), tp bermula dari L1 dan ke bawah, biasanya memang akan terkesan semua sensory and motor.

Saya nak explain sikit untuk kes Eshal. Sebenarnya ianya adalah rekaan semata-mata. Haha. Eshal ni sebenarnya kalaulah terjadi dalam dunia sebenar, dia akan dikategorikan in between ASIA A and ASIA B. 

(Explanation dia boleh refer pada apa Ardean cakap kat atas) Tapi sebab ada sacral function, definitely bukan ASIA A.

Secara logiknya untuk kes Eshal, jika L1, L2 yang cedera, supposedly sampai S5 akan hilang fungsi. Kalau dia complete injury, sepatutnya Eshal takkan ada sacral function. Tapi, kalau ada sacral function, supposedly ada juga sensory function yang preserved, but Eshal lost all sensation. 

 So, senang cerita Doc predict yang mungkin atau tak mungkin, suatu hari nanti fungsi sensory Eshal akan kembali. Mungkin kejap, mungkin lama. Mungkin makan masa dua bulan, mungkin makan masa dua tahun. But they still don't know how it is possible the symptoms macam complete injury tapi ada sacral function. Mechanism of injury pun dah cakap she's not supposed to have paraplegia but paresis (weakness of muscle). So it's decided to be an unbeknownst cause. Tapi memang common la punca tak tahu ni kalau in medicine. And they will keep studying/ doing research to discover. Pastu lagi, cerita aku suka hati aku la. Haha.

Rasanya itu je kut pasal SCI yang orang perlu tahu. I hope those who didn't understand before, will understand after rereading later. Semoga faham.


16/4/2024


Continue Reading

You'll Also Like

107K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
49.3K 2.7K 11
HIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in s...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...