Dr. Crush: Her Savior (OG)

By idkwydlr

51.3K 3.5K 239

"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a tru... More

Introduction
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77

BAB 52

654 39 3
By idkwydlr

     SEJAK kejadian Natashya dan Haziq itu, Farel lebih banyak mendiamkan diri. Tetapi, masih juga Farel memanjakan Natashya dengan pelukan dan ciuman yang biasa dibuatnya.

Namun, hati Natashya masih tetap yakin yang Farel menyembunyikan perasaannya sendiri. Entah marah atau pun sedih. Sudah seminggu kelakuan Farel masih begitu.

"Abang, dah siap?" Natashya mengusap belakang badan suaminya yang segak berkot itu. Mereka dijemput oleh Aina bagi memeriahkan pertunjukan fesyen pakaian pengantin baharu untuk butik yang Aina bekerja itu. Falique dan Falisha sudah mereka tumpangkan di rumah Tan Sri Faahad dan Puan Sri Raissa.

"Dah. Nak gerak sekarang?" soal Farel.
"Boleh juga, tempat duduk kita dekat depan sekali. Aina kata VVIP, nanti dah ramai segan pula nak ke depan." Natashya memeluk lengan berotot Farel itu.

Farel mengucup dahi Natashya dan melangkah keluar daripada bilik tidur itu. Langkah mereka berdua terus menuju ke kereta milik Farel. Sempat juga Natashya menghantar pesanan ringkas pada Aina, memaklumkan kedatangan mereka berdua sekejap lagi.

     Buat beberapa ketika, Farel memarkir Audi RS7 miliknya di parkir tingkat bawah tanah. Mereka berdua berpimpinan tangan menuju ke dewan hotel dimana pertunjukan fesyen itu diadakan. Natashya menghulurkan dua tiket kemasukan kepada kaunter pendaftaran yang dibuka, lalu mereka berdua diiringi oleh seorang wanita berpakaian kebaya nyonya ke kerusi yang didaftar atas nama Farel dan Natashya.

Farel setia menggenggam tangan Natashya ketika melihat persiapan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di atas pentas. Tiba-tiba mata Farel memandang ke arah pasangan yang cukup dikenalinya. Berkerut dahi Farel dan juga pasangan yang sedang menghampiri dekat itu.

"Angah, ya Allah....pusing-pusing jumpa kau juga." tegur Fathi.
"Eh Yara! Tak sangka dapat jumpa dekat sini." Natashya segera bangun dan memeluk Yara yang berpakaian songket itu. Tema klasik, memang ikut tema mereka berdua itu. Lain pula dengan Natashya dan Farel.

Natashya hanya mengenakan abaya satin beserta tudung shawl satin berwarna kelabu cair. Manakala, Farel pula mengenakan baju kot berwarna kelabu cair yang sama dengan Natashya.

"Kawan saya punya fashion show. Nat? Memang beli tiket untuk tengok ke?" soal Yara pelik kerana dia rasa Natashya bukan wanita yang materialistik, untuk pergi melihat pertunjukan fesyen seperti ini.

"Ohh, kawan saya antara designer untuk baju-baju hari ni." Natashya tersenyum kecil.
"Bagus sangatlah, tak ada aku bosan sorang-sorang." Fathi menepuk bahu Farel bersahaja. Farel pula hanya memandang Fathi dan memutarkan bebola matanya.

"Datang bulan ke, Nat?" Fathi bertanya pada Natashya sambil menunjuk ke arah Farel. Natashya segera menggelengkan kepala bersama isyarat mata untuk tidak mengusik suaminya.

"Sorry for disturbing but....I need a help." Aina tiba-tiba menyampuk perbualan mereka berempat.
"Kenapa kau ni? Nampak gelabah je." Natashya memandang ke arah Aina.
"Model aku tak sampai-sampai. Show mula pukul 8:30. Ini dah pukul 8. Nak bersiap lagi, nak touch up makeup pun satu hal juga." Aina memicit pelipis dahinya. Pening.

"What kind of help?" soal Yara ingin tahu.

"I need a model. Hari ni je..." Aina memandang pada Natashya. Sudah tentulah Aina akan meminta tolong Natashya kerana Yara adalah kawan baik bos di butiknya, mana mungkin tetamu ternama perlu menggantikan orang.

"Eh aku mana reti. Yara paling sesuai bukan aku." Natashya segera menolak.
"Saya pun tak retilah." Yara menggelengkan kepalanya.

"Hah, tengok tu Nat....pleaseeee, kau je harapan aku sekarang." rayu Aina lagi.
"Awak setuju jelah, Nat. Kalau si Deja tu tahu model tak cukup sorang, memang kawan awak dia hamukkan tau." ujar Yara. Maklumlah, dia kenal sangat dengan bos kepada bukti itu. Hatinya baik tapi, bila bercakap agak berbisa.

"Abang benarkan tak saya tolong Aina?" Natashya memegang tangan Farel.
"Baju apa Nat akan pakai nanti?" soal Farel pada Aina.

"Baju pengantin songket je, boleh eh, Farel? Kali ni je.....demi kerjaya aku." Aina menggenggam erat kedua-dua belah tangannya.
"Pergilah, abang izinkan." Farel memandang Natashya.

"Terima kasih Farel...terima kasih sangat-sangat. Nanti aku suruh Eijaz belanja ayam." ujar Aina dan segera menarik Natashya bersamanya. Langkah Natashya turut mengikuti Aina ke belakang pentas. Memang ramai model wanita dan juga lelaki yang akan menggayakan busana pengantin pada malam itu.

"Ini tempat kau duduk, aku akan panggil MUA untuk siapkan kau. Aku kena tengok model yang lain dulu, nanti aku datang dekat kau." Aina sempat menghulurkan sebotol air mineral kepada Natashya.
"Aku kena jalan je kan? Tak buat apa pun kan?"

"Yup, jalan je ikut model-model yang lain." Aina mengangguk laju. Natashya tersenyum senang. Aina menepuk bahu Natashya dan beredar untuk melihat persiapan model yang lain.

"Hi, awak Nat ye? Model terjun hari ni?" tegur seorang wanita.
"Ha'ah, ye saya." Natashya mengangguk.
"Saya Qas, MUA awak untuk hari ni dan ini my assistant, Steph."  Qas memperkenalkan seorang wanita berambut perang yang memakai face mask berwarna hitam.

"Hi." Natashya tersenyum manis. Steph hanya mengangguk.

Dengan pengalaman yang ada pada Qas, wajah Natashya disolek cantik dengan cepat. Kemudian, busana songket yang dipakaikan pada tubuh Natashya di kecilkan sedikit mengikut tubuh Natashya. Manakala, tudung turut digayakan oleh Aina sendiri. Sambil berbual, Natashya meneguk air mineral yang disediakan olehnya. Tahu-tahu tinggal separuh sahaja lagi air mineral di dalam botol itu sebelum Natashya dipanggil untuk beratur dan bersedia naik ke atas pentas.

Pada mulanya, Natashya sedikit gugup dan hanya berjalan mengikuti langkah model yang berjarak 5 kaki di hadapannya. Tetapi, apabila memandangkan wajah Farel yang tersenyum manis padanya, terus membuatkan Natashya lebih konfiden dalam penggayaan busana songket pengantin itu.

Yara tidak terlepas untuk mengambil peluang dalam merakamkan detik-detik Natashya menjadi model terjun pada malam itu.

Di akhir acara, kesemua model turut keluar buat kali terakhir dan Natashya berjalan keluar bersama Aina dan kawan baik Yara, iaitu Deja. Rupa-rupanya, pemakaian Natashya adalah busana utama untuk pertunjukan fesyen itu. Patutlah beria Aina merayu meminta pertolongannya.

Kesemua tetamu yang hadir bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh dengan hasil busana pengantin songket baharu yang terbaik.

"Mulut tu, tutup sikit. Lalat pun boleh masuk." Fathi tertawa mengusik. Siapa lagi kalau bukan Fathi yang mengusik Farel. Memang daripada tadi kalau ada Natashya di atas pentas, pasti mata Farel tidak berkelip. Terpukau agaknya.

Jelingan tajam hanya diberikan pada Fathi.

"Yeay!!! Terima kasih doh!!" Aina menjerit keriangan sebaik sahaja mereka memasuki belakang pentas. Tubuh Natashya dirangkul erat. Natashya tertawa senang apabila dapat membantu kawan baiknya ketika dalam kesusahan. Bantu apa yang boleh.

"Congratulations, Aina. You did it. I can see that everyone likes our new collection, Melayu Klasik. Inform the others, we will make a big party in boutique tomorrow." Deja tersenyum lebar. Hatinya lega.

"Alright miss, thank you." Aina mengangguk teruja.

"Nanti kau cakap je nak makan apa, aku suruh Eijaz belanja." Aina tertawa kecil.
"Belum kahwin lagi dah kikis duit buah hati." Natashya mencubit lengan Aina.
"Dia yang cakap, duit dia, duit aku juga."

"Berani ek Eijaz cakap macam tu? Macam dah confirm kahwin je ni?" usik Natashya lagi.
"Mungkinlah, entah." Aina tertawa besar. Natashya memutarkan bebola matanya bersama senyuman.

"Event settled, aku rasa kau dah boleh tukau baju lain. Kau lambat-lambat nanti laki kau cari pula." sambung Aina lagi.
"Aku salin baju dulu." Natashya meminum air mineral miliknya sekali lagi sehingga habis sebotol.

'Baru rasa lega.' detik hati Natashya. Abaya dan tudung satin yang digantung terus dicapai untuk membuat penukaran dengan segera.

Ketika Natashya melilitkan semula tudung shawl di atas kepalanya, dia merasakan sesuatu yang janggal berlaku pada dirinya. Natashya memerhatikan abaya dan tudung shawl pada tubuhnya, tiada apa yang berbeza. Tetapi, kenapa Natashya berasa tidak selesa.

Tubuhnya mula membahang. Natashya dapat merasakan bulu romanya naik tinggi. Pelik. Natashya meliarkan matanya mencari kelibat Aina tetapi, tiada. Jadi, Natashya membuat keputusan untuk beredar ke bilik air terlebih dahulu. Mujur bilik air itu kosong, Natashya menggenggam erat sinki di hadapannya. Pantulan diri di pandang tanpa lepas.

Natashya segera menggelengkan kepalanya dan membasuh tangan dengan kasar. Cuba untuk menenangkan dirinya yang gian menginginkan sesuatu.

Sesuatu yang Natashya tidak pasti. Akhirnya Natashya terduduk di lantai sejuk bilik air tersebut. Telefon pintar pula tidak dibawa bersamanya. Beg tangan semua ada pada Farel.

Natashya menarik nafas dalam tetapi, keadaannya masih sama. Peluh mula terlihat pada dahi Natashya.

"Eh, Nat... what's wrong with you?"

Natashya menoleh ke pintu masuk bilik air. Kelihatan Steph disitu.

" I don't know...Steph..." perlahan Natashya berkata.
"It's okay, it's okay. Let me get you to the room. I stay here tonight, I will let you rest in my room, then I will call Aina to let her know." ujar Steph prihatin.

Natashya mengangguk kecil dan tubuh Natashya yang lemah itu dipapah oleh Steph. Sedang mereka berjalan menuju ke lif, Steph menahan seorang pekerja hotel.

"You, you...boleh tolong I tak? Tolong I papah kawan I ke bilik. Dia tak sihat." kata Steph ketika meminta pertolongan itu.
"Which floor, miss?"

"Sixth floor. Dia tiba-tiba saja tak sihat." sambung Steph lagi ketika menekan punat lif menuju ke tingkat atas. Pekerja hotel itu memandang sekeliling sebelum memapah Natashya memasuki pintu lif. Hanya ada seorang tukang bersih sahaja sekitar situ. Kemudian, senyuman sinis mula terbit di bibirnya.

"You dah call dia untuk bersedia tak? Jangan dia tak sampai lagi pula." pekerja hotel itu memandang ke arah Steph.
"I dah mesej dia tadi. Harapnya dia bacalah. I mana ada masa nak call." Steph memutarkan bebola matanya.

Rupanya itu hanya sebuah lakonan di hadapan tukang bersih hotel yang kebetulan ada di sana ketika perancangan mereka dijalankan.

     "Aina, Nat mana? Kenapa tak keluar lagi daripada belakang tu?" Farel menegur Aina.

"Nat? Bukan dia dah keluar ke? Aku cari dia juga tadi, tapi tak jumpa. Ingatkan ada dengan kau." balas Aina bersama kerutan di dahinya.
"Tak apalah, aku cari dia sendiri." Farel mula kerisauan.

"Aku ikut kau ngah. Sayang borak dengan Deja sekejap boleh kan?" Fathi pula bersuara dan menoleh ke arah isterinya. Yara hanya mengangguk setuju.

"Dia pergi tandas kot, Farel." Aina memandang Farel lagi.
"Nat mesti bagitau aku dulu. Dia tak akan terus pergi sebab tahu aku tunggu dia." Farel menggelengkan kepalanya.

Kemudian, Farel terus bergegas ke bilik air berdekatan seperti yang dikatakan oleh Aina.

"Nat! Nat!" Farel memanggil Natashya dengan kuat. Nak masuk, tetapi itu kawasan privasi bagi kaum wanita. Tiba-tiba muncul seorang remaja perempuan daripada dalam bilik air tersebut.

"Saya seorang je dekat dalam." ujar remaja perempuan itu.

"Mana isteri aku ni, Fathi...". Farel meraup wajahnya kasar.

"Kita tanya dulu pekerja-pekerja dekat sini. Bawa bertenang, ngah." Fathi mengusap belakang badan Farel. Keluhan berat terbit di bibir Farel. Seperti yang dicadangkan oleh Fathi, mereka berdua berjalan mencari pekerja hotel dan menunjukkan gambar Natashya sebagai rujukan.

Seorang pun tidak mengenali atau mengecam wajah Natashya. Farel terduduk di atas lantai bersebelahan lif. Wajahnya ditutup dengan tangan kasar. Cuba menenangkan fikiran yang jelas serabut itu.

Fathi pula tidak berputus asa untuk bertanya setiap tetamu mahupun pekerja hotel yang mungkin terserempak dengan Natashya.

"Encik...encik cari seseorang ke?" suara wanita berusia mula bertanya. Farel mengangkat wajahnya pada wanita yang berdiri di hadapannya.

"Ha'ah, saya cari isteri saya. Makcik ada nampak tak?" Farel segera bangun daripada duduknya dan menunjukkan gambar Natashya.

"Makcik nampak dia naik lif tadi, dengan seorang laki-laki, seorang lagi perempuan rambut perang. Pakai face mask warna hitam."

"Tingkat berapa?" Farel segera menekan punat lif disebelahnya untuk ke tingkat atas.

"Kalau tak silap, tingkat enam. Nampak isteri kamu lemah betul. Makcik ingatkan tetamu hotel yang tak sihat." ujarnya lagi.

"Terima kasih makcik. Terima kasih banyak-banyak. Fathi!" jerit Farel memanggil abang kembarnya. Fathi bergegas lari menuju ke arah lif dan sempat melemparkan senyuman pada wanita berusia di hadapan lif itu.

"Dah jumpa Nat ke, ngah?"

"Ada balaci bawa Nat masuk bilik hotel. Memang jahanam orang tu aku kerjakan." jawab Farel. Penumbuknya digenggam erat sehingga menimbulkan urat-urat pada tangan kekar milik Farel.

Sebaik sahaja Farel dan Fathi melangkah keluar lif di tingkat enam, kelibat wanita yang digambarkan oleh makcik tadi keluar daripada sebuah bilik hotel.

"Hey perempuan!" jerit Farel. Fathi agak terkejut apabila adik kembarnya menjerkah sebegitu rupa. Terus sahaja wanita itu berlari melalui tangga kecemasan.

"Memang sial lah!" Farel cuba mengejar wanita itu di tangga kecemasan tetapi segera dihalang oleh Fathi.
"Kau nak kejar perempuan tu, dapat apa? Selamatkan isteri kau dulu." Fathi menggelengkan kepalanya dan mengetuk kuat bilik hotel yang baru sahaja wanita itu melangkah keluar.

Seorang lelaki membuka pintu dengan pakaian pekerja hotel masih berada di tubuhnya. Farel tidak menunggu lama, satu tumbukan padu diberikan pada lelaki itu.

"Kau pergi tengok Nat." arah Farel pada Fathi.

Satu tendangan di perut turut diberikan pada lelaki itu ketika dia sudah rebah ke lantai karpet bilik hotel tersebut.

Fathi pula mencari Natashya di setiap bilik yang ada sehinggalah dia terjumpa Natashya di bilik tidur yang terakhir. Keadaan bilik itu penuh dengan kelopak bunga di atas lantai bersama lilin aroma yang wangi. Bilik hotel itu sedikit suram, entah kenapa.

"Husbaby!" Fathi terkejut dan mengurut dadanya apabila suara Natashya menerjah.

"Saya Fathi lah. Awak okay tak, Nat?" Fathi membuka ikatan di kedua-dua belah kaki Natashya.

"Husbaby...sakit.." rengek Natashya manja sambil memandang ikatan pada kedua-dua tangannya pula.
"Saya nak buka ni kejap." Fathi menggelengkan kepalanya dengan sikap Natashya yang pelik itu. Ikatan di tangan Natashya segera dileraikan.

Tak semena-mena, Natashya terus memeluk tubuh Fathi erat.

"Angah!!!!" jerit Fathi pada Farel.

'Ini kalau Yara tahu, mati aku.' detik hati Fathi. Risau. Wajah Natashya yang cuba menghampiri wajahnya segera ditolak, Natashya sudah melekat dengan Fathi seperti monyet yang tidak mahu dilepaskan.

"Angah!! Mana kau ni!" Fathi mula menggelabah.

Farel melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu dan dengan pantas, Farel menolak kasar tubuh Natashya menjauhi Fathi dan tubuh isterinya rebah semula ke atas katil itu.

"Takkan dengan perempuan pun kau tak boleh tolak?" marah Farel pada abangnya.

"Dia melekat dekat aku, macam mana aku nak tolak?" Fathi turut memarahi Farel. Rasa dia pula diperkosa.

"Husbaby saya yang mana satu?" soal Natashya sambil menongkat dagunya ketika duduk di atas katil.

"Akulah." jawab Farel dengan nada yang tidak berpuas hati.
"Okay, ni betul!" Natashya menghampiri Farel.

Lenggok gaya tubuh isterinya nampak sedikit berbeza, seakan-akan ingin menggoda Farel secara terang-terangan.

"Kau settle apa patut dekat sini boleh tak? Aku nak bawa Nat balik." Farel memandang Fathi ketika Natashya berdiri dihadapannya. Perut sasa diusap perlahan oleh Natashya dan tangan kecil isterinya mula menurun ke bawah sedikit demi sedikit.

"Memang patut kau bawa dia balik." Fathi membeliakkan biji matanya melihat kenakalan Natashya tanpa segan silu itu. Seakan-akan sudah dirasuki oleh hantu gatal.

Farel mengalihkan tangan Natashya daripada perutnya dan segera mencempung tubuh kecil isterinya di atas bahu.

"Husbaby! Turunkan saya lah." Natashya memukul belakang badan milik Farel.
"Diam." Farel menampar punggung Natashya. Terus isterinya terdiam membisu.

Dengan langkah segera, Farel terus membawa Natashya menuju ke keretanya. Tali pinggang keselamatan dipakaikan pada tubuh Natashya. Apabila Farel mengetatkan tali pinggang keselamatan pada tubuh Natashya, isterinya itu mengeluarkan bunyi yang tidak pernah dibuat oleh isterinya.

Farel menutup pintu kereta dan mengusap tengkuknya sebelum melangkah masuk di tempat duduk pemandu.

"Husbaby...awak sayang saya kan?" soal Natashya bersama senyuman lebarnya.
"Duduk diam-diam boleh tak?" Farel menolakk tubuh Natashya yang menghampirinya.

"Tak boleh." Natashya memerhatikan Farel tanpa lepas. Tangan Natashya mula bergerak di peha Farel yang sedang memandu. Si suami menepis kasar tangan Natashya.

"Abang..." rengek Natashya dan dia cuba sekali lagi untuk mengusap peha Farel.

Farel tetap menepis tangan Natashya.

Natashya memeluk tubuhnya, duduknya tidak tetap. Ada sahaja yang tidak selesa pada Natashya ketika itu.

Farel memandu pulang ke rumahnya dan bukan rumah Tan Sri Faahad. Dengan keadaan Natashya yang sedang gersang ini mematikan niat Farel untuk membawa Natashya pulang ke sana.

Farel membukakan pintu kereta untuk Natashya setelah memarkir di halaman rumahnya.
"Nak hencang, boleh?" Natashya memuncung. Farel memalingkan badannya dan serta merta Natashya naik ke atas belakang badan Farel. Sudah pasti Farel tidak terlepas dengan kucupan mesra Natashya pada malam itu.

Tetapi, Farel tetap menggagahkan dirinya kerana Natashya bukan dalam keadaan yang waras ketika itu.

"Husbaby....saya nak recharge energy  boleh tak?" bisik Natashya di telinga Farel.
"Tak boleh." tegas Farel berkata.
"Alahhhh kenapaaa." rengek Natashya ketika Farel menurunkan Natashya di atas katil. Lilitan tudung shawl Natashya ditanggalkan juga.

"Awak nak apa-apa tak?" Farel memandang ke arah Natashya yang masih kegelisahan itu, kaki isterinya disilang rapat.

"Saya nak recharge energy je." rayu Natashya. Farel memutarkan bebola matanya dan merangkul erat tubuh Natashya. Si isteri tiba-tiba menggesel bahagian bawah tubuhnya pada Farel.

Farel cuba menolak tetapi, geselan manja daripada Natashya dan ciuman mesra yang diterima oleh Farel menghanyutkan Farel dilembah keasyikkan.

Tubuh Natashya ditolak ke atas katil, tali leher Farel segera ditanggalkan, begitu juga dengan butang bajunya. Natashya tersenyum nakal apabila encik suami sudah termakan dengan godaannya.

Sengaja Natashya menyelak kain abaya sehingga ke paras peha, Farel yang melihat akan peha mulus Natashya itu terus menerpa ke arah si isteri. Perkataan 'recharge energy' bukan lagi membawa maksud pelukan buat pasangan suami isteri itu.

Malam itu, mereka hanyut di dalam lembah asmara dan keasyikkan buat pertama kali setelah berbulan-bulan melayari bahtera rumah tangga itu. Seperti dunia ini hanya milik mereka berdua.

- - -

Dahi Natashya berkerut seribu apabila merasakan sesuatu menghempap tubuhnya. Natashya beranggapan dia mengalami sleep paralysis ketika itu.

Tubuhnya cuba digerakkan ke kiri dan kanan, malah pelukan yang dirasai semakin erat.

Mata Natashya dibuka perlahan-lahan dan alangkah terkejutnya Natashya apabila melihatkan keadaan dia dan Farel tanpa seurat benang yang dilitupi oleh selimut pada paras pinggang Farel sahaja. Encik suami lena tidur beralaskan dadanya bersama dengkuran halus.

"Abang!!" jerit Natashya secara tiba-tiba. Farel segera bangun daripada lenanya, Natashya menarik selimut menutupi tubuhnya yang terdedah.

"Kenapa, Nat? Ada apa?" Farel melihat sekeliling bilik tidur itu.

"Abang dah buat apa dekat saya?" soal Natashya dengan wajahnya memerah menahan malu. Lebih-lebih lagi selimut yang ditarik mendedahkan jelas peha Farel tanpa seurat benang itu.

"Ya Allah...abang ingatkan apalah tadi." Farel meraup wajahnya perlahan.

"Saya tak ingat pun apa jadi semalam?"

"You're under drug, of course you don't remember anything." Farel merapati Natashya perlahan-lahan. Salah dia juga, tidak menahan godaan daripada Natashya itu.

"Saya tak faham." Natashya menggelengkan kepalanya.

"Abang minta maaf...awak yang goda abang dulu. Nak recharge energy lah, apa lah. Abang ni insan yang lemah dengan godaan isteri." Farel tersenyum nakal pada Natashya. Kemudian, merapatkan jarak antara mereka berdua.

"Saya goda abang?" Natashya terkejut. Setahunya,  ingatan terakhir dia adalah ketika berjumpa dengan Steph di bilik air. Selepas itu, tiada lagi memori ingatannya kecuali...

Samar-samar bayangan Farel yang berada di atas tubuhnya, begitu juga dengan sentuhan dan belaian encik suami yang menghangatkan malam mereka semalam.

Apabila satu per satu ingatan mula menerjah, Natashya menutup wajahnya kerana malu. Farel tertawa kecil dan menarik tubuh Natashya untuk dipeluk erat.  Si isteri turut menyembamkan wajahnya pada dada bidang milik Farel.

"Nasib baik awak goda abang, bukan orang lain." Farel mengucup pipi Natashya.

Natashya langsung tidak mengangkat wajahnya untuk memandang Farel. Jari jemari setia bermain pada perut berotot Farel itu. Malu.
Si isteri yang diam membisu itu membuatkan Farel lagi suka untuk mengusik. Tiba-tiba tubuh Natashya direbahkan di atas katil oleh Farel. Terbeliak biji mata Natashya. Farel pula menarik selimut itu sehingga mendedahkan semula dada Natashya.

Air liur Natashya ditelan kesat dengan pandangan yang sukar ditafsir daripada Farel.

"Abang nak rehat sekejap." Farel merebahkan semula kepala di atas dada Natashya seperti tadi. Pelukan erat di pinggang Natashya diperkemaskan.

"Nanti abang kemaskan cadar." Farel mengumam perlahan dan melelapkan semula matanya yang masih terasa berat itu. Entah pukul berapa mereka melelapkan mata semalam.

Setelah Farel mendapatkan cukup rehat, Farel meminta Natashya untuk membersihkan diri terlebih dahulu sementara Farel membawa cadar katil mereka ke mesin basuh di tingkat bawah.

Pada mulanya, Natashya sedikit kekok berhadapan dengan Farel. Tetapi, melihatkan Farel yang kelihatan biasa malah berseri wajahnya itu membuatkan Natashya pasti, mereka berdua membuat keputusan yang betul dalam mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Isha dengan Falique dekat rumah mummy ke?" soal Natashya di meja makan ketika Farel menghidangkan sarapan pagi.
"Yup, sekejap lagi kita pergilah rumah mummy." Farel mengusap kepala Natashya.

Si isteri mengangguk setuju. Rasa sengal-sengal di antara kakinya masih dapat dirasakan tetapi Natashya menghiraukannya sahaja.

Melihatkan senyuman Farel yang tidak lekang di bibir itu menggembirakan hati Natashya juga. Suami bahagia, isteri turut bahagia.

- - -

     "Assalamualaikum." Farel melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya.

"Waalaikumusalam, amboi...lambatnya sampai? Biasanya pukul 8 dah terpacak depan pintu. Ini dah pukul 2 petang baru muncul?" usik Fathi yang bermalam di situ semalam.

"Ada hal lah." jawab Farel selamba.

"Awak okay ke, Nat?" soal Fathi pada Natashya.
"Ermm okay...saya okay." Natashya memandang encik suami di sebelah, kemudian kepada abang iparnya.

"Awak pergi tengok anak-anak dulu, abang ada hal nak cakap dengan Fathi." Farel mengusap pipi Natashya. Si isteri mengangguk apabila arahan sudah dikeluarkan.

"Apa jadi dekat jantan tu?" Farel dan Fathi berjalan menuju ke luar rumah.
"Dia diupah oleh perempuan semalam tu, tanpa tahu motif penculikan terhadap Nat."

"Maksud kau?"

"Ada orang lain atas perempuan tu. Dia tak pernah jumpa pun, tak sempat nak jumpa sebab kita dah sampai sana dulu." terang Fathi lagi.

"Dan kau tahu siapa yang aku jumpa dalam toilet hotel tu? Model yang sepatutnya ada waktu fashion show. Whoever is behind this, already planned it well." sambung Fathi lagi.

"Kau check tak CCTV hotel? Daripada mana perempuan tu terserempak dengan Nat?"

"Aku tak boleh nak tengok CCTV sesuka hati, jadi aku call kawan kau, Qays. Minta dia tolong check guna kuasa yang dia ada. Perempuan tak guna tu memang dah ada daripada awal, ngah. Daripada backstage dia dah jumpa Nat. Aku tanya kawan baik Nat dan aku jumpa MUA yang bertugas untuk siapkan Nat, sama ada kenal atau tidak perempuan tu. Masing-masing kata tak kenal."

"Yang peliknya, MUA tu kata pembantu tak dapat datang sebab tak sihat, dia pun okay jelah kalau buat kerja sorang-sorang. Tahu-tahu je, datang perempuan tu sebagai pembantu. Aina semak nama perempuan tu dalam sistem pekerja malam tu, memang ada nama palsu dia, Stephanie Wang. Tapi, angah...belum sempat Qays nak copy CCTV tu, semua dah terpadam. CCTV pada waktu kejadian, tak ada. Not found."

Farel mengeluh perlahan, maklumat yang dia terima daripada Fathi memang jelas menunjukkan seseorang yang ingin mensabotaj perkahwinan mereka. Bukannya Farel tak tahu yang Natashya diberikan ubat perangsang semalam dan  sesiapa sahaja lelaki yang muncul di depan Natashya nanti, akan membuatkan isterinya gersang.

"Nasib baik makcik tu tegur aku, dia yang bagitahu pasal Nat. Ya Allah....kalau aku lambat, entah apa jadi dekat isteri aku." Farel menyandarkan badannya pada kerusi batu yang diduduki menghadap taman bunga Puan Sri Raissa.

"Ubat perangsang memang tak ada ubatlah, selagi kemahuan ke arah itu ada, selagi tulah dia takkan berhenti menggoda."  ujar Fathi.

Farel terdiam sejenak, memikirkan kemungkinan kenalan yang sanggup menghancurkan rumah tangga dia.

"KAU CAKAP APA NI, PEREMPUAN SIAL? AKU DAH SURUH KAU BUAT BENDA SENANG, ITU PUN TAK BOLEH BUAT?" jerkahan lelaki itu membuatkan wanita berambut perang memejam rapat matanya.

"Sorry bos....laki dia tiba-tiba muncul. Saya terkejut, saya lari. Lagipun mat dadah tu bukan kenal bos pun."

"Senanglah kau cakap! Dia kenal kau! Tak memasal polis bodoh tu cari kau, ikut gerak geri kau lepas tu nampak kau jumpa aku. Kau ni memang sial lah."  laju jari jemari lelaki itu menari di atas papan kekunci, misinya sekarang adalah membuang rakaman CCTV di dalam hotel itu yang mempunyai kelibat perempuan suruhannya. Demi menjamin keselamatan buat dirinya

"Sorry bos, saya dah plan baik punya. Tak tahu pula laki dia terus cari perempuan tu. Tak sampai 10 minit pun, sayang betul dengan wife dia kan?"

"Eh babi! Kau jangan cakap dia sayang buah hati aku eh. Dia gunakan je buah hati aku untuk jaga anak-anak dia. Bukan dia sayang sangat pun." dengus lelaki itu dengan amarahnya.

Wanita berambut perang itu terus menutup rapat mulutnya.

Continue Reading

You'll Also Like

51.3K 3.5K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
314K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
321K 11.2K 51
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminl...