Dr. Crush: Her Savior (OG)

By idkwydlr

41K 2.8K 130

"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a tru... More

Introduction
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67

BAB 25

560 43 0
By idkwydlr

"Nat, saya nak soal siasat awak sikit boleh tak? Kalau awak rasa terganggu, boleh...ermm saya boleh tanya hari lain" Qays memandang Natashya yang duduk di sebelah Aina itu.

Mereka berlima sedang menjamu sarapan pagi, Natashya turut ingin menyertai mereka di sofa kerana katanya tiada apa kecederaan yang serius pada tubuh badan untuk kekal berada di atas katil.

"Boleh je Qays.." Natashya tersenyum kecil.

"Apa sebenarnya yang jadi? Yang saya tahu daripada Aina, awak berlari keluar rumah" dengan berhati-hati Qays bertanya.

"Malam semalam, sebelum saya masuk tidur saya dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Usually when I was alone in the house, saya tidur tak tutup lampu. Itu yang masa saya masih terjaga, tiba-tiba rumah bergelap. Totally blackout"

Qays memandang Natashya sepenuh perhatiannya.

"Lepas tu, saya dengar tingkap rumah pecah berderai. Bunyi tu terlalu kuat untuk dianggap bunyi yang datang daripada rumah jiran. Jadi, saya keluar bilik. Memang betul ada seorang lelaki, full black from head to toe tengah selongkar rumah. Dia masuk bilik Aina dulu, tapi keluar bila saya terlanggar pasu dekat ruang tamu"

Natashya memeluk erat lengan Aina, cuba mengumpul semangat yang ada.

"What he did to you?" Soal Eijaz yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.
"Dia.... dia cuba..dia cuba perkosa saya" perlahan sahaja Natashya menuturkan kata-kata itu.
"Astaghfirullahalazim" Aina beristighfar perlahan.

Farel pula mengetap rahangnya, cuba menahan amarah dalam dirinya.

"Tapi, berdasarkan rakaman daripada Farel, lelaki tu macam kenal awak" soal Qays lagi.
"Saya tak tahu. Sumpah saya tak pernah kenal dan tak pernah dengar suara tu" Natashya segera menegah Qays.

"Awak tak ada terfikir sesiapa yang berkemungkinan nak buat jahat pada awak? Tak pun, Aina? Mungkin ada bermusuhan dengan sesiapa?"

"Aku tak rasa dia berdua ni ada musuh. Nat cikgu tadika je. Nak bermusuhan dengan siapa? Bapak budak? Aina pula, kerja dia dalam butik je. Tunggu customer datang, tak pun pergi rumah customer untuk setup pelamin" kata Eijaz pula.

"Hati orang, siapa tahu" Qays memandang Farel pula.

"I think, you've missed an important point, sir" Farel menjungkitkan kening sebelah kanannya. Qays memeluk tubuhnya.

"Kau lupa nak tanya dia, siapa Karl?" Farel memandang terus kepada Natashya.
"Kenapa, Karl?" Soal Eijaz pula.

"Karl tu sepupu Luthfi yang duduk area berdekatan rumah. Luthfi pesan kalau ada apa-apa jadi, telefon Karl. Tapi, saya tersilap call Encik Farel. Maaf kalau saya dah menyusahkan Encik Farel" Natashya menunduk ke lantai.

"Luthfi pergi mana sampai dia pesan macam tu pada awak?" Qays mencatit maklumat-maklumat yang dia dapat.
"Paris. Dua minggu ke sana atas urusan keluarga"

"Sayan....Aina..bukan ke rumah kau ada cctv? Yang sebelum ni kita tengok tu?" Eijaz menepuk perlahan tangannya ketika mengingati cctv tersebut.

"Eijaz oi, nama pun blackout, cctv pun tak function lah" Aina memutarkan bebola matanya.
"Zaman pak kaduk mana cctv rumah korang tu? Sekarang semua pakai bateri, tak ada sambung wayar lagi" Eijaz memegang kepalanya, buntu. Mana lagi mahu mencari bukti.

"Tanyalah Luthfi, dia yang panggil orang pasang" ujar Aina.

"Pahal pula aku nak tanya, bukan kawan aku" jawab Eijaz pula.
"Hah, bergaduhlah korang berdua. Jangan sampai aku hantukkan kepala sesama sendiri" Qays mengambil air mineral di tangan Natashya yang daripada tadi tidak dapat dibuka.

"Oh..terima kasih" Natashya tersentak apabila botol mineral yang susah dibuka itu diambil oleh Qays dan dengan mudahnya dipulas.

"Sakit tak tu? Nampak berbisa" Qays menunjuk pada lebam di wajah Natashya.
"Kalau sentuh sakitlah" Natashya mengangguk. Bungkusan nasi lemak turut dibuka oleh Qays kerana kedudukan mereka yang tidak jauh itu.

"Saya boleh buat sendiri"

"Orang sakit kena bagi layanan istimewa" Qays tersenyum lebar.

Farel yang duduk berhadapan Natashya turut mendekati, telur pada nasi lemak itu diambil dan diletakkan pada bungkusan nasi lemaknya. Kuih muih yang berasaskan telur turut diletakkan menjauhi Natashya.

"Kau makan tu je. Jangan makan yang lain. Nanti luka tu gatal-gatal" Farel berkata tanpa riak.

Eijaz, Qays dan Aina yang mendengarkannya turut terdiam sama.

"Kau ada dekat sini sejak bila?" Soal Eijaz pada Farel.
"Semalam"

"Ohhhh kau lah yang suruh doktor pagi tadi buat imbasan dekat Nat tengah malam buta" melopong mulut Eijaz apabila dapat menyelesaikan gosip jururawat-jururawat ketika dia dan Qays pergi membeli sarapan pagi di kafeteria.

"Dah itu kerja dia" jawab Farel bersahaja.

"Tapi kan, kalau aku yang ada semalam pun, aku paksa juga doktor untuk buat benda sama. Yelah risau punya pasal kan" Qays pula berkata. Nak menang juga.

"Yeke, muka kau nak cakap dengan doktor tu? Doktor pun kau takut" Eijaz tersenyum mengejek.

"Kau, jangan sampai aku headshot kepala kau" Qays membuat gaya seperti penembak tepat. Eijaz memutarkan bebola matanya. Lagi dilayan, lagi cakap besar depan Natashya.

Sedang sibuk Eijaz dan Qays bertelagah, Natashya mengambil tart telur yang dibeli Qays tadi. Nampak sedap.

Belum sempat masuk ke dalam mulut, Farel sudah pun merampas tart telur itu daripada tangannya. Natashya terkejut.

"Sikit pun tak boleh ke?" Soal Natashya perlahan.

"Tak" tegas Farel menuturkan kata-kata itu.

"Eh, Aina, Aina...jangan makan ayam goreng tu tau, kau ada alergi kan" Eijaz segera merampas ayam goreng daripada tangan Aina yang sedang memakannya.

"Kau ni apahal? Alergi pun, aku sapu ubat, okaylah nanti" Aina merampas semula ayam goreng di tangan Eijaz.
"Aku nak sweet macam Farel pun tak boleh. Malaslah aku macam ni" Eijaz mendengus kasar.

"Kata terima aku seadanya" Aina memandang Eijaz tidak berpuas hati.

"Bila masa pula...kau dengan Eijaz?" Natashya mengerutkan dahinya. Sudahlah tak dapat makan tart telur, perutnya masih lapar. Dapat tahu pula Aina bersama Eijaz? Pusing kepalanya dibuat oleh mereka.

"Baru...dua minggu" Aina tersenyum lebar sambil menunjukkan dua jarinya pada Natashya.
"Ya Allah...kau memang kannnnn, tak bagitahu aku pun" Natashya memuncung.
"Awal lagilah. Lagipun, entah serius ke tak Eijaz dengan aku kan. So, aku diam dulu"

"Inilah perempuan. Overthinking" Eijaz bersuara.
Natashya dan Aina tergelak sama apabila Eijaz menyatakan kebenaran menjadi seorang wanita.

- - -

Farel melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya. Nampak sahaja Fathi berjalan ke arahnya, terus kunci kereta milik Fathi dibaling pada abangnya.

"Terima kasih" kata Fathi seakan-akan menyindir.

"Mummy bagitahu kawan perempuan kau accident. Ni kawan perempuan yang mana?" Soal Fathi lagi sambil berjalan beriringan dengan Farel menuju ke tingkat atas.
"Kawanlah" jawab Farel sepatah.
"Yang kau minat tu ke?"

Diam.

"Dia okay tak?" Fathi tersenyum kecil. Sangkaannya betul.
"Okay je, cedera ringan" Farel meraup wajahnya perlahan.
"Alhamdulillah tak serius" Fathi memeluk erat bahu Farel. Dia tahu, kerisauan Farel memang jelas pada wajah yang agak kusut ketika itu.

Di hospital, sehabis baik Farel menyembunyikan hakikat sebenar yang dia risaukan Natashya kerana dia tiada hak untuk berperasaan sebegitu. Dia bukan sesiapa bagi Natashya, begitu juga Natashya bukan sesiapa bagi Farel sendiri.

"Kau nak pergi melawat dia balik ke?" Soal Fathi pula.
"Boleh ke?" Farel berhenti dihadapan pintu biliknya.
"Boleh, lawat sebagai kawan. Tak salah. Kau jangan tunjuk terang-terang kau risaukan dia. Memang berlebam biji mata kalau boyfriend dia tahu"

"He's not here. He's in Paris"

"Lucky you. Is that the reason why she called you last night?"

"Accidentally called me" Farel membetulkan pernyataan Fathi itu.

"Pergilah, angah. Datang melawat je. Anak-anak kau, aku boleh jagakan"

"Aku pergi lambat sikitlah, nak bersihkan diri lepastu tengok anak-anak aku dulu" Farel menepuk perlahan dada Fathi dan memboloskan diri ke dalam bilik tidur.

Mujur sahaja Falique dan Falisha tidak meragam apabila ditinggalkan sejak semalam. Puan Sri Raissa dan Tan Sri Faahad berkata anak-anaknya itu mendengar kata dan hanya bermain bersama anak kembar Fathi sahaja.

Sudah tentu Farel tidak memberitahu Falique dan Falisha mengenai cikgu kesayangan mereka, kalau tidak memang mereka sudah merayu untuk turut ikut bersama ke hospital petang nanti.

- - -

"Ye ibu, kakak tahu. Lagipun benda dah nak jadi. Alhamdulillah kakak tak apa-apa" Natashya berborak bersama Puan Elvina di telefon pintarnya.

"Kakak tak sorang-sorang pun, Aina ada temankan dekat wad sampai esok" sambung Natashya lagi.

"Berderau darah ibu ni tau bile tau pasal kakak accident lah, rumah kena pecah masuk lah" Puan Elvina mengeluh perlahan.
"Biasalah bu, duduk bandar. Keselamatan kurang sikit"

"Ape biasanye pulak. Tulah, aku suruh cari je tadika dekat Melaka ni. Punyalah banyak, tapi kakak tetap tak nak jugak"

"Saja, nak hidup berdikari dengan Aina" Natashya bermain hujung kain telekung yang dipakainya, baru sahaja menunaikan solat Asar, terus dapat panggilan daripada kampung.

Mujur telefon pintarnya boleh dicaj. Hanya perlu tukar skrin sahaja nanti.

Farel melangkah masuk ketika Natashya sedang atas talian bersama keluarganya, Farel memandang disegenap bilik wad itu. Natashya berseorangan.

"Hidup berdikarilah sangat. Mane buah hati kakak tu? Meh sini baba nak borak dengan dia kejap" Encik Haedar pula bersuara.

"Hah? Kenapa pula nak cakap dengan dia? Tak payahlah baba" Natashya segera menggelengkan kepalanya. Tidak perasan akan kehadiran Farel di pintu wad.

"Wahh berat, baba nak cakap dengan bakal menantu baba pun tak boleh? Kakak kata dialah sentiasa menjadi yang pertama tolong. Baba nak tanye jelah ape yang jadi sebenaunya"

"Bukan tak bolehlah, baba....tapi" belum sempat Natashya menghabiskan ayatnya, Farel sudah merampas telefon pintar pada genggaman Natashya.

"Assalamualaikum, pakcik" Farel berdehem sedikit. Matanya memandang kepada Natashya yang jelas terkejut itu. Beg kertas berlambang Apple dihulurkan pada Natashya, kemudian Farel berlalu keluar daripada wad bersama panggilan yang masih bersambung.

'Apahal pula mamat ni?' Natashya melihat pada beg kertas yang diberikan oleh Farel, terbuntang biji matanya. Terkejut. Telefon pintar baharu yang dihulurkan oleh Farel.

"Mana pula dak Aina ni, kata nak pergi solat Asar je. Pergi dating sekali dengan Eijaz ke apa" Natashya mula bercakap sendirian. Dia tidak mahu bersendirian dengan Farel di dalam wad nanti.

'Tolonglah masuk sebelum Farel habis borak dengan baba' mohon Natashya di dalam hatinya.

Lama juga Natashya memandang beg kertas di tangannya sehingga pintu wad dibuka daripada luar. Farel melangkah mendekati katil pesakit yang didudukinya.

"Kenapa Encik Farel jawab call baba saya tu?" Natashya mengeluh perlahan ketika menyambut semula telefon pintar daripada tangan Farel.

"Dah kau tergagap-gagap nak jawab" Farel mengambil tempat di kerusi kosong sebelah katil pesakit. Wajah Natashya yang bertelekung itu dipandang tidak lepas.

'Cantik' detik hati Farel.

"Encik Farel cakap apa dengan baba saya?"

"Aku bagitahu yang boyfriend kau tak ada. Outstation. Baba kau pun fahamlah, orang bekerja hebat katanya" Farel mengeluarkan kotak telefon pintar yang masih sealed lagi.

Telefon pintar Natashya diambil semula.

Kotak telefon pintar baharu, Iphone 15 pro dikoyakkan. Natashya hanya memandang gerak geri tangan Farel yang jelas sedang menukarkan maklumat telefon miliknya kepada telefon pintar yang baharu itu.

"Kenapa beli yang baru? Saya tak minta pun. Nanti keluar hospital, saya boleh pergi tukar skrin je" Natashya memeluk tubuhnya.

"Orang dah bagi, kau ambil je" kata Farel dengan bersahaja.

"Nanti nak bayar berapa ni? Tak sedap pula saya kalau Encik Farel bagi macam ni je"

"Bayarannya....jaga anak-anak aku dengan baik dekat tadika" Farel meletakkan kedua-dua telefon itu sebelah menyebelah, sedang menunggu segala maklumat berpindah ke telefon pintar baharu yang kini milik Natashya itu.

"Itu je?" Natashya menyoal kembali.
"Yes, Natashya Ammara"

Air liur Natashya terasa kesat untuk ditelan. Nama penuhnya dipanggil oleh Farel sudah cukup menggetarkan hatinya.

'Ingat Luthfi, Nat...Ini dugaan je ni' detik hati Natashya.

🌻🌻🌻

Sorry guysss author terlambat sikitttt. Tak perasan masa huhu

Votes❤️

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 61.3K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
1.4M 60.7K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
302K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
526K 19.3K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...