Dr. Crush: Her Savior (OG)

By idkwydlr

51.1K 3.5K 239

"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a tru... More

Introduction
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77

BAB 6

672 46 0
By idkwydlr


"Eh...Uncle Haziq" Falique melambai kepada Haziq bersama senyuman.

"Bagusnya Falique dengan Isha, dah pergi school lah" Haziq tersenyum lebar.
"Kenapa papa lambat hari ni?" Falisha datang bersama Natashya yang memimpinnya.

"Sorry lah, kereta uncle Haziq rosak, itu yang papa tolong dia tadi" Farel mengambil beg sekolah Falisha daripada tangan Natashya.

"Nasib baik ada cikgu Nat temankan. Kalau tak, kitaorang je dekat sini" kata Falique pula.
"Terima kasih cikgu, sorry menyusahkan cikgu hari ni, ye. Ada hal pula" dengan rendah hati Farel menyatakannya. Sudahlah pagi tadi dia sudah memberi amaran pada Natashya mengenai si kembar. Rasa menyesal pula.

Menyesal ada. Malu pun ada. Yang diberi amaran inilah yang menunggu ketidakpatuhan masa Farel ketika mengambil anak-anaknya.

"Tak apa, itu dah memang tanggungjawab saya untuk memastikan semua anak-anak pulang dengan selamat" Natashya mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu, kami balik dululah ye. Terima kasih sekali lagi" kata Farel dengan sopan. Sudah serupa kucing yang malu-malu.

Natashya mengangguk. Falisha pula segera merangkul erat tubuh cikgunya, rutin kebiasaan Falisha sebelum pulang.

"Terima kasih dah jadikan Isha pretty hari ni" Falisha tersenyum manja dan menyentuh rambut yang diikat oleh Natashya itu dengan berhati-hati.
"Esok cikgu Nat buat lagi eh? Papa tak reti sangat, longgar je bila ikat rambut tu" Falisha berbisik kepadanya.

"Okay, deal" Natashya turut berbisik sama.

"Jumpa esok, cikgu" Falique melambai ke arah Natashya sebelum memasuki tempat duduk belakang yang telah dibuka pintu kereta itu oleh Haziq.

Natashya turut melambai ke arah adik beradik kembar itu sebelum mereka memboloskan diri ke dalam kereta.

Dengan kadar segera, Natashya mengunci pintu pagar Tadika Ceria Bestari. Pada waktu yang sama, Farel masih tidak memulakan perjalanan lagi. Matanya sengaja meneliti aplikasi telefon pintarnya.

Cermin sisi dan pandang belakang dipandang sekilas. Hanya untuk memastikan cikgu tadika itu selamat masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Maklumlah cikgu itu berseorangan, perempuan pula tu. Taman perumahan ini pun kelihatan sunyi apabila waktu senja menerpa. Agak bahaya untuk seorang perempuan berseorangan.

"Asal tak jalan?" Soal Haziq.
"Ada students aku buat groupchat, aku nak baca jap" tipu Farel dengan bersahaja.

Nampak sahaja kereta Natashya melintasi keretanya, barulah telefon pintar disimpan semula ke dalam poket seluar. Farel sengaja menunggu.

"Ada yang lapar tak?" Farel tersenyum manis. Terus sahaja si kembar mengangguk laju.
"Perut aku dah berkeroncong main lagu Noraniza Idris" ujar Haziq bersama tepukan di perut berototnya.

"Kau memang sentiasa lapar" Farel memutarkan bebola matanya.
"Isha dengan Falique nak makan apa dinner ni?" Haziq memandang anak kembar rakannya itu di tempat duduk belakang.

"Goreng- goreng" serentak Falique dan Falisha berkata. Apa nak diherankan? Mereka kembar.

"Lepak mamak jelah" Haziq menepuk lengan Farel yang memandu. Farel pula hanya menuruti sahaja. Memang kalau adanya Haziq, kedai mamak lah yang dituju. Rakannya itu pula daripada tadi murah senyuman. Entah apa yang difikirkan.

"Eh, aku lupa...phone aku" Farel berhenti melangkah. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan kecil molek melanggar belakang badan Farel.

"Eh!" Farel terkejut lalu segera memusingkan badannya. Haziq menoleh ke arah Farel di sebelah dan juga pelajar perempuan itu. Terus memerah muka pelajar yang melanggar Farel apabila empat orang pelajar lelaki memandang ke arahnya.

"Maaf...maaf saya tak sengaja" pelajar itu berkata perlahan. Pandangannya setia menunduk.
"Punyalah luas jalan ni, belakang kitaorang juga kau nak lalu" kata Shah kepada pelajar perempuan itu.

"Nak pergi mana sorang-sorang?" Giliran Haziq pula bertanya.
"Nak ke dewan. Malam kebudayaan tu" pelajar perempuan itu masih menunduk memandang ke bumi.
"Takp..."

"Bahaya jalan sorang-sorang waktu malam macam ni. Awak jalan depan kitaorang lah" Farel memotong kata-kata Haziq itu.

"Eh..betul ke?" pelajar perempuan itu tersenyum manis. Memukau mata lelaki milik Haziq. Mereka berempat mengangguk setuju.

"Dipersilakan, perempuan tak elok jalan sorang-sorang" Haziq memberikan laluan untuk pelajar itu melintasinya.

"Nama awak siapa? Daripada kos apa?" Tanya Haziq, cuba berbasa basi.

"Natashya. Saya ambil kos Pendidikan Awal Kanak-kanak" jawabnya lagi.
"Ohh satu Fakulti" Ujar Isaa.

"Memang akan selalu jumpalah kalau ada program macam ni kan?" Haziq tersenyum. Natashya hanya mengangguk perlahan.

"UNCLE HAZIQ" jeritan nyaring daripada Falique dan Falisha menyedarkan dirinya yang sudah kembali ke zaman belajar sebentar tadi.

"Aku ingatkan kau dah pekak, tu aku suruh diaorang jerit panggil kau" Farel melihat buku menu yang diberi oleh pelayan itu.
"Kau nak makan apa ni? Berangan tak sudah" Farel menggelengkan kepalanya dan memulangkan semula buku menu kepada pelayan restoran itu. Tiada apa lagi yang mahu dipesan. Cukuplah nasi goreng pattaya untuk dirinya dan mi goreng mamak untuk si kembar. Tidak perlu berfikir panjang.

"Sorry, sorry...bagi saya kopi o suam satu dengan nasi goreng seafood" Haziq memulangkan buku menu di tangannya.

Pelayan itu mengangguk dan berjalan ke arah dapur.

"Kau jangan risaulah pasal kereta tu, towing dah angkut kereta kau tadi" Farel menunjukkan kereta Haziq yang sudah berada di atas lori.

"Siapa cakap aku risau pasal kereta?"

"Dah tu, termenung jauh aku tengok"

"Cikgu tadika tuuuu, kau tak ingat ke?" Haziq memandang ke arah Farel yang duduk berhadapannya.

"Kenapa dengan cikgu tu?" Farel melihat pada rambut Falisha disebelahnya yang diikat kemas. Diusap perlahan kepala anak perempuannya itu.

"Dia kan junior kita, selalu juga terserempak dengan dia waktu dekat UNITAR" ujar Haziq dengan senyuman lebar.
"Yeke? Aku tak ingat" ringkas dan padat jawapan daripada mulut Farel.

"Kau semua orang tak ingat, lagi-lagi perempuan"

"Aku pergi sana mana ada kenalan perempuan sangat. Gitu-gitu bolehlah" Farel menjungkitkan bahunya.

"Aku ingat lagi doh nama dia. Natashya. Cantik seperti tuan badan. Tak berubah langsung muka dia eh, tetap cantik, comel" Haziq menongkat dagunya.

"Eh...budak perempuan yang kau suka usha dekat UNITAR dulu tu, cikgu tadika anak-anak aku ke?" Farel memandang wajah Haziq yang sedang angau itu. Sama seperti senyuman gilanya ketika waktu belajar di UNITAR itu.

"Yelah, Natashya tulah. Aku rasa kan weyh, memang jodoh akulah. Memang takdir Allah yang tentukan kereta aku rosak hari ni dan kau yang tolong aku" Haziq meletakkan tangan di dadanya. Drama.

"Baguslah tu, kau pun dah 31. Tak baik membujang lama-lama. Nanti tak ada siapa nak" Farel tersenyum sendiri.

"Kau ada nombor Natashya tak?" Soal Haziq lagi.
"Buat apa aku nak ada nombor dia? Bukan ada keperluan untuk aku pun" Farel mengerutkan dahinya.

"Kalau kau nak, minta sendirilah" sambung Farel lagi. Air minuman yang dihidangkan oleh pelayan itu, diletakkan di hadapan anak kembarnya.

"Cikgu Nat tak suka orang luar minta nombor telefon dia" kata Falisha secara tiba-tiba.

"Mana Isha tahu?" Haziq memandang ke arah anak perempuan Farel.
"Isha dengar, abang Qaseh minta nombor telefon cikgu Nat tapi, cikgu tak bagi" Falisha menggelengkan kepalanya.

"Usaha lebih sikitlah kalau nak usha crush universiti kau tu" Farel tergelak kecil.

"Dia jual mahal tak apa, aku lagi suka. Limited Edition" Haziq tersenyum lebar serupa orang gila ketika ini. Tidak lekang senyumannya itu.

Akhirnya, pelajar perempuan yang disukai dalam diam itu masih wujud dan mereka dipertemukan semula. Takdir Allah yang indah.

- - -

"Apa cer, kau dengan Luthfi?" Soal Aina semasa mereka sedang menyejukkan badan setelah berjoging sebanyak tiga pusingan di kawasan taman itu. Boleh tahan besar juga, lebih lagi hari cuti seperti ini, ramai jiran dari pelbagai peringkat umur datang beriadah bersama keluarga.

"Apa cer? Macam tu jugalah"

"Kau serius ke dengan Luthfi?" Aina mengerutkan dahinya memandang ke arah Natashya.
"Aku tak suka mempermainkan perasaan orang. Memang aku serius dengan dia. Kalau Luthfi nak ajak aku kahwin esok pun aku sanggup" Natashya tersenyum sambil mengangguk.

"Gatal tak bertempat" Aina memutarkan bebola matanya.

"Aku tahu kau risau pasal aku dengan Luthfi kan? Setakat marah tu, apalah sangat, Na. Adat bercinta, tak selalunya indah. Kalau tak gaduh, lagilah aku risau, risau Luthfi tu hanya berpura-pura sayangkan aku"

"If he ever done bad things to you, you better tell me. It's serious matter" Aina menepuk perlahan bahu kawan baiknya itu.

"Kaulah orang pertama yang aku akan bagitau" Natashya memeluk erat lengan Aina.
"Eeiii aku berpeluh ni, main rapat-rapat pula" Aina segera menjauhkan dirinya daripada Natashya. Tidak suka dirinya berada dalam jarak yang dekat dengan orang lain ketika berpeluh. Tak selesa.

Ketika mereka sedang berbual, nada dering Lover daripada penyanyi Taylor Swift berdering di dalam poket kanan seluar Natashya.

Senyuman nipis terukir di bibir Natashya.

"Buah hati call lah tu"

Natashya meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Panggilan telefon dijawab.

"Assalamualaikum, awak"

"Waalaikumusalam, sayang saya" Ceria sahaja nada suara Luthfi pagi itu.

"Awak busy ke hari ni? Dah lama kita tak keluar dating kan?" Ujar Luthfi lagi.

"Saya dekat luar dengan Aina ni..macam tak boleh je hari ni" Natashya memandang kepada Aina. Kawan baiknya sudah berkerut seribu.

Tadi, bukan main cakap kalau Luthfi nak ajak kahwin esok, setuju sahaja. Ini Luthfi ajak pergi date tidak mahu pula.

"Alah...sayang.. setiap hari awak dah tengok muka Aina tu, hari ni je keluar dengan saya pun tak sudi dah?"

"Bukan tak sudi, Luth. Saya dah ada plan dengan Aina hari ni"

"Nat, please...saya rindu awak. Kita keluar pergi makan ke, tengok wayang ke. Then, I will send you back home safely" pujuk Luthfi lagi. Tidak putus asa gayanya.

Natashya mengeluh perlahan. Mulutnya diam tidak berkata apa.

"Sayang..." Luthfi melembutkan suaranya.

"Ambil saya dekat rumah pukul 10"

"See you soon, sayang saya. Pakai cantik-cantik tau"

"Okay" Natashya tersenyum nipis. Panggilan dimatikan segera.

"Kena balik sekarang, aku nak keluar dengan Luthfi kejap lagi" telefon pintar disimpan semula ke dalam poket seluarnya.

"Kau dah janji nak pergi sarapan dengan aku siot. Tak baik au. Ajaklah keluar tengahari ke? Petang sikit ke?" Aina mendengus tidak berpuas hati.

"Hari lain, kau tuntutlah dengan aku eh? Kita kena balik sekarang. Aku lambat nanti, bising pula Luthfi tu"

"Kau pun tak sukakan aku kena marah dengan Luthfi" sambung Natashya lagi.

"Yelah yelah....kita tapau jap dekat gerai akak tu. Macam sedap je dia punya popia sambal" Aina sudah tersengih lebar.

"Boleh, selain popia sambal pun kau boleh ambil. Aku belanja" Natashya tertawa kecil melihat gelagat Aina. Baru sahaja berjoging beberapa pusingan, terus mahu membeli sarapan pagi yang tak berkhasiat.

Tetapi, untuk memenangi hati kawan baiknya itu, semua dituruti jua.

🌻🌻🌻

Votes korang sangat membantu untuk support author tauu. Biar lagi bersemangat nak menulis

Continue Reading

You'll Also Like

404K 19.3K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
5.8K 473 46
Slow update!!!! Rafiq merupakan seorang pelajar universiti yang mempunyai sifat yang dingin terhadap semua kecuali bersama orang terdekat sahaja.Rama...
17.2K 681 22
TENGKU ZARITH 🧡 QALISYA DAMIA "Izin kan aku bertanggungjawab" - TENGKU ZARITH "Lupakan saja, anggap tiada apa-apa yang berlaku antara kita" - QALISY...
314K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...