Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

448K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 20

12.7K 1.1K 200
By AnjellHomosapien

-not-edited-

BAB 20

[Ardean] Apa chemical element yang buatkan awak ingat pada saya?

Eshal baca mesej yang dihantar Ardean itu.

Itu pun nak tanya ke? Bukan ke jawapannya sudah terang lagi disuluh spotlight? Namun, Eshal tetap jawab.

[Eshal] Astatine.

[Ardean] Awak tanyalah saya pula.

Balasan dari Ardean.

Mengada! Eshal mencebik tapi layan saja.

[Eshal] Apa chemical element yang buatkan awak ingat pada saya?

Typing...

[Ardean] Hydrogen.

[Ardean] Itulah kedudukan awak dalam hati saya

Itu pun dah buatkan Eshal tersenyum sendiri. Patutlah orang kata orang bercinta ni tak betul otak dia.

Tapi dia tak bercinta dengan Ardean. Eshal ingatkan diri sendiri.

Begitulah komunikasi antara mereka. Terbatas oleh jarak dan masa, tapi setiap hari mereka akan bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Ada masa lapang, mereka akan berborak di telefon. Tapi selalu hanya berbalas-balas WhatsApp. Biasanya Ardean yang akan mulakan dulu. Dan Eshal yang akan tamatkannya.

Sangka Eshal, Ardean akan mengalah dengan sikap acuh tak acuhnya. Tapi sampai sekarang lelaki itu tetap gigih. Sedar tak sedar, hampir dua bulan berlalu.

Masih baru lagi! Lelaki... biasalah! Belum dapat, kejar bukan main gigih. Dah dapat nanti, hilang la semua usaha tu. Lepas tu, kejar yang lain pula.

Eshal mencebik sendiri. Namun buat masa sekarang, Eshal hanya ikut saja rentak Ardean. Dia mula berkongsi cerita dengan Ardean. Tapi masih banyak juga rahsia tersimpan. Ya, memang dia selesa dengan Ardean. Ya, memang dia rasa Ardean istimewa. Hatinya kadang-kadang cair, kadang-kadang lembut, tapi belum cukup kuat untuk runtuhkan benteng yang dibinanya.

Eshal rasa dia hanya perlu berkawan dengan Ardean, sehingga lelaki itu pilih sendiri untuk mengalah. Atau berubah perasaan. Sebab itulah hakikat dunia. Hati ini berbolak-balik sifatnya. Mungkin akan tiba masanya hati Ardean beralih pada perempuan lain yang jauh lebih sempurna. Mungkin Ardean akan sedar tak berbaloi untuk curahkan usaha pada perempuan sepertinya.

----

Tet... tet...

Eshal capai telefon pintarnya. Tahu saja notifikasi daripada siapa. Hanya seorang sahaja yang begitu rajin untuk mesej dia sekarang ini.

[Ardean] Eshal, jom kahwin!

Hampir saja Eshal tergolek dari katil selepas membacanya. Laju Eshal membalas.

[Eshal] Baru lepas hisap apa-apa ke ni?

Ardean cuma hantar emoji ketawa setelah itu.

[Ardean] Mana ada la

[Ardean] Mulai hari ini, saya akan selalu ajak awak kahwin.

[Ardean] So get used to the idea.

[Ardean] Feel free to imagine how would your life be beside me too (smirk)

[Ardean] Until one day, you will find the idea is not as terrifying as you think.

Eshal gigit bibir bawahnya. Ardean mahu dia rasa biasa dengan perkataan yang sangat menjengkelkannya itu. Ardean sedang cuba menggoyahkan pendiriannya tentang perkahwinan. Ardean mahu dia memasang impian untuk berumah tangga.

Salah satu sebab dia tak mahu berkahwin adalah sebab status kelahirannya. Semua akan terbongkar kalau dia kahwin. Buat masa sekarang Ardean masih belum tahu. Terlalu berat untuk dia mengaku. Dia belum bersedia.

Pada pandangan Eshal, buat apa dia berterus-terang andai hubungan putus di tengah jalan? Hubungan putus, rahsia terbongkar. Membazir masa sahaja!

Notifikasi masuk lagi.

[Ardean] Diam tanda setuju

[Eshal] Jangan nak mengarut ya. It's no and will always be no

Kali ini Eshal cepat balas. Dia boleh bayangkan Ardean di hujung sana sedang gelak atau senyum seksi sebab dah kenakannya.

[Ardean] Baru je nak happy. But a gentleman won't give up that easily.

[Ardean] Kata-kata itu doa. Manalah tahu lepas ni awak cakap

[Ardean] Rimaslah asyik kena tanya. Kita kahwin je la senang.

[Eshal] Dalam mimpi!

Eshal geleng kepala sendiri bersama senyum lucu. Hati berbunga-bunga melayan keletah Ardean.

Ardean seorang yang kelakar tapi matang. Kadang-kadang mengada tapi selalu ambil berat tentangnya. Sering kali naikkan darahnya dengan usikan, tapi pandai memujuk. Ardean suka bercerita tapi seorang pendengar terbaik. Percakapannya lembut, tak pernah naik suara dengannya. Namun, dalam lembut, ada tegasnya. Pendek kata, Ardean memang sempurna.

Alah... awal-awal lagi, biasalah! Eshal mencebik lagi. Enggan terlalu dalam tenggelam.

[Ardean] Saya fly ke Hamburg besok. Flight pukul sepuluh pagi. Seminggu. Ada conference.

Eshal hanya tenung mesej Ardean itu.

Ardean memang selalu berkongsi aktiviti dia kepada Eshal. Mereka hanya beberapa kali berjumpa di luar selama ini, tapi Eshal tetap terasa bila Ardean terbang jauh. Entah kenapa, kali ini dia rasa agak sedih.

Haih... takkanlah dia mula bergantung pada Ardean kut? Eshal geleng-geleng kepala, menepis kemungkinan itu.

[Eshal] Okey. Hati-hati esok.

[Eshal] Jangan lupa jaga diri.

[Eshal] Pergilah tidur. Goodnight

[Ardean] You too.

[Ardean] I think I'll miss you. Goodnight.

Mesej yang kedua itu tiba-tiba dipadam Ardean, namun sempat dibacanya. Tak sampai sesaat, masuk mesej baru.

[Ardean] I know I'ill miss you. Goodnight.

Dan hati Eshal rasa sesuatu lagi. Sesuatu yang damai.

I know I will miss you too.

Namun itu hanyalah di fikiran Eshal saja. Tiada lagi sesi membalas mesej bersama Ardean setelah itu. Eshal tenung siling bilik tidurnya itu. Memikirkan Ardean yang akan jauh beribu-ribu batu besok.

-----

Eshal sedang membaca manuskrip terbaru di komputer ribanya ketika mendengar notifikasi masuk.

Ardean! Itulah yang terlintas di kepalanya dulu. Mungkin lelaki itu sudah tiba di Hamburg. Kalau lelaki itu ajak kahwin lagi, dia dah sedia nak hantar emoji pisau banyak-banyak. Automatik bibir senyum sendiri.

Tanpa sedar, dia turut ternanti-nantikan mesej dari Ardean. Itu sudah menjadi rutin hidupnya kini.

Namun semuanya mati sebaik sahaja dia melihat siapa si penghantar. Perasaan yang berbunga-bunga tadi terus lebur. Dari nombor yang tak dikenali. Eshal terus masuk mod berjaga-jaga. Memilih untuk membaca atau biarkan saja?

Eshal akhirnya pilih untuk membukanya. Satu gambar yang diterimanya buatkan matanya terbuntang luas. Gambar Kirana terbaring di atas katil asing. Matanya tertutup rapat. Di bawahnya tertera mesej untuknya.

H Boutique Hotel. 203

Yang terlintas di fikiran Eshal kini cuma satu. Kau buat hal lagi ke, Kirana? Tak berubah-ubah?

Eshal tanpa membuang masa terus bangun dari tempat duduknya. Dia sarung pakaian pertama yang dicapai dari dalam almari. Rambutnya disanggul-sanggul malas, sebelum dipin. Kemudian dia capai kunci kereta.

Hatinya galau. Memang hubungan dia dan Kirana agak kompleks, tapi secara teknikalnya mereka masih adik-beradik di mata umum. Dia tak boleh abaikan saja andai kakak tirinya itu ditimpa sesuatu. Dia enggan bertanggungjawab hanya kerana dia tahu.

Entah apa-apa pula la kali ini!

Eshal pantas imbas kembali kenangan lalu. Kejadian-kejadian yang menjadi rahsia di antara mereka. Kejadian-kejadian yang tak pernah diketahui oleh orang tua dan datuk mereka sehingga sekarang.

Ini bukan kali pertama Eshal mendapat mesej sebegitu. Masa zaman belajar dulu lagi teruk. Kirana seorang yang agak sosial. Mungkin sebab ketika itu masih remaja. Pengaruh kawan. Sukakan hiburan. Pernah dulu sekali Kirana mabuk teruk dan berakhir di bilik hotel. Kekasih Kirana ketika itu memerangkapnya untuk tidur bersama.

Tapi Eshal datang selamatkan Kirana setelah rakan sekolej Kirana memberitahunya. Ketika itu dia minta Wafiy temankannya memandangkan dia seorang perempuan. Langkah untuk berjaga-jaga. Itu juga menjadi titik pertemuan Kirana dan Wafiy.

Tapi selepas berkenalan dengan Wafiy, Kirana sudah berubah. Tiada lagi kehidupan liar. Itu juga menjadi sebab kenapa Eshal tak pernah membantah hubungan mereka walaupun dia dan Kirana punya konflik sendiri. Kirana berubah ke arah kebaikan kerana Wafiy. Baginya, Wafiy seorang lelaki yang baik sebab terima Kirana walaupun tahu kisah silamnya.

Wafiy tahu ke tak agaknya ya? Tiba-tiba terbayang wajah lelaki itu. Berkira-kira harus beritahu Wafiy atau tidak. Tapi kalau Wafiy tahu Kirana kembali macam dulu, tak ke kecewa dia? Tak pasal-pasal jadi sesuatu pada hubungan pertunangan mereka pula. Tak pasal-pasal Eshal kena tuduh jadi punca.

Ketika itu Eshal mula masuk ke dalam kereta. Lupakan pasal Wafiy. Eshal buat keputusan untuk terus memandu ke lokasi yang diberitahu.

-----

Eshal tiba di hotel H Boutique yang terletak di Kota Damansara pada jam sepuluh malam. Dia terus naik ke bilik yang terletak di tingkat dua. Laluan kaki lima itu sunyi sepi. Bila tiba di depan pintu kayu itu, Eshal mengetuknya. Dia tak punya kad kunci untuk dia redah masuk.

Eshal angkat tangan untuk ketuk pintu bilik itu. Namun dia perasan pintu itu nampak sedikit renggang. Lalu Eshal cuba tarik tombol. Terbuka! Agak pelik macam mana boleh terbuka walaupun tanpa kad kunci. Namun Eshal hanya abaikan saja. Dia menolak masuk pintu itu ke dalam.

"Kirana!" panggil Eshal. Cuba beranikan diri. Bersedia untuk berdepan dengan apa-apa atau sesiapa.

Namun bilik itu hanya kosong. Tiada bayang Kirana. Eshal kaku. Salah bilik ke? Atau Kirana sudah keluar? Atau dia dipermainkan?

Sedang Eshal berfikir, kedengaran pintu bilik diketuk. Eshal terus berlalu ke arah pintu dan membukanya.

"Kirana!" Wafiy meluru masuk ke dalam bilik tanpa sempat Eshal berkata apa-apa. Seluruh pelosok bilik hotel itu dicari.

"Mana Kirana?" Wafiy bertanya Eshal pula bila tak jumpa Kirana.

"Manalah aku tahu. Masa aku datang, bilik ni dah kosong."

Wafiy raup wajahnya dengan tangan. Air muka sedikit tegang.

Sunyi. Mereka saling berpandangan.

"Kau dapat mesej yang Kirana ada kat bilik ni ke?" soal Wafiy. Lebih tenang.

Eshal angguk. Nampaknya Wafiy juga mendapat mesej yang serupa. Dan Eshal sedar kini mungkin mereka berdua dah dipermainkan.

"Bodoh siapa yang buat semua ni! Membazir masa aku!" Marah sungguh Wafiy. Berfikiran serupa dengan Eshal.

Hati Eshal turut mendongkol marah. Tapi sangat lega andai Kirana tak seperti dulu lagi. Namun dia masih tertanya-tanya kenapa dia dan Wafiy dipermainkan seperti ini? Apa motif si pelaku? Siapakah dalangnya?

Kedengaran sekali lagi pintu bilik diketuk. Eshal dan Wafiy berpandangan. Saling tertanya-tanya siapakah pula kali ini? Tanpa banyak bicara, Wafiy berlalu ke arah pintu lalu membukanya dari dalam.

Namun sebaik sahaja melihat beberapa lelaki bersongkok yang berdiri di depan pintu bilik itu, wajah Wafiy bertukar pucat. Eshal yang melihatnya dari dalam turut bertukar rentak denyutan jantungnya. Tanpa perlu mereka memperkenalkan diri, Eshal sudah tahu maksudnya.

Eshal pejam mata. Tidak!

----

Pang! Pipi Eshal berbirat merah gara-gara penangan Datuk Huzaini. Namun Eshal diam tak berkutik. Hanya wajahnya tertoleh ke kanan. Ini kali pertama Datuk Huzaini memukulnya. Tapi dia sudah menjangkakannya.

"Sabar, datuk. Sabar!" Dua orang lelaki asing itu menenangkan Datuk Huzaini.

Eshal dan Wafiy kini ditahan oleh pejabat agama. Orang tua dia dan Wafiy dipanggil untuk mengikat jamin mereka. Bernanah telinga Eshal mendengar ceramah percuma semua yang ada di situ, seolah-olah memang dia mahu ditangkap bersama Wafiy. Seolah-olah mereka sedang bermaksiat. Itu belum lagi dengan pandangan sinis bila tahu dia ditangkap bersama tunang orang.

"Tak pernah lagi keturunan aku kena tangkap khalwat!" marah Datuk Huzaini. Patut saja dia naik tangan. Eshal sudah menconteng arang ke mukanya. Imej keluarganya tercalar. Selepas ini, berita yang kurang enak akan dijaja.

Eshal masih bungkam. Jiwanya kosong. Wajahnya juga tak berperasaan. Dia angkat kepala. Di kirinya ada ayah dan abang Wafiy. Wafiy juga diam bersama wajah serius. Seperti pesalah, sama macam dia. Di sebelah kanannya, ada Datuk Huzaini, Datin Hasnita dan Kirana. Kirana menangis tersedu-sedan dan ditenangkan oleh mamanya. Sehingga Eshal jadi pelik. Yang kena tangkap sekarang ini, dia atau Kirana?

Oh, mungkin sedang patah hati tunang kesayangan ditangkap khalwat dengan adik kembar sendiri!

What a picture to paint...

Sangat ironi ya. Tiba-tiba saja dia menjadi penjahat dalam kisah ini. Eshal rasa nak gelak kuat-kuat. Gelakkan diri sendiri.

Dia bodoh!

Takdir juga bodoh!

"Apa yang kamu cuba buat dengan Eshal, Wafiy? Dalam bilik hotel, berdua-duaan. Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah bersekedudukan dengan perempuan." Giliran Wafiy pula dimarahi oleh Encik Azli, ayahnya.

"Kami tak buat apa-apa, ayah. Tak sampai lima minit pun duduk dalam hotel tu!" jelas Wafiy, cuba mengawal suaranya daripada biadap.

"Wafiy dapat mesej yang Kirana tak sedarkan diri ada dalam bilik tu. Wafiy takut ada orang nak apa-apakan dia. Eshal pun dapat benda yang sama. Bila kami datang, bilik tu kosong." Wafiy keluarkan bukti mesej yang dia dapat.

"Jangan libatkan nama I bila you nak menyundal dengan perempuan ni!" marah Kirana dari tempat duduknya.

"Maksudnya, kamu nak cakap yang ada yang cuba perangkap kamu berdua?" tanya Encik Azli lagi.

Tapi belum sempat Wafiy menjawab, suara Kirana bergema dulu.

"Ya la tu. Entah-entah semua ni rekaan saja. Entah-entah Eshal yang hantar mesej tu sebab nak perangkap Wafiy." Menuduh.

"Kau jangan nak main tuduh ya! Dah kenapa aku nak perangkap Wafiy?" marah Eshal pula. Tak logik langsung.

"Sebab kau masih tak puas hati kami bertunang. Kau pernah suruh Wafiy batalkan niat dia untuk kahwin dengan aku! Kau memang taknak tengok aku bahagia. Kau memang selalu dengki dengan aku sebab mama dan papa lebihkan aku. Kau jahat, Eshal!" tempik Kirana sebelum sambung menangis.

Eshal rasa semua pandangan tertumpu padanya. Liur ditelan. Pahit. Dia tahu apa-apa yang berada di fikiran mereka kini pasti yang buruk-buruk tentangnya.

Dia... secara rasminya adalah antagonis, perempuan murah, perempuan busuk hati yang cuba merampas tunang kakak kembar sendiri.

"Tak baik you cakap macam tu, Kirana! Eshal bukan macam tu. Dia pun mangsa keadaan macam I juga." Wafiy membela Eshal.

"You sebelahkan dia? Ke memang you pun sama, sebenarnya berkomplot dan pasang niat nak tidur dengan perempuan ni belakang I?" Makin panas hati Kirana jadinya.

"Kirana! Jaga sikit mulut tu ya!" marah Wafiy.

"I bukan sebelahkan dia tapi itu kenyataannya. Dia datang pun sebab fikirkan keselamatan you. Jangan fikir ini kali pertama, Kirana."

Ayat terakhir Wafiy itu berjaya mendiamkan Kirana. Geram, tapi dia tak berani buka mulut di depan mama dan papanya. Sudahlah semua macam bingung dan tak faham maksud Wafiy itu. Tapi nasib baik Wafiy tidak mengulasnya lebih lanjut.

"Habis, kita nak buat apa ni sekarang ni, datuk?" Encik Azli bertanya lagi.

"Nak buat apa lagi? Benda dah jadi. Dah jadi kes mahkamah dah pun. Bayar je la denda."

"Saya tak sedap sebenarnya. Rasa macam lepas tangan macam tu saja. Rasa bersalah pula dengan anak datuk," ujar Encik Azli lagi. Rasa sesuatu yang tak kena. Kesian dengan anak dara Datuk Huzaini andai betul mereka berdua tak bersalah. Imej sudah tercemar. Pasti yang buruk-buruk dicanang nanti. Mulut orang sukar ditutup. Mana nak nampak baiknya kalau dah ditangkap khalwat.

"Payah sangat, biar Wafiy bertanggungjawab dengan Eshal."

"No!" tempik dua suara.

Eshal tayang muka gerun. Kirana pula rasa nak pengsan mendengar kata-kata dari mulut tunangnya. Dah tentu tahu maksud 'tanggungjawab' Wafiy itu.

"You melampau, Wafiy! I tunang you. You langsung tak fikirkan perasaan I." Kirana kembali histeria.

"Papa... Kira sayang Wafiy. Tolong jangan suruh Wafiy kahwin dengan Eshal. Papa cari lelaki lain untuk Eshal," rayu Kirana kepada papanya pula.

"Saya faham apa yang abang cuba cakap. Tapi ini anak saya, tahulah saya nak buat macam mana nanti. Pasal apa yang jadi malam ni, pandailah saya buat nak kasi semua senyap. Wafiy tak perlu bertanggungjawab. Kalau perlu, saya kahwinkan saja Eshal dengan sesiapa saja nanti. Itu hukuman saya untuk dia!"

Tubuh Eshal pantas mengeras.

"Eshal taknak! Kenapa Eshal yang kena sedangkan Eshal tak salah?" bangkang Eshal. Sudahlah dia dituduh macam-macam.

"Kau diam! Ikut saja cakap papa lepas ni!"

"No! Go to hell with you!" tempik Eshal sebelum dia lari keluar.

——-

Eshal genggam kemas stereng kereta sehingga kuku-kukunya bertukar putih. Menahan bahang di hati. Masih terbayang-bayang apa yang terjadi tadi. Terngiang-ngiang arahan papanya. Eshal marah sebab dia tak bersalah. Kenapa dia yang dihukum? Bukannya dia pinta semua ini terjadi!

Apa yang jadi hari ini memang sial la! Macam hidupnya tak cukup sial selama ini! Tak cukup-cukup lagi dengan apa yang dia hadap seumur hidup dia ini?

Dia dituduh cuba merampas tunang kakak kembar sendiri. Dia dituduh cuba memerangkap Wafiy. Dan kini maruahnya tercalar. Andai berita tersebar, mana dia nak letak muka? Macam mana dia hadap orang sekeliling?

Dia pasti dicemuh. Tak cukup lagi ke dia dicemuh gara-gara lahir di dunia ini? Memang dia ni ditakdirkan sial sejak lahir ke? Atau dia memang tak layak mendapat bahagia?

Bagaikan tak cukup semua itu, kini papanya ingin kahwinkan dia dengan lelaki entah dari mana-mana. Hidupnya bakal diatur lagi dan dia bersumpah itu tak akan terjadi! Kenapa dia harus tunduk kalau dia tak bersalah?

Mengingatkan semua itu, hatinya makin sakit. Kaki menekan pedal minyak sehingga rapat. Meter kereta sudah mencecah 180 km/jam. Tapi Eshal tiada niat untuk memperlahankan keretanya.

Elok mati saja kalau macam ni! Ini yang semua orang tunggu-tunggu, kan?

Tiba-tiba air matanya bergenang. Mindanya bercelaru. Dan tiba-tiba juga muncul wajah Ardean entah kenapa. Terbayang raut tenang dan senyuman manisnya. Suaranya yang matang memberi nasihat. Gelak tawa maco usai mengusiknya.

Ardean... Dia perlukan Ardean sekarang ini, tapi lelaki itu kini berada di Jerman. Andai Ardean tahu apa yang jadi malam ini, percayakah lelaki itu padanya? Apakah penerimaannya? Atau Ardean juga salahkannya kerana berdua-duaan dengan Wafiy? Menuduhnya bodoh tidak menyiasat kesahihan berita diterima terlebih dahulu?

Dua bulan lebih hubungannya dengan Ardean, Eshal mula rasa bahagia. Tapi, itulah salah dia. Dia alpa. Dia lupa takdir selalu membencinya. Tuhan tak suka melihat dia bahagia!

Everything is too good to be true...

Malam ini, wajah Eshal disimbah air sejuk. Bangkit dari khayalan kisah dongeng yang indah.

Ponnn! Ponnn!

Eshal tersentak mendengar hon yang panjang itu, buatkan dia kembali ke alam nyata. Lampu terang dari sebuah lori besar dari arah bertentangan sangat menyilaukan mata. Terus Eshal pusingkan sterengnya ke kanan. Namun agak terlambat. Terasa gegaran kuat daripada kesan rempuhan.

Eshal tak tahu apa yang dah jadi setelah itu.


20/11/2023

Continue Reading

You'll Also Like

173K 11K 15
R1: ASTERIA Here was the most powerful king ever born. The face of dreams and nightmares. KING ADRIEL DARREN LUTHER, heart like ice, soul like fire...
862 65 3
☆°꒰𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟐꒱°☆ 𝐀𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐋𝐔𝐂𝐂𝐈𝐄𝐍 | 𝐀𝐔𝐑𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐂𝐋𝐀𝐑𝐈𝐂𝐄 Mini Spy Agency (MSA) adalah agensi yang telah mengutip ejen-ejen hebat d...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...