Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

449K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 19

13.3K 1.3K 423
By AnjellHomosapien

-NOT-EDITED-

BAB 19

Eshal melihat Ardean yang baru balik dari bahagian pemasaran bersama Hairi, terus dia u-turn masuk ke dalam biliknya. Tak jadi nak keluar. Kaki automatik patuh dengan arahan otak sejak pagi lagi.

JAUHI ARDEAN!

Ya, mungkin dia pengecut. Tapi sungguh dia tak mahu berada dekat dengan Ardean, lebih-lebih lagi duduk berdua-duaan. Panjang saja akalnya mengelak. Sejak semalam lagi.

At LiKEs U

Sering terbayang-bayang kata-kata itu walaupun sering kali dia menepisnya. Ardean bergurau seperti selalu. Ardean bergurau!

Bunyi ketukan pintu buatkan mata Eshal sedikit meluas. Ardean! Ya, melalui gaya ketukan pun dia sudah kenal itu adalah Ardean. Hanya Ardean yang ketuk pintu tiga kali selang sesaat setiap ketukan.

Eshal menggelabah di tempat duduknya. Pandang kiri dan kanan untuk lari. Tiada ruang. Refleksnya, terus dia menyorok di bawah meja. Rasa nak tepuk dahi sendiri. Sejak bila dia jadi gila macam ni?

"Cik Eshal?" Kedengaran suara maco Ardean yang sudah masuk ke dalam biliknya.

Eshal hanya diam. Kalau Ardean tahu dia tiada, mesti lelaki itu keluar balik. Sekarang dah waktu rehat. Mungkin Ardean ingat dia sudah keluar.

Eshal mendengar derap langkah Ardean merapati meja kerjanya. Kemudian kedengaran seperti Ardean meletakkan sesuatu di atas meja itu. Eshal diam lagi. Hanya pasang telinga lebar-lebar untuk mendengar langkah Ardean yang menjauhi dan kemudian, pintu dibuka dan ditutup.

Eshal hela nafas lega. Betullah dia dah gila! Empat jam dia dah macam ninja. Mengelak sehabis mungkin bila nampak bayang Ardean. Ada lebih kurang lima jam lagi dia nak kena hadap. Dia buat keputusan untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Pakaiannya yang sedikit berkedut digosok-gosok supaya kembali rata. Kemudian Eshal merapikan pula rambutnya yang dah macam hantu Kak Limah.

Eshal pusingkan tubuhnya. Namun mengeras sebaik sahaja melihat susuk Ardean yang sedang bersandar pada pintu dengan tangan disilang ke dada. Wajah penuh tenang, seolah-solah sedang menunggu sesuatu. Bila mata mereka berlaga, Ardean hanya senyum.

Dan jantung Eshal sekali lagi rasa nak meloncat ke tekak.

"Done hiding?" Suara Ardean sungguh bersahaja.

"Bila masa saya menyorok? Saya cari subang saya yang jatuh." Selamba mencipta alasan dengan dagu mendongak ke langit. Memang tak la dia nak mengaku!

Ardean hanya angguk-angguk kepala tanpa komen apa-apa. Dalam hati simpan senyum.

"Jadi, Cik Eshal memang takde niat untuk lari dari saya, kan?"

"Kenapa saya nak lari dari awak?" Eshal pulangkan soalan. Muka penuh keyakinan walaupun kepala lutut sudah mula goyang.

"Sebab mesej saya semalam." Ardean tak berdolak-dalih lagi.

Eshal telan liur. Jari telunjuk menggaru-garu keningnya.

"Oh, yang awak hantar tu! Apa dia eh? Saya tak faham." Eshal tayang muka polos. Pura-pura tak tahu.

"Really? I should tutor you and make you understand then." Tenang intonasi Ardean ketika berbicara.

Ardean tegakkan tubuhnya, buatkan Eshal terus masuk mod berjaga-jaga. Dan bila Ardean berjalan menghampirinya, Eshal rasa macam nak terjun masuk ke dalam laci mejanya. Dia tak sempat berbuat apa-apa. Dengan langkah kaki panjang itu, sepantas kilat lelaki itu sudah terpacak di depannya.

"Or should I tell you to your face now?"

Berdiri kurang semeter darinya. Mendominasinya dengan ketinggian enam kaki.

"Hmm?" Kepala disengetkan sambil merenung dalam wajahnya.

Kering terasa tekak Eshal. Kedudukan Ardean merenggut oksigennya, buatkan dia rasa seperti hampir hilang nafas.

"Saya. Suka. Awak. Eshal." Satu demi satu Ardean ungkapkan.

Kini memang jelas dan nyata. Tiada ruang lagi untuk dia mengelak. Eshal rasa nak pengsan. Tangannya tanpa sedar mencengkam bucu meja di belakangnya. Selangkah Ardean mendekatinya lagi, Eshal rasa tak mustahil dia panjat meja itu untuk lari.

Ini bukan kali pertama lelaki meluahkan perasaan kepadanya. Tapi ini kali pertama lelaki buatkan dia tak keruan dengan luahannya.

"Saya tak suka awak!" Eshal berkata tanpa berfikir panjang.

"Auch!" Ardean pegang dadanya. Namun ekspresinya tenang, langsung tak nampak terluka.

"I don't ask you to like me now. I'll teach you how to like me later."

"And then what? Ajak kahwin, hantar rombongan meminang?" sinis Eshal.

Ardean diam. Dan Eshal tak suka bila Ardean diam. Sebab diam dia bukan diam mengalah, tapi diam dia diam-diam ubi berisi. Kali terakhir Ardean diam setelah dicabarnya, dia mendapat surat seratus sebab untuk bersyukur.

"Don't you ever think about it!" Eshal memberi amaran sambil jegilkan matanya.

Ardean ketawa perlahan. Bohonglah kalau itu bukan matlamatnya. Sebab dia bukan jenis bercinta untuk suka-suka. Perempuan yang dia kejar memang dengan niat untuk dijadikan isteri. Jika ada jodoh. Tapi sekarang untuk seseorang seperti Eshal, semua itu terlalu awal. Dia harus tunjukkan Eshal bagaimana rasa dihargai dulu. Eshal harus tahu dirinya sungguh berharga. Dia mahu tunjukkan pada Eshal yang dia akan selalu ada untuk wanita itu.

"Saya dah cakap sebelum ni. Saya taknak kahwin!" tegas Eshal lagi.

Ardean hanya tenang. Tak memilih untuk berdebat dengan Eshal. Wujudnya pemikiran begitu pasti ada ceritanya. Pengalaman lepas. Truama. Paranoid. Sesuatu telah berlaku yang buatkan Eshal begitu pesimis dengan perkahwinan. Semua itu boleh berubah. Untuk apa-apa yang Eshal takutkan bakal terjadi, Ardean akan buktikan sebaliknya. Itu janji dia.

"Saya cuma nak kenal awak dengan lebih rapat, Eshal," balas Ardean pula.

Ardean panggil dia tanpa panggilan 'cik' buatkan Eshal rasa sedikit canggung. Namun bukanlah sesuatu yang dia tak suka. Rasa kupu-kupu kembangkan sayap di dalam perutnya.

Kau gila, Eshal!

"Saya tak percayakan awak."

"Kenapa?"

"Sebab awak..." Eshal tak tahu nak huraikan macam mana.

Ardean setia menanti.

"What's wrong with me?"

"That's the problem. Nothing's wrong with you! I mean, look at you..." Eshal halakan tangannya ke arah Ardean. Dari atas sehingga ke bawah. Nada tengah tahan rasa frust. Takkan Ardean tak faham?

Ardean tunduk memandang diri sendiri. Muka blur seolah-olah tak tahu apa-apa itu sungguh menyakitkan hati Eshal. Juga geram.

"Awak handsome, Ardean. Perfect. Ramai peminat. Takkanlah awak suka saya?" Masih tak boleh terima. Mustahil rasanya. Wajah dia kategori biasa sahaja kalau bergandingan dengan Ardean.

"What's wrong with my Eshal?"

Kupu-kupu dah jadi burung helang, berterbangan dalam perutnya gara-gara ayat Ardean itu. My Eshal.

Belum ada apa-apa lagi woi!

"You're flirty, Ardean."

"But only with you. I show interest in woman that I'm interested in only. Macam-macam dah saya bagi hint sebelum ni, Eshal. Takkan awak tak nampak?"

Eshal tahu. Dia bukannya dangkal sangat. Tapi sengaja buat-buat tak faham dan enggan membuat konklusi sendiri. Tak nak syok sendiri.

Assume the base color of grey is always black. Until it's proven white.

Tapi sekarang Ardean dah mengaku.

"Dr. Ardean Tufail (2023) would like to propose a new theory. It's called Eshalocentrism theory. It is believed that the star called Eshal is being orbited by a single planet only, namely Ardean."

Ya Tuhan... macam mana mahu menepis kalau macam ni?

"Saya tak suka lelaki lebih muda dari saya." Eshal berdalih lagi.

"Kenapa?"

"It just irks me."

Senyap.

"Kalau yang tu, saya tak boleh buat apa-apa sebab itu sudah takdir." Mengeluh perlahan.

Eshal tarik nafas lega bila dah ada bunga-bunga Ardean nak mengalah. Namun, hanya seketika sebelum lelaki itu menyambung lagi.

"Tapi... Saya hanya akan terima kalau awak cakap yang selama ini awak cuma anggap saya seperti adik saja."

Ardean macam adik dia? Tidak sama sekali!

"Look at me straight in my eyes and tell me, Eshal!" cabar Ardean lagi.

Setapak Ardean mara ke arah Eshal, buatkan Eshal jadi makin tak keruan. Ditambah pula dengan wangian maskulin Burberry Hero lelaki itu yang menyesakkan rongga hidungnya. Dia tak mampu berfikir dengan waras.

"Tell me I give you no effects. Tell me your heart is not thumping like crazy right now. Then I'll back off." Garau suara Ardean mencabar.

"Okay, fine! Saya tak pernah anggap awak macam adik! Kadang-kadang saya rasa macam awak lagi matang dari saya! Jantung saya macam nak pecah sekarang ni. Puas hati?" Eshal akhirnya mengaku. Minyak wangi yang masuk rongga hidungnya itu dicampur dengan ubat pukau agaknya. Laju saja dia jujur.

Ardean senyum senget. Puas hati. Dia suka melihat Eshal terkesan dengannya.

"But for the later, to be fair, I don't control my heartbeat. The raise in heartbeat is triggered by sympathetic nervous system in response for fight-or-flight. So, it's normal." Masih lagi Eshal menjawab.

"And may I ask you what triggered your fight-or-flight response in the first place? Did it have something to do with the presence of someone handsome and hunky?"

"And younger!" sinis Eshal.

"And he likes you. And he still affects you."

Bencilah! Rasa nak bidas mulut yang petah menjawab itu. 

Eshal mendengus. Wajah kemerahannya dipalingkan ke sisi. Malu. Tersenyum Ardean melihatnya.

"Age is just a number, Eshal. Lagipun jarak usia kita bukannya jauh sangat. Lepas ni, saya bela jambang. Jadi bila kita keluar bersama, saya akan nampak lebih tua daripada awak. Okey?" Ardean berkata. Sekarang ini pun sebenarnya dia nampak lebih matang daripada Eshal. Tapi saja dia nak sedapkan hati Eshal.

"Siapa nak keluar dengan awak, hah?"

"Kalau macam tu, saya datang ofis ni hari-hari."

Eshal hela nafas. Rasa nak urut ubun-ubun sendiri. Tanda-tanda awal nak angkat bendera putih. Penat nak berhujah dengan lelaki tinggi IQ ni.

"You're so persistent."

"Well... according to Ancient Greek, Ardean means persistent."

"Really?"

"Just kidding!" Tayang sengih.

Eshal rasa nak pelangkung kepala Ardean. Macam tu aje Ardean gulakan dia.

Ardean ketawa. Buatkan Eshal turut mengukir senyum. Senyuman yang manis.

"Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only."

Dan Eshal tiada lagi hujah untuk membantah.

------

Hari ini merupakan hari terakhir Ardean di Empayar. Tak sangka dia dapat hadiah dari ramai orang sempena perpisahan, baik dari staf bahagian Fiksyen Tempatan mahupun bahagian lain. Ardean hargai semuanya. Bohonglah kalau dia cakap dia tak rasa sedih untuk tinggalkan Empayar.

Selesai mengucapkan selamat tinggal kepada staf bahagian Fiksyen Tempatan, Ardean ketuk pintu bilik Eshal. Giliran dia untuk ucapkan selamat tinggal pada wanita yang paling bermakna untuknya di Empayar ini.

"Masuk." Eshal memberi izin.

Ardean senyum manis.

"Tak balik lagi?" tegur Eshal.

"Saya nak jumpa awak dulu."

"Ada apa?" soal Eshal bersahaja.

"Awak tak ada kat luar."

"I hate goodbyes." Eshal jujur. Dia nampak tak berperasaan dan tak ambil peduli oleh orang lain. Jadi ketiadaannya bukanlah sesuatu yang aneh.

Namun, bohonglah kalau dia tak rasa sedih dengan pemergian Ardean walaupun dia tahu ini bukan pengakhiran hubungannya dan Ardean. Selepas ini, Fiksyen Tempatan tak akan sama lagi tanpa jejaka di depannya.

Ardean angguk faham.

"Do you need something?" Eshal ubah topik. Bertanya kenapa Ardean datang jumpa dia.

"Saya nak bagi awak sesuatu." Ardean keluarkan sesuatu dari begnya.

Satu buku berwarna hitam diletakkan di atas meja Eshal. Sebaik sahaja Eshal melihatnya, matanya terbuntang luas.

The Erased Monarch

"Mana awak dapat?" Teruja! Ini betul-betul ekslusif.

Ardean ketawa kecil melihatnya.

"An owl from Hogwarts flied it here." Ardean berloyar buruk. Eshal jeling.

"Awak hadiahkan untuk saya? Hadiah perpisahan?" soal Eshal lagi.

"Saya bagi pinjam."

Automatik Eshal mendengus. Chait, ingatkan bagi hadiah! Kedekut! Mencebik pula.

Ardean yang melihatnya senyum lucu. Tak tutup langsung ya rasa hati dia! Ardean geleng kepala dengan kerenah Eshal. Comel.

"Saya bagi pinjam sebab itu maksudnya awak kena pulangkan kembali kepada saya. It's a promise that we'll see each other again in the near future."

Hati Eshal rasa sesuatu mendengarnya. Tak tahu nak huraikan macam mana. Digosok-gosok lembut kulit buku yang yang cantik itu. Istimewa. Buku itu. Juga pemberinya.

Eshal kembali memandang Ardean.

"Apa perancangan awak lepas ni?" Eshal mahu tahu.

"Hmm... Saya akan jadi agak sibuk lepas ni. I have to attend a few conferences. And I have to fulfil my promise to my mother too. Dia nak saya jadi pensyarah di Kolej Estoria. Jadi saya akan mula mengajar tak lama lagi. It's time to shine as Dr. Ardean Tufail," cerita Ardean. Sempat dia bergurau di hujungnya.

"Nampak sibuk," komen Eshal. Namun, itu sesuai dengan imej Ardean.

"Apa boleh buat? Kenalah rajin kumpul duit. Nak halalkan anak dara orang." Selamba jawapan Ardean.

Eshal rasa pembuluh darah mukanya mengembang. Ardean yang melihatnya simpan senyum.

Eshal berdehem.

"Saya ucapkan good luck untuk awak. Semoga awak capai apa yang awak impikan itu." Masih cuba mengawal ekspresi wajah dan bahasa tubuhnya. Kononnya tak terkesan.

"Yang mana? Halalkan anak dara orang tu ke? Amin." Tapi, macam tu saja Ardean runtuhkannya.

"Yang sebelum tu la!" marah Eshal.

Bergema ruangan itu dengan ketawa maco Ardean. Seronok mengusik.

"Yalah. Terima kasih," ucap Ardean akhirnya.

Eshal akan rindukan usikan Ardean selepas ini.

"Terima kasih juga sebab bagi pinjam buku ni," kata Eshal pula. Sengaja tekankan perkataan 'pinjam' itu.

"Just for you to remember, I didn't leave you this book only, but my heart too."

Kupu-kupu kembali kembangkan sayap di dalam perutnya. Untuk seketika, Eshal rasa dirinya seperti heroin dalam novel-novel cinta.


17/11/2023

Continue Reading

You'll Also Like

49.2K 3K 22
Slow Update Happy reading with meeee !! 🫶🏻💜
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
393K 37.4K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...