Nayla Adeena : His Forever (S...

VioletRosess_ tarafından

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring Daha Fazla

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44

Bab 42

91 5 1
VioletRosess_ tarafından

Tap!

Api dapur dibuka. Periuk kecil berisi air diletakkan di atas dapur.

Sebiji mangkuk berisi cream cheese, susu dan mentega diletakkan di atas periuk itu untuk double boiling.

Apron hitam yang tersangkut pada penyangkut diambil dan disarungkan pada tubuh.

Telefon yang bernyala terpapar langkah-langkah mengadun kek. Selepas sahaja selesai menganalisis resepi, telur diambil dari peti sejuk dan dipecahkan ke dalam mangkuk besar lalu kuning telur diasingkan.

Semua bahan sudah siap ditimbang dan disusun rapi.

Sedang tekun mengadun bahan kek, terasa pinggang dipeluk dari belakang.

"Morning abang! Masak apa tu?" Lengan kanan Hud diangkat oleh Nayla lalu diletakkan di belakang lehernya. Nayla berdiri di celah ketiak Hud, ingin melihat kerja yang dilakukan suaminya.

"Morning, sayang. Abang buat Japanese Cotton Cheesecake." Kepala Nayla dicium sekilas.

"Untuk siapa?" Nayla berkerut sambil mendongak memandang wajah Hud.

"Semalam ada orang tu mengigau sampai menangis sebab nak makan kek ni. Itu yang abang buatkan tu. Entah orang tu ingat ke tidak?"

"Nayla ke abang?" Tanya Nayla dengan polos. Rasanya semalam nyenyak sahaja tidurnya. Lagipun dia terasa amat penat kerana seharian membersihkan kafe bersama para pekerjanya. Tidak sedar pula dia membuat drama akasia semalam.

"Tak lah. Janda sebelah rumah yang minta," balas Hud selamba. Tangan bergerak dengan cekap mengadun bahan kek.

Nayla memincing matanya sambil tangan mencubit pinggang Hud. Geram!
Terjerit Hud apabila mendapat cubitan ketam jadian itu.

"Sakit yang!"

"Gatal lagi nak sebut janda sebelah tu."
Nayla menjeling tajam suaminya.

"Bukannya kita tak tahu yang haritu si mak lampir tu datang sini kan?"
Terhenti tangan Hud dari membuat kerja. Air liur ditelan kesat.

"Mana tau?" Api dapur ditutup sebelum menghadap isterinya dengan wajah berkerut.

"Kenapa tak cerita pada Nayla?"

"Tak penting," balas Hud sambil menjungkit bahu.

Sempat mata menilik pakaian isterinya. Comel dan cantik. Nayla memakai maxi dress berlengan pendek separas lutut berwarna maroon. Dengan perutnya yang semaking besar itu. Rambut digayakan dandan.

"Okey," Nayla pusing tubuhnya dan berjalan keluar dari ruang dapur. Baru sahaja beberapa tapak diatur, lengan Nayla ditarik lembut oleh Hud.

"Atoto mak buyung abang ni. Nak merajuk lah tu." Ditarik kembali tubuh Nayla mendekatinya.

Kemudian dengan pantas tubuh Nayla diangkat dan diletakkan di atas island table. Terjerit kecil Nayla apabila Hud mengangkatnya secara mengejut itu. Lantas tangan Nayla berpaut pada bahu Hud.

Bibir sudah memuncung.

"Itik gembo-gembo abang ni makin kuat merajuk kan?" Pipi tembam Nayla dicubit perlahan.

"Anak abang punya pasal."

"Eleh. Anak kita juga yang dia nak fitnah." Hidung Nayla ditarik sehingga Nayla menyeringai kesakitan. Habis merah hidungnya.

"Cerita lah. Kenapa abang tak bagitahu Nayla? Dia buat apa kat abang? Macam mana dia tahu rumah kita? Dia cabul abang ke? Dia goda abang eh? Dia ajak abang kahwin ke? Abang setuju ke? Abang jangan macam-macam eh!"

Hud ketawa kuat mendengar persoalan Nayla itu. Kan dah kata... Isterinya ini overthinking tahap maksima dah.

Nayla mencebik apabila Hud ketawakan dia begitu.

"Tak ada lah. Abang cuma tergoda dengan Adeena abang yang ni aje. Maisara datang nak get back dengan abang. Dah la datang dengan pakaian seksi. Dengan ketat nya. Baju tak cukup kain. Mekap tebal 5 inci." Sempat mengutuk si Maisara.

Riak wajah Nayla terus berubah keruh. Sakit pula hati dengar perkataan itu meluncur keluar dari mulut suaminya. Tubuh Hud ditolak kuat dari mengepung dirinya. Dia tidak mahu dengar lagi.

"Dengar habis-habis dulu. Abang cerita tak habis lagi. Jangan fikir bukan-bukan ya, Mrs Hud." Tangan Nayla digenggam dari menolak tubuh sasanya. Dielus tangan mulus isterinya.

Hud mula bercerita tentang kehadiran Maisara ke rumah mereka tempoh hari. Nayla tekun mendengar satu per satu dengan wajah tidak puas hati.

"Lepas abang halau dia, abang terus call polis. Settle. Lepastu abang masuk rumah terus layan drama." Hud tayang muka bangga dengan tindakannya itu. Nayla mengemam bibir menahan tawa. Sampai telefon polis kau!

"Polis tu datang tak?" Tanya Nayla sambil merangkul leher Hud. Belakang kepala Hud dielus lembut.

Hud angguk. Mata tunak memerhati wajah cinta hatinya itu.

"Terima kasih sebab jujur. Nayla tahu abang tak tipu," kata Nayla dengan senyuman manis.

"Macam mana sayang tahu yang Maisara datang ke sini?"

"Janda sebelah cerita masa Nayla siram pokok bunga." Hud memincing mata.

"Kata tak suka dekat dia. Sembang juga eh? Introvert konon!" Hud mengguling mata ke atas dengan muka menyampah.
Nayla ketawa kuat sehingga kepala terlayang ke belakang melihat reaksi suaminya. Sungguh suaminya sangat menghiburkan!

Hud tersenyum lebar kerana berjaya menghiburkan isterinya itu sambil tangan memeluk erat pinggang Nayla. Suka dia melihat wajah ceria Nayla.

"Stay still here. Don't move. Abang nak sambung buat kek untuk awak." Pinggang Nayla ditepuk beberapa kali.

"Nak tolong!" Kaki Nayla sudah bergoyang ke depan dan ke belakang.

"Tak payah. Tolong tengok je abang kacak hot ni beraksi di dapur." Rambut yang serabai itu diraup ke belakang dengan senyuman senget. Tak lupa juga dikenyit mata kepada Nayla.

Nayla terus menunduk malu. Terasa kebas pipinya. Tangan menekup muka dengan bahu terjungkit-jungkit.

"Gedik," ujar Hud dengan ketawa perlahan. Tangan mengelus kepala Nayla sebelum kembali ke ruangan dapur yang masih berselerak dengan bahan kek itu.

Nayla mendengar arahan suaminya. Dia ralit melihat Hud yang sedikit terkial-kial mengadun kek.

Terlepas tawanya melihat tepung berselerak di meja. Comot!

"Lemon tu jangan banyak sangat abang. Nanti masam." Hud angguk tanda faham.

"Putih telur tu beat sampai dia gebu baru masuk gula. Nanti adunan dia cair."

"Adunan cream cheese kena sejuk baru masuk kuning telur. Kalau tak, telur tu masak."

"Oven abang dah preheat ke?"

Hud berhenti kerjanya seketika dan kalih menghadap Nayla.

"Sayang. Let me do it. Oven abang dah preheat. Cream cheese dah sejuk. Don't disturb me, okay cupcake? Abang nak buat special untuk sayang."

Nayla angguk, patuh dengan sengihan lebar di bibir. Hud kembali membelakangi Nayla.

Seketika kemudian...

"Loyang kena grease dulu tau abang," kata Nayla sambil menahan tawa.

Hud mendengus geram.

"Adeena!" seru Hud meleret. Nayla terus lepas ketawanya apabila Hud toleh ke arahnya dengan muka geram.

"Okey okey. Janji tak ganggu dah." Kedua-dua tangan diangkat tanda mengalah. Ketawa masih tersisa di bibirnya.

Hud menggeleng kepala. Pasrah dengan perangai isterinya yang semakin nakal sejak akhir-akhir ini.

Selesai sahaja loyang kek dimasukkan ke dalam ketuhar dan membersihkan pekakas yang digunakan, Hud kembali merapati Nayla yang setia menanti dirinya membakar kek itu.

Nayla mendepakan tangan apabila Hud mendekatinya.

Segera Nayla dipeluk kemas. Puncak kepala Nayla dicium.

"Nak makan apa?" Bisik Hud di celahan rambut cantik isterinya.

"French toast buatan Hud Haydar, boleh?"

"Your wish is my command." Lantas tubuh Nayla diangkat dan dibawa ke ruang tamu. Tubuh Nayla kemudian diletakkan di atas sofa berhadapan televisyen.

"Tunggu sini. Nah tengok TV. Nak minum apa?" Alat kawalan jauh televisyen dihulur kepada Nayla.

"Apa-apa pun boleh. Nak Nayla tolong?" Nayla bersedia untuk bangkit dari duduk namun dihalang oleh Hud. Nayla kembali duduk di sofa empuk itu.

"Tak perlu. Awak dah pakai cantik-cantik so let me treat you today, My Queen." Hud
menunduk sedikit badannya dengan senyuman manis di bibir.

Nayla mengukir senyuman lebar dengan layanan Hud kepadanya. Pipinya terasa kebas. Malu tambah teruja.

"Eleh malu-malu cicak pula dia," kata Hud seraya mencuit hidung Nayla sebelum berjalan ke dapur semula.

Nayla mencebik bibirnya. Ada pula samakan dia dengan cicak.

*****

"Hati-hati lah, Nayla Adeena!" Wanita itu tersengih sambil menarik tangan jejaka tampan itu kedai bayi. Hud mengeluh dan mempercepatkan langkahnya menyaingi langkah Nayla yang beberapa tapak ke depan itu.

Tak menyempat betul lah bakal ibu seorang ni.

"Nayla excited lah abang!"

"Kalau iya pun, janganlah laju sangat. Nanti sayang juga yang penat. Sudah lah awak tu dah sarat. Kalau tersadung ke apa ke? Tak ke susah? Kedai tu baru je buka tadi. Kedai tu tak ada kaki pun. Dia tak lari lah," bebel Hud panjang. Pegangan tangan mereka dilepaskan dan bahu Nayla dirangkul oleh tangan kekar Hud.

Langkah mereka diperlahankan.

"Sorry, suami. Janji buat lagi," kata Nayla sejurus menghamburkan tawanya perlahan. Hud pula sudah merengus geram seraya mengguling bebola mata ke atas.

Pasangan itu berjalan melewati bahagian pakaian bayi. Dibelek-belek jenis set pakaian bayi itu. Rambang mata Nayla melihat pelbagai jenis baju serta seluar dan design yang cantik dan comel.

"Abang! Cantik-cantik baju di sini. Nayla tak tahu nak pilih yang mana. Rasa macam nak ambil semua aje," kata Nayla kepada Hud yang setia menanti isterinya memilih pakaian untuk bakal ahli keluarga baru mereka.

Hud senyum melihat isterinya yang extra teruja itu. Asal wanita kesayangannya itu gembira sudah cukup memadai.

"Ambil yang set unisex. Senang. Keluar perempuan ke lelaki ke... semua boleh pakai," ujar Hud seraya mengeluarkan telefon dari kocek seluar. Seperti biasa, dia akan mengambil gambar isterinya.

"Baik, abang." Nayla meneruskan lagi pencariannya. Dia mahu membeli lagi beberapa set sahaja kerana ibu mentuanya sudah membeli banyak barangan bayi untuk bakal cucunya itu.

Hud menilik beberapa keping gambar isterinya yang diambil sebentar tadi. Senyuman lebar terhias elok di bibir jejaka tampan itu.

"Cantik. Hope this beautiful smile of yours will be last longer until our last breath, sayang," bisik Hud perlahan. Tersentak dia dari lamunan apabila suara gemersik Nayla memanggil namanya. Telefon ditutup dan disimpan semula ke dalam poket seluar slacknya. Tumpuan penuh diberikan kepada buah hatinya.

Mata melihat kandungan shopping bag. Membesar matanya seketika melihat beg itu sudah penuh dengan barangan kelengkapan anak mereka.

"Sudah?" Nayla angguk dengan sengihan.

"Dah. Nayla tak ambil banyak pun. Lagipun haritu bonda dah kasi banyak dah kelengkapan baby," balas Nayla dengan riak polosnya. Hud hanya angguk pasrah sahaja. Mata kembali merenung kosong beg beli-belah itu.

'Tak banyak' lah sangat. Ini sampai penuh shopping bag besar mereka ni, apa dia?

"Jom bayar." Beg tangan Nayla dan beg beli-belah dijinjit dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memimpin tangan kecil Nayla.

"Wallet abang dalam hand bag Nayla." Sememangnya beg tangan Nayla menjadi tempat simpanan barangan suaminya. Segala minyak wangi, wallet dan power bank diletakkan di dalam beg tangan isterinya.

Kata Hud, "Buat apa beli besar-besar tapi tak guna sebaiknya."

Maka, Nayla dengan redanya mengiyakan sahaja kata-kata jejaka pujaan hati itu. Lagipun Nayla suka berkongsi dan dia juga bukannya seperti wanita lain yang membawa segala jenis barangan ke dalam beg tangan.

Tangan diseluk ke dalam beg tangan isterinya dan mengambil dompet miliknya. Sekeping kad debit diambil dan diserahkan kepada Nayla. Nayla menyambut dengan besar hati.

Selesai membuat bayaran, pasangan itu menuju ke arah sebuah bangku panjang untuk berehat seketika. Nayla sudah mengadu kakinya lenguh dan bengkak. Kipas kecil dikeluarkan oleh Hud dari beg tangan dibahunya dan dihulurkan kepada Nayla.

Sejak akhir-akhir ini, Nayla mudah berpeluh walaupun berada di dalam tempat yang mempunyai pendingin hawa.

Air botol juga dikeluarkan dari beg tangan itu. Hud meneguk sedikit air putih itu sebelum disuakan kepada Nayla.

Dengan rakusnya Nayla meneguk air putih itu sehingga separuh botol. Tekaknya terasa amat kering.

"Terima kasih." Dihulur semula botol air itu kepada Hud seraya menyandarkan kepalanya pada lengan sasa Hud. Dipeluk erat lengan itu.

"Penat ya?" Nayla gumam perlahan. Lengan wanita itu dielus perlahan.

"Sekejap." Peha Nayla ditepuk perlahan. Nayla melepaskan rangkulan di lengan suaminya itu. Hampir bertaut keningnya apabila Hud tiba-tiba melutut di hadapannya.

"Abang..."

Hud membuka kasut Nayla dan disusun rapi sebelum kembali duduk di sebelah wanita itu.

"Nayla boleh buat sendiri lah, abang. Patutnya Nayla yang buat macam tu pada abang." Dia kembali merangkul lengan suaminya.

"Tak apa. Deena permaisuri abang, you deserve it." Tangan halus itu disulam dengan tangan kasarnya kemudian dikucup sekilas belakang tangan wanita kesayangannya itu.

Nayla sudah tersenyum suka dengan layanan lembut dari jejaka itu. Terharu apabila dilayan sebegitu.

Kepala didongak memandang wajah Hud dan mulut bergerak tanpa suara bersama senyuman manis.

'Thank you'

"My pleasure, baby," balas Hud dengan suara garaunya sambil membalas senyuman manis si isteri.

Disudut lain, Maisara memerhati pasangan merpati sejoli itu bermesra dengan wajah bengis. Tampak sungguh bahagia pasangan itu seolah-olah berada di dalam dunia sendiri. Tangan digepal kuat menahan amarah dan cemburu.

"Kau cemburu ke, Sara? Itulah masa dia ada depan mata, kau tak hargai. Sekarang dah jadi milik orang lain, kau pula terhegeh-hegeh meroyan nakkan Hud balik," ujar rakannya yang sedari tadi memerhati reaksi Maisara yang nampak sungguh tidak berpuas hati.

"Kau diam. Perempuan tu tak layak untuk berdiri sebelah Hud lah! Hanya aku saja yang layak!" kata Maisara dengan nada penuh kebencian.

"Kau nak buat apa lagi? Nasi dah jadi bubur lah. Aku tengok Hud pandang isteri dia macam dunia dia. Dia dah cinta mati pada isteri dia. Sudah-sudah lah tu. Move on, ya. Ramai lagi lelaki single dalam dunia ni," nasihat rakannya itu.

"No! He is mine from the start! Kalau aku tak dapat Hud, perempuan kampung tu pun tak boleh dapat Hud! Aku akan pastikan!"

"Kau jangan macam-macam ya, Maisara. Aku tak nak terlibat apa-apa dengan agenda kau. Aku just nak nasihat kau, jangan sentuh isteri dia kalau kau tak nak Hud makin bencikan kau. Dah lah, aku gerak dulu. Jumpa esok."

Mendengar kata-kata rakannya itu menyebabkan dia mengetap gigi dengan kejap. Dirinya dihasuti dengan kebencian dan dendam terhadap Nayla.
Air di dalam gelas disedut dengan rakus. Terasa panas melihat aksi mesra pasangan itu. Sepatutnya dia yang berada di tempat Nayla sekarang! Bukan Nayla Adeena!

************to be continued************

Salam update!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

1.5M 112K 43
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
1.3M 67K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...