Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

459K 33.3K 5K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 16

12.4K 1.1K 126
By AnjellHomosapien

- not-edited-

BAB 16

Bagaikan tak percaya akhirnya tim Eshal berjaya laksanakannya. Dengan kerjasama dia antara Empayar Publishing Group dan Estoria Specialist Medical Centre (ESMC), dapat juga mereka jayakan program amal di Rumah Qaseh.

Proposal yang diluluskan seperti yang Eshal dan Ardean pernah bincangkan sebelum ini. Program utama mereka adalah derma darah. Turut diselitkan sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga sembang tentang kesihatan. Dia pastikan acara yang diadakan dapat melibatkan partisipasi dari semua pihak, baik penghuni Rumah Qaseh mahupun staf Empayar. Orang luar juga dijemput hadir.

Seperti yang Eshal rancang juga, dia mengadakan pertandingan di antara jabatan kecuali jabatannya. Siapa yang kalah akan bertanggungjawab untuk mengendalikan program pejabat untuk dua kali berturut-turut. Macam mana caranya? Eshal mewajibkan setiap jabatan untuk mencapai target penderma darah seramai tiga puluh orang. Jabatan yang gagal memenuhinya atau yang terakhir mencapai target akan kalah.

Untuk memudahkan urusan, perkara ini diberitahu seminggu awal sebelum program bermula. Bagi peluang kepada semua untuk mempromosi dan menghebahkan untuk mencari penderma. Walaupun ramai bersungut, Eshal cuma tayang muka kepala gengster.

"Aku ke kau ketua program ni?" Cukup untuk bisukan semua. Dia sudah diberi kuasa veto. Siapa suruh cari pasal dengan dia?

Sehari sebelum program bermula, Eshal bersama staf dari jabatannya sudah berada di Rumah Qaseh. Melakukan gotong-royong dan memantau setiap perkembangan. Memastikan set-up tempat sempurna. Lebih-lebih lagi tempat untuk menderma darah. Mereka harus mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat Darah Negara dan juga ESMC.

Program bermula dari jam lapan setengah pagi. Namun semua staf Empayar harus berkumpul di Rumah Qaseh sebelum pukul tujuh pagi lagi. Semua memakai baju jersi biru muda yang ditempah khas untuk program ini. Briefing kali kedua juga diberikan kepada semua staf sekadar untuk mengingatkan tentang tugas-tugas mereka.

Mereka makan pagi dulu sebelum sertai acara senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar intern dari bahagian Fiksyen Tempatan. Eshal sengaja bagi tugas itu kepada mereka memandangkan kebanyakan mereka masih muda belia. Pasti kreatif memikirkan lagu dan langkah senaman yang sesuai. Dan aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan badan tapi dapat juga mewujudkan suasana yang ceria. Bukan selalu dapat tengok yang tua-tua ni nak terkinja-kinja.

----

"Hai, Eshal! Tak sangka kita jumpa lagi." Eshal mendengar teguran itu. Suara yang pernah didengarinya, tapi dia tak dapat ingat kat mana. Sehinggalah dia pusingkan tubuhnya, baru dia tahu siapa.

Nufail sedang tersengih-sengih di depannya. Lelaki itu sungguh kacak dengan baju-t berkolar lengan pendek dan seluar jeans. Ada satu lanyard tergantung di leher menunjukkan lelaki itu adalah sukarelawan dari pihak ESMC.

"Doktor," tegur Eshal.

"Tak payah la berdoktor-doktor dengan saya. Kita kan dah pernah jumpa. Panggil Nufail saja."

"Okey, Nufail." Eshal menurut saja memandangkan lelaki itu turut menjayakan program hari ini. Tak sangka pakar seperti Nufail sanggup turun padang. Jadi dia terhutang budi dengan Nufail.

Hari ini dia juga dapat mengenali Doktor Mahani, wanita hebat yang menjadi tulang belakang ESMC. Ibu kepada lelaki di hadapannya ini. Dia mengenali juga Doktor Annisa yang merupakan anak perempuan Doktor Mahani dan adik Nufail.

Rasanya dulu Nufail pernah cerita yang adik perempuan dia pemilik sebuah klinik kecantikan. Patut saja. Kulit licin bak telur dikupas. Jelita sungguh wanita itu. Tak sangka pula dia juga turut serta menjadi sukarelawati untuk program kali ini. Budi bahasa seindah parasnya. Itu yang Eshal boleh putuskan.

"Saya dengar Eshal yang handle program ni. Tahniah. Ramai orang datang," ucap Nufail. Pandang sekeliling khemah yang hampir penuh itu.

"Rezeki. Semua orang bekerja keras untuk jayakannya," balas Eshal pula. Enggan menerima keseluruhan kredit. Tanpa kerjasama dari anak buahnya dan staf lain, semua ini tak akan berlaku.

Nufail senyum mendengarnya. Adiknya betul. Eshal ni nampak saja dingin dan tak peduli, tapi hati dia baik.

"Eshal taknak buat pemeriksaan kesihatan?"

"Eh, tak apalah! Bagi peluang kepada pengunjung dulu," tolak Eshal lembut.

"Kalau nak periksa nanti, datanglah. Kalau nak dengan doktor paling handsome, boleh straight ke meja nombor satu." Nufail senyum senget.

Eshal tahan matanya dari naik ke atas. Tahu Nufail maksudkan diri sendiri. Walaupun sekadar gurauan, dia tahu ada betulnya kata-kata lelaki itu. Dan bila lihat sikap Nufail yang playful itu, entah kenapa dia rasa seperti hampir sama dengan seseorang.

"Doktor Nufail." Nufail berpaling ke arah itu. Ada seorang lelaki menggamit-gamit tangan ke arahnya.

"Dah kena seru. Saya pergi dulu." Nufail minta diri.

Eshal cuma angguk. Melihat doktor muda itu berlari-lari anak ke arah mejanya. Senyum mesra kepada sesiapa yang melihatnya. Patut saja atuk jatuh hati nak jadikan cucu baru. Kesian... tak jadi! Geleng-geleng kepala sendiri bila ingat balik.

Eshal turut sambung tugasnya. Memantau keadaan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Bila lalu di bahagian derma darah, setiap orang yang datang pasti dihurung seperti semut. Wakil dari setiap jabatan pasti datang memujuk pengunjung untuk menderma di meja mereka. Semua sibuk nak kejar target nampaknya. Eshal senyum sinis.

------

Bunyi siulan itu buatkan Ardean tegakkan tubuhnya. Kemudian dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum pusingkan tubuhnya. Kelihatan seorang perempuan cantik bertudung sedang berdiri beberapa meter di depannya dengan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

"Hai, handsome!"

Ardean hanya diam. Pandang sekeliling. Mereka hanya berdua. Dia buat tak peduli, teruskan mengangkat satu karton air mineral Spritzer ke atas meja.

"Wah... dahlah handsome, perkasa pulak tu! Rawr!" Perempuan itu berjalan ke arahnya.

"Nak apa?" soal Ardean, endah tak endah.

"Nak air." Perempuan itu muncungkan bibirnya ke arah kotak di depan Ardean itu.

Ardean tanpa banyak bicara terus membuka kotak itu, lalu mencapai sebotol air mineral. Dipulasnya penutup hijau itu dulu sebelum diserahkan kepada perempuan itu.

"Terima kasih, baby!"

"Dah, dah la, Kak Nisa! Saja je nak jatuhkan saham orang!" Ardean jeling tajam kakaknya itu. Mujur saja tiada mata lain yang memerhati. Masih tiada yang tahu siapa dia sebenarnya.

"Aww... But you're always our baby boy." Annisa ketawa perlahan. Dia meneguk air di tangannya. Cuaca panas, jadi senang dahaga.

Ardean tayang muka menyampah. Bencilah jadi bongsu ni! Sampai tua bangka pun kena buli agaknya.

"Dah habis kerja ke?" bebel Ardean.

"Kejaplah. Nak pergi toilet kejap. Nak reapply sunscreen. Kau pun jangan lupa reapply sunscreen." Sempat Annisa berpesan pada Ardean. Kakak dan tips penjagaan kulitnya.

"Sebab kau la ni aku kena berpanas-panas. Nasib baik adik," rungut Annisa. Tangan mengipas-ngipas wajah sendiri.

"Eleh, bukan free pun!" jeling Ardean.

Annisa terus senyum misteri.

"Minggu depan tau. Dekat studio Fiqi."

Ardean mencebik. Namun tak komen apa-apa. Faham saja. Janji yang dah termeterai harus ditepati. Harga yang harus dibayar untuk buat kakak dia setuju sertai program kali ini.

Ardean akui dia memainkan peranan untuk membuat pihak Estoria bersetuju dengan program ini. Ingat sebab dia anak bongsu Vice President cum Chief Medical Officer Estoria, sesenang itu ibunya nak ikut? Tidak sama sekali! Dia harus bentangkan proposal serta jalani sesi viva seperti zaman PhD dulu, tahu? Bila dah lulus, ada give and take pula.

Sama juga dengan abang dan kakaknya. Jangan fikir abangnya yang bergelar pakar dan kakaknya yang selalu kerja di dalam bilik pendingin hawa itu setuju begitu saja untuk menjadi sukarela di sini. Tiga perjanjian sudah termeterai.

Dengan ibu, Ardean sudah setuju untuk terlibat dalam projek terbaru Estoria, menjadi salah seorang saintis di bahagian research and design (R&D) rekaan robotik untuk pesakit strok dan spinal cord injury (SCI). Dengan abang, Ardean sudah setuju untuk buat literature review daripada tiga puluh journal berkaitan dengan kajian terbaru abangnya. Dan dengan kakaknya pula, Ardean sudah setuju untuk menjadi model iklan bagi mempromosikan klinik kecantikannya itu. Sudah beberapa kali kakaknya itu memujuknya sebelum ini. Entah apalah yang ditaksubkan dengan muka dia ni, Ardean pun tak tahu. Nak jimat kos la tu!

"Hoi, berangan!"

Ardean terkejut bila terasa hujung rambutnya digosok-gosok sehingga sedikit serabai.

"Haish, apa ni? Kacau la!" Ardean tepis tangan kakaknya itu dengan muka masam. Suka hati je kacau kebanggaan dia ini. Ardean betul-betulkan balik rambutnya.

Annisa hanya ketawa. Namun mati bila terasa mereka bukan lagi berdua. Annisa pandang susuk yang sedang berdiri di belakang Ardean itu.

"Oh, hai!" tegur Annisa. Senyuman mesra dihulurkan.

Tubuh Ardean mengeras. Cepat-cepat pusingkan tubuhnya. Wajah sedikit pucat apabila melihat Eshal.

Eshal nampak ke? Wajah gadis itu sukar dibaca. Tak berekspresi seperti selalu.

"Eh, Cik Eshal!" tegur Ardean, berlagak tenang.

"Eshal? Ni ke calon isteri tak jadi abang?" bisik Annisa.

"Hmm..." Juga perlahan Ardean ya kan. Jarang mereka tiga beradik berahsia.

Makin lebar sengih Annisa.

"Maksudnya, orang sama juga yang aku patut berterima kasih sebab dah buat adik kesayangan aku yang kacak bergaya ni bersetuju jadi model iklan aku. Kan? Kan?" Annisa masih berbisik. Dicucuk-cucuk rusuk Ardean beberapa kali untuk mengusik.

Ardean jeling amaran sambil menolak-nolak tangan kakaknya itu.

Annisa mendekati Eshal. Senyum tak lekang di bibir.

"Eshal, kan? I, Annisa." Dihulurkan tangan kepada Eshal untuk berjabat. Eshal menyambutnya.

"Terima kasih."

Muka Esha blur. Tak tahu kenapa perempuan cantik di depannya itu tiba-tiba berterima kasih kepadanya. Sebab anjurkan program ini? Sebab jemput dia?

"I pergi dulu. See you later, Eshal." Annisa minta diri untuk berlalu.

Ardean dan Eshal kini berdua. Senyap. Mereka saling berpandangan, tapi dapat dirasakan ketegangan mula menebal. Tanpa tahu sebabnya.

Eshal mahu buang apa yang dilihatnya tadi. Bukan berniat untuk menghendap, tapi kebetulan saja dia lalu di situ. Jadi dia saksikan kemesraan di antara Ardean dan Annisa tadi. Cuma tak tahu berapa lama sudah mereka berdua di situ. Rasa seperti kehadirannya menghancurkan apa-apa yang sedang terjadi di antara mereka.

Dan entah kenapa, hati Eshal rasa sesuatu. Rasa seperti dicengkam. Dia tak suka dengan rasa itu. Jadi Eshal buat keputusan untuk berlalu juga.

"Dia kakak saya."

Kaki Eshal tak jadi melangkah. Terkejut dia dengan pengakuan tiba-tiba itu.Tapi anehnya, hilang juga segala rasa berbisa di hatinya tadi. Lapang.

Annisa kakak Ardean rupanya.

Eh, kejap!

"Doktor Annisa kakak awak? Kakak kandung?"

Ardean angguk.

"Jadi maksudnya, awak..."

"Ya, saya anak Doktor Mahani, adik Doktor Nufail dan Doktor Annisa. Saya yang bongsu." Ardean sahkan segala yang bermain di kepala Eshal.

Sunyi.

Itu maklumat baru, tapi pada masa yang sama Eshal tak terkejut. Langsung tak pelik andai Ardean merupakan putera bongsu pemilik hospital swasta yang gah itu. Semuanya masuk akal kini. Bagaimana mudahnya proposal mereka diterima pihak Estoria. Bagaimana Ardean yakin ketika memetik nama Estoria untuk bekerjasama.

"Kenapa awak tiba-tiba bagi tahu saya?" Eshal pelik. Dia yakin selama ini Ardean sengaja rahsiakan latar belakangnya. Dia tak boleh nak marah sebab dia faham. Sebab dia juga seperti lelaki itu.

"Saya taknak Cik Eshal salah faham tentang hubungan saya dan Kak Nisa."

Kelu. Hanya kedengaran jantung Eshal yang seperti tachycardia. Berdetak terlebih rentak walaupun tanpa izinnya. Kenapa Ardean tak mahu dia salah faham?

"Saya dah tahu tentang keluarga Cik Eshal. Jadi saya rasa adil kalau Cik Eshal pun tahu tentang keluarga saya."

Oh, itukah sebabnya?

"Awak nak cakap, kita seri?"

"Saya nak cakap, saya percayakan Cik Eshal, jadi Cik Eshal boleh percayakan saya juga. In anything."

Dalam makna kata-kata itu. Buatkan Eshal sekali lagi terkelu seribu bahasa. Kalau tadi jantung macam tachycardia, sekarang dah macam nak cecah maximum heart rate. Makin menghentam sternum bila melihat senyuman manis lelaki itu. Silap-silap boleh terus cardiac arrest.

"Err... saya nak pergi periksa bahagian katering." Eshal mahu mengelak. Tanpa menunggu balasan Ardean, dia menapak pergi.

Dalam hati, memaki diri sendiri. Kenapa dia harus terkesan? Dah macam budak perempuan lepasan sekolah baru nampak crush saja gayanya! Kau tu manusia purba, Eshal!

-----

"Eshal, pihak Estoria nak jumpa you!" Stacy datang memanggilnya.

Eshal cepat-cepat menapak ke arah itu. Bila Stacy cakap pihak Estoria, Eshal ingatkan hanya jumpa dengan wakil mereka. Tak sangka pula kena jumpa Doktor Mahani.

Telan liur. Memang hari ini dia kena hadap keseluruhan ahli keluarga Ardean ke macam mana?

"Doktor Mahani nak jumpa saya?" Eshal paksa bibirnya ukir senyum. Wajah setenang mungkin cuba ditayang walaupun jari tanpa sedar merenyuk-renyuk kertas di tangannya.

Nervous.

Di hadapannya ini bukan sekadar wakil Estoria, tapi ibu Ardean juga. Dia pun tak tahu kenapa kenyataan itu buatkan dia berdebar-debar risau. Dia fikir balik segala perilakunya sepanjang program ini. Harap tiada yang nampak kurang ajar. Harap juga Ardean tak cerita yang buruk-buruk tentang dia kepada ibunya itu.

Nufail! Tiba-tiba dia teringatkan doktor muda itu. Nufail juga anak Doktor Mahani. Dan dia pernah isytihar perang psikologi dengan Nufail sebelum ini. Perangainya pun tak semenggah.

Gulp!

"Ya, Eshal ketua program, kan? Baru sekarang kita dapat betul-betul jumpa," balas Puan Mahani bersama senyuman lembut.

Betul. Sepanjang program, mereka semua sibuk. Doktor Mahani salah seorang speaker untuk health talk. Dia juga duduk bersama Dato' Jalal dan ketua-ketua jabatan yang lain. Memandangkan Eshal ketua untuk program ini, jadi dia tugaskan Stacy untuk melayan tetamu VIP. Dan dia memilih untuk menyelia atur cara program supaya semuanya berjalan lancar.

"Betul, doktor. Terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami. Terima kasih juga untuk sumbangan sepuluh ribu ringgit dari pihak Estoria untuk Rumah Qaseh. Kami hargainya," ucap Eshal, penuh berbahasa.

"Sama-sama. Tak payah berdoktor-doktor. Panggil auntie sudah cukup. Mungkin Eshal tak tahu, tapi auntie kenal keluarga Eshal. Hari tu pun auntie ada melawat datuk Eshal di hospital. Macam mana dia lepas discharge?"

Kata-kata itu pantas buatkan perut Eshal rasa seperti baru tertelan bisacodyl. Memulas-mulas. Kenal dengan keluarganya! Dia tak tahu harus jangkakan apa. Namun begitu, Eshal tetap paksa senyum.

"Masih dalam recovery process." Auta sahaja. Hakikatnya, dia tak pernah jejak kaki ke rumah itu. Berhubung jauh sekali. Tapi datuk masih belum menyerunya, itu mungkin bermaksud datuk belum sihat sepenuhnya. Hanya datuk yang mahu tahu keberadaannya.

Puan Mahani angguk faham.

"Auntie dah nak balik. Sebelum tu nak jumpa Eshal dulu. Auntie wakilkan Estoria, ucapkan terima kasih juga untuk hari ini. Maafkan segala kekurangan dari pihak kami. Auntie harap ini bukan kali terakhir kita bertemu," ujar Puan Mahani sebelum hulurkan tangan untuk berjabat.

Eshal menyambutnya. Tapi terkejut sebelum tubuhnya ditarik. Puan Mahani memeluknya sambil melaga-lagakan pipi mereka. Meruap-ruap bau wangian mahal wanita itu. Tubuh Eshal sedikit menegang. Pertama, risau dia yang busuk memandangkan seharian dia berkawad ke hulu dan ke hilir hari ini. Pasti berpeluh-peluh. Kedua, dia tak biasa dengan kemesraan dari orang asing. Itu sesuatu yang janggal baginya.

Namun, Eshal hanya biarkan saja.

----

"Abang A.T, tengok tu!" Ardean terasa lengannya dipukul dengan kertas. Dia yang sedang menyusun segala jenis risalah kesihatan menoleh ke arah yang dinyatakan Enita itu.

Pemandangan yang menarik. Tanpa sedar bibir Ardean menguntum senyum.

"Ayoo... Doktor Mahani macam dah berkenan nak jadikan Cik Eshal menantu dia je gayanya! Gigit jari la tengok Cik Eshal bersanding dengan anak lelaki Doktor Mahani." Mula mengapi-apikan keadaan.

Anak teruna Doktor Mahani ada dua apa? Ardean senyum senget.

"Eh, chill pulak dia ni! Nak kena sailang tu. Tak insecure ke?"

"Tak."

"Anak dia doktor."

Dia pun ada gelaran doktor.

"Anak dia handsome."

Memang pun.

"Kaya, abang A.T."

Ardean terus menyusun risalah di dalam kotak.

"Betul tak insecure?"

"Nak jadi novelis Empayar tak? Tengok daya imaginasi serta kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis, boleh pergi jauh ni." Ardean menjawab akhirnya. Kenakan Enita.

"Menyampahlah abang A.T ni!"

Ardean terus ketawa.


6/11/2023

Continue Reading

You'll Also Like

276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
328K 1.5K 2
WEEKLY UPDATE BOOK I ROMANCE (Wattpad Version) [The Creative Author & The Best Romance in Golden Empire Award Exclusive 2019] [The Best Romance Of Th...
173K 11K 15
R1: ASTERIA Here was the most powerful king ever born. The face of dreams and nightmares. KING ADRIEL DARREN LUTHER, heart like ice, soul like fire...
49.3K 2.7K 11
HIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in s...