Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

448K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 15

11.8K 982 78
By AnjellHomosapien

~not-edited~

BAB 15

Ardean membetulkan AirPods di telinganya supaya lebih selesa. Lagu You Are The Reason yang dinyanyikan oleh Calum Scott bergema di halwa telinga. Dia hanya berkawad ke kiri dan ke kanan beberapa kali sebelum berhenti di hadapan satu carta organisasi besar.

Dongak kepala. Terpampang beberapa muka mewakili setiap jabatan. Ada yang dia kenal, ada juga muka baru. Mata Ardean makin naik ke atas sehingga terpaku pada sebaris nama itu.

Dr. Mahani Nur binti Dato' Dr. Hamdan Nur

Vice President / Chief Medical Officer

Gambar ibunya tersenyum manis, buatkan Ardean automatik turut sama tersenyum. Cantik betul.

Ya, Ardean kini berada di lobi Estoria Specialist Medical Centre. Sedang menanti ibunya. Hari ini Ardean jadi anak mithali. Nama lainnya, jadi pak supir untuk jemput ibunya pulang. Tapi dia datang terlebih awal pula. Maka, jadilah dia pungguk rindukan bonda pungguk.

"I'd climb every mountain... And swim every ocean... Just to be with you... And fix wha..." Rasa dirinya diperhatikan, Ardean menoleh ke arah kanannya.

Kelihatan seorang wanita separuh umur sedang merenungnya dengan wajah serius. Ardean terus sengih sebagai tanda meminta maaf.

Alamak, boleh pulak terkaraoke tengah-tengah alam ni! Kuat la agaknya kalau dah kena tenung dengan panahan ber-wavelength sinaran gamma.

Ardean pusingkan tubuhnya. Ketika itulah dia nampak satu susuk yang cukup dikenalinya. Dia matikan aplikasi Spotify pada jam tangan pintar sebelum tanggalkan alat putih yang tersumbat di telinganya. Kemudian pantas dia berlari anak ke arah itu.

"Cik Eshal!" panggil Ardean. Teruja. Pada masa yang sama tak percaya boleh terserempak dengan Eshal di hospital ini. Patutlah hari ini kaki gatal nak menapak ke Estoria lebih awal.

"Ardean?" Eshal juga kaget dengan teguran Ardean. Mata sedikit luas melihat Ardean yang tayang gigi di depannya.

"Awak buat apa kat sini?" soal Eshal pula sambil menjengah ke belakang Ardean. Mana tahu dapat dapat tangkap sesiapa yang datang bersama Ardean. Tapi lelaki itu cuma sendirian.

"Oh..." Ardean garu hujung hidung mancungnya dengan jari telunjuk. Memikirkan jawapan yang sesuai.

"Saya tengah tunggu ibu saya balik kerja." Ardean memilih untuk jujur saja.

Eshal terus ingat sesuatu. Ibu Ardean seorang doktor. Hari ini dia tahu ibu Ardean salah seorang doktor di Estoria. Mungkin sebab itu jugalah dia boleh rapat dengan Nufail. Fikir Eshal. Tiba-tiba juga teringatkan doktor muda itu.

"Cik Eshal pula buat apa kat sini? Cik Eshal sakit ke?" Giliran Ardean pula bertanya. Terselit keprihatinan.

Ardean tilik seluruh wajah Eshal. Memang nampak sedikit pucat. Atau mungkin sebab bibirnya yang selalu dicalit lipstik merah garang neutral hari ini. Wajah juga bersih tanpa sebarang mekap. Di tangannya ada dua cawan kertas kopi hangat dari kafe. Untuk siapa?

"Tak, bukan saya. Atuk masuk wad semalam. Heart attack."

"Innalillah. Macam mana atuk sekarang?" Ardean terkejut mendengar berita duka itu. Dia berdoa semoga orang tua itu baik-baik saja.

"Dah okey. Nasib baik cepat datang hospital," jawab Eshal mendatar.

"Keluarga awak terima pelawat? Kalau tak jadi masalah, saya nak datang melawat." Ardean meminta izin dulu.

Tak salah rasanya kalau dia melawat. Alang-alang dia sudah berada di sini dan sekarang memang waktu melawat. Rasa tak sedap pula kalau tak melawat memandangkan dia pernah kenal dengan Tan Sri Ghazi dan orang tua itu kini berada di bawah bumbung hospital keluarganya. Lagipun, melawat orang sakit dapat pahala.

"Ibu awak macam mana? Bukan ke awak tengah tunggu dia?"

"Masih ada masa lagi," balas Ardean yakin sambil menjeling jam tangannya. Dia tahu ibu selalu habis pukul berapa kalau hujung minggu sebegini.

Sebenarnya buat masa sekarang hanya ahli keluarga saja yang tahu tentang keadaan Tan Sri Ghazi. Mungkin sebab semuanya baru berlaku. Tapi rasanya tak salah kalau Ardean mahu melawat. Enggan pula Eshal menolak niat murni Ardean itu sedangkan lelaki itu kelihatan sungguh ikhlas.

Akhirnya Eshal angguk setuju.

Kemudian mereka berdua berjalan ke arah lif. Bila lif terbuka, mereka tunggu sebentar sehingga semua orang di dalamnya keluar dulu. Ardean halang pintu lif daripada tertutup dengan tangannya dan memberi laluan supaya Eshal masuk dulu.

"Tingkat berapa, Cik Eshal?"

"Lima."

Ardean tekan punat yang tertera nombor lima itu. Seperti jangkaannya. Sebab di situ adalah aras untuk VVIP Suites. Seperti namanya, dah tentu dapat agak siapa saja golongan yang masuk ke situ. Antara kelebihannya, pelawat tidak terikat dengan waktu melawat. Bebas datang pada bila-bila masa memandangkan suite itu punya ruang menunggu khas, siap dengan bilik tidur dan ruang makan sekali. Namun ada hadnya supaya tak terlalu bising dan untuk pastikan pesakit mendapat rehat yang cukup.

Kaki berhenti di hadapan pintu bilik kayu yang berlabel VVIP 03 itu. Eshal ketuk pintu dulu sebelum membukanya.

"Kau! Buat apa kau datang lagi?"

Kaki Ardean yang mahu ikut melangkah masuk terus kaku. Terbatal terus niatnya mahu memberi salam dan menyapa.

"Kau tahu kan kedatangan kau tak dialu-alukan di sini. Buat apa kau tunjuk muka? Entah-entah sebab kau ayah kena heart attack semalam. Kau cakap apa dengan ayah? Dasar pembawa sial betul. Tak habis-habis menyusahkan orang."

"Nita, tone down! Jangan sampai ada yang dengar."

Eshal telan liur mendengar segala maki hamun yang tak bertapis dari Datin Hasnita itu. Terkelu. Sungguh tak sangka hamburan yang diterima sebaik dia tunjuk muka. Kepala automatik pandang ke sebelahnya. Kedudukan Ardean yang terlindung oleh dinding buatkan kewujudannya tidak disedari mereka.

Ardean letak jari telunjuk di bibirnya supaya Eshal hanya diam. Dia geleng-geleng kepala. Jangan beritahu mereka tentang kehadirannya. Dia tak mahu Eshal rasa malu. Dia tak mahu mereka semua tahu yang dia, orang luar telah menjadi saksi. Segala-galanya akan menjadi janggal nanti. Mungkin juga Eshal yang akan disalahkan pula. Dia tak mahu semua itu terjadi.

"Dah, kau keluar sekarang! Lepas ni ada kawan-kawan ayah nak datang melawat. Aku tak nak tengok muka kau menempel kat sini. Kau tu bukan siapa-siapa."

Malu! Eshal sungguh malu. Sehingga dia rasa mahu terjun bangunan saja sekarang ini.

-----

Entah berapa kali mereka berakhir seperti ini. Duduk bersama sambil merenung ruang yang kosong. Kali ini di taman terbuka di rooftop hospital.

Eshal masih ingat tempat ini. Kali terakhir dia berada di sini adalah ketika emaknya meninggal dulu. Sembilan tahun yang lepas. Landskap sudah berubah, tapi masih kekal cantik.

"Cik Eshal okey?" soal Ardean lembut.

Ardean halang Eshal yang mahu segera pulang tadi. Sebab dia dapat lihat wajah Eshal yang bercelaru. Kali terakhir konflik Eshal dengan keluarganya, tangan wanita itu berparut. Dan kini, Ardean tak mahu sesuatu yang baru pula menimpa Eshal ketika wanita itu terbawa-bawa emosi.

Dan bila dia mendengar kata-kata itu, mungkin keputusan yang dibuatnya memang tepat.

"Astatine, saya rasa macam nak terjun dari sini."

Liur ditelan rasa kelat. Ini kali kedua dia dengar Eshal nak terjun bangunan. Dulu hanya wasangka. Masih boleh dianggap gurauan. Tapi sekarang, dia rasa mungkin Eshal betul-betul maksudkannya. Dengan apa yang disaksikan tadi, dia tahu itu bukan kali pertama. Maksudnya Eshal sudah memendam lama. Mungkin juga sering berlegar-legar pemikiran itu dalam kepalanya. Tak mustahil juga suatu hari nanti Eshal betul-betul lakukannya.

Gerun Ardean membayangkannya.

"This is the third time." Ardean berkata.

Dan Eshal tahu maksudnya. Tapi dia tak balas apa-apa untuk beberapa ketika.

"Saya malu dengan awak."

Pejam mata. Terbayang panahan lembut anak mata Ardean untuknya tadi. Penuh simpati dan tertanya-tanya. Buatkan dia sekali lagi rasa mahu lari laju-laju dan terjun dari bumbung ini.

"Awak mesti tertanya-tanya kan, kenapa mereka layan saya macam tu? Sebab saya cuma anak tiri." Eshal buat keputusan untuk bercerita saja.

Hari ini mulutnya rasa ringan. Walaupun mungkin esok dia akan menyesal. Biarlah. Itu akan difikirkannya nanti. Sekarang ini hatinya rasa sungguh berat dan dia hanya mahu meluahkan. Bukankah secara teknikalnya dia sudah berjanji akan memberitahu Ardean jika wujudnya kejadian ketiga?

Dia dongak ke arah langit yang redup itu.

"Nine years ago. Here, in Estoria. I lost my mother by cancer. "

Ardean hanya diam mendengarnya.

"Albeit, you're still your father's daughter." Nada Ardean itu seakan-akan mempersoalkan kenapa papa tidak pertahankannya?

Kali ini Eshal pula diam. Rasa nak ketawa kuat-kuat walaupun tiada apa yang lucu. Ketawakan diri sendiri yang malang.

Sebab dia hanya anak luar nikah! Serupa saja macam sampah di mata mereka. Ingin saja dia jerit sebegitu.

Dan kenyataannya, dia dan lelaki dipanggil 'papa' itu juga tak punya apa-apa hubungan pun. Sebab mama dan papanya tak pernah berkahwin. Ya, tak pernah berkahwin! Maksudnya, Eshal dan Dato' Huzaini tiada hubungan kekeluargaan. Mengikut hukum, bukan juga bergelar mahram. Pendek kata, sekadar orang asing. Yang menghalang kebebasan Eshal kini adalah datuk. Kerana datuk yang mulakan pembohongan ini.

Ibunya diberi habuan rumah dan tanah bernilai hampir lima juta ringgit untuk menutup mulut. Rumah Qaseh. Dia dan mama hidup bersama di situ. Namun ada masanya, dia terpaksa ikut keluarga Tan Sri Ghazi sebagai anak kembar Dato' Huzaini dan Datin Hasnita.

Kenapa dia juga tak hidup bersembunyi seperti mama? Alasannya mudah. Sebab berbohong itu lebih senang daripada menyembunyikan kebenaran. Daripada orang menyiasat kewujudannya yang tersembunyi, datuknya terlebih dahulu memperkenalkannya kepada umum. Psychological game.

Tapi mana mungkin dia bercerita seperti itu kepada Ardean yang hanya baru dikenali dua bulan. Dia belum bersedia untuk melihat penerimaan Ardean tentang status kelahirannya. Mungkin lelaki itu sama saja dengan orang lain. Memandang hina orang sepertinya.

"Anggaplah dia tak anggap saya anak dia." Mudah jawapan Eshal.

"Macam mana dengan kembar Cik Eshal?"

"Saya tak ada kembar, Ardean. Kirana anak mereka. Cuma orang anggap saya dan Kirana kembar sebab mereka tak mahu orang tahu tentang kewujudan mama. Pewaris Solomon Property curang sampai ada anak, not a good rumor.Hubungan mama dan papa memang boleh disorok, tapi bukan kewujudan saya. Sebab itu mereka terpaksa jadikan saya sebagai kembar Kirana. Kebetulan tarikh lahir kami memang dekat," jelas Eshal.

"Saya membesar dengan mama di Rumah Qaseh. Ya, Rumah Qaseh sama untuk program amal kita! It was once my home. Lepas mama meninggal, atuk paksa saya pindah ke rumah mereka. Boleh agak macam mana layanan mereka. But I'm used to it. What you saw just now was just a preview. Still ongoing, undecided epilogue. Agak-agak, saya layak happy ending tak?" Senyum sinis di hujungnya. Tahu dia tak ditakdirkan happy ending. Hidup ini realiti, bukan seperti manuskrip novel cinta yang selalu dibacanya.

Bila Ardean cuma senyap, Eshal menoleh ke sisinya.

"Kenapa senyap? Tak percaya? Can't comprehend the truth? Awak juga yang nak tahu, kan?" Bibir Eshal menyeget sinis lagi bila melihat wajah Ardean yang sedikit berubah itu. Bagaikan sedang tenggelam dalam pemikiran sendiri. Entah apa la agaknya. Baru sikit dia cerita.

"I wish I were earlier."

"Huh?" Eshal seperti dengar Ardean menggumam sesuatu.

Ardean geleng kepala. Wajahnya yang serius tadi kembali tenang.

"Soon, you'll have your happy ending, Eshal. Believe in that."

Maaf... Eshal sudah tidak percaya!

"Terima kasih sebab cerita pada saya. Cik Eshal dah tak sendirian sekarang ni. Saya kan ada." Ardean senyum manis. Disampaikannya seperti dalam usikan untuk menghidupkan suasana. Tapi Ardean betul-betul maksudkannya.

Ardean ada. Bukanlah dia percaya seratus peratus, tapi hati Eshal rasa senang mendengarnya.

Astatine. The rarest element on earth. Only 25 grams exist naturally on planet at any given time. The most stable Astatine with a half-life of 8.1 hours, the unstable form with a half-life of seconds.

Short-lived.

Kewujudan Astatine di sebelahnya juga hanya untuk sementara. Bila tiba masanya akan menghilang juga. Empayar hanyalah persinggahan Ardean. Mungkin mereka tak akan berjumpa lagi selepas ini.

Nada dering telefon Ardean itu memecahkan kebisuan di antara mereka. Ardean nampak nama ibu yang tertera. Lupa pula masa yang berlalu. Ardean cepat-cepat menjawabnya. Ibu pasti sedang menunggunya.

Eshal hanya diam. Tapi dia tahu itu ibu Ardean berdasarkan jawapan ringkas dari Ardean. Tahu sudah tiba masanya untuk lelaki itu pulang.

"Dan kini, awak pun dah tak ada."

"Cik Eshal..."

"I'm just kidding," potong Eshal. Tak mahu Ardean rasa serba salah.

"Pergilah. Ibu awak dah panggil. Saya okey."

No hal! Sebab dia sudah biasa bersendirian.

-----

Ardean sedikit termengah-mengah gara-gara berlari ke lobi hospital. Berat hati sebenarnya mahu meninggalkan Eshal. Rasa seperti ada urusan yang belum beres. Tapi janji dengan ibunya harus diutamakan. Kelihatan ibunya sedang duduk di atas satu kerusi di ruangan menunggu.

"Sorry, ibu!" Ardean meminta maaf.

"Dari mana?" Puan Mahani bertanya anak bongsunya itu. Mesej dihantar bersepi. Tak perasan agaknya.

"Dari rooftop."

"Rooftop? Buat apa?"

"Terserempak dengan kawan."

Kawan? Sebelah kening Puan Mahani auto terangkat.

"Ibu, ibu kenal tak Tan Sri Ghazi?" Belum sempat nak soal siasat, Ardean bertanya.

"Tan Sri Ghazi yang mana?" Puan Mahani cuba mengingat. Kenalannya cukup ramai. Nama yang sama saja sudah beberapa orang.

"Ayah Dato' Huzaini. CEO Solomon Property." Ardean beri segala maklumat yang dia tahu.

"Oh, uncle Ghazi! Haa... kenal, kenal sangat! Kenapa dengan dia?"

"Dia masuk sini semalam. Heart attack."

"Iya? Innalillah. Macam mana dia sekarang?" Puan Mahani sedikit terkejut.

"Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang teruk. Ibu taknak melawat dia? Dia ada di bilik VVIP 03. Alang-alang kita masih kat sini lagi."

Puan Mahani pandang anak terunanya itu. Dia yang sembilan bulan mengandungkan Ardean cukup kenal perangai anak bongsunya itu.

Masih mengatur nafas. Wajah nampak gelisah.

Puan Mahani angguk. Baru dia faham. Patutlah beria-ia suruh dia melawat. Dia bangun.

"Dua puluh minit. Lebih masa, denda kemas library ibu."

Melebar sengih Ardean.

"Baik. Terima kasih. Sayang ibu."

Ardean capai beg komputer riba serta kot putih ibu lalu dibawanya.

"Ibu, jangan sebut pasal Dean tau." Sempat Ardean berpesan.

"Hidup tak habis-habis dengan rahsia," bebel Puan Mahani sebelum geleng-geleng kepala.

Ardean sengih cuma. Mereka sama-sama berjalan ke lif. Namun, ke dua destinasi berbeza.



2/11/2023

Continue Reading

You'll Also Like

106K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
173K 11K 15
R1: ASTERIA Here was the most powerful king ever born. The face of dreams and nightmares. KING ADRIEL DARREN LUTHER, heart like ice, soul like fire...
36.1K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...