Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

450K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 14

10.7K 893 107
By AnjellHomosapien

~not-edited~

BAB 14

Suasana bahagian Fiksyen Tempatan sunyi sepi. Semua orang tak berganjak dari tempat masing-masing. Hanya satu sebab jika para pekerjanya umpama sedang bertanding menjadi pekerja terbaik tahunan. Itu maksudnya cik ketua editor dalam mod mak beruang tengah datang bulan. Sejak akhir-akhir ini memang begitu.

Pintu pejabat Eshal tiba-tiba dibuka dari dalam. Semua telan liur.

"Tim editor bahasa Melayu masuk bilik saya sekarang!" Lantang suara Eshal.

Yang tak terlibat tarik nafas lega. Rasa nak sujud syukur pun ada.

Afifah dan Jihan terkocoh-kocoh masuk terlebih dahulu memandangkan tempat duduk mereka lebih dekat dengan pejabat Eshal. Ardean juga cepat-cepat bangun setelah mencapai iPadnya.

"Good luck, A.T!" Yunus tepuk-tepuk bahu Ardean.

"Abang A.T, jangan lupa hembus-hembus sikit kasi hati Elsa lembut." Ruby berkata.

"Kami doakan dari jauh." Enita angguk bersungguh.

Ardean hanya geleng-geleng kepala. Gaya macam nak hantar dia pergi perang aje. Cepat-cepat dia masuk ke pejabat Eshal.

"Siapa yang buat tapisan pertama untuk manuskrip Debunga Dihembus Bayu ni? Macam mana boleh lulus?" Serius suara Eshal bertanya. Dipandangnya tiga wajah di hadapannya itu.

"Saya, Cik Eshal." Afifah mengaku.

"Saya reject!"

"Tapi Cik Eshal, jalan cerita dia bagus. Cerita ni ada potensi untuk digilai ramai," hujah Afifah.

"Ya, jalan cerita dia bagus! Sehinggalah sampai bab heroin berkahwin dengan hero yang juga seorang perogol. Her rapist! I don't accept stories that romanticize rape, Afifah. Awak pun tahu!" marah Eshal.

"Tapi itu kan hanya satu jalan cerita. Akhirnya, lelaki itu pun dah bertaubat. Perempuan tu pun maafkan dia. Jadi, moralnya tetap ada di situ. Bukan ke setiap orang yang buat salah itu boleh bertaubat?" bahas Afifah lagi.

"And then, what? Semua berimaginasi nak kahwin dengan perogol? Semua akan imaginasi perogol itu kacak? Perogol itu kaya? Semua orang akan rasa rogol itu satu perkara ringan. Are we going to introduce our readers to rape fantasy now? Oh, it's okay to get myself raped, as long as he takes full responsibility! Macam tu?"

Semua bisu.

"Saya tak cakap perogol tak boleh bertaubat. Tapi saya tak terima kalau perempuan berkahwin dengan perogol dia sendiri. Banyak cara nak tunjukkan moral dari kes rogol. Tapi bukan dengan cara romanticizing rape. Cuba bayangkan kalau awak kena rogol, awak nak ke kahwin dengan perogol awak?"

Afifah laju-laju geleng kepala.

"Awak?"

Jihan juga geleng. Pakej dengan muka jijik lagi.

Ardean pula hanya diam. Rasa panas telinga mendengar isu sensitif itu kerana hanya dia yang berlainan jantina di situ. Segan! Kenapalah dia kena ada sekali?

"Tahu pun. Know the boundaries. Saya taknak orang cakap novel Melayu ni novel sampah. We here are trying to change their POV, not to prove their point. Salah ke apa yang saya cakap ni, Astatine? Apa pandangan awak sebagai seorang lelaki?"

Ardean yang dengar nama panggilannya dipetik angkat kepala. Tiga pasang mata pandang dia. Dia berdehem sekali. Ligat kepala mencari hujah.

"Hmm... saya sebenarnya setuju dengan Cik Eshal. Saya juga tak suka kalau ada unsur romanticizing rape. Rogol adalah kes jenayah yang serius. Boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat. Para pembaca kita dari pelbagai lapisan umur. The purpose of our books is to educate, not to encourage them."

"Saya faham kalau kita rasa moral dari kes ini kemaafan seorang wanita pada lelaki yang pernah merogolnya, juga keinsafan dan taubat seorang pendosa. Tapi kita lupa tunjukkan kesan rogol terhadap mangsa rogol untuk jangka masa pendek dan juga panjang."

"Rogol itu sendiri pun dah bawa maksud sesuatu yang dilakukan tanpa rela atau paksaan. It's horrifying. Entah berapa ramai mangsa rogol yang murung, bencikan diri mereka sendiri sedangkan semuanya bukan salah mereka. Entah berapa ramai perogol yang terlepas daripada hukuman hanya kerana mangsa tak dapat membuktikannya. Belum lagi termasuk kes yang tak dilapor. Lelaki-lelaki durjana ni hidup bebas tanpa rasa bersalah. Lebih teruk lagi, mungkin cari mangsa yang seterusnya." Panjang lebar Ardean kemukakan hujahnya.

"Exactly! And you know what makes the readers can accept him and his deed? Sebab beauty privilege. Pembaca dimomok dengan perogol yang kacak. Jadi, dia layak dimaafkan. Sedangkan kenyataan di luar bukan sebegitu!" sokong Eshal.

"Awak tak tahu apa yang mangsa rogol yang sebenarnya rasa. The trauma. The nightmares. The regrets. Physical and emotional scars. Semua ni memusnahkan hidupnya. Kejadian sehari sudah cukup untuk hancurkan seluruh masa depan dia. Itu belum lagi nak hadap persepsi orang sekeliling. Victim blaming. Padanlah kena rogol, siapa suruh pakai seksi? Siapa suruh tak pandai jaga diri?"

"It takes their whole guts to face their own rapist without breaking down. It takes a lot of courages even to wake up the next day and pretend to be okay. Nak maafkan pun belum tentu mampu. Kahwin? Entah-entah rasa nak ludah dulu kalau muncul depan mata. And people have the audacity to romantacize rape?" Eshal emosional. Turun naik, turun naik dadanya menahan rasa.

Tiga insan di depan Eshal hanya mampu teguk liur.

Eshal raup wajahnya. Cuba bertenang. Dia tahu dia terbawa-bawa emosi. Sebab isu ini sensitif baginya. Dia tak peduli cerita sebegini diterima di luar sana, tapi bukan dia! Cakaplah semua itu hanya cerita atau rekaan atau apa, dia tetap tak akan terima! Memang pantang larang dia kalau ada manuskrip yang meromantikkan kes rogol.

"Punyalah banyak lelaki berkerjaya dalam dunia ni, kalah dengan perogol rupanya. Huh!" dengus Eshal.

Yang mendengarnya tak tahu nak gelak atau nak apa.

Eshal tarik nafas panjang.

"Bagi tahu penulis tu yang kita tak terima manuskrip dia. Provide the reasons and comments too. She deserves that at least. Lepas tu, kalau dia rasa nak terbit bawah Empayar, boleh ubah jalan cerita dan hantar semula manuskrip. Kalau tak, mungkin rezeki dia di bawah syarikat penerbitan yang lain." Eshal keluarkan arahan.

"Baik, Cik Eshal!"

"Sekarang dah nak masuk waktu rehat. Awak semua boleh keluar."

Mereka bertiga tarik nafas lega bila dah diberi lampu hijau untuk keluar. Cepat-cepat mereka berlalu ke pintu keluar sebelum Eshal ubah fikiran.

"Tu la kau. Aku dah cakap Cik Eshal tak akan terima manuskrip tu." Jihan marah Afifah bila mereka semua berada di luar.

"Aku saja je cuba. Manalah tahu dia terima sebab jalan cerita. Kiranya pasal kejadian rogol antara hero dan heroin tu tak jadi isu la sebab dah tutup dengan jalan cerita yang gempak."

"Itulah yang jadi sebab Cik Eshal marah, Ifa. Kes rogol dianggap remeh. Orang dah tak ingat dah pasal kesalahan rogol yang jadi dalam cerita tu padahal rogol tu jenayah berat. Siap boleh pulak berbibit-bibit cinta lagi. Kau tak tengok dia punya emosi tadi? Macam dia yang pernah jadi mangsa rogol gayanya."

Ayat terakhir Jihan itu menarik perhatian Ardean yang hanya diam sedari tadi. Terbayang api menyala dalam anak mata Eshal dengan bahasa tubuh yang sedang menahan rasa ketika berhujah tadi. Takkanlah?

"Tapi apa-apa pun, memang betul semua yang Cik Eshal cakap tadi. Ya tak?" Jihan menambah lagi.

"Haah, setuju. Tapi, satu kerja pulak aku nak kena fikir ayat untuk bagi feedback kat penulis tu." Afifah mengeluh pula.

-----

Ardean hanya tadah telinga. Sesekali ikut ketawa bila ada yang kelakar. Dia bersama rakan-rakan intern yang lain sedang makan tengah hari. Hanya di restoran bertentangan dengan pejabat saja. Dapat jimat masa. Jadi tak adalah nak terkejar-kejar masa, lebih-lebih lagi untuk solat zohor.

Kepala ditoleh ke arah luar. Lama pandangannya terpaku di situ. Makin lama, makin menarik. Segala-galanya diperhatikan dengan penuh minat. Akhirnya bibir merahnya menguntum senyum.

"Makruh senyum seorang-seorang. Tengok apa, hah?" sergah Ruby yang duduk di sebelahnya.

Suara Ruby itu buatkan yang lain turut menoleh ke arah yang dipandang Ardean itu.

"Eee... Stalker! Tengah stalk Cik Eshal rupanya!" cebik Enita.

Ardean hanya tenang walaupun sudah tertangkap. Selamba sedut straw air ais kosong. Masih juga memandang Eshal yang berada di seberang jalan. Dia bukannya menguntit. Hanya kebetulan saja nampak Eshal lalu di situ. Dan apa yang buatkan dia senyum sendirian tadi? Dia melihat sesuatu yang menarik. Eshal sedang memberi kucing jalanan makan.

Dan wanita itu senyum! Senyuman mahal Eshal itu mempunyai domino effect. Auto dia pun turut berjangkit senyum sekali. Hakikat yang harus diterima. Kucing lagi senang mendapat senyuman seorang Eshal berbanding dengan makhluk homo sapiens. Untung kau, Oyen!

"Abang A.T suka Cik Eshal ya?" usik Ruby pula. Disiku-siku lengan Ardean beberapa kali.

Ardean buat tak layan.

"Sibuk la kau orang ni. Biarlah dia. Kat pejabat kita tu, hanya A.T spesis beruang kutub yang kalis suhu Artik Elsa The Snow Queen." Yunus akhirnya menyampuk. Support member.

Ruby dan Enita angguk setuju. Lebih-lebih lagi masa kejadian tangan Eshal cedera ketika di pesta buku tempoh hari. Desas desus mula timbul yang mereka berdua ada apa-apa. Dah tentu cepat saja tersebar sebab Ardean memang terkenal dalam kalangan pekerja wanita. Maklumlah, daya penarik Ardean itu bukan macam magnet, tapi macam graviti dah!

"Tapi Cik Eshal single ke tak ek? Dia misteri betul. Tak banyak benda pun orang tahu pasal dia. Orang pernah syak dia ada skandal dengan Dato' Jalal atau dia sebenarnya anak rahsia Dato' Jalal. Macam tu la lebih kurang. Sebab masuk-masuk Empayar je, terus jadi ketua editor." Enita perlahankan suaranya. Gosip yang dia dengar dari staf department lain.

Ardean berpaling ke arah Enita. Ini kali pertama dia dengar cerita seperti itu.

"Itu sebab dia memang layak. At least kalau ikut qualification level. Hari tu aku dengar dari orang HR. Cik Eshal ada master. Tapi bidang Organic Chemistry. Kau ingat saja-saja ke dia panggil kita segala jenis mak nenek nama Kimia? Yang kadang-kadang aku sendiri pun tak pernah dengar," cerita Ruby pula.

"Uih... jauh betul terpesong dengan bidang dia sekarang! Kimia ke sastera? Ya ke tidak kau ni? A.T, kau rasapossible ke?" Yunus pandang Ruby dengan penuh skeptikal.

"Possible."

"Ah, kau tanya abang A.T pasal Cik Eshal, semua dia angguk!"

Ardean rasa mahu ketawa mendengarnya. Dia bukan semberono bersetuju. Tapi sebab itu juga ditujukan untuk dirinya sendiri. Namun, tak pula dia menambah apa-apa untuk mempertahankan hujahnya.

"Masa zaman degree, minor Cik Eshal literature tak salah aku. Lepas tu, dia memang terlibat aktif dalam journalism masa zaman universiti dia dulu," sambung Ruby lagi. Tahu aje dia.

"Hebat jugak eh, Cik Eshal? Habis, kenapa dia tak kerja ikut bidang dia? Sayang pulak rasa."

"Sebelum masuk Empayar, dia pernah kerja kat sebuah kilang sabun. R&D team. Tapi beberapa bulan je dah resign. Ada la tu cerita dia. Alah... rezeki ada kat mana-mana. Betul tak, abang A.T?"

"Betul."

"Sembang dengan abang A.T memang sakit hati," dengus Ruby tak puas hati.

Ardean ketawa kali ini. Namun seperti biasa, tak menambah apa-apa. Dia memang bukan jenis yang suka bergosip. Sekadar mendengar saja tanpa perlu tokok tambah. Dah nama pun gosip, dari seluruh cerita mungkin lima puluh peratus kisah penglipur lara sedang mengasah bakat.

"Eh, itu siapa?" Suara Enita itu buatkan Ardean turut menoleh ke arah itu.

Eshal kini tak bersendirian. Ada seorang lelaki tinggi baru muncul. Segak penampilannya dengan baju kemeja kelabu dan seluar slek hitam.

"Tak pernah nampak ni. Boyfriend Cik Eshal ke? Ayoo... melepaslah abang A.T."

Ardean buat tak dengar.

Mereka masih khusyuk melihat ke seberang jalan sana. Kelihatan Eshal dan lelaki itu sedang bercakap. Pembetulan! Sedang bertikam lidah. Atau bergaduh. Sebab dapat dilihat dari lenggok tubuh kedua-duanya. Mereka yang duduk jauh pun boleh rasa ketegangannya.

Tiba-tiba lelaki itu menyambar pergelangan tangan kiri Eshal.

"Abang A.T, dia tarik tangan Cik Eshal la! Itukan tangan yang kena pisau hari tu!"

Pap! Ardean hentak tapak tangannya di atas meja aluminium itu sebelum bangun.

"Go, go, abang A.T."

----

"Eshal!"

Tubuh Eshal mengeras selepas mendengar suara yang cukup dikenali itu. Cepat-cepat dia pusingkan tubuhnya. Mengharapkan telinga tersalah dengar. Tapi ternyata memang betul. Wafiy terpacak di depannya.

Mata Eshal berubah dingin.

"Kau nak apa?" Kasar Eshal bertanya. Jujur, dia terkejut. Terkejut kerana Wafiy berani cari dia di tempat kerja. Juga terkejut melihat wajah Wafiy yang seperti tak terurus itu.

"Aku nak jumpa kau, Eshal."

"Kau ni gila ke apa?" marah Eshal. Dia tak mahu ada yang melihat Wafiy. Risau ada yang cam Wafiy. Tak pasal-pasal latar belakangnya pula yang terbongkar nanti.

"Ya, aku dah nak gila fikirkan kau! Kau dah block nombor aku. Ini je caranya aku nak jumpa kau." Suara Wafiy turut naik.

"Kalau orang dah block, itu maksudnya dia dah taknak jumpa kau. Tak faham bahasa ke? Aku taknak jumpa kau."

"Aku tahu kau marah, Eshal. Aku minta maaf. Tapi, bagi peluang aku explain dulu. Jangan hukum aku macam ni. Kau kawan paling penting dalam hidup aku." Suara Wafiy bagaikan merayu.

"Kawan? Kau patut fikir sebelum kau tikam aku dari belakang!" Tertahan-tahan suara Eshal. Ikutkan hati, mahu saja dia jerkah. Terbayang kembali apa yang dah jadi beberapa hari yang lepas.

Wafiy telan liur. Pahit.

"Aku..." Mati kata-kata.

"Kau buang je la aku dari hidup kau macam apa yang kau dah buat sebelum ni. Bukan payah pun!" sinis Eshal.

"Inilah masalah kau dari dulu lagi. Kau ingat aku macam kau ke? Buang orang dari hidup sesenang hati. Bila ada yang sakitkan hati kau, kau buang. Kau jauhkan diri sebab kau taknak sakit. Sebab tu tak ada yang kekal dengan kau. Kau tu yang toksik sebenarnya."

Mendidih darah Eshal mendengar tuduhan Wafiy itu. Lumrah persahabatan, mereka memang selalu bergaduh. Tapi, ini dah melampau!

"Pergi mampus la kau!" Eshal pusingkan tubuhnya untuk berlalu. Enggan berdebat lagi dengan Wafiy. Risau penampar sulungnya singgah di pipi lelaki itu. Dia memang tak teragak-agak nak bagi sedas. Tapi yang menghalangnya adalah sebab mereka berada di tempat umum. Eshal tak mahu menarik perhatian orang lain.

Tapi semuanya terbantut bila terasa pergelangan tangannya disambar. Terkejut Eshal dibuatnya.

"Hei, lepaslah! Kau nak penampar aku ke?" gertak Eshal sambil cuba meleraikan pergelangan tangannya. Makin Wafiy kejapkan genggamannya.

"Kau memang tak guna. Dah buat salah, gaslighting orang. Pusing-pusing, nak nampak aku jugak yang salah. Paling tidak aku bagi equal treatment. Orang buat kat aku, aku balas balik benda sama. Orang dah tak sudi, aku pun takkan tersua-sua. Aku tak perlukan kawan macam kau la. Bukannya aku tak biasa seorang-seorang. So kau, sila mampus!"

"Aku minta maaf. Bukan tu maksud aku. Aku..." Mata menangkap sesuatu. Satu plaster putih yang tertampal di belakang tapak tangan yang dipegangnya itu.

Wafiy terus tarik pergelangan tangan Eshal ke paras wajahnya.

"Tangan kau kenapa?" soal Wafiy serius.Terus lupa apa yang yang mahu dikatakan tadi. Wafiy pandang wajah merah Eshal pula. Risau.

"Jangan risau. Bukan sebab aku cuba bunuh diri lepas tahu kau bertunang dengan Kirana," sinis Eshal.

"Eshal!" Wafiy geram. Tahu Eshal cuma menyindirnya.

"You hurt her. Let her go!" Satu suara asing yang garau dan tegas menyampuk. Dua kepala menoleh ke arah itu.

Eshal tarik nafas lega bila melihat Ardean. Terasa pegangan Wafiy pada tangannya sedikit longgar, jadi dia terus gunakan peluang itu untuk merentapnya. Berjaya. Dan secara separa sedar, kakinya mengundur sedikit untuk berlindung di balik tubuh tegap Ardean. Dia mengusap-usap pergelangan tangannya yang terasa sedikit pijar.

"Are you okay?" Suara Ardean bersalut kerisauan.

"Okey."

"Kau siapa?" Kasar Wafiy bertanya.

Ardean berpaling ke arah itu.

"Kau ada hubungan apa dengan Eshal?" Soalan diasak lagi. Kalau telinga Ardean tak salah dengar, di balik nada suara yang kedengaran protective itu, berbaur juga cemburu. Buatkan Ardean tertanya-tanya siapa lelaki itu pada Eshal.

"Saya..."

"Bakal biras kau. Ada masalah?" potong Eshal bersama senyum sinis. Dia peluk lengan Ardean. Bukan untuk buat Wafiy percaya sebab dia tahu Wafiy tak akan percaya, tapi untuk sakitkan hati lelaki itu.

Mata Wafiy terbuntang melihatnya. Ardean pula terus mengeras tubuhnya. Belum sempat buat apa-apa, Eshal kembali melepaskannya.

"Baik kau blah, Wafiy. Kalau tak, aku bagi tahu Kirana nanti!" ugut Eshal.

Wafiy mengetap kuat rahangnya. Macam-macam nak dihamburnya, namun dia batalkan saja. Dengan berat hati serta hati membara, dia angkat kaki. Sempat dijeling amaran kepada Ardean.

"Siapa tu, Cik Eshal?" soal Ardean setelah susuk Wafiy hilang dari pandangan.

"Bakal bekas kawan baik." Selamba jawapan Eshal.

"Bakal biras saya."

Wajah Eshal berbahang. Rasa malu padahal dia yang mulakan.

"Kalau biras, maksudnya dia..."

"Tunang kakak kembar saya."

"Cik Eshal ada kembar?" Ardean terkejut. Dia baru tahu. Betullah Eshal ni misteri orangnya. Padahal dulu dia dah pernah bertemu keluarga perempuan itu. Tapi tak nampak pula ahli keluarga yang lain.

Eshal tak angguk, tak juga geleng. Dia tak mahu terus berbohong pada Ardean.

"Dahlah. Waktu rehat dah nak habis. Balik pejabat. Jangan curi tulang," arah Eshal tegas. Tahu kalau lama lagi dia bersama Ardean, lagi banyak yang disoal siasat lelaki itu.


2/11/2023

Continue Reading

You'll Also Like

2K 326 26
Fattah Ghibran & Anna Lysandra Entah mengapa dan tiba-tiba layanan ibu dan ayah berubah. Anak mana yang tak rasa kecewa bila dilayan sebegitu. Sele...
3.9K 2.1K 20
"Apa awak buat ni?" -Hanez Hemilia "Nothing. Just want to save the face of the girl who spilled her Milo into my shirt. So I can easily recognize you...
328K 1.5K 2
WEEKLY UPDATE BOOK I ROMANCE (Wattpad Version) [The Creative Author & The Best Romance in Golden Empire Award Exclusive 2019] [The Best Romance Of Th...
1.1M 39.8K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...