Lelaki Astatine

Od AnjellHomosapien

448K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra Viac

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 12

12.3K 1K 46
Od AnjellHomosapien

-not-edited-

BAB 12

Eshal buat keputusan untuk singgah di rumah agam papanya. Kali ini, bukan sebab diseru oleh datuknya tapi sebab dia tertinggal sesuatu. Nak taknak dia kena dapatkan juga. Dah beberapa hari dia pasang niat untuk pulang, tapi ada saja halangannya. Sekarang baru berkesempatan.

Ketika keretanya meluncur masuk ke perkarangan rumah, rasa pelik menjengah. Ada beberapa buah kereta yang tak pernah dilihatnya terparkir. Buatkan Eshal terpaksa meletak keretanya sedikit jauh ke belakang.

Dalam hati tertanya-tanya, siapa yang datang? Kawan-kawan papa? Kawan-kawan isteri papa? Tapi, kereta-kereta itu hanya biasa-biasa saja. Bukan jenis harga hampir cecah tujuh angka seperti golongan yang selalu bergaul dengan mereka.

Meskipun begitu, Eshal tetap melangkah masuk. Mungkin kalau dia guna pintu belakang, tiada sesiapa yang sedar dengan kehadirannya. Dia pun bukannya mahu singgah lama. Cuma mahu mengambil tote bag dia yang mengandungi beberapa barang keperluannya. Lepas tu, terus cabut.

Perlahan-lahan Eshal tarik pintu belakang rumah itu. Kebiasaannya bibik memang tak kunci memandangkan sekuriti rumah itu sudah cukup ketat mengalahkan penjara. Tiada lagi pencuri berjaya pecah masuk melainkan bakal jadi arwah dulu gara-gara terkena renjatan eletrik dari pagar tinggi yang dibina.

Berjaya. Lega rasa hati Eshal. Bayang bibik-bibik pun tiada. Dia cepat-cepat mengatur langkah untuk ke tangga. Baru dia dengar sayup-sayup suara orang ramai berbual di ruang tamu. Orang-orang gaji rumah itu pula sedang menyiapkan meja makan panjang untuk menjamu tetamu. Boleh tahan ramai juga.

Eshal tahu kalau dia mahu ke tingkat atas, dia harus lalu kawasan itu. Dan pasti semua tumpuan akan beralih kepadanya. Dia kalau boleh, tak mahu terlibat langsung dengan apa-apa yang terjadi di ruang tamu itu. Memunculkan diri di hadapan orang lain ketika bersama keluarga merupakan pantang larang terbesar Eshal.

Eshal berfikir sejenak. Terhendap-hendap dia memikirkan jalannya. Kemudian dia buat keputusan untuk suruh salah seorang orang gaji rumah ini saja untuk mengambilnya. Kalau bibik yang naik ke atas, pasti tiada yang syak apa-apa.

Baru saja Eshal mahu memanggil orang gajinya, pintu bilik air di belakangnya tiba-tiba terbuka. Buatkan Eshal terus berpaling ke arah itu. Terkaku. Wanita separuh umur yang melihatnya juga turut terkaku. Mereka saling berpandangan. Eshal tak tahu nak buat apa.

Tertangkap.

"Kamu ni siapa?" Wanita itu bertanya Eshal.

Kelu lidah Eshal untuk menjawab. Terlintas dalam kepalanya, mahu saja mengaku bibik. Tukar slang bahasa jadi Jawa atau Indonesia. Atau nak senang guna saja tangan. Hentam sajalah bahasa isyarat.

Namun, wanita di hadapannya itu terlebih dahulu bersuara. Wajah seolah-olah baru sedar sesuatu.

"Oh, kamu ni mesti kembar Kirana. Eshal, kan?"

Tak angguk, tak juga geleng.

"Lain betul ya kamu dengan Kirana. Betul-betul kembar tak seiras. Tapi tetap cantik," komen wanita itu lagi sambil melihat Eshal dari atas sampai bawah. Dia senyum manis.

Eshal juga paksa senyum.

"Jomlah kita ke depan. Semua ingat kamu tak boleh datang. Kamu baru balik dari Paris ya?" Belum sempat Eshal membalas apa-apa, tangannya diheret. Lalu dia seperti lembu dicucuk hidung hanya mengikut. Sungguh otak sudah tersumbat ketika ini. Sudahlah dia tak faham langsung apa yang wanita itu cakap. Wanita itu pun dia tak kenal gerangan siapa. Tapi macam pernah dilihat.

Dada Eshal sudah berdebar. Sebaik sahaja mereka muncul di ruang tamu, suasana terus bertukar sepi. Eshal pula telan liur. Masih mencari jalan untuk cepat-cepat keluar dari sini.

"Saya terserempak dengan Eshal lepas ke tandas tadi. Tak sangka pula dia ada."

Eshal tak suka menghadap orang baru yang mengenali keluarganya. Dia penat berlakon. Eshal tahu, orang lain juga penat berlakon. Tapi, Eshal tetap paksa angkat wajah. Sebaik sahaja melihat isi ruang tamu itu, Eshal tergamam.

Pelamin ringkas yang dihias cantik. Kirana berbusana baju melayu moden berwarna merah jambu sedang duduk penuh ayu. Ada beberapa jenis hantaran yang dihias cantik, elok terletak di atas dulang. Dan di atas satu dulang kecil itu, jelas terpampang satu kotak cincin yang ternganga.

Tanpa sesiapa menjelaskannya, Eshal cukup faham apa yang sedang berlaku. Ini majlis merisik atau pertunangan Kirana. Dan dia tak tahu langsung!

Mata berlaga dengan Wafiy yang jelas terkejut wajahnya. Kemudian bertukar dengan rasa serba-salah seperti baru tertangkap buat kesalahan. Wajah Eshal terus berubah dingin. Dia kalihkan pandangannya ke arah ahli keluarganya yang lain. Semua terkejut tapi cuba untuk mengawalnya. Semua pasti menyangka dia tidak akan muncul pada hari ini.

Dan Eshal juga tak menyangka semua ini terjadi tanpa pengetahuannya. Mereka sengaja belakangkannya! Mereka khianati dia. Eshal tak kesah kalau rasa khianat itu datang daripada ahli keluarganya sendiri sebab itu bukanlah sesuatu yang pelik.

Tapi bukan dari Wafiy! Sungguh dia tak sangka Wafiy sanggup tikam dia dari belakang. Kenapa? Takut dia hancurkan majlis pertunangan ini? Begini rupanya nilai persahabatan mereka di mata Wafiy.

"Eh, Eshal! Kenapa tak cakap nak balik? Saja la Shal ni nak surprisekan kami. Sanggup dia fly jauh-jauh semata-mata nak tengok kakak dia bertunang. How was Paris, darling?" Datin Hasnita meluru ke arah Eshal. Dipeluknya Eshal dengan penuh kasih sayang. Kedua-dua pipi anak gadis itu juga dicium.

"Good." Eshal membalas separuh hati. Skrip sudah dicipta. Dan dia hanya perlu menjadi boneka mengikut rentak mereka seperti selalu. Hanya ketika ini, dia mendapat kasih sayang seorang ibu.

"Alhamdulillah. Dapat juga Eshal ikut serta majlis tunang kakak kembar dia." Wanita yang mengeheretnya tadi berkata. Sekarang Eshal tahu itu adalah ibu Wafiy.

Adik kembar Kirana. Itulah identiti yang selalu dibawanya sejak lahir. Takdir juga seperti mahu mempermainkannya. Tarikh lahir Eshal dan Kirana hanya berjarak dua hari. Dan ketika Kirana dilahirkan, dihebahkan pasangan suami isteri itu mendapat sepasang kembar tak seiras. Semuanya hanya untuk menutup aib pewaris syarikat hartanah berpengaruh di Malaysia yang menghamilkan perempuan lain di luar nikah.

Damage control yang dipeta sepenuhnya oleh Tan Sri Ghazi. Itu adalah aib yang bakal meruntuhkan legasi keluarga mereka andai diketahui oleh musuh. Dia pastikan tiada cacat cela. Sebab itulah Eshal dan arwah mama selama-lamanya terbelenggu dengan keluarga ini. Itulah harga yang harus dibayar mama setelah terlibat dengan golongan berpengaruh seperti mereka. Eshal diperlukan hanya untuk menjadi bukti untuk menafikan segala khabar angin.

"Kira tak cakap adik kembar Kira cantik macam ni. Nasib baik anak teruna umi semua dah kahwin. Kalau tak, mahu umi pinang dia sekali." Pecah ketawa isi rumah dengan gurauan itu. Ada ketawa ikhlas. Ada juga pura-pura ketawa. Ada juga yang tak mampu ketawa seperti Eshal.

"Jom duduk, sayang. Mereka baru tengah berbincang," kata Datin Hasnita seraya menarik Eshal untuk duduk dengannya.

Eshal tak mahu! Dia mahu memberontak, tapi kakinya tetap patuh. Dia lemah! Dia tak mampu mengikut rasa hatinya bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Dan dia bencikan dirinya yang lemah. Sekali lagi dia diheret. Kali ini mengikut Datin Hasnita pula. Dipaksa untuk menyertai majlis pertunangan yang dia tak tahu langsung itu.

Sepanjang majlis berlangsung, Eshal hanya menahan gelodak di hati. Berkecamuk. Dia rasa nak marah. Dia rasa nak rosakkan majlis ni kerana sakit hati. Tapi akal warasnya menghalang. Sudahnya, dia mampu menahan diri sehingga habis majlis.

Eshal dengar semuanya. Eshal lihat semuanya. Tarikh perkahwinan diset. Emak Wafiy sarungkan cincin ke jari manis Kirana. Kemudian sesi fotografi. Sehinggalah tiba masa untuk menjamu selera, akhirnya Eshal meminta diri.

Eshal naik ke biliknya untuk lunaskan asbab dia datang ke sini. Dan setelah itu, dia terus keluar. Eshal tahu lagi lama dia di sini, lagi buas ketidakstabilan emosinya. Dalam kepalanya dia rasa mahu menghumban sesuatu. Dan dia mahu cepat-cepat keluar sebelum tetamu pulang. Sebab dia tahu, dia bakal dimaki bila tiada orang luar nanti.

Ada sebab kenapa mereka tak mahu dia tahu tentang majlis pertunangan ini!

-----

"Eh, Cik Eshal datang la!" Kata-kata Ruby itu buatkan semua yang berada di situ berpaling ke arah itu.

Ketika itu, jam menunjukkan pukul empat setengah petang. Mereka dapat bersantai di bilik belakang memandangkan reruai sedikit lengang. Semua yang melihat Eshal itu terus tegakkan tubuh. Hilang gelak ketawa. Bertukar kepada mod berjaga-jaga.

Hanya kerana wajah Eshal yang tegang itu. Bersama langkahnya, terasa ada awan gelap yang menyelubungi. Dan mereka yang mengenalinya tahu itu bukan sesuatu yang baik. Semua automatik telan liur.

Eshal meluru ke arah Razimi, seorang staf dari bahagian pemasaran.

"Bagi saya tag." Eshal hulurkan tangannya. Razimi tanpa teragak-agak terus hulurkan saja. Tak berani langsung untuk mempertikaikannya.

Eshal sarungkan lanyard merah itu di lehernya. Itu tandanya dia pilih jadi sukarela untuk menjaga reruai sekarang ini.

Dan yang melihatnya sekali lagi telan liur. Ruang itu automatik menjadi serius. Semua tiba-tiba keluar dari ruang itu. Semua tiba-tiba kembali rajin. Ada saja tugas yang ingin dilakukan. Apa-apa saja asal tidak seruang dengan Eshal yang nampak seperti Krakatoa yang tunggu masa untuk meletus.

Ardean yang sedang duduk di satu sudut hanya memandang Eshal. Keningnya sedikit berkerut. Serius. Seperti yang lain, dia tahu angin Eshal kurang elok sekarang ini. Tapi Ardean lebih tertanya-tanya kepada puncanya. Apakah yang sudah berlaku?

"A.T, apesal dowh?" Yunus berbisik. Eshal berwajah dingin bukanlah sesuatu yang baru pada mereka. Tapi mereka tak pernah nampak Eshal versi ini. Mengerikan.

Ardean angkat kedua-dua bahu tanda tak tahu. Tak mahu buat spekulasi. Tak mahu komen. Tak juga pergi menegur. Dia memang suka bergurau dengan Eshal. Tapi, dia juga tahu ada masanya sarang tebuan jangan dijolok.

Ardean hanya memerhatikan Eshal dari jauh. Dia turut sambung melakukan tugasnya. Namun segala gerak-geri Eshal dalam pantauannya. Eshal sedang menyusun stok yang agak berterabur gara-gara dibuka secara rawak. Nak cepat punya pasal.

Semua hanya biarkan Eshal sendirian. Bukan tak ada yang nak tolong. Tapi dah kena sound 'tak payah' dengan kasar oleh wanita itu. Jadi semua buat keputusan untuk tidak mengganggu Eshal. Biarkan saja Eshal sejuk daripada apa-apa yang menjadi sebab mood dia sebegitu. Dia tidak menengking-nengking atau melempiaskan amarahnya itu pun dah cukup elok.

Tiba-tiba Ruby muncul dari depan, mendekati Ardean.

"Abang A.T, buku kat depan dah habis. Nak restock."

"Dah tu, pergilah ambil. Buku apa?" soal Ardean. Juga sedikit hairan. Kenapa harus melaporkan kepadanya?

"Tu..." Ruby muncungkan mulut ke arah Eshal. "Ngeri! Abang A.T tolonglah ambilkan. Please!" Sambil buat muka comel pada Ardean. Masa ni la buku kat luar nak habis. Nak ambil pula macam nak kena masuk kandang harimau. Kalau harimau normal tak apalah juga. Ni mak rimau tengah senggugut. Ngeri kuasa dua!

Ardean bagi isyarat pada Ruby supaya ikut dia. Ruby hanya mengikut bersama satu troli. Mereka berdua mendekati Eshal.

"Cik Eshal, kami nak ambil buku." Ardean memberitahu Eshal.

Eshal hanya diam. Dia melangkah ke tepi untuk berikan ruang kepada Ardean dan Ruby melakukan tugas mereka. Dia masih menyusun-nyusun buku itu supaya lebih teratur. Sakit mata sungguh! Dengan sisa-sisa kertas pembalut yang tak dibuang lagi.

"Nak berapa?" Kedengaran suara Ardean bertanya Ruby.

"Lima puluh."

Ardean mengangkat dua bungkusan besar yang yang mengandungi dua puluh buah buku setiap satu ke atas troli. Perlukan lagi sepuluh buah. Harus dibuka satu bungkusan besar itu terlebih dahulu.

Eshal juga tahu akan hal itu. Lalu dia tarik bungkusan buku paling bawah yang masih belum dibuka itu. Dia capai pisau untuk memotong talinya terlebih dahulu. Kemudian ditoreh-toreh permukaan kertas itu supaya terbuka. Dia masih lagi terbawa-bawa emosi bila mengenangkan kejadian di rumah keluarganya tadi.

Eshal tak tahu apa yang jadi. Tiba-tiba saja telinga menangkap bunyi jeritan. Buatkan dia berpaling ke sebelahnya. Ruby sedang memandangnya dengan mata hampir terbeliak serta berwajah pucat.

"Cik Eshal, da... darah!" jerit Ruby lagi. Rasa macam nak pengsan. Bergilir-gilir dia memandang wajah dan tangan kiri Eshal.

Eshal terus tenung ke arah yang dipandang Ruby itu. Terus terlepas pisau yang digenggamnya apabila melihatnya. Belakang tapak tangan kirinya kini bertukar merah. Semakin banyak. Semakin banyak. Hampir hilang warna kulit asalnya. Dia saksikan juga bagaimana cecair pekat itu mengalir turun hingga ke hujung jemarinya.

Eshal tak rasa sakit. Dia rasa satu kepuasan bila melihatnya.

Oh, begini rupanya rasanya!

Belum sempat darah itu menitik ke tanah, tiba-tiba terasa tangannya digengam seseorang.

"Ambil first aid! Cepat!" Ada satu suara tegas dan cemas berkata. Dia juga dengar ada yang berlari-lari. Suasana berubah sedikit kecoh.

Eshal masih diam sambil kepala masih terbayang-bayang darah mengalir keluar dari tempat lukanya tadi. Tapi cepat-cepat dihalau bayangan itu. Dia kembali pandang tangannya yang kini bersatu dengan sepasang tangan kasar. Kini turut bertukar merah. Eshal alihkan pula pada pemiliknya. Ardean yang berkerut serius wajahnya. Dia tak pernah tahu wajah tenang Ardean mampu menjadi seserius ini.

Ardean tarik Eshal supaya mengikutnya untuk duduk. Dia kuatkan genggaman pada belakang tapak tangan Eshal. Langsung tak dipedulikan rasa hangat cecair mengalir yang masih cuba untuk keluar dari celah-celah tangannya. Makin dia tambah tekanan untuk menghentikan pendarahan.

Ruby muncul kembali bersama satu kotak first aid. Ardean tak mahu melepaskan tekanan pada tangan Eshal. Jadi dia memberi arahan kepada Ruby agar memotong sedikit gulungan gauze dan lipat kepada saiz yang agak besar. Ruby hanya patuh walaupun dengan tangan yang menggigil-gigil, sebelum serahkan kepada Ardean. Lalu Ardean gantikan tangannya dengan gauze untuk menekan tempat luka itu.

"Cik Eshal kenapa boleh cuai macam ni? Are you crazy?" Ardean tak boleh tahan suaranya dari meninggi. Sebab dia terlalu risau. Hampir nak pecah jantungnya melihat tangan kiri Eshal bertukar merah sebentar tadi. Itu bukan luka kecil!

Eshal rasa sedikit bengang. Mungkin emosinya masih belum stabil sejak dia tinggalkan rumah keluarganya hampir dua jam yang lepas. Dan bila dirinya dimarahi seperti anak kecil, Eshal rasa ingin memberontak.

Lalu ditepisnya tangan kasar yang sedang menekan tangannya itu. Kedua-dua tangan berdarah Ardean jatuh ke sisi. Bila Ardean mahu mencapainya sekali lagi, Eshal tarik tangannya dekat ke dadanya.

"Tak payah! Saya boleh buat sendiri." Eshal menekan tempat luka itu dengan tangan sendiri. Dapat dirasakan perbezaan tekanan tangan kecilnya dengan tangan Ardean sebentar tadi.

Baru saja Ardean mahu membalas, ada suara asing menyampuk.

"Macam mana? Eshal, kau okey tak? Teruk ke?" Mohsin, ketua yang in charge untuk reruai Empayar datang melihat apa yang dah jadi. Ruang belakang sungguh kecoh sekarang ini.

Eshal memilih untuk diam. Ego nak mengaku sedangkan tempat lukanya mula rasa berdenyut-denyut. Deria sakitnya baru berfungsi.

"Tak tengok lagi tempat lukanya, Encik Mohsin. Tadi hanya fokus untuk hentikan pendarahan sebab banyak sangat darah yang keluar." Ardean tolong jawab.

"Adoi, kau ni, Eshal! Macam manalah boleh cuai sangat? Tak pernah pegang pisau? Tak sayang tangan ke?"

Darah Eshal kembali menggelegak mendengar kata-kata itu. Orang tengah sakit makin sakit jadinya. Kali ini dia mahu membidas. Tapi Ardean pula yang terlebih dahulu menjawab.

"Encik Mohsin, saya nak minta izin untuk keluar sejam awal hari ni. Saya nak bawa Cik Eshal pergi klinik untuk tengokkan luka dia. Esok saya janji saya akan ganti hutang jam kerja saya."

"Tak payah!" balas Eshal. Degil.

"Saya tak peduli. Cik Eshal kena pergi klinik juga." Suara Ardean bertukar tegas. Turut berdegil.

"Hei, awak tu siapa nak paksa-paksa saya?" Eshal naik angin.

"Okey, aku izinkan!" celah Mohsin yang melihat kedua-dua orang itu bertukar servis. Bukan senang nak tengok Cik Elsa kita ni kena marah. Berani juga budak intern ni.

"Eloklah ada kau yang boleh paksa dia. Kau bawak dia pergi klinik. Make sure get her cut treated," sambung Mohsin lagi sebelum berlalu pergi. Malas nak tengok mereka berdua berkelahi lagi. Yang menyaksikan mereka semua tadi pun turut beransur pergi atas arahan Mohsin, meninggalkan Ardean berdua dengan Eshal.

"Jom, Cik Eshal. Kita ke klinik."

"Awak siapa nak paksa-paksa saya?" Eshal ulang soalan yang sama sebelum Mohsin menyampuk tadi.

"Seseorang yang risaukan Cik Eshal. Is that anwering your question?"

Eshal bungkam.

"Cik Eshal, tangan Cik Eshal luka. Takkan kita nak biarkan? Luka tu perlu dirawat. Saya bawa Cik Eshal pergi klinik ya?" Ardean gunakan peluang itu untuk sambung berkata. Cuba memujuk. Dia hanya risau luka itu besar dan perlukan jahitan.

"Saya taknak."

"Cik Eshal, seumur hidup saya, saya tak pernah dukung perempuan. Tapi hari ni tak mustahil saya pecahkan rekod."

"Jangan nak buat gila!" Terjegil mata Eshal dibuatnya. Ugutan halus dari Ardean itu agak menyeramkan. Tak tahulah serius atau tak. Tapi sangat keterlaluan sampai nak dukung bagai, padahal cuma luka sikit. Kat tangan pulak tu!

"Saya takkan buat kalau Cik Eshal ikut dengan rela." Hanya tenang nada suara Ardean. Ya, memang tak mungkin dilakukannya. Tapi Eshal tak tahu. Dan dia tak mahu Eshal uji teori itu. Sebab itulah dia masih berwajah serius. Untuk tunjukkan aura dominannya.

"Saya taknak."

"Cik Eshal..." Macam-macam hujah dalam kepala Ardean untuk membalas.

"Saya tak suka klinik." Perlahan suara itu.

Ardean terdiam. Wajah bersih Eshal yang mendung itu diperhatikan. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

Ardean rapatkan bibirnya. Angguk faham.

"Kalau macam tu, jom kita keluar dari sini dulu. Biar saya yang tengokkan luka Cik Eshal," cadang Ardean. Mungkin berada di luar kawasan ini boleh buatkan Eshal lebih tenang.

Eshal angkat kepala pandang wajah Ardean. Mahu terus protes. Semuanya tak perlu. Pendarahan mungkin sudah berhenti. Dia boleh rawat diri sendiri. Dia tahu uruskan dirinya sendiri. Selama ini pun, dia hanya punya diri sendiri dan dia berjaya bertahan sampai sekarang!

"Please?" 


5/10/2023

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...
36.3K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...
49.3K 2.7K 11
HIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in s...
173K 11K 15
R1: ASTERIA Here was the most powerful king ever born. The face of dreams and nightmares. KING ADRIEL DARREN LUTHER, heart like ice, soul like fire...