Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

459K 33.3K 5K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 7

14.4K 1K 73
By AnjellHomosapien

-not-edited-

BAB 7

Ardean hanya duduk di atas kerusi batu yang berada di salah satu taman rumah itu. Baru sebentar tadi Pak Hamid, tukang kebun Rumah Qaseh bawa dia jelajah keseluruhan kawasan, sebelum lelaki tua itu meminta diri untuk menyambung kerjanya. Ardean hanya bersendirian di situ.

Ardean tunduk memandang buku nota yang berada di tangannya. Kata Pak Hamid, keluasan tanah di sini adalah satu ekar. Besar juga. Ada sebuah rumah kecil beberapa ratus meter dari rumah utama ini. Dijadikan tempat tinggal untuk Pak Hamid dan Wahid, jaga Rumah Qaseh memandangkan mereka lelaki.

Ada kolam renang. Ada kolam ikan koi. Ada gelanggang serba guna untuk bersukan. Ada tiga buah taman mini bergazebo. Pandangan peribadinya setelah melihat semuanya, rumah ini terlalu mewah sebagai rumah kebajikan. Lebih kepada rumah persendirian yang diwakaf dan diubah suai. Andai betul, tuan punya tanah ini memang seorang yang baik dan pemurah.

Kening lebat Ardean sedikit berkerut tanda dia sedang memikirkan sesuatu. Baru perasan Pak Hamid tak ada pun cerita tentang latar belakang rumah ini tadi. Dia pun lupa nak tanya. Siapa pemiliknya? Yang dia pasti, Eshal dan Mak Hajar saling mengenali. Mak Hajar menyapa Eshal dengan penuh naluri keibuan. Mungkin Eshal pernah tinggal di rumah ini? Ardean hanya membuat teori sendiri.

Telinga cekap menangkap ada bunyi orang menghampiri. Pantas kepala Ardean menoleh ke arah itu. Apabila melihat Eshal gerangannya, bibir Ardean automatik merekah senyum manis. Tanda mengalu-alukan kedatangannya.

Eshal hanya kekalkan ekspresi wajahnya yang serius walaupun Ardean menyapanya mesra. Dia mengambil tempat di atas kerusi batu yang sama dengan Ardean. Kat sini rupanya budak ni!

"Curi tulang!"

"Eh, mana ada, Cik Eshal! Saya baru je habis ronda dengan Pak Hamid tadi. Tengah tenangkan otot. Sedut oksigen banyak-banyak kasi penuh paru-paru. Kat sini banyak pokok." Mata melilau ke arah pelbagai jenis pokok bunga di sekeliling taman itu.

"Oh, ya? Kenapa tak berenang dalam kolam ikan koi terus? Banyak plankton. Plankton kan sumber oksigen terbesar di bumi ni."

Ardean ketawa. Dia kena biasakan diri dengan Eshal yang selamba berloyar buruk dengan muka nak cari gaduhnya itu. Siapa cakap Cik Eshal kita ni tak pandai bergurau?

"Tak apalah. Saya pilih sistem barter dengan pokok-pokok di sini. They need my carbon dioxide."

Eshal julingkan mata ke atas. Gila! Hampir saja terlepas dari hujung lidahnya.

"Cik Eshal dah putuskan nak buat apa untuk charity event nanti?" soal Ardean pula.

"Belum. Tapi tak payah risau. Nanti saya akan bawa isu ni dalam mesyuarat kita yang seterusnya. Sama-sama kita gabung idea. Awak pun. Kalau ada idea bernas, boleh beritahu saya," balas Eshal.

"Oh! Dan pastikan yang complicated sikit. Sebab saya nak susahkan department lain," sambung Eshal lagi dengan muka tak bersalah.

Betul-betul berdendam ni! Ardean tahan ketawa.

"Tak apa ke, Cik Eshal?"

"Of course. Dato' dah bagi approval." Itu syarat Eshal sebelum bersetuju. Dia dah diberi kuasa veto. Pengajaran untuk orang lain supaya jangan berani buli dia. Mereka ingat mereka boleh bersorak sebab dah berjaya pilih dia? Salah besar la!

"Saya ingat nak adakan persaingan atau pertandingan di antara department nanti. Siapa kalah, department dia kena handle untuk event seterusnya dua kali berturut-turut. Of course, I'll make sure everyone sign the agreement. Only then, they'll taste their own medicine," kata Eshal sambil membelek kukunya. Persis gaya villain dalam cerita dongeng.

Pergh, ngeri sungguh Cik Eshal ni! Serik Ardean nak cari pasal. Nasib baiklah dia dah satu department dengan Eshal.

Ardean berdehem. Tangannya menulis-nulis pada buku catatannya. Ingin dijadikan memo apa yang dikatakan Eshal tadi.

"Saya perasan tanah kawasan rumah ni luas. Boleh gunakan untuk buat event agak besar juga. Kalau nak lebih meriah dan ada bajet besar, boleh buka untuk orang luar." Ardean keluarkan idea spontannya. Dari tadi dia memikirkan segala potensi. Dah namanya pun program amal. Jika kemaslahatannya diperluas, lagi besar pahalanya.

"What's in your mind, Astatine?" tanya Eshal. Berminat.

"Event yang besar macam program derma darah. Boleh adakan health talk juga. Untuk awareness. Tapi, itulah. Nak buat semua tu perlukan izin tuan tanah. Tak tahulah dia izinkan ke tak."

Eshal yang mendengarnya terdiam seketika.

"Small matter. My grandfather is the owner. Saya boleh dapatkan consent kalau betul nak buat nanti. Dia lagi suka agaknya. Lebih-lebih lagi kalau boleh naikkan nama dia." Sarkastik di hujungnya. Eshal tiada masalah memberitahu Ardean. Sebab Ardean dah bertemu dengan datuknya. Cepat atau lambat, saat nama pemilik rumah ini disebut, Ardean pasti akan tahu juga.

Sekarang Ardean mendapat jawapan untuk salah satu persoalannya tadi. Patut saja Mak Hajar mesra dengan Eshal.

"Agak menarik sebenarnya idea awak tu. Tapi, yang jadi masalahnya, semua ni akan banyak kerjanya. Tak tahu sempat atau tak untuk dilaksanakan dalam masa dua bulan. Kena tengok guidelines dari Pusat Darah Negara (PDN) dulu dan sediakan paperwork. Belum lagi pencarian pihak kesihatan atau hospital yang sudi bekerjasama dengan kita," bahas Eshal. Makin serius pula perbincangan mereka.

Ardean berfikir sejenak.

"Hmm... yang tu, kita boleh cuba propose pada ESMC," cadang Ardean.

"Estoria Specialist Medical Centre? Hospital mak Doktor Nufail?" Terus terbayang wajah doktor muda itu.

Tak sangka Eshal masih ingat lagi. Ardean angguk.

"Nak ke dia?" Suara Eshal penuh pesimis. Harus saja. Dahlah baru lancarkan perang psikologi dengan anaknya, ada hati nak minta tolong?

"Belum cuba, belum tahu," balas Ardean mudah sambil angkat sebelah bahu.

Ah, pandailah dia! Peluk kaki ibu ke, merengek ke, janji ibu setuju. Apa guna jadi anak pemilik hospital swasta hebat kalau tak boleh gunakan keistimewaan itu? Bukannya selalu. Untuk kebaikan masyarakat juga.

Lagipun, dia kenal ibunya. Ibunya memang seorang yang berjiwa besar. Suka menolong. Masa muda dulu, boleh tahan aktif juga menjadi sukarela dalam misi kemanusian. Jadi, mungkin tiada masalah untuk permintaan kecilnya itu. Paling teruk pun kena sekeh sebab bagi tahu saat-saat akhir.

"Hmm... makan modal besar juga ni kalau betul nak laksana. Kena pandai cari sponsor," komen Eshal pula. Sekurang-kurangnya itu petandanya dia tidak menolak sepenuhnya idea Ardean. Mungkin mempertimbangkannya.

Tak sia-sia Eshal heret Ardean ikut dia tadi. Berbincang dengan Ardean buatkan Eshal tak rasa pun seperti sedang berbincang dengan seorang intern. Mungkin sebab jarak umur mereka yang dekat. Tidak berjurang seperti yang lain. Ardean pula jenis yang proaktif dan produktif.

Mungkin juga sebab sistem barter Ardean dengan pokok-pokok di sini membuahkan hasil. Cukup oksigen jadi cerdas otaknya.

Ah, dia pun dah sama gila dengan Ardean!

"My.. my! I should film this!"

Eshal spontan menoleh ke sebelah. Ardean sedang senyum misteri. Dah kenapa pula mamat ni?

"Cik Eshal senyum!"

Tersentak! Terus mati senyuman Eshal. Dia langsung tak sedar dia senyum tadi!

"Barter system gone wrong. Awak dah consume terlebih oksigen ni. You're delusional." Dengan muka toya, Eshal berkata.

Ardean ketawa mendengarnya.

"I don't think being delusional is one of the signs of hyperoxia."

"No, but the disturbances of vision is. Lagipun, awak pakai cermin mata. Ada pembiasan cahaya. Ilusi optik. Tak belajar fizik ke?" Eshal masih tak nak kalah sambil menjeling Ardean dari hujung matanya. Sepanjang dia kenal Ardean, ini kali pertama dia melihat lelaki itu berkaca mata.

Ketawa Ardean pecah lagi. Ironi ya bertanya pasal fizik kepadanya.

"Ya, Cik Eshal! Cik Eshal menang. Nampaknya lepas ni, saya kena selalu pakai cermin mata. Baru nampak Cik Eshal senyum. Lawa pula tu. Ilusi optik pun ilusi optik la!" usik Ardean walaupun dia memang yakin dengan apa yang mata dia nampak tadi. Ini kali pertama dia melihat senyum Eshal yang ikhlas, bukan sinis atau versi Joker.

Eshal merasakan wajahnya sedikit hangat mendengarnya.

Ah, ni semua sebab duduk kat luar! Panas. Bukan ada kena mengena dengan apa yang dikatakan Ardean.

"Eshal, Ardean," panggilan itu buatkan Eshal sedikit lega. Rasa macam kena sungguh masanya.

Pantas dia dan Ardean berpaling ke arah itu. Kelihatan Mak Hajar menghampiri mereka.

"Ya, ada apa, Mak Hajar?" soal Eshal.

"Dah tengah hari ni. Sekarang dah masuk waktu untuk makan tengah hari kat sini."

Kata-kata itu buatkan Eshal dan Ardean serentak menoleh jam di tangan. Lima minit hampir pukul satu. Tak sedar mereka masa berlalu.

"Jomlah makan sama-sama," pelawa Mak Hajar.

"Eh, tak apa, Mak Hajar! Buat susah-susah je." Eshal pantas menolak. Enggan menyusahkan penghuni-penghuni di sini. Makan tengah hari di sini tak termasuk dalam skop kerjanya di sini.

"Mana ada menyusahkan. Jomlah, Eshal, Ardean! Makan sekali. Saida dah masak lebih tu," pujuk Mak Hajar pula. Mengharapkan tetamu-tetamu mereka itu bersetuju. Dia siap suruh Saida masak ayam masak sambal hijau kegemaran Eshal lagi. Harap Eshal suka nanti.

"Tapi..." Jelas keengganan pada wajah Eshal. Namun, ada Ardean di sebelah yang tolong jawab.

"Okey, Mak Hajar. Alhamdulillah rezeki kami."

Pantas Eshal jegil matanya ke arah Ardean. Ardean buat tak nampak. Dia hanya nampak harapan Mak Hajar agar mereka, terutama sekali Eshal setuju untuk ikut serta.

Lain pula reaksi Mak Hajar. Bersinar-sinar matanya. Mulut pun senyum lebar.

"Alhamdulillah. Nanti masuk ya. Pergi terus kat ruang makan. Kita makan sama-sama."

"Baik. Nanti saya escort Cik Eshal masuk," jawab Ardean.

Mak Hajar puas hati mendengarnya. Dia kembali masuk ke dalam rumah.

"Siapa bos, hah?" gertak Eshal.

"Perut saya." Jawapan mintak kaki dari Ardean. Macam tak cukup jawapan itu buatkan Eshal bertukar jadi mama Hulk, dia menyambung lagi.

"Betul, Cik Eshal. Albert Einstein ada mengatakan, an empty stomach is not a good political advisor. Pokok-pokok kat sini dah siap fotosintesis, sekarang giliran kita. Sudah tiba masanya karbohidrat, protein dan segala nutrien bersintesis dalam perut kita pula."

Betullah tu perlukan makanan. Dah merepek meraban level Ayah Pin dah ni! Eshal mendengus dalam hati.

"Buat malu je la awak ni. Kita datang sini bukan nak makan." Eshal masih tak puas hati. Dia sebenarnya kurang selesa. Mungkin sebab dia dah lama tidak makan semeja dengan ramai orang. Dia sejenis ke mana-mana sendirian. Suka buat hal sendiri.

"Tapi, kan Mak Hajar yang ajak tadi. Tak baik kita hampakan tuan rumah. Lagipun, saya student, Cik Eshal. Free lunch memang tak tolak. Itu rezeki namanya." Ardean sengih.

Jawapan itu buatkan Eshal terdiam. Kesian pulak dia dengar. Akhirnya, hanya mengikut langkah Ardean masuk ke dalam rumah.

-----

Ardean meminta izin untuk solat Zohor dulu sebaik sahaja selesai makan. Mengikut kata Eshal, mereka akan bergerak pulang ke pejabat. Dia tak suka menangguh solat. Jiwa tak tenteram nanti. Perjalanan balik pun memakan masa hampir sejam. Dan kalau trafik dengki, boleh jadi dua kali ganda.

Kalau ikutkan jadual asal, memang Eshal mahu pulang pukul satu petang. Satu hingga dua petang memang waktu rehat pejabat. Jadi, bolehlah dia makan tengah hari di luar dulu sebelum balik ke pejabat. Namun, gara-gara Mak Hajar mengajak mereka makan tengah hari bersama, semuanya sedikit berubah.

Dan ketika mereka mahu pulang, hujan turun dengan lebatnya. Sungguhlah cuaca sekarang ini tak boleh nak dijangka. Baru tengah hari tadi panas terik. Nampak cuaca elok habis. Sekali langit menangis mencurah-curah seperti di tengah musim peralihan monsun. Pakej dengan guruh dan petir lagi. Langit pun boleh mood swing!

"Tunggulah hujan reda dulu. Bahaya memandu dalam cuaca macam ni," nasihat Mak Hajar.

Jadi, mereka buat keputusan untuk menunggu sehingga hujan reda. Tapi setelah hampir sejam berlalu, masih tiada tanda-tanda hujan mahu berhenti. Tapi dah tak selebat awal-awal tadi. Langit juga tenang tanpa ngauman guruh.

"Dah tak lebat macam tadi dah ni," komen Eshal sambil memandang ke arah luar.

Rasanya dah boleh balik ni! Memandu dalam keadaan macam ini pun rasanya okey. Tapi payung pula tak ada. Ada sebenarnya tapi di dalam kereta. Mana nak tahu akan hujan macam ni. Eshal mengeluh hampa.

Nak redah hujan ke? Atau pinjam payung rumah ni? Kereta diparkir boleh tahan jauhnya. Kalau redah, gerenti lencun.

"Mak Hajar, Mak Hajar ada payung?" Sedang Eshal berkira-kira, dia mendengar soalan itu datang dari lelaki di sebelahnya. Seolah-olah mereka sedang berfikiran serupa pula.

"Payung? Alamak, seingat Mak Hajar payung kat rumah ni dah rosak! Tapi nanti Mak Hajar cari kut-kut ada yang lain. Sekejap ya?"

Mak Hajar kembali masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Ardean dan Eshal berdua di perkarangan rumah yang berbumbung itu. Dingin tempias air hujan halus sesekali terasa.

"Bilalah nak berhenti ni! Hish, menyusahkan betullah!" dengus Eshal.

"Hujan ni rezeki Allah untuk kita, Cik Eshal. Ketika hati dan mulut kita merengus hujan menimpa bumi, ingatlah ada dahi yang sujud syukur kerana terlalu mengharapkan kehadirannya," balas Ardean tenang. Tangan kanannya dibawa untuk menyentuh titisan air hujan yang turun dari bumbung.

Eshal terdiam mendengarnya. Kemunculan semula Mak Hajar mencuri perhatian Eshal dan Ardean.

"Ni je payung yang Mak Hajar jumpa. Mak Hajar harap Ardean tak kesah." Mak Hajar hulurkan payung yang jenis kakinya boleh dipanjang pendekkan. Kecil saja saiznya. Sesuai untuk seorang.

Ardean menyambutnya.

"Ada ni pun dah syukur, Mak Hajar. Terima kasih," balas Ardean.

Ardean membukanya.

"Cik Eshal tak kesah ke kalau berkongsi payung dengan saya?" Ardean bertanya Eshal.

Mata Eshal berselang seli di antara tubuh tegap lagi tinggi Ardean dengan payung kecil di tangannya itu. Boleh nak muat dua orang. Tapi kena melekap macam belangkas.

Nak mampus?

Ah, apa-apalah! Bolehlah daripada tiada. Pandai-pandailah mereka nanti. Basah sikit-sikit tu biasalah. Asalkan sempat sampai ke kereta sudah.

"Saya okey."

Eshal pusing ke arah Mak Hajar. Mahu meminta diri. Beberapa jam meluangkan masa di sini, jujur dia rasa berat hati. Rasa seperti kali terakhir dia menapak keluar dulu. Perlahan-lahan Eshal capai tangan kanan Mak Hajar lalu disalamnya.

"Kami balik dulu, Mak Hajar. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan kami hari ni. Terima kasih untuk makan tengah hari tadi juga" Eshal menjadi wakil berkata.

Mak Hajar senyum.

"Sama-sama. Rumah ni selalu alu-alukan Eshal." Penuh makna kata-kata Mak Hajar itu.

"Nanti ada masa, Eshal pulangkan payung ni, ya?" balas Eshal pula.

Itu adalah sebuah janji. Maksudnya, dia akan datang ke sini lagi.

Makin lebar senyum Mak Hajar. Mengangguk-angguk kepalanya.

Ardean di tengah-tengah, hanya buat-buat tak faham dengan interaksi mereka. Bila Eshal mengajaknya balik, Ardean hanya menurut. Sempat lagi dia berpaling kepada Mak Hajar untuk berterima kasih dan meminta diri.

Ardean pandang langit. Hujan masih lagi turun. Mereka mula mempersiapkan diri. Benda-benda penting harus dilindungi daripada terkena air hujan. Segala peralatan eletronik yang tak kalis air diletakkan di dalam beg. Eshal peluk tas tangan ke dada. Ardean juga menyangkut begnya pada bahu kanan memandangkan tangan kanannya yang akan memegang payung nanti.

Eshal berdiri di sebelahnya. Ardean pastikan ada jarak yang cukup agar dia tak bersentuhan dengan Eshal. Kemudian dibawanya payung ke atas kepala untuk melindungi mereka. Bila berdiri sedekat ini, nampak Eshal hanya kecil kalau dibandingkan dengan susuknya. Mereka saling berpandangan.

"Ready?" soal Ardean perlahan.

Eshal angguk. Dalam kiraan tiga, mereka mula berlari-lari anak ke arah kereta yang terletak hampir seratus meter.

Terasa tempias hujan. Kasut usah cakap. Dah berenang-renang dalam lopak air. Namun mereka tetap terus berlari juga. Berlalu ke bahagian pemandu, Eshal masuk dulu. Kemudian barulah Ardean masuk ke tempat duduknya pula.

"Fuh, nasib baik tak basah!" Eshal tarik nafas lega bila dia dan Ardean dah selamat masuk ke dalam kereta.

Mujur tubuhnya tak basah teruk. Hanya kasutnya saja. Pakaiannya cuma sedikit lembab gara-gara tempias halus hujan.

Eshal menoleh pula ke arah Ardean. Mulutnya ternganga sedikit, tapi hanya angin yang keluar. Tak mampu berkata apa-apa. Ardean sedang mengelap cermin matanya. Tapi bukan itu yang buatkan dia kehilangan kosa katanya. Tapi penampilan jejaka itu.

Bahu dan lengan sebelah kiri baju kemeja biru mudanya basah kuyup sehingga melekap menampakkan warna kulitnya. Rambutnya yang dikuak ke belakang tadi juga runtuh separuh sehingga ada yang melekap di dahi. Masih ada lagi titisan air hujan yang jelas di dagunya, turun ke halkum.

Ardean yang rasa dirinya diperhatikan terus menoleh ke arah kananya. Baru habis menggosok-gosok cermin matanya dengan tisu. Dia kenakan semula cermin matanya. Mula mengelap bahagian tubuhnya yang basah pula.

"Kenapa, Cik Eshal?" soal Ardean penuh prihatin.

"Oh, maaf kalau saya basahkan kereta Cik Eshal!" Cepat-cepat Ardean minta maaf. Mujur saja tempat duduk jenis kulit. Tak meresap air.

"It's okay. Awak kenapa basah macam ni?" Eshal pula bertanya pada Ardean.

"Laksanakan bucket list zaman tadika dulu. Mandi hujan." Ardean sengih. Sempat lagi nak loyar buruk!

"Entahlah, Cik Eshal! Mungkin sebelah saya ikut arah angin. Itu yang basah," kata Ardean lagi. Selamba.

Tapi teruk sangat basahnya! Eshal tahu Ardean berbohong. Sebab dia tahu hujan hanya turun tepat-tepat di atas mereka. Tiada angin.

Jadi, dia tak salah tadi bila dia rasa payung itu seakan-akan lebih ke arahnya.

"Cik Eshal taknak hidupkan enjin ke?" Teguran itu menyedarkan Eshal. Wajah Ardean terpampang di depan matanya. Sedang mengelus-ngelus hujung rambut basahnya dengan jari panjangnya. Dah macam gaya model after shower pun ada.

Eshal berdehem seraya larikan matanya. Kereta hidup bukan pakai niat. Terus tangannya menggagau kunci kereta dalam tas tangan. Tiba-tiba rasa menggigil tangan. Rasa tak tenang. Dia tak biasa rasa semua ini gara-gara kehadiran lelaki. Dia juga rasa bersalah sebab Ardean basah tapi dia tidak. Tapi, bukan salah dia! 

"Cik Eshal jangan pasang aircond kuat sangat ya? Sejuk!" Ardean sengih ketika membuat permintaan.

Eshal hanya diam. Mengangguk tidak, membalas tidak. Hanya tangan menekan-nekan sehingga mencapai suhu yang maksimum.


9/9/2023

Continue Reading

You'll Also Like

75.7K 6.6K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
5.1K 707 15
"Berhenti suruh aku buat benda yang boleh buat kau semua duduk depan pintu neraka. Cukup aku seorang yang rasa neraka tu dulu." - Hugo Adriel Jibril...
563K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
23.4K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. โ—Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya โ— My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...