Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 37

77 4 0
By VioletRosess_

"Ladies and gentlemen, this is your captain speaking. Welcome aboard Flying Kings Flight A380 , non-stop service from Manila to Kuala Lumpur. My name is Hud Haydar, and I'm joined in the cockpit by First Officer Faris Zakuan. Our flight time today will be approximately Three hours and Fifty five minutes.

We are currently in the process of completing our pre-flight checks and will be pushing back from the gate shortly. Once we reach our cruising altitude, our flight attendants will be available to assist you with any needs you may have during the flight.

Please ensure that your seatbelts are fastened, your seatbacks and tray tables are in their full upright position, and your electronic devices are either turned off or set to airplane mode.

We kindly ask that you pay attention to the safety demonstration provided by our flight attendants, as it contains important information about the features of our aircraft.

We know you have many choices when it comes to air travel, and we thank you for choosing Flying Kings Airlines. We hope you enjoy your flight, and we look forward to serving you today." Gagang mikrofon diletakkan di tempatnya setelah dia membuat pengumuman pelepasan dalam Bahasa Melayu.

Semua butang yang berada di kawasan kokpit diperiksa satu per satu. Kaca mata hitam yang terletak elok di hidung mancungnya dibetulkan. Kedudukan dibetulkan.

Para penumpang mula mendengar dan melihat demo yang diajar oleh pramugari. Tali pinggang dipakai kemas dan bersedia untuk berlepas.

Harini Hud bakal pulang ke tanah air. Jadual pulang sepatutnya berbaki lagi dua hari tapi dia menukar tempat dengan rakan sekerjanya. Hud mahu pulang awal. Buat kejutan untuk si isteri dan keluarganya.

Jam ditangan dikerling. 12:45 am. Para penumpang semestinya sudah mengantuk.

"Ready captain?" Faris di sebelah sudah bersedia. Mereka saling berpandangan. Hud mengangguk.

"Bismillah." Hud memulakan penerbangan. Tak sabar mahu bertemu dengan cinta hatinya.

****

"Akak jom!" Laung Dhia di muka pintu rumah. Nayla masih terkedek-kedek berjalan dari ruang dapur. Beg tangan dan beberapa fail dokumen di sofa ruang diambil dan berjalan keluar dari rumah.

"Bonda! Papa! Kita orang gerak dulu." Laung Dhia lagi. Haih anak dara apa lah terjerit-jerit ni. Nayla hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"Ya! Pergi lah. Drive safely. Toksah dok terjerit macam tu. Apa ni perempuan terjerit-jerit ni," Kata Dato' Idris sedikit tegas. Dhia menekup mulutnya sambil tersengih tidak bersalah.

"Sorry." Sebelah tangan diangkat. Dhia berjalan menuju ke kereta Mini Cooper nya.

Mereka bergerak ke kafe Nayla. Dhia sebagai pengawal peribadi tanpa upah itu hanya mengekori saja ke mana kakak iparnya pergi. Boleh juga dia meluangkan masa di sana. Bosan duduk di rumah tidak buat apa. Ada baik juga dia membaca mencari sedikit info untuk thesisnya.

Sampai saja di kafe, terlihat tiga pekerjanya baru sahaja selesai membuka kafe. Nayla menuju ke kaunter untuk mengaktifkan sistem Foodpanda dan Grab.

"Kak Nayla. Ada apa Dhia boleh tolong?" Dhia bersandar di kaunter di hadapan Nayla.

"Dhia tolong susun buku-buku tu ikut tanda dia. Boleh? Akak tak larat nak tunduk. Perut sangkut." Nayla tertawa halus.

Dhia membuat tangan 'okey' dan memulakan tugasnya. Bagus juga ada benda boleh buat.

Sedang semua ralit melakukan kerja, telefon bimbit Nayla berdering.
Nombor telefon yang tidak dikenali terpapar di skrin. Siapa?

Butang hijau dileret.

"Hello, Assalamualaikum?" Sapa Nayla dengan perlahan.

"Hello ini ahli keluarga Hud Haydar bin Muhammad Idris ke? Kami dari pihak hospital......"

Dengar saja panggilan dari hospital terus dadanya terus terasa sesak. Dunia terasa kelam. Jantung berdegup kencang. Pantas tangan memaut di bucu meja kaunter. Dia sudah tidak dengar apa-apa lagi.

Apa sudah jadi pada suaminya?

"Akak!" Dhia dari jauh sudah berlari menuju ke arah Nayla setelah mendengar berita di kaca televisyen. Pesawat yang dikendalikan oleh abangnya melakukan pendaratan kecemasan di hutan akibat daripada masalah di sayap kapal terbang. Para penumpang dan kru kabin semuanya selamat. Hanya berlaku sedikit kecederaan ringan. Namun dua juruterbang mengalami kecederaan parah kerana rempuhan kuat pada pokok besar.

"Cik?" tegur pemanggil setelah Nayla hanya berdiam lama.

"Y-ya saya. Saya isteri dia." Jawab Nayla lemah.

"Minta puan sekeluarga datang ke hospital ya. Suami puan kritikal."

Allah!

Nayla segera mencapai beg tangannya dan terus berjalan laju ke keretanya. Dia sudah tidak mampu berfikir dengan betul. Yang dia tahu dia mahu berjumpa suaminya. Dhia yang membuntuti kakak ipar segera menarik lembut lengan kanan Nayla.

"Dhia drive." Nayla diam seketika dan mengangguk. Dia tahu dia tak mampu untuk memandu dalam keadaan begini. Ada nyawa yang perlu dia jaga. Perutnya dielus. Air mata tak henti mengalir.

Ya Allah! Selamatkan suamiku. Aku masih perlukan dia. Selamatkan dia Ya Allah.

Sesampai sahaja di depan hospital terus Nayla tergesa-gesa dia berjalan masuk ke kaunter di lobi. Dhia ditinggalkan untuk meletakkan kereta di tempat parkir.

"Saya nak lawat suami saya nama Hud Haydar bin Muhammad Idris." Kata Nayla.

Jururawat itu segera mencari nama yang diberi.

"Hud Haydar bin Muhammad Idris. Wad ICU di tingkat dua. Puan naik lif ni. Tingkat dua belah kanan hujung." Jururawat itu menunjuk arah kepada Nayla.

Ucap saja terima kasih, dia terus berjalan mengikut arah tuju yang diberi.
Dalam hati tidak berhenti dia berselawat dan berdoa. Cuba untuk tenangkan dirinya.

Ting!

Langkah dilajukan. Dada semakin berdebar. Kelihatan bonda dan papanya sudah berada di situ. Sampai saja di depan pintu wad itu dia terpaku dengan riak yang kosong. Datin Fatima memeluk erat tubuh Nayla. Cuba memberi semangat.

"Sabar ya sayang. Hud kuat. Bonda yakin dia akan sedar. Masuklah." Datin Fatima mengelus belakang tubuh Nayla.

Dato' Idris turun mengelus kepala menantunya. Mereka baru saja selesai melawat anak mereka.

Jururawat yang menjaga wad ICU itu memberi pakaian kelengkapan PPE untuk masuk ke dalam.

Nayla teragak-agak menyambut huluran itu. Bismillah dibaca sebelum melangkah masuk dengan perlahan. Detakan jantungnya kuat hingga mampu didengari di gegendang sendiri. Dia resah. Gelisah. Takut. Semua perasaan bercampur baur. Dia berjalan mendekati Hud.

Kepala dan tangan kiri yang berbalut. Mesin degupan jantung yang berbunyi lemah memenuhi ruang. Tangan yang dicucuk jarum. Jatuh kasihan dia melihat keadaan suaminya.

Nayla melabuhkan duduk di tepi katil Hud. Bibir bawah digigit kuat. Jantung bagai direntap melihat sekujur tubuh yang kaku. Raut yang pucat tidak berdarah. Wayar berselirat di badan.

Ya Allah! Sungguh dia tak sanggup melihat keadaan suaminya begitu.

"A-abang isk." Terlepas esakan yang ditahan dari tadi. Tangan kanan Hud di pegang lembut. Dicium tangan kasar itu.

"A-abang. Ni ke surprise nya? Nayla tak suka surprise ni. Nayla tak nak kejutan macam ni abang. " Muka ditekupkan ditangan suaminya. Air mata membasahi tangan yang kaku itu. Kepala digeleng tanda dia tidak suka akan kejutan itu.

"Abang nak prank Nayla ke? Nayla tak suka, abang. Nayla tak suka. Stop the prank, abang. Buka mata cepat abang. Nayla tak nak kejutan ni." Mendayu-dayu suaranya.

"Abang. This is a dream, right? Wake up abang. Jangan buat Nayla macam ni. I'm scare abang. Open your eyes and tell me this is just a prank." Nayla mengogoi di situ. Dada terasa berat. Rengkungnya terasa tersekat. Air mata laju mengalir persis air terjun. Wajah yang comot diendahkan.

Kepala diangkat dan mata hazelnya menatap wajah suaminya itu. Masih kacak walaupun dalam keadaan koma. Sedikit calar di pipi tidak mencacatkan wajah cinta hatinya. Lama dia duduk di situ sehingga di suruh keluar oleh jururawat yang menjaga. Dhia pula masuk untuk melihat abangnya.

Nayla duduk di kerusi menunggu di sisi Datin Fatima. Dia bersandar lemah di situ.

"Sabar ya nak. Doa banyak-banyak. Hud perlukan doa dari isteri dia. Doa dari kita." Pujuk Dato' Idris. Nayla mengangguk lemah. Mindanya tidak dapat berfikir apa-apa tentang situasi yang berlaku. Jiwa terasa kosong. Masih tidak percaya. Dirinya masih terkejut.

Terasa seperti bermimpi.

Jangan hukum Nayla macam ni abang... Nayla janji tak manja dah... Tak cengeng dah...

Hati meraung sayu menyeru Hud.

Tolong... Tolong sedarkan dia dari mimpi ngeri ini.

****

"Abang. Dah seminggu abang tidur. Abang tak nak bangun ke? Dah tak rindu Nayla ke? Papa tak rindu baby ke?" Tangan Hud digenggam kemas. Setiap jemari kasar itu dicium lama.

"Abang. Nayla dengar cakap abang. Nayla tak angkat berat, tak buat kerja berat pun. Semua yang abang pesan semua Nayla ikut. Abang bangun lah. Nayla nak abang. Nayla nak suami Nayla balik. Jangan hukum Nayla macam ni, abang. Nayla tak kuat, abang." Tangisan yang tak pernah berhenti sejak seminggu lalu. Lama dia memeluk lengan itu.

"Potato bun Nayla pun dah kecut. Abang kena bangun work out balik. Nanti Nayla merajuk dengan abang." Kepalanya diangkat. Menatap wajah cengkung Hud. Dielus pipi cengkung yang sudah ditumbuhi jambang.

"Ab-abang dah janji nak masak ayam paprik untuk Nayla. Abang dah janji nak buat onde-onde untuk Nayla. Isk. Abang janganlah janji di capati. Janji kena ditepati, abang. Abang kenalah bangun. Siapa yang nak masak untuk Nayla? Nayla rindu masakan abang."
Air mata diseka walaupun air mata masih galak mengalir.Bibir tersebik-sebik cuba menahan tangisannya. Dia tak mampu berlagak kuat. Dia lemah. Lemah bila semangatnya, penguatnya dibawa bersama Hud.

Penguat semangatnya sedang terlantar di atas katil hospital. Bagaimana dia mahu menjadi kuat?

" N-Nayla tunggu abang bangun ya. Janji abang bangun tau. Jangan tidur lama-lama, Nayla rindu. Nayla pergi solat dulu tau. Nanti Nayla datang balik. I love you, abang." Air mata dilap. Bibir comel itu mencium sekejap dahi Hud.

Beg tangan diambil dan Nayla menuju keluar dari wad ICU itu. Dia mahu menunaikan solat Zohor dan Hajat.

Lama dia berteleku di atas sejadah di surau. Tak henti dia berdoa semoga keajaiban berlaku. Semoga Tuhan meminjamkan dia sedikit kekuatan untuk bertahan. Supaya terus bertabah dengan ujian sekarang. Supaya dia tetap bertahan berdoa kepadaNya.

Pesanan Hud yang tak pernah dia lupa. Sentiasa meminta kepadaNya. InsyaAllah Dia akan bagi lebih dari apa yang diminta. Nayla yakin itu. Nayla sudah tidak sanggup melihat keadaan suaminya yang terlantar begitu.

Nayla menuju semula ke aras wad Hud selepas makan tengahari.Walaupun selera mati, dia tetap perlu menjaga pemakananya. Ada nyawa lain dikandungnya. Cukup saja Hud terlantar tak sedar diri di dalam wad. Dia tak mahu dirinya jatuh sakit. Dia mahu berada di sisi suaminya sentiasa.

Dalam perjalanannya ke wad itu, jururawat dan doktor berlari melintasinya dalam keadaan yang kalut memasuki ruangan ICU itu.

"Code blue! Code blue! ICU ward! Code blue!"

"Excuse us, miss!" Seorang misi berlari melintasinya meminta ruang. Takut  berlaga tubuh. Sudahlah dia sedang mengandung.

Langkah Nayla mati.

Code blue? ICU ward? Hud?

Tangan kanan memegang dada kirinya.
Dia mengatur laju langkahnya ke depan pintu wad itu. Dia tak boleh masuk. Melihat keadaan di dalam.
Bunyi mesin yang nyaring dan tidak teratur itu meresahkan dia. Doktor sedaya upaya membuat pertolongan cemas. Nafas Nayla mula tidak teratur. Dada berombak kasar. Tangan kiri dilekapkan di cermin pintu wad. Air matanya usah dikata... Meluncur laju saja.

Ya Allah! Ya Allah! Selamatkan suamiku! Pinjamkan dia untukku lagi, ya Allah. Aku belum puas, ya Allah. Aku masih perlukan dia, ya Tuhan. Aku masih belum cukup berterima kasih kepada suamiku, ya Allah. Kami perlukan dia, ya Allah.

Abang... Please... Fight for us, our hero. Be strong, abang. Nayla perlukan abang. Baby perlukan abang. Fight for us, please. I'm begging you! Please abang... Please hear me, husband.

Tiiiittt.....

Matanya dipejam rapat  Nayla terjelepuk jatuh di lantai. Dada kirinya ditumbuk. Dia tidak sanggup menyaksikan situasi itu. Air mata laju mengalir.

Beginikah pengakhirannya?

Sesingkat inikah kau pinjamkan aku seorang insan yang bernama suami, ya Tuhan?

Dia sudah kehilangan suaminya kah?

Secepat ini ke abang?

Sekejam inikah pengakhirannya, ya Tuhan?

Macam itu aje ke abang?

Setakat ini aje ke kisah kita, Hud Haydar?

Tanpa penutup kata ke, Hud Haydar?

Macam mana dengan Nayla, abang?

Meraung dia di depan pintu wad itu. Dada kirinya dicengkam kuat.

Sakit, ya Allah. Sakit.

Sudah tidak dia hiraukan lagi pandangan orang sekeliling.

Dunianya terasa kelam. Sudah tiada lagi pembuluh semangatnya. Semangatnya yang dibawa pergi bersama suaminya.

***********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 112K 42
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
1.5M 131K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
1.3M 66.7K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...