Nayla Adeena : His Forever (S...

VioletRosess_ द्वारा

5.5K 287 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring अधिक

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 35

83 5 0
VioletRosess_ द्वारा

Salam kanan diberi diikuti salam kiri. Nayla berwirid sebentar sebelum menadah tangan membaca doa.

Elok saja tangan mengaminkan doa, notifikasi dari telefonnya berbunyi.
Segera tangan mencapai telefon yang berada di atas katil.

Abang!

2300

Suami 💕 : Tidur dah ke?

seen√√

Nombor telefon Hud didail. Hanya dua deringan saja panggilannya disambung.

"Assalamualaikum cinta abang." Bibir comel itu terus mengoyakkan senyuman lebar.

"Waalaikumussalam suami."

"Buat apa tu?"

"Nayla baru lepas solat. Abang sihat?"

"Tak." Berubah terus riak wajah Nayla. Serta-merta senyumannya mati.

"Abang sakit kat mana?" Bibir bawahnya digigit.

"Abang sakit dekat dada kiri." Tangan diletakkan di dada kirinya. Dia mengerang sakit. Bibir menahan senyum. Usik sikit tak apa kan?

"A-abang tak pergi klinik ke?" Suara isterinya mula kedengaran cemas. Tersengih lebar senyuman Hud.

"Tak. Sakit ni tak ada ubat kat sini. Ubat dia jauh. Argh!" Nayla teresak perlahan.

"Abang jangan buat Nayla risau. Abang pergi lah klinik." Air mata mengalir laju. Terlampau risaukan suaminya.

Panggilan terputus. Nayla cemas. Baru saja mahu membuat panggilan baru, video call dari Hud terpampang di skrin.

Laju tangannya meleret butang hijau.

"Hi sayang." panggil Hud dengan senyum lebar.

"Abanggg." rengeknya sambil mata dilap dengan hujung kain telekungnya.

"Shhh. Alahai gurau sikit aje dah macam air terjun pun dia menangis."

"Abang sakit lagi ke?" Matanya sembab dan merah.

"Hmm. Sakit rindu Deena sayang. Ubat tu ada pada isteri abang je. Klinik mana ada jual ubat kasih sayang Nayla Adeena." Dada kirinya diusap. Nayla menghela nafas lega.

"Suka usik Nayla." Bibir comel Nayla melengkung tersebik. Air mata disapu.

"Hobi abang." Hud menjungkit bahu selamba. Nayla sudah menjeling tajam dengan wajah sudah comot dengan air mata.

"Dah dah. Tak nak menangis dah. Abang tak ada nak peluk pujuk isteri abang ni." tenang saja dia berkata.

Nayla angguk. Mereka berborak panjang. Sudah lama tidak berborak begini. Macam-macam yang diceritakan Nayla. Hud tekun mendengar sambil mata redup tenung wajah bersih isterinya.
Dengan senyum lebar dibibir. Seronok mendengar celoteh isterinya.

Ah! angau dengan isteri sendiri tak apa.

"Oh ya, abang."

Hud gumam lembut.

"Perfume Nayla dalam bilik ni tak ada lah. Abang ambil ke?" Pelik juga dia semasa mencari pewanginya yang ditinggalkan di rumah ini. Cari punya cari, tak jumpa pun.

Hud berdehem lalu menayang sengih menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

"Ada kat abang. Abang tak boleh pakai perfume abang tu. Nak termuntah. Malas nak beli yang baru." Nayla mengecilkan mata memandang Hud.

"Ala bagi je lah kat abang. Nanti-nanti abang rindu Deena abang sembur je kat abang. Lagipun abang suka bau sayang. Bau peach."

Nayla mengguling matanya.

"Iya lah abang sayang. Nanti beli yang baru untuk Nayla." Hud sengih suka dan menayang mini love kepada Nayla.

Hampir satu jam juga mereka berborak sebelum Nayla menguap besar.

"Tutup mulut lah. Syaitan masuk nanti." Nayla sengih sumbing apabila ditegur suaminya.

"Dah cuci muka dah?" Nayla angguk.

"Now lipat telekung semua."

"Abang tolong buatkan." Mata dikerdip beberapa kali.

Hud mengeluh.

"Kalau abang ada kat situ memang abang buat. You know it sayang." Hud mengguling matanya.

Nayla menayang senyum tipis. Tangan bergerak mengemas persalinan solatnya.

"Done!"

"Good. Pergi basuh kaki dan baring. Abang dodoi sayang nak?" Sudah lama dia tidak dodoikan isterinya.

"Tidur dengan abang?" Hud angguk laju.

Wajah Nayla terus bersinar dan terus lakukan apa yang disuruh. Hud hanya menanti dengan sabar.

Siap saja baring di katil, telefonnya disendengkan ke bantal tidur suaminya. Badan mengiring menghadap skrin telefon yang masih terpampang wajah kacak Hud. Terlihat Hud juga sudah berbaring di katilnya.

"Recite dua, precious." Mereka membaca doa tidur bersama.

"Close your eyes. Belai baby untuk abang ya sayang." Tangan Nayla terus naik ke perutnya. Dibelai lembut perut boyot itu.
Mata masih merenung skrin telefon. Tak puas lagi menatap wajah itu.

"Close your eyes, Deena." Nayla menggeleng. Hud mengeluh. Rambut diraup ke belakang.

"Tutup mata, isteri saya. Esok abang call lagi." pujuk Hud.

"Janji." Hud angguk mengiyakan. Dapat saja jawapan yang diinginkan terus mata hazel itu terkatup rapat. Telinganya disapa dengan alunan surah Mariam diikuti surah Yusuf dan Al-Mulk merdu dari suara garau Hud.

Tenang. Tenang sehingga tidak sedar bila tangannya berhenti mengusap perut dan terlelap.

Dengar saja dengkuran halus dari isterinya, Hud tersenyum tipis. Terbias wajah polos Nayla yang sudah nyenyak tidur. Butang screenshot ditekan.

"Sleep tight kesayangan Hud. Sweet dream. Mimpikan abang. I love you. Tunggu abang balik, babies," bisiknya perlahan. Skrin telefon dicium sekejap sebelum dia menamatkan panggilan.

Babies. My babies. My big baby and small baby. Senyuman manis terukir dibibir Hud. Matanya kemudian di pejam rapat.

*****

"Kandungan puan sihat dan aktif. Saya akan prescribe add-on a few supplements untuk trimester terakhir. Pastikan puan makan ya. Hmm. Okey. Tak ada apa dah. Nanti buat payment di kaunter dan ambil ubat." Doktor perempuan itu membelek dokumen Nayla dan rekod serba sedikit di buku pink. Kemudian diserahkan kepada Nayla.

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." Nayla, Dhia dan Datin Fatima bangun dan beredar keluar dari bilik pemeriksaan itu. Tiga orang pergi check up satu perut. Ini Hud tak ada lagi. Mahunya penuh bilik doktor tu.

Tiga orang wanita itu duduk di tempat menunggu. Dari awal lagi dia dan Hud bersetuju untuk tidak mengetahui jantina bayi mereka. Katanya mahukan kejutan. Baju bayi baru saja beli beberapa pasang. Hud mahu membeli selepas dia habis kerja nanti. Nayla hanya ikutkan sahaja. Asalkan suaminya bahagia.

"Nayla Adeena!" Nayla bangun dari duduk tapi dihalang Dhia.

"Tak apa. Akak duduk. Biar Dhia uruskan." Nayla hanya merenung susuk tubuh Dhia yang sudah berlalu ke kaunter bayaran.

"Jom. Dhia lapar. Perut ni dok buat dendang perantau dah ni." Dhia datang
kembali dengan plastik putih kecil ditangan. Dhia merangkul lengan kanan Nayla dan mereka bertiga beredar keluar dari klinik.

"Nak makan mana?" Tanya Datin Fatima sambil memasang tali pinggang keledar. Harini bonda mereka yang memandu.

"Nasi ayam geprek jom. Lamanya tak makan." Laju saja Dhia menjawab. Tangan mengusap perutnya yang dari tadi minta diisi. Datin Fatima angguk dan teruskan memandu.

"Makan?"

"Bagi nasi ayam geprek tiga. Teh o ais satu. Bonda? Akak?" Dhia bertanya untuk pesanan.

"Teh ais aje." Datin Fatima menjawab.

"Limau ais kurang manis. Masam lebih." Nayla pula memesan dengan senyum tipis. Pelayan itu mencatat pesanan dan melangkah ke dapur. Masing-masing bermain telefon bimbit sambil-sambil menunggu makanan tiba.

Angkat saja kepala dari telefon bimbit, Mata hazel Nayla terpasak kepada dua susuk yang amat dia kenali.

"Sabiha! Abang Yad!" Panggilnya sedikit kuat. Tangan berawangan di udara melambai dua orang yang baru menjejak kaki di restoran. Ada beberapa kepala menoleh ke arahnya tapi dihiraukan. Dhia dan Datin Fatima turun mendongak kepala mendengar Nayla memanggil seseorang.

Sabiha dan Adam yang baru menjejak kaki itu tersentak dan mati langkah. Terkejut pabila bertemu Nayla di situ.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Mereka berbicara dengan isyarat mata.

Alamak! Acane ni!

Sabiha tayang sengih janggal dan berjalan perlahan ke arah meja Nayla duduki. Adam hanya membuntuti dengan tangan mengusap batang leher seketika.

"Mari duduk. Order lah. Aunty belanja." Jemput Datin Fatima. Kedua pasangan itu hanya turut saja. Terasa janggal. Mujur pelayan yang tadi tiba dengan sedulang air yang dipesan. Adam dan Sabiha menyelit pesanan tengahari mereka. Lega seketika.

Nayla merenung tak lepas Sabiha dan Adam di depannya. Di pandang silih berganti.

"Abang bukan kerja luar kawasan tiga bulan ke? And macam mana kau orang boleh datang sekali?" Nayla sudah masuk mod polis pencen dia.

Sabiha menelan air liur yang terasa berpasir.

"Kami dari kafe. Abang ajak Biha teman makan tang ni. Abang habis kerja awal. Tu yang boleh balik awal." Jawab Adam tenang. Nayla masih dengan renungannya dan dia mengangguk faham.

Pasangan itu melepas keluh lega perlahan.

"Bukan..." Nayla sambung lagi dengan suara meleret. Mereka berdua terus mengeras. Nafas ditahan. Jauh juga Abang Fayyad bawa Sabiha makan tengahari. Hampir setengah jam juga perjalanan dari kafe. Hmm. Bau-bau ikan ya dua orang di hadapannya ini.

"Tak ada apa lah." Nayla menahan senyum. Cuak la tu. Bahu dua orang di hadapannya terus jatuh lega. Fuh!

Seketika kemudian, makanan yang dipesan tiba. Mereka menjamah dengan diam. Sesekali Adam dan Sabiha disoal serba sedikit oleh Datin Fatima.

"Kau orang berdua ni ada apa-apa ke?" Dhia bertanya dengan polos. Sabiha yang baru mahu menyuap nasi itu terhenti. Adam berdehem membetulkan anak tekak. Mencabar betul makan tengaharinya harini.

"T-tak. Kami kawan ja." Tenang. Dia kembali dengan aktiviti makannya. Dhia angguk tapi tidak percaya. Ada bau-bau sesuatu. Tingkah kedua pasangan itu tampak pelik. Dhia abaikan saja. Tak mahu mematikan mood makan mereka.

Selesai makan mereka berpisah mengikut destinasi masing-masing.

Datin Fatima sempat singgah di kedai barangan bayi sebelum pulang ke rumah. Mahu beli sedikit barangan keperluan untuk cucu sulungnya yang bakal lahir. Dialah yang terpaling teruja mahu menyambut ahli keluarga barunya itu.

Barang bayi yang 'sedikit' tu ada lah lima pasang baju baby unisex, set botol susu, mainan bayi, set tilam bayi. Nayla hanya mampu senyum pasrah.

'Abang... Kita macam tak payah beli apa dah pun untuk baby nanti. Semuanya macam dah cukup je,' getusnya.

*****

Masing-masing senyap sahaja di dalam kereta. Hanya suara DJ radio yang masih bertenaga menghiburkan pendengar.

"Harini hang half day ja ka?" Adam bertanya. Mata fokus dengan pemanduan.

Sabiha gumam.

"Aku hantar rumah hang terus lah lagutu. Hang duk mana?" Sabiha di sebelah dijeling sekilas.

"Straight aje lagi. Lepas lampu isyarat tu, ambil kiri." Sabiha menunjuk arah ke rumahnya.

"Tadi pagi hang pi kedai naik apa?"

"Grab. Kereta masuk bengkel."

"Kiri tu rumah saya. Nombor 1150," sambung Sabiha.

Adam memberhentikan kereta di depan rumah Sabiha namun masih tiada tanda-tanda untuk dia keluar dari kereta.

"Hang toksah risau lah. Memang kerja aku dah. Cedera sikit-sikit tu biasa la."

Adam sudah berterus-terang kepada Sabiha tentang kerjanya. Mulanya Sabiha okey saja.

Tapi lihat saja luka besar di tangan Adam terus dia susah hati.

"Tu tak sikit tu. Besar kot luka awak tu. Agak-agak lah nak main tembak-tembak pun. Tak kesian kat orang ke? Suka suki aje nak tembak anak orang. Saman kang," Omelnya dengan nada tak berpuas hati.

Adam sudah mengemam bibir menahan tawa.

"Kalau nak kesian-kesian, baik toksah masuk tentera. Nak jadi tentera hati kena kering. Kalau hang sempat nak kesian memang hang mampuih dulu la." Terlepas juga tawa yang ditahan.

Sabiha mendengus. Pintu kereta dibuka.

"Terima kasih hantarkan saya."

"Aku buat kerja tak pernah free tau," ujar Adam.

Sabiha sudah mengguling mata.

"Ya. Nanti saya belanja. Tak ikhlas betul. Dasar ikan," kutuknya perlahan.

"Mulut tu kalau jumpa aku memang kena mengata aku ja noh." Mata Adam sudah mencerlung tajam Sabiha.

"Dah jumpa awak, saya mengata awak lah. Kalau saya jumpa Sajat saya mengata dia. Lagipun orang kata kalau nak kutuk tu biarlah depan-depan. Jangan kutuk belakang. Terima kasih sekali lagi."

Sabiha keluar dari kereta dengan selamba membiarkan Adam tercengang seorang diri. Pintu kereta dikatup rapat.

Dia kemudian berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Adam berlalu pergi dahulu.

************to be continued************

Lovely,
violet rose.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

4.3M 272K 103
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
4K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
131K 4.4K 51
/𝗹ē𝗹/ 𝗮𝗱𝗷𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲. 𝗹𝗼𝘆𝗮𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗵𝗼𝗻𝗲𝘀𝘁. 𝐁𝐞𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐨𝐟 𝐊𝐞𝐢𝐬𝐮𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐣𝐢 𝐲𝐨𝐮 𝐠𝐞𝐭 𝐢𝐧𝐯𝐨𝐥𝐯𝐞�...
2.6M 151K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...