Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 34

83 5 0
By VioletRosess_

Dhia dan Nayla berjalan membuntuti Tok babah keluar menyusuri ladang jagung.

Abang Azman selaku pekerja Tok babah sudah siap mengasingkan beberapa jenis jagung yang sudah matang untuk mereka bawa pulang sebentar lagi ke dalam van. Dia akan menghantar jagung-jagung itu ke rumah Tok babah.

"Banyaknya Tok babah bagi. Tak terhabis nanti nak makan." Motosikal beroda tiga dinaiki mereka bertiga. Dhia duduk di tepi penunggang manakala Nayla duduk di bahagian pembonceng di belakang.

"Ela sedekah lah pada sesiapa. Mentua hang pun ada. Tu Ayyad ada. Bagi la sorang sikit. Pekerja-pekerja hang pun ada." Nayla angguk saja.

"Abang Yad duk laut tiga bulan, Tok babah. Entah bila pula boleh berjumpa," kata Nayla. Angin sepoi-sepoi menampar lembut wajahnya. Motosikal beroda tiga bergerak menyusuri kebun getah dan dusun durian untuk pulang ke rumah.

"Nak buat lagumana... memang kerja dia dah."

Sesekali Tok babah membunyikan hon, menyapa kawan sekampungnya.

"Dah sampai. Hati-hati turun tu," kata Tok babah sambil berjalan ke pasu besar yang berisi air. Batok diambil dan dicedok air untuk membasuh kaki.
Kaki dihayun masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, Imah."

Tok ma yang berada di dalam bilik segera keluar dengan telekung masih elok tersarung di kepala.

"Balik dah. Awai hari ni." Tangan Tok babah disalam.

"Cucu dah nak bertolak satgi. Kena balik awai la."

Bonet kereta dibuka luas. Jagung-jagung yang dibawa oleh Abang Azman disumbat masuk ke dalam bonet. Tangan ditepuk-tepuk membuang sisa habuk di tangan.

"Terima kasih, Abang Azman," kata Dhia sambil tangan menutup semula pintu bonet kereta.

"Sama-sama. Hangpa balik hari ni ka?" Nayla di sisi Dhia angguk.

"Kena balik hari ni, bang. Kafe tu dah tinggal lama dah."

"Kirim salam Hud nah. Bila-bila mai sini lagi. Boleh ajak Hud memancing sekali. Abang minta diri dulu," Azman meminta diri untuk beransur. Dia mempunyai tempat lain lagi untuk dituju.

"Baik bos. Hati-hati, bang!" Dua wanita itu melambai tangan kepada Azman sebelum bergerak untuk membasuh kaki sebelum menaiki ke rumah.

"Beg nanti Dhia angkat. Akak dah siap pack dah kan?" Dua wanita itu menaiki anak tangga setelah siap membasuh kaki.

"Dah."

****

Dua minggu sudah berlalu. Nayla dan Hud sudah kurang berkomunikasi kerana zon masa yang berbeza. Mereka hanya berbalas mesej sahaja. Perutnya juga sudah makin membulat. Kandungannya harini sudah masuk bulan yang ke-6, akhir trimester kedua.

Seminggu saja lagi, Nayla. Sabar. Setiap masa pasti dia akan mengira bekalan hari yang tinggal sebelum bersua muka dengan cinta hatinya.

Harini dia tidak masuk ke kafe. Dia menyerahkan kepada Sabiha dan Sofia untuk uruskan kafe nya. Dia mahu menemani ibu mentuanya di rumah dan mahu menguruskan data kafenya.

Selesai saja solat Asar, Nayla mengatur langkah ke tingkat bawah. Taman kecil Datin Fatima dituju. Terlihat Datin Fatima sedang duduk di buaian sambil bermain telefon. Sesekali terdengar tawa dari bibir mentuanya itu.

"Bonda." Datin Fatima terus menoleh kepada Nayla.

"Nayla. Mari. Duduk sini." Ruang kosong di sisinya ditepuk. Nayla patuh. Punggung dilabuhkan di sebelah Datin Fatima.

Mata meliar menjamah pandangannya yang penuh dengan bunga-bunga yang mekar kembang. Tampak simple susun atur pasu bunga tapi sungguh cantik dan kemas. Sedap mata memandang.

"Nayla okey? Ada nak makan apa-apa ke? Bonda boleh sediakan." Perut Nayla disentuh lembut. Ingin merasa kandungan menantunya itu.

"Alhamdulillah okey aje. Setakat ni tak ada teringin apa pun lagi. Semalam dah dapat dah. Thanks bonda."

"Esok check-up baby bonda nak ikut sekali boleh?" Laju Nayla menjatuhkan kepala dengan senyum lebar.

"Boleh boleh." Lengan Datin Fatima dipeluk. Kepala dilentokkan di bahu mentuanya. Kaki menghayun perlahan buaian.

"Hud ada call tak? Lama dah dia tak call bonda."

"Ada. Dua hari lepas tapi kita orang sempat borak kejap je lepastu Nayla terlelap." Ceritanya dengan tawa halus.
Mana tidaknya, pukul satu pagi Hud membuat panggilan kepadanya. Dia sudah dijemput mimpi pun. Dengan mamai dia menjawab panggilan Hud. Tapi itu sudah cukup untuk mereka lepaskan rindu di pekung dada.

Datin Fatima menggumam. Faham situasi anak menantunya. Masing-masing menahan rindu yang menggebu. Biasalah. Masih berdarah muda.

"Sabar ya. Tak lama dah. Baby pun mesti tak sabar nak jumpa papa dia." Tangan bonda diletakkan di perut Nayla. Terasa tendangan dari perut itu. Memberi respons pabila menyebut tentang papanya.

Nayla dan Datin Fatima senyum lebar. Teruja akan respons baby dalam perut itu.

"Amboi dia. Suka la tu kita sebut nama papa dia," kata Datin Fatima. Terasa lagi tendangan di perut Nayla.

Terlepas ketawa mereka berdua.

"Tau dah. Manja papa dia lah nanti."

"Mana boleh! Kena manja ibu lah. Ibu yang bawa awak tau," balas Nayla dengan bibir muncung sedikit sambil tangan menepuk perlahan perut yang membuncit itu. Datin Fatima tersengih melihat gelagat cemburu mak buyung itu

"Jom. Bonda nak buat minum petang." Datin Fatima kemudian bangkit menuju ke dapur. Nayla turut membuntuti ibu mentuanya.

Besen sederhana diambil. Bawang merah dan ubi kentang dikupas kulit dan dibilas bersih. Kemudian dibiarkan sejat di tepi sinki. Tepung gandum dan garam dikeluarkan dari kabinet dapur.

"Tolong bonda ambil butter and telur." pinta Datin Fatima sambil tangan memotong halus bawang merah. Kemudian ubi kentang yang siap dikupas itu disagat sederhana halus.

"Bonda buat cucur bawang ke?" Nayla
yang menjadi pemerhati setia bertanya. Telur dan mentega diletakkan di atas meja dapur. Datin Fatima mengangguk.

Nayla bergerak ke tempat membuat air. Pemanas air ditekan. Sebiji teko dikeluarkan dari kabinet. Kemudian pintu kabinet satu lagi dibuka. Uncang teh serta balang gula diambil. Mujur kabinet di rumah ni tak tinggi macam di rumahnya. Semua peralatan dan bahan mudah dicapai. Elok saja air sudah panas berasap, terus Nayla membancuh teh o panas untuk diganding bersama cucur bawang bonda.

"Hati-hati ya." Datin Fatima bersuara. Nayla hanya mengangkat tangan 'okey' sambil tersengih. Semua penghuni rumah ini tahu sikapnya yang clumsy itu. Hud lah yang mencanang satu rumah. Buat malu aje.

Fikirkan suaminya yang beribu batu jauhnya itu, bibir koyak senyum kelat. Terasa sungguh lama penantiannya kali ini. Sebelum ini paling lama mereka berjauhan adalah selama tiga minggu.
Itu pun bukannya cukup-cukup tiga minggu. Hud pasti akan pulang lebih awal dari tarikh sepatutnya.

"Lah.. Termenung pula dia kat situ. Gula tu dah terlebih larut dah pun sayang oi. Terpusing-pusing sudu tu kat situ." Tegur Datin Fatima sambil memegang pinggan yang penuh dengan cucur bawang itu. Dia berlalu ke ruang makan.

Nayla tersentak dari lamunannya. Cepat-cepat teko ditudung dan diletakkan di atas dulang yang sudah tersedia dengan beberapa biji cawan itu. Baru saja mahu angkat dulang itu, tangan Mak Som mencelah. Dia hanya menjadi pemerhati selepas tunaikan solat Asar.

"Biar Mak Som bawa. Nanti jadi apa-apa, naya. Nayla ambil sos, gula dengan piring ya." Risau dia melihat Nayla yang mengelamun tadi. Mujur air panas tak tumpah ke tangan. Mahu semua orang dibebel oleh anak sulung majikannya nanti.

Nayla terus membuat suruhan Mak Som itu dan berlalu ke ruang makan.
Nayla dan Mak Som menjamah cucur sambil menunggu bonda dan papa. Dhia tiada di rumah seharian. Mahu berjumpa dengan rakan sekolah lama katanya.

*****

Klak!

Pintu bilik kerja Hud dikuak perlahan. Dia tidak pernah menjejak kaki ke bilik itu. Kepala dijengul sedikit ke dalam. Salam diberi perlahan sebelum melangkah masuk sepenuhnya. Suis lampu dibuka.

Terpegun seketika Nayla di pintu bilik. Cantik! Sangat jelas aura Hud di dalam bilik itu. Terasa seperti dia dekat dengan suaminya. Tambah pula bauan suaminya memenuhi ruangan bilik itu.

Terdapat dua buah rak buku yang tinggi diisi penuh. Di depannya terletak elok sebuah meja besar serta kerusi yang tampak begitu selesa. Nayla mendekati meja itu dan duduk di kerusi. Fuh! Lembut betul.

Berhadapan meja kerjanya terbentang besar karpet yang sedikit berbulu lembut. Alat kawalan jauh penghawa dingin ditekan. Kerusi dipusing ke kiri dan ke kanan sambil memerhati ruang bilik yang sangat cantik itu.

Kenapa dia tak pernah terlintas untuk masuk bilik ni sebelum ni? Hai la..

Bangkit dari duduk, kaki dihayun menuju ke rak buku. Pelbagai jenis buku dari bahasa inggeris dan bahasa melayu. Disentuh buku-buku itu dengan jemari halusnya. Buku yang disusun rapi mengikut saiz dan ketinggian. Dari tebal ke nipis. Dari tinggi ke pendek.

Kaki melangkah lagi mengelilingi seluruh kawasan di dalam bilik yang luas itu. Siap ada sofa lagi. Semuanya disentuh dengan hujung jarinya sambil-sambil melawat kawasan.

Nayla kembali semula ke meja besar itu. Laci meja dibukanya. Dikira ceroboh ke tak eh?

"Abang, Nayla tumpang tengok aje tau. Jangan marah ya." Katanya perlahan. Meminta izin seolah suaminya ada di situ. Ditarik laci itu luas. Terpampang buku tebal sederhana besar dan sebuah pen.

Yang menarik perhatian adalah tulisan kaligrafi cantik tertulis besar di kulit buku itu. Berkerut dahinya.

Nama dia. Nama yang tertulis besar bersama kaligrafi yang mencuri hatinya. Tahulah dia yang tulisan itu dari hasil tangan suaminya.

Tangan menyentuh lembut tulisan cantik itu.

Abang.

Hati menyeru suaminya.

Lama mata tenung buku itu. Buku itu dikeluarkan dari laci. Dielus buku itu kemudian dibawa ke hidungnya. Bauan dari buku itu dihidu dalam. Campuran bau dari buku dan bau wangian Hud.
Wangi. Bening mata terasa panas pabila dapat hidu wangian Hud.

Punggung dilabuhkan di kerusi empuk itu. Buku itu dibuka dengan perlahan. Muka surat pertama dibaca satu per satu.

15 June 2021

Pertemuan kali kedua yang berjaya mengganggu fikiran seharianku. Hanya dengan terpandang sepasang mata hazel itu mampu mengubah detakan jantung yang sekian lama tenang. Gadis kecil molek yang ceria dan mesra berjaya membuat jantung aku tidak tenang tanpa berbuat apa-apa.

Who are you, woman?
What's your name?
Am I fall in love again?

-HH-

Nayla koyak senyum tipis. Jadi betullah apa yang suaminya ceritakan. He fell in love with me first. Nayla menekup pipinya. Terasa comel saja suaminya menulis diari tentang dirinya.

Diselak helaian lain pula.

30 June 2021

After two weeks, I went to her cafe again. Raut wajah yang sentiasa mengganggu harianku sepanjang 15 hari tidak bersua kerana tuntutan kerja. Tapi penantianku tidak sia-sia. I got her name! Tapi bukan aku yang bertanya. Terdengar rakannya memanggilnya. What a beautiful name for a beautiful lady.

'Nayla Adeena'.

Akhirnya jawapan sudah ku temui.

-HH-

Debaran di dadanya terasa ketika membaca isi hati suaminya. Bacaan diteruskan.

30 December 2021

Nayla Adeena? Naufal Adha? How small this world is.

Tak sangka aku dapat berjumpa dengan adik kepada arwah. Adik yang sangat dia lindungi. Adik yang dikatakan manja. Cengeng.

Adeena is his sister. I've fall in love with my best friend's sister.

She is Ela. Nickname yang kau beri walaupun kau tahu dia tak suka. Nayla Adeena is Ela.

Macam mana aku boleh tak cam muka adik kau? Kau orang memang banyak persamaan. Hidung, mata, bentuk muka. Semua hampir sama.

Aku dah jatuh cinta pada adik kau yang kau halang dari tengok wajahnya, Adha.

Aku dah jumpa dia. :)

-HH-

Sekeping gambar yang terselit di celah buku diambil. Gambar Hud bersama arwah abangnya. Sedang berpeluk bahu sambil menghadap ke arah laut. Melihat matahari terbenam.

Gambar itu diusap sayu. Senyum tipis dikoyak. Kemudian gambar itu diselit semula di tempat asal.

Helaian seterusnya diselak lagi dan lagi.
Ada tika dia tersenyum lebar, ada tika dia ketawa dan termalu sendiri. Hanya suku baru habis dibaca. Terlampau banyak yang diluahkan selama tiga tahun.

Nanti-nanti pula lah sambung. Buat bekalan untuk lepas rindu. Dikerling jam di dinding. Mak ai!! sejam juga dia duduk di bilik ni. Isya' pun belum dilaksanakan lagi. Segera dia mengemas dan menyimpan semula buku itu lalu berlalu ke kamar tidurnya.

Senyumannya mekar tidak lekang dari bibir comel.

Ya Allah. Sungguh aku amat mencintainya. Jagakan dia untukku Ya Rabb.

***********to be continued*************

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 285K 105
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
1.4M 34.4K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
571K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...
22.7K 1.6K 49
Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...