Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 33

82 4 0
By VioletRosess_

"Tokma. Ada nak tolong apa lagi ke?" tanya Nayla sambil berdiri di beranda rumah. Melihat Mak Cik Sarima sedang bercucuk tanam di halaman rumah.

"Tak ada apa pun. Hang toksah duk buat benda berat Nayla. Laki hang bising nanti tokma tak tahu." Terbongkok-bongkok tubuh tua itu mencangkul tanah. Dhia membantu Mak Cik Sarima menanam anak pokok bunga mawar dan bunga kertas.

Sudah hampir seminggu mereka di kampung, esok mereka perlu pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang mereka di kampung tak duduk diam mak buyung seorang itu. Ada saja kerja yang dia lakukan senyap-senyap. Lagi dihalang lagi dia buat. Nasib baik kerja yang ringan-ringan saja yang dibuat. Naik pening kepala Mak Cik Sarima melayan kerenah cucu tunggalnya.

"Akak. Along ada call tak? Harini flight dia pukul berapa?" Terkenyit-kenyit matanya melangut memandang Nayla. Terik matahari harini. Walhal hari baru menginjak pukul 10 pagi. Tok Babah awal pagi lagi sudah ke ladang jagung. Harini lori datang mengutip jagung untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga pasar.

"Belum. Flight dia pukul 12 nanti." Bukan Nayla tidak mahu telefon tetapi dia takut jika mengganggu Hud bekerja. Jadi biarlah Hud yang menelefonnya. Lagipula masa mereka berbeza menyukarkan sedikit untuk mereka berkomunikasi.

Janji Hud untuk video call setiap hari tak dapat dipenuhi dek keadaan yang tidak mengizinkan. Nayla faham situasi mereka sekarang. Dia reda saja. Tidak mahu suaminya bersusah hati jika dia membuat perangai manja tak bertempatnya itu.

Nayla melabuhkan duduk di anak tangga sambil memerhati Dhia dan Tokma berkebun. Bosan juga bila tidak boleh melakukan apa-apa kerja.

Sesekali telefon di tangan direnung sekilas. Takut-takut jika Hud mesej atau telefonnya.

Baru lima hari berpisah, harinya sudah terasa sunyi. Minda sedang mengira hari untuk bersua muka dengan Hud. Lambat lagi. Keluh berat dilepas perlahan. Esok pagi mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tidak tenang dia meninggal kafenya lama.

Tengah diri mengelamun tiba-tiba terasa getaran di tangannya. Laju saja mata melihat nama gerangan yang menelefonnya. Lebar terus senyum dikoyak.

"Abang!" Sapa Nayla teruja. Dia mengatur langkah ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, sayang abang," sindir Hud.

Nayla hanya sengih malu. Teruja apabila menerima panggilan dari si suami.

"Waalaikumussalam," jawabnya perlahan. Dia mengambil duduk di sofa ruang tamu. Tudung sarung dibuka.

Panas!

"Buat apa? Dah makan apa? Baby okey? Isteri abang okey?" Macam peluru soalan Hud.

Nayla tertawa kecil.

"Baby okey. Nayla okey aje. Harini tokma buat masak lemak ketam. Bosan lah abang. Semuanya tokma tak kasi Nayla buat. Disuruh duduk dan tengok saja," adunya dengan manja. Soalan suaminya dibalas satu per satu.

"Bagus lah tu. Sayang jangan buat kerja berat. Kalau abang tahu sayang buat kerja berat, jangan cakap dengan abang. Abang nak merajuk," ugut Hud. Tahu sangat perangai isterinya itu. Lagi dihalang lagi mahu dibuatnya.

"Sikit pun tak boleh ke abang?"

"Sikit pun tak boleh. Kalau sayang abang, dengar aje cakap abang dengan tokma. Okey isteri saya?"

Nayla hembus nafas pasrah.

"Baik suami saya. Saya yang menurut perintah. Abang dah nak masuk pesawat dah ke?"

Hud gumam.

"Abang," panggilnya perlahan.

"Hmm."

"Rindu."

"Hmm."

"Abangg," rengek Nayla manja.

Hud gumam lagi.

"Nayla rindu."

"Hmm."

"Hud Haydar!"

"Ya isteri saya." Laju Hud menjawab. Bibir sudah koyak lebar dengan senyuman manis. Lama tak mengusik si isteri.

"Nayla rindu abang," rengeknya. Geram bila Hud hanya membalas begitu.

"Hmm."

"Ish! Malas lah. Bye." Baru saja jari mahu menamatkan panggilan, Hud terus menjawab.

"I miss you too, baby." Nayla mencebik. Telefon didekatkan kembali ke telinga.

"Lambat lagi ke abang?"

Hud hanya senyum kelat. Hatinya semamangnya berat mahu meninggalkan Nayla sejak awal lagi. Bukan apa, dia risau akan isterinya saja. Tambahan pula Nayla sedang berbadan dua, lagi lah dia risau. Sudah lah memang semula jadi sifat clumsy dan manja Nayla ni.

"Tak lama dah sayang. Kejap aje lagi. Sabar ya. Jaga hati dan diri sayang untuk abang. InsyaAllah Deena sentiasa ada dalam hati dan doa abang. Tunggu abang balik ya sayang. Doa yang baik-baik saja okey." Cuba memujuk Nayla dan dirinya.

"Abang dah kena masuk dah ni. Bye sayang. I love you. See you soon. Take care. Assalamualaikum."

Nayla menjawab salam sebelum menamatkan panggilan. Ditenung skrin telefonnya tak lepas.

Tubuh dibaringkan di atas sofa. Mata dipejam rapat.

Ya Tuhan, Kau lindungilah perjalanan suamiku.

Hatinya berdoa. Abang sentiasa dalam hati dan doa Nayla. Always. Dada kiri ditepuk perlahan. Akhirnya dia tertidur di situ.

Dhia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Mak Cik Sarima. Langkah mereka mati apabila melihat susuk tubuh Nayla yang tidur di sofa. Mereka memandang kesian Nayla.

Begitulah keadaan Nayla semasa berada di kampung. Kalau tidak termenung, dia akan tidur tak pun membaca novel. Kerja-kerja ringan saja yang dia boleh lakukan. Malam saja, Nayla akan tidur awal. Jam 4 pagi dia sudah berjaga. Dilakukan qiammullail berseorangan. Kekadang Dhia akan turut serta.

"Dhia nak bersihkan diri dulu, tokma. Melekit dah badan ni." Tokma angguk. Kaki diatur ke arah Nayla. Dielus lembut kepala cucu tunggalnya itu. Dia kenal sangat cucunya ini. Seorang yang manja. Seorang yang suka memendam rasa.

"Tokma, Nayla nak aiskrim tapi abang tak bagi" Bibir comel dicebik. Air mata tunggu masa untuk tumpah.

"Pergi ambil dalam peti," arah tokma sambil tangan menyiang ikan.

"Nayla pendek la tokma. Mana sampai." Kaki terjengket mahu membuka pintu atad peti sejuk. Muncung itiknya sudah sedepa. Tergelak kecil Mak Cik Sarima melihat telatah cucunya.

"Sat. Nak warna apa?" Beberapa batang aiskrim Malaysia dikeluarkan dari peti sejuk.

Kanak-kanak kecil itu mengurut dagu berfikir mahu perisa apa.

"Nayla nak yang warna pink, tokma." Aiskrim perisa strawberi diberi kepada cucunya setelah membuka ikatan di hujung plastik itu. Bersorak gembira budak kecil itu selepas dapat aiskrim.

"Abang! Nayla pun dapat aiskrim." Nayla terus berlari ke abangnya dengan muka bangga.

Dia bersyukur cucunya dikurniakan suami yang manjakan dan layan cucunya dengan kasih sayang. Lamunannya terhenti. Tangan berhenti mengelus kepala Nayla pabila tubuh itu bergerak sedikit kerana terasa diganggu. Kemudian tubuh tua itu bergerak menuju ke bilik tidur untuk bersihkan diri setelah memastikan pintu rumah dikunci selamat.

****

"Tokma! tok babah! Kita orang keluar sat," laung Nayla dari ruang tamu. Kedua-dua orang tua itu sedang minum petang di dapur. Telefon serta dompet dimasukkan ke dalam beg tangan kecil. Dhia sudah menunggu di luar rumah. Mereka mahu menghirup angin petang dan berjalan keliling kampung.

"Jangan jalan jauh. Pi dekat-dekat ni ja." Tok babah berkata dari ruangan dapur. Nayla kemudian keluar dari rumah.

Nayla membawa Dhia berjalan pusing kampung. Tempat dia bermain sewaktu kecil bersama abangnya dan Adam Fayyad juga dikunjung. Mereka berhenti berehat di situ.

"Bestnya, akak. Ada sungai." Mereka melabuhkan duduk di pinggir sungai. Air sungai yang mengalir tenang ditenung. Nayla hanya senyum tipis.

"Selalu kalau balik ke sini, abang akak akan kendong akak kat belakang dia dari rumah tok babah sampai sini. Kita orang main sampai nak dekat Maghrib baru balik. Selalu kena bebel dengan Tok babah sebab balik lewat."

Dhia hanya diam mendengar cerita Nayla. Tahu Nayla sedang menahan rindu terhadap keluarganya.

"Pernah sekali tu, kita orang kena kunci dekat luar. Sebab balik lewat dengan badan penuh lumpur. Habis satu badan bau lumpur. Lama juga kita orang duduk dekat luar. Tokma juga yang selamatkan kita orang. Itu pun sebab dah azan Maghrib." Nayla tergelak mengenang kisah lucu itu. Masing-masing hampir terlelap di tangga rumah kerana lama sangat menunggu. Sudahlah hari makin gelap.

Jatuh juga setitis dua air matanya tapi laju saja dilap. Tidak mahu Dhia perasan.

Mata merenung batu besar di tengah sungai. Teringat momen dia bersama Hud semasa awal perkahwinan mereka. Senyum manis terukir tanpa sedar.

Ah! Baru seminggu. Rasa macam sudah lama mereka berpisah. Hati dipujuk supaya bersabar.

"Eh jom lah. Nanti tok babah bising tak pasal kita pula kena kunci nanti." Dhia angguk dan membantu Nayla bangun.
Dua perempuan itu beriringan mengatur langkah pulang ke rumah.

Dhia sesekali menjeling sekilas wajah Nayla. Wajah mulus itu kelihatan tidak ceria seperti ketika bersama alongnya. Tahulah dia bahawa Hud merupakan bahagia Nayla selepas keluarganya. Adanya Hud ceria lah wajah wanita di sisinya itu.

Semoga pasangan ini kekal sehingga tua. Ya Allah kau jagakan hubungan mereka sehingga tua, doa Dhia di dalam hati.

Bahu Nayla dirangkul Dhia. Nayla toleh dan senyum tipis.

"Esok awal pagi kita ikut Tok babah ke ladang jagung nak? Sempatlah kita tolong serba sikit sebelum bertolak," ajak Nayla. Sudah lama dia tidak ke sana.

Bersinar mata Dhia seraya mengangguk laju.

"Nak! Dhia tak pernah pergi lagi ladang jagung." Tangan Nayla dihayun ke depan dan ke belakang. Terlepas tawa kecil Nayla.


Makan malam dimasak oleh Dhia dan Mak Cik Sarima. Nayla pula hanya duduk di kerusi sambil mulut ralit mengunyah pelam muda. Sindrom orang mengandung.

"Jangan makan banyak sangat. Tak elok," tegur Tok babah yang baru turun ke dapur. Kerusi di sebelah Nayla di duduk.

Bekas pelam muda itu ditolak kepada Tok babah.

"Nah. Tok babah habiskan. Nayla dah tak nak dah." Mulut yang penuh itu diukir sengih.

Tok babah sudah menjeling cucunya. Sudah terbiasa dengan tabiat cucunya yang sering makan tak habis itu.

"Memang aku ni majlis bandaraya hang pun. Semua tak habis semua pakat dok tolak kat aku. Mana perut aku ni tak boroi. Tok hang pun dok tolak kat aku. Cucu aku pun sama naik juga." Dhia dan Mak Cik Sarima sudah mengemam bibir menahan gelak.

"Eleh tok babah. Mulut aje cakap gitu tapi tangan suap juga ke dalam mulut."
Nayla sudah ketawa. Tok babah mendengus pasrah. Tangan menyuap pelam ke dalam mulut.

"Lambat laun suami hang pun boleh geng dengan tok babah. Kerja habiskan sisa hang ja, " sambung Tok babah lagi.

Nayla mengerakkan jari telunjuk ke kanan dan ke kiri dengan senyuman. Menidakkan telahan Tok babah.

"Surprisingly tok babah... Nayla selalu makan habis sejak dah berkahwin ni." Dia mendabik dada dengan bangga.

"Mana taknya, Tok ma Tok babah... Suami suapkan. Memang licin lah pinggan." Dhia mencelah.

"Hang ni, Ela... Makan pun kena bersuap noh." Tok babah berkata. Nayla bangun mengambil pinggan untuk makan malam. Senyuman lebar makin merekah.

Sudah lama tak mendengar panggilan itu. Ela. Panggilan Naufal Adha kepada dia. Kekadang digunakan oleh Tok ma dan Tok babah.

"Dah laki kita offer, kita ni pula pantang disorongkan bantal memang nganga luas macam buaya lah Tok babah." Mengekek dia dan Dhia ketawa melihat wajah cemberut Tok babah dan Tok ma.

"Elok orang makan nasi, hang pi makan bantal." Tok ma menggeleng kepala. Ada saja babak mencuit hati jika cucunya pulang ke kampung.

"Jadi lah tu peribahasa versi Nayla."

Siap saja makanan dihidang di atas meja, masing-masing mengambil tempat duduk. Tangan ditadah untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok babah.

Orang lain sudah menjamah makanan namun Nayla membuka kamera dan mengambil gambar juadah makan malamnya.

Kemudian aplikasi Whatsapp dibuka dan nama Hud ditekan. Beberapa keping gambar dihantar kepada suaminya.

"Makan, Ela. Aku sumbat telefon tu dalam mulut hang satgi." Pantang Tok babah melihat orang bermain telefon ketika makan.

Segera telefon ditutup dah diletakkan di atas meja.

"Nayla hantar dekat suami Nayla aje. Itu pun tak boleh." Wajahnya mendung. Saja mahu berdrama.

"Sudah lah, cu. Penat aku nak melayan drama akasia hang," kata Tok babah pasrah.

Dhia hanya senyum saja sedari tadi. Rindu atok nenek nya di kampung. Sudah lama tidak menziarah mereka. Jadual keluarganya sentiasa padat dan sibuk. Hanya pada hari perayaan saja mereka akan pulang ke kampung.

***********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 112K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
859K 85.5K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
1.4M 34.8K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...