Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 32

68 3 0
By VioletRosess_

Bagasi Nayla dan Dhia disumbat masuk ke dalam bonet kereta Myvi isterinya. Ditutup rapat bonet itu setelah pastikan semuanya lengkap.

Sepasang sepatu tak bertumit dan sepasang selipar diletakkan di bawah kerusi pemandu. Memudahkan isterinya untuk bertukar kasut. Enjin kereta yang sudah panas dimatikan. Kemudian dia menghayun kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Dhia sudah tiba di rumahnya awal pagi lagi. Dia beria-ia mahu ikut kakak iparnya pulang ke kampung. Hud menyuruh mereka bertolak ke kampung pada waktu pagi. Lebih selamat katanya.

Mata meliar mencari susuk tubuh isterinya. Kaki dihayun lagi ke ruang dapur. Semakin dekat dengan pintu dapur, telinga disapa dengan bunyi ketawa. Terlihat Dhia dan Nayla sedang rancak berborak. Tangan Nayla ralit menyuap biskut coklat cip ke dalam mulut. Hud senyum nipis dan mendekati mereka.

"Siap dah ke?" Kedua-dua wanita itu menoleh ke arah Hud.

"Dah. Along dah load barang semua dah ke?"

Balang biskut coklat cip itu ditutup oleh Nayla. Isinya tinggal separuh balang sudah. Dibuatnya untuk si suami tapi dia yang menghabiskan. Mujur ada lebih lagi satu balang. Kalau tak, mahu merajuk encik suami. Biskut kegemarannya habis.

"Dah. Kereta pun enjin dah dipanaskan. Korang nak bertolak pukul berapa?" Hud melabuhkan punggung di sisi Nayla.

"Sekarang pun boleh. Cepat gerak cepat sampai," ujar Nayla. Tangan menepuk-nepuk sisa biskut.

"Dhia pinjam bilik air kejap. Sakit perut." Perut yang terasa memulas itu ditekan sedikit. Laju sahaja kaki melangkah menuju ke bilik air di bilik tetamu. Sengaja mahu memberi ruang kepada pasangan itu.

Hud menarik kerusi Nayla mendekat. Tangan diletakkan di kepala kerusi Nayla. Ditenung wajah cinta hatinya.

Nayla membalas renungan hangat mata coklat cair suaminya. Terasa berat hati mahu berpisah. Bening mata mula terasa hangat. Bibir bawahnya digigit.

Hud senyum nipis dan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.
Setiap kali dia perlu pergi bekerja jauh dan lama, pasti Nayla akan buat perangai.

"Kalau abang tak pergi tak boleh ke? Abang ikut Nayla balik kampung. Nanti Nayla mengidam bau ketiak abang macam mana? Nayla teringin masakan abang macam mana? Abang tak payah pergi ya?" Nayla perlahan-lahan naik ke riba Hud. Tidak selesa berpelukan begini. Tangan laju saja naik merangkul erat leher Hud.

"Jangan macam ni sayang. Abang pergi bekerja. Kalau abang tak kerja macam mana abang nak bagi baby besar dengan baby kecil abang ni makan?" pujuk Hud dengan nada yang lembut. Seolah memujuk kanak-kanak kecil.

Nayla makin mengeratkan lagi pelukannya. Seperti tidak mahu dilepaskan.

"Tak nak. Nayla nak ikut abang. Abang jangan tinggal Nayla."

Padahal dia yang akan tinggalkan Hud dahulu. Haihlah isteri. Mula dah perangai dia.

Belakang isterinya ditepuk-tepuk perlahan.

"Deena please... Jangan buat perangai macam ni. Abang janji abang call sayang everyday. Okey, isteri saya?" Bahu Nayla ditolak lembut. Wajah isterinya yang sudah comot dengan air mata dilap kering. Dicekup lembut kedua-dua pipi gebu itu.

Nayla tidak menjawab. Bibir tersebik-sebik. Tudung yang sudah senget sudah tidak dipedulikan.

"Okey?" Kepala Hud disengetkan sedikit. Senyuman manis dihadiahkan kepada Nayla.

"Janji?" Jari kelingking di naikkan. Hud menyambut jari kelingking kecil halus dengan jari kelingkingnya yang besar itu.

"Ya janji. Tak nak buat perangai dah. Nanti pergi check up baby dengan Dhia tau. Abang dah minta dia temankan sayang. Be a good girl." Nayla angguk, faham akan arahan suaminya.

"Macam ni lah isteri Hud." Tubuh Nayla dipeluk erat dan digoyang ke kiri dan ke kanan.


Pintu kereta ditutup rapat. Cermin tingkap pemandu diturunkan. Hud merendahkan tubuhnya separas dengan tempat pemandu.

"Jaga diri, jaga hati, jaga mata, jaga solat. Ingat apa yang abang selalu pesan. Jaga baby baik-baik. Abang love you. Tunggu abang balik ya," bisik Hud di telinga kanan Nayla. Belakang kepala Nayla dielus. Dahi licin isterinya dikucup kejap. Nayla hanya mengangguk.

"Safe drive. Kalau rasa mengantuk atau penat, tukar dengan Dhia. Dah sampai terus inform abang. Jangan lupa." Tangan Hud disalam.

"Tak nak nangis dah." Kepala Nayla di belai lembut.

Badannya ditegakkan.

"Dhia. Jaga isteri along elok-elok." Sempat memberi pesanan kepada adiknya.

"Ya. Along pun safe flight esok."

Hud mengundur sedikit ke belakang. Nayla menatap seketika wajah Hud sambil melambai tangan kepada Hud sebelum cermin tingkap kereta dinaikkan. Bismillah dibaca sambil tangan mula menurunkan brek tangan dan kereta Myvi hitam itu meluncur perlahan keluar dari perkarangan rumah.

Hud memandang sepi kereta isterinya yang baru berlalu keluar. Pintu pagar ditutup menggunakan alat kawalan jauh.
Dalam hati berdoa supaya isterinya baik-baik saja. Tidak pernah dia membiarkan isterinya memandu jauh begini. Mujur adiknya ada untuk menjadi peneman.

Baru saja kaki mahu melangkah masuk ke dalam rumah, kedengaran bunyi hon kereta di depan rumahnya.

Terus dia toleh kepala pada pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta Vios merah berhenti elok di depan rumahnya.
Kaki mengatur langkah ke pintu pagar.

Dengusan kasar dilepaskan apabila melihat pemilik kereta itu. Badan terus dipaling untuk masuk semula ke dalam.

"Hud! Kejap!" Langkahnya statik.

Tubuh dihadap semula ke pintu pagar.
Wajahnya dingin. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Hud. I- " Maisara berdiri di hadapan pintu tinggi itu.

"Berambus sebelum aku telefon polis. Kau jangan cabar aku. Mentang-mentang aku tak ambil tindakan tempoh hari, kau berani nak tunjuk muka depan aku? Kalau bukan sebab isteri aku, dah lama kau kena ambil tindakan tahu!" Suaranya garang.

"Hud. Please. I minta maaf. Haritu I tak boleh fikir waras. I betul nakkan you, Hud." Jaringan besi tebal pada pintu pagar itu digenggam.

"Tak tahu malu! Kau dengan ayat murahan kau boleh bawa masuk tong sampah. Apa yang kau buat haritu aku takkan maafkan sampai bila-bila." Hud kembali atur langkah.

"Hud! Stop! I-I need your help!" Nyaring suaranya menjerit.

"Sorry. Sini bukan pusat kebajikan dan customer service. Kau tu perempuan. Jaga akhlak sikit. Ingat, kau tu aurat. Dok melalak tak tengok tempat." Sempat disindir Maisara sebelum Hud masuk ke dalam rumah dan membiarkan Maisara melalak seorang diri di luar rumah. Telefon bimbit di keluarkan dari kocek seluar.

"Hello... Ini pejabat polis daerah ke? Saya nak buat laporan gangguan ketenteraman."

Suara Maisara masih kedengaran.

Tak tahu malu! Dengan pakaian tak cukup kain, duk menyalak seorang diri kat luar. Ganggu ketenteraman jirannya saja.

Sungguh dia bersyukur tak terhingga berjodoh dengan Nayla dan tidak dengan Maisara.

Televisyen dibuka menggunakan alat kawalan jauh. Drama korea yang ditonton bersama Nayla dicari. Dia menyambung tontonan mereka yang tergendala kelmarin.

Nayla yang memaksa dia menonton bersama. Hyunbin Oppa, Hyunbin Oppa. Tak habis-habis. Sudahnya dia turut melayan drama korea itu. Balang biskut coklat cip yang tinggal separuh saja isinya diambil. Terlepas tawa halusnya.

"Ni Nayla bake semua ni untuk abang tau. Jangan lupa makan. Ada dua balang tinggi ni. Jangan lupa bawa."

Cis! 'Semua untuk abang' konon! Hud menyumbat biskut ke dalam mulut dengan senyum tak lekang di bibir. Isteri, isteri. Ada saja gelagat yang mencuit hati. Alamatnya satu balang saja bekalannya untuk sebulan.

Beberapa minit kemudian, kedengaran siren polis berhenti di depan rumahnya. Bibir Hud mengoyak senyum sinis. Jam dinding dikerling.

10 minit Maisara berjemur tengah panas. Seketika kemudian, keadaan di luar kembali senyap. Hud lepas keluh lega.

Ini kalau Nayla tahu, mahu meraung nak balik rumah ibu mengandung seorang tu sebab takut suaminya diambil orang.

****

"Assalamualaikum! Tok babah! tokma!"
laung Nayla di depan rumah bersama Dhia di sisi.

Tingkap rumah yang terbuka menandakan kedua-dua orang tua itu berada di rumah.

"Waalaikumussalam." Pintu kayu dikuak dari dalam. Tok Ma menjengul sedikit kepala yang berbalut dengan tudung sarung untuk melihat tetamu yang bertandang.

"Tok Ma." Nayla melambai tangan seraya melangkah naik ke beranda.

Tok Ma membuka luas pintu rumah menjemput dua orang perempuan itu masuk.

"Awat mai tak habaq? Suka noh mai mengejut laguni." Tok Ma menyambut huluran tangan Nayla dan Dhia. Mulut tak henti membebel.

"Saja nak buat kejutan. Tok Babah mana?" Tubuh tokma dipeluk erat. Mata meliar mencari susuk tua itu. Tak sabar nak peluk!

"Tok babah hang pi lepak kat kedai kopi. Ni Dhia cuti ka? Hang belajar kat luar negara kan?"

Mereka mengekori langkah Mak Cik Sarima ke ruang tamu.

"Haah, tokma. Dhia cuti sebulan. Sorry datang mengejut macam ni. Ingatkan kak Nayla dah bagitahu tokma." Bagasi diletakkan di tepi dinding dan mereka melabuhkan punggung di sofa.

"Kak Nayla hang memang lagutu dah. Mai tak reti nak habaq. Ni tokma tak sedia apa pun lagi bilik untuk hang pa."

Nayla mengulum senyum melihat wajah cemberut tokma.

"Tak payah susah-susah la tokma. Tak perlu buat apa pun. Nanti karang biar Nayla yang uruskan bilik tu. Nayla balik sini kejap aje. Dalam seminggu je."
Tokma hanya menjeling manja dengan ekor mata. Nayla dan Dhia tertawa lucu.

Comel saja tua-tua merajuk manja.

"Hang pa makan apa dah? Tokma masak gulai ikan kering ja harini. Boleh kut noh. Ni laki hang mana Nayla? Tak nampak batang hidung pun."

"Kita orang baru je lepas makan. Hud perlu outstation sebulan." Mak Cik Sarima menjatuhkan kepala.

"Tokma sihat ke?" Dhia cuba berbasa-basi.

"Alhamdulillah. Macam ni ja la. Sihat-sihat orang tua. Hang pa nak rehat pi masuk bilik. Tokma nak solat Asar sat. Nayla bawa Dhia masuk bilik. Bantal ambil kat tempat selalu." Tubuh tua itu bangkit dari duduk dan mengatur perlahan langkah ke kamar tidurnya.

"Okey tokma. Jom Dhia." Nayla meregangkan otot-otot tubuhnya yang terasa tegang itu dan berlalu ke kamar tidurnya bersama bagasi besarnya diikuti Dhia.

Klak!

Bagasi diletakkan di sebelah almari. Pintu almari dibuka. Terdapat beberapa biji bantal serta tilam nipis di dalamnya.

Dua biji bantal diambil. Sarung bantal ditukar dan diletakkan di atas katil. Dhia hanya memerhati keliling bilik tidur yang sederhana besar itu.

"Ni bantal tidur Dhia. Dhia tidur atas katil dengan akak je lah. Okey ke?" Tidak manis mahu menyuruh tetamu tidur di atas lantai. Nayla juga dilarang keras oleh Hud untuk tidur dan duduk di atas lantai lama-lama. Katanya sejuk, risau Nayla mengalami cramp.

"Okey je. Dhia tak kisah. Lagipun katil ni besar. Muat je untuk kita berdua." Tudung ditanggal Dhia dan dicampak ke tepi. Tubuh direbahkan di atas katil empuk itu. Selesa!

"Rest lah dulu. Dhia boleh solat tak? Telekung ada dalam almari tu. Ambil je." Bagasi Nayla dibaringkan. Tuala, peralatan mandi serta pakaian dikeluarkan dari bagasi besar itu.

"Dhia cuti." Mata terpejam rapat. Letih! Macam dia pula yang memandu.

Nayla angguk. Seketika kemudian baru dis teringat sesuatu. Pantas telefon diambil. Nombor telefon suaminya di dail.

"Assalamualaikum, isteri. Sampai dah ke?" Suara mamai Hud menyapa gegendang telinga Nayla.

"Waalaikumussalam, suami. Dah sampai setengah jam tadi. Sorry lambat bagitahu." Hud hanya menggumam perlahan.

"Nayla ganggu abang tidur ke?" Kaki melangkah keluar dari bilik tidur dan menuju ke bilik air di dapur.

Hud berdehem membetulkan suara yang serak.

"Tak. Abang terlelap tadi masa tengok drama. Nasib baik sayang call. Kalau tak terlepas Asar dah." Dahi Nayla berkerut.

"Tengok drama tak tunggu Nayla pun. Mana aci! Dah janji nak tengok sama-sama dengan Nayla," kata Nayla dengan tidak puas hati.

"Ala sorry la baby. Abang janji nanti kita tengok sama-sama, okay?"

"Abang dah tengok berapa episod?" tanya Nayla. Tak aci Hud tonton drama itu seorang diri!

"Tiga," jawab Hud dengar tak dengar aje.

Nayla mendengus geram.

"Bye!"

"Eh cinta! Jangan letak lagi. Okay, okay abang janji nanti kita ulang balik dari latest episode yang kita tengok tu. Okay? Abang tak kisah kalau nak ulang banyak kali pun asalkan baby abang tak merajuk. Okay sayang saya?"

"Okay," balas Nayla ringkas.

"Merajuk ke?" tanya Hud. Bibir sudah menguntumkan senyum lebar. Eii kerja merajuk aje! Geram!

"Tak dah," balas Nayla lembut.

"Abang makan dah?"

"Dah. Makan cookies sayang. Sedap! Tapi itulah... tinggal separuh dah," Hud berkata dengan nada sedih.

Nayla berdehem perlahan. Tau lah dia yang suaminya mahu merungut tentang biskutnya yang sudah Nayla makan tadi. Hehe.

"Nanti Nayla bake yang lain untuk abang ya. Abang pergi solat dulu. Dah nak habis waktu dah. Nayla pun nak mandi, solat dulu."

"Hmm. Okey. Careful dalam tandas. Lantai licin. Kalau ada apa-apa, minta tolong Dhia," pesan Hud. Risau juga dia Nayla berseorangan di dalam bilik air.

"Baik abang sayang. Saya yang menurut perintah," kata Nayla sambil tersenyum lebar. Tahu suaminya risau. Dia tahu dia bukanlah seorang yang cermat.

"Bye baby saya. I miss you. Assalamualaikum." Makin lebar senyuman Nayla.

"Bye abang. I miss you more. Waalaikumussalam." Telefon bimbit ditinggalkan di atas kabinet pinggan dan berlalu masuk ke dalam bilik air.

Dhia Huda sedang nyenyak diulit mimpi terjaga apabila telefonnya berdering. Mata dibuka sebelah melihat pemanggil yang mengganggunya bermimpi.

Along beku😒.

Mata diguling ke atas. Tahu dah soalan pertama yang bakal terpacul dari abangnya.

Butang hijau dileret.

"Hmm," jawab Dhia malas. Dia masih mamai.

"Isteri along drive okey aje kan tadi?"

"Okey aje. Tak terbabas mana-mana pun," jawab Dhia selamba. Mulut yang menguap luas itu ditutup dengan belakang tangan.

"Akak kau tu clumsy, pregnant pula tu. Tolong along eh? Nanti along bayar upah." Hud meminta tolong sudah kali ke berapa pun tak terkira.

Kalau boleh dia tak mahu menyusahkan orang lain menjaga isterinya. Tetapi keadaan tak mengizinkan. Tambahan pula isterinya sedang berbadan dua, lagi bertambah risau dalam hati.

"Along tak payah risau pasal Kak Nayla. Adik ada boleh tolong jagakan. Along siap-siapkan semua kerja along. Jangan gopoh-gapah. Tapi upah itu pasti ya. Janji jangan di capati tapi ditepati. Okey along?"

Hud dihujung talian sudah mengguling matanya ke atas.

"Kau tak ikhlas ke dik?"

"Ikhlas tu ikhlas. Upah itu skop lain pula bang oi." Dia mari dengan skop pula. Hud sudah menepuk dahi.

"Ya, ya. Sorry susahkan kau."

"Alah. Tak susah ma. Kacang hijau aje."

Hud sudah menggeleng kepala. Bercakap dengan adiknya itu jarang sungguh nak serius.

************to be continued************

Continue Reading

You'll Also Like

22.8K 1.6K 49
Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...
4.1K 166 30
Bissmillahhirohmanirrohim... Eman Laith Γ— Edian Starla Mula : 2.7.23 Tamat : 22.11.23 πŸ‰πŸ‰ !!! Maaf jika ada kesalahan pada ayat. Maafkan saja jikala...
1.5M 132K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...