Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

7.7K 354 3

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 28

128 6 0
By VioletRosess_

"Awak tahu kan kak Nayla pregnant?"

Adam menggumam.

"Mesti bestkan? Ada baby. So cute. Mix muka kak Nayla dengan Abang Hud. Eeeii tak sabarnya."

Minda sudah terbayang bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

"Excited macam hang yang pregnant."

Sabiha mencebik geram. Ayat tu kalau tak sinis sehari tak boleh ke?

"Suka hati orang lah. Sibuk je pakcik ni."

Adam menjeling tajam. Mata menikam wajah gadis di depannya.

"Apa tengok-tengok. Ada hutang?" Penumbuk di tayangkan ke depan.
Sabiha kemudian berlalu pergi. Tidak betah duduk di situ lama-lama.
Geram!

Adam mengulum senyum. Suka tengok muka memerah Sabiha menahan geram. Dia bangkit membuntut Sabiha.

"Teman aku lunch nak?" Ajak Adam sambil bertenggek di kaunter.

Sabiha geleng.

"Tak mau. Pi lah makan sorang-sorang." Balas Sabiha dengan loghat utara yang tak berapa jadi.

"Sombong amat." Sabiha menjeling tajam.

"Jom lah. Esok aku dah tak mai sini dah. Kena duk laut tiga bulan."

Berubah mendung seketika wajah Sabiha namun sempat dikawalnya.

"Lamanya. Memang nelayan kena tunggu tiga bulan dulu baru dapat ikan ke?"

Adam angguk iyakan saja.

"Awak jangan tipu saya. Kalau saya tahu awak tipu, ini last saya bercakap dengan awak." Sabiha memincing matanya.

"Nanti hang tau lah kerja sebenar aku. Aku janji, lepas saja tiga bulan aku bagitau hang. Jom lah. Aku lapar dah ni."

*****

Hud tersedar dari lena apabila terasa Nayla tiada dalam pelukannya.

Mata terkenyit-kenyit melihat jam di telefon. 3 pagi. Dia melepas tawa nipis seraya menghempas kepala ke bantal semula. Tahu dah isterinya di mana pada waktu-waktu begini.

Dia bangkit dari baringan dan berlalu keluar dari kamar tidur mereka.

Cahaya lampu menyimbah terang di dapur.

"Again sayang? Harini apa pula? Ice cream with KitKat?" Nayla yang baru sahaja mahu menyuap aiskrim bersama coklat KitKat di atas ke dalam mulut mengeras.

Perlahan-lahan dia menoleh kepada Hud sambil tersengih sumbing.

"Sikit je. Boleh la abang. Sikittt je." Jari menunjukkan sikit. Muka dicomelkan untuk memujuk Hud.

"One spoon only. Sayang dah makan banyak dah siang tadi. Nanti senang dapat penyakit tahu?"

Sudu ditangan Nayla diambil dan menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut Nayla.

Hujung bibir si isteri yang sedikit comot di lap dengan ibu jarinya.

Sejak masuk bulan keempat ni, kerap sahaja mak buyung itu memunggah peti sejuk pada waktu-waktu begini.

Ada sahaja makanan manis yang dimakan senyap-senyap. Kalau dihalang mahunya jadi drama air mata.

Jadi Hud memberi syarat, hanya satu sudu sahaja yang dibenarkan pada waktu malam. Tidak dapat tidak, Nayla akur sahaja. Bolehlah buat hilang cravingnya itu.

Hud menyimpan semula bekas aiskrim ke dalam peti sejuk. Dia menggeleng pasrah melihat isi peti sejuk itu. Tiga per empatnya hanyalah aiskrim, coklat, air kotak, air botol dan dessert. Semua jenis ada. Dah boleh buka kedai runcit ni.

Siapa lagi kalau bukan isterinya yang membeli secara senyap tanpa pengetahuannya. Tahu-tahu saja peti sejuk itu sudah penuh diisi.

Risau juga dia jika Nayla tiba-tiba dapat kencing manis. Segala pemakanan Nayla memang dipantau sepenuhnya oleh Hud dan Datin Fatima. Tetapi manisan ini sahaja yang diberi sedikit kelonggaran oleh Hud tanpa bonda tahu.

Mahunya dibebel bonda mereka. Yang kena tadah telinganya, si suami. Sabar je lah.

"Dah. Okey dah?" Hud bertanya. Bibir Nayla dicuci menghilangkan sisa aiskrim.

"Dah. Boleh lena tidur." Sengih Nayla menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.

Hud geleng. Macam-macam lah mak buyung sorang ni.

3 pagi keesokannya.....

Hud terjaga dari lenanya lagi. Kedengaran bunyi vacuum datang dari ruang tamu.

Berkerut mukanya.

Aik? Tak makan ke mak buyung tu malam ni?

Kaki mengatur langkah ke ruang tamu.
Hud menahan senyum melihat Nayla dengan dress tidur paras lutut, bertali halus dan sanggul diikat tinggi sedang vacuum lantai. Seksi dan comel dalam satu masa. Boleh ke macam tu? Kalau Nayla Adeena semua boleh. Hud sengih sendiri dengan telahan benaknya.

Bibir comel itu terkumat kamit bernyanyi lagu Untuk Mencintaimu dari Seventeen dengan perlahan. Dengan perut yang sudah membonjol sedikit itu membuatkan isterinya kelihatan sungguh comel. Rasa nak lipat-lipat simpan dalam poket aje.

Hud kembali ke kamar tidur mengambil telefon kemudian berlalu semula ke ruang tamu.

Dia merakam aksi comel si isteri. Sejak-sejak Nayla mengandung, Hud banyak mengambil gambar dan video momen-momen pelik Nayla. Simpan untuk memori ketika tua kelak.

Terasa seperti diperhatikan, terus Nayla menoleh kebelakang. Laju tangan menekan butang tutup.

"Abang," sapa Nayla dengan sengih.

Hud mendekati Nayla. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar tidur pendeknya. Pinggang si isteri dirangkul.

"Vacuum, huh? At this hour, sayang? Tak makan apa-apa ke malam ni?" Hud senyum senget.

Nayla memuncungkan bibir comelnya. Nak perli kita la tu.

"Ingat comel ke buat mulut itik macam tu?"

"Memang comel pun." Perlahan sahaja dia menjawab. Muncung semakin ke depan. Jari runcing bermain-main di dada Hud yang tersarung baju pagoda.

"Ada je kan nak menjawab mulut comel ni. Eiiii geram tau." Hud menggomol pipi Nayla yang makin tembam.

Nayla ketawa kuat.

"Abang, stop!" tercungap-cungap dia.

Hud duduk di sofa bersama Nayla di sisi.

"Sayang makan apa dah malam ni?" Kedengaran sedikit mengejek.

Nayla mengguling bebola mata ke atas.

"Nayla makan KitKat satu je. Lepastu Nayla vacuum rumah. Nayla tak nak dah makanan dalam fridge tu. Abang sedekah la kat sesiapa je nanti. Tinggal coklat Nayla je." Jari telunjuk bermain-main di atas peha Hud.

Jari tu kalau tak merayap tak sah!

"Aik? Biar kebenaran isteri Hud ni?" Berkerut mukanya. Tangan Nayla ditahan dari menguis pehanya. Dicium tangan nakal itu.

Nayla angguk. Bibir menyimpul senyum nipis.

"Kalau abang sedekah dekat orang, sayang jangan menyesal eh? Abang tak beli lain dah tau. Jangan merayu dekat abang dah. Kalau tak abang report bonda."

"Ya. Abang bagi lah dekat jiran sebelah. Dia orang ada anak kecil. Baby dalam ni dah tak nak manisan dah. Dia nak benda lain."

Tangan Hud yang menggenggam tangannya dibawa ke perut dan diusapkan.

"Alhamdulillah. Lega abang dengar. Tak sakit dah telinga abang ni nak tahan bebelan doktor nanti." Nayla sengih tidak bersalah.

Setiap kali pergi check-up perutnya pasti dibebel oleh doktor kerana kandungan gula dalam badan tinggi. Yang kena bebel, suaminya lah. Siapa lagi?

"Thank you baby papa." Hud mengusap lembut perut Nayla yang sedikit membulat itu.

"Dan kenapa tengah-tengah malam ni baru nak vacuum rumah? Esok pagi kan boleh buat? Nanti ganggu jiran lah, sayang," tegur Hud dengan lembut.

"Hidung Nayla rasa gatal dan Nayla terjaga tadi lepastu dah tak boleh nak tidur semula. Lepastu Nayla bosan tak tahu nak buat apa. Lepastu Nayla teringin nak dengar bunyi vaccuum ni, abang," jelas Nayla panjang sambil termuncung-muncung bibirnya.

"Teringin nak dengar bunyi vaccuum? Ini mengidam jenis apa ni?" Tergelak Hud
mendengar celoteh isterinya itu. Aduhai isteri, macam-macam!

Nayla mencebik seraya menampar perlahan peha suaminya.

"Suami, jom. Nayla mengantuk." Mata mula terasa memberat. Kepala disondol-sondol di lengan sasa Hud.

"Jom. Gosok gigi then kita tidur."

Hud bangkit dari duduk dan terus mencempung Nayla ke bilik tidur.

Hud membaca potongan surah yusuf dan doa tidur di telinga Nayla selepas mereka berbaring di atas katil.

"Sleep tight preggy mummy and baby papa. Tak nak buas buas dah."

Nayla gumam.

"Abang. Esok abang masak boleh?"

"Sayang nak apa?"

"Nasi putih, telur goreng dengan kicap."

Hud tergamam. Itu je?

"Yang itu sayang buat sendiri pun boleh." Kata Hud selamba.

Nayla mula mencebik. Sedih apabila permintaannya seolah ditolak.

"M-mana sama. Rasa dia lain. Nayla nak abang yang buatkan." Suaranya serak.

Hud terus menolak sedikit bahu Nayla.
Air mata Nayla diseka.

"Ya, ya. Esok abang masakan, ya?" Nayla terus koyak senyum lebar. Cepat betul mood dia berubah.

"Abang nak makan apa esok. Abang mual lagi ke?"

Hud geleng.

"Kurang dah. Abang cuma tak boleh bau perfume abang je. Yang lain dah okey. Esok abang makan lauk sama sayang aje lah."

Minyak wanginya sudah lama disimpan. Dia hanya memakai minyak wangi isterinya. Wangian itu aje yang dapat diterima deria hidung.

****

Minyak di dalam kuali cukup panas saja terus sebiji telur dipecahkan.

Nayla menggoyang kaki sambil menongkat dagu di Island kitchen.
Mengamati keindahan alam. Pandangan kegemarannya, Hud memakai baju tanpa lengan dengan apron tersarung kemas di tubuh tegap dan seluar pendek paras lutut. Seksi!

Hud mengabaikan saja isterinya yang sedang tenungnya seperti mahu telan. Sudah terbiasa dengan mata nakal Nayla mencabul tubuhnya semasa dia beraksi di dapur.

Nasi panas dicedok ke atas pinggan. Kemudian telur goreng separuh masak diletakkan di atas nasi. Kicap dituang secukupnya.

Bahu Nayla sudah terjungkit-jungkit. Tak sabar nak merasa air tangan suaminya.

Hud melabuh duduk di sisi Nayla dan menadah tangan membaca doa.
Suapan pertama disuapkan kepada Nayla. Terpejam rapat mata hazel itu.

"Sedapnya, abang." Nayla mengelap air mata yang menitis. Makan sedap pun menangis.

"Lah. Kenapa nangis pula ni?"

"Sedap sangat abang masak. Nak lagi." Hud geleng dan menyuap Nayla sebelum dirinya.

"Kejap lagi Nayla nak pergi groceries. Barang dapur banyak dah habis."

"Okey. Naik kereta abang." Kata Hud.

"Naik baby black Nayla aje lah, abang. Nak pergi beli barang dapur aje pun. Nak naik kereta mewah pula kenapa?"

"Naik aje kereta abang. Apa salahnya pergi groceries naik baby abang tu?"
Tanya Hud. Nasi ditambah bersama sebiji telur goreng lagi. Berselera betul mereka menjamah menu simple itu.

"Kenapa tak nak naik kereta Nayla?" Soalan dibalas soalan.

Malas mahu bertekak tentang hal remeh itu, Hud setuju aje.

"Okey. Naik baby black sayang." Fikir apa pun, Hud tak tahu. Tiba-tiba aje tak nak naik Audi nya.


Enjin kereta MyVi hitam cuba dihidupkan. Hud melepas keluh pasrah.

"Kenapa abang?" Nayla di sisi bertanya polos. Buat-buat tak tahu.

Hud memuncung bibirnya ke meter minyak. Lampu minyak sudah menyala. Jarum kuantiti minyak sudah berada pada paras bawah sekali.

Nayla berdehem, malu. Dia tahu, sebab itu dia berkeras mahu menggunakan keretanya. Alang-alang Hud boleh tolong isikan.

"You knew." Hud toleh kepada Nayla yang melarikan pandangan dari Hud. Cis! Saja lah tu budak kecil ni. Sabar je lah.

"Memang tak boleh gerak langsung ke abang?"

"Awak rasa? Nak start pun tak boleh dah ni sayangku."

Typical woman, sempat Hud mengutuk di dalam hati. Pintu kereta dibuka semula.

"You. Stay here. Abang nak ambil kunci kereta abang." Nayla angguk saja. Tali pinggang keledar dibuka semula dan kaki dilunjur ke luar pintu.

"Jom." Hud kembali ke pintu penumpang setelah keretanya sudah dipanaskan enjin. Tangan Nayla dicapai dan dipimpin ke keretanya.

Tangan tu kalau boleh tak mahu lepas. Kerja nak genggam aje.

Elok saja kereta diparkir kemas di petak parking, Nayla terus buka pintu kereta. Tak menyempat betul!

"Careful, Senah." Geram aje dengan mak buyung ni. Kalut-kalut nak ke mana?

"Ya, Jamal" Bibir simpul senyum lucu. Teringat ketika Hud mengajak dia berkahwin tiba-tiba dulu, dia memanggil Hud, Jamal.

"Kalut-kalut nak ke mana, makcik?" Hud menjentik perlahan dahi isterinya.

"Tak sabar nak beli baranglah, pakcik. Jom abang!" Hud pasrah saja apabila tangannya ditarik Nayla. Dia menyaingi langkah Nayla sebelum memaut bahu Nayla.

"Slow, slow. Kedai tu tak ada kaki pun nak lari." Sindir Hud. Nayla sengih saja dan memperlahankan langkahnya.

"Abang, abang?"

"Ya, isteri." Tangan menolak troli bersama Nayla di sisi.

"Kejap lagi kan. Lepas habis beli barang kan. Nayla kan. Nak-"

"Nak apa, sayang? Aiskrim?" Hud mencelah. Bukan dia tak nampak kepala isterinya sesekali terteleng ke kiosk Llao-llao di depan Jaya Grocer.

"Hebatlah abang. Tahu aje sayang abang ni nak apa."

"Yakin je abang sayang dia." Hud berkata selamba, Nayla tercengang. Hud sudah ke depan meninggalkan dia terpaku dengan sepaket gula di tangan kanan dan sepaket cendawan di tangan kiri.

Mata kelip sekali. Betul ke apa yang dia dengar tadi?

"Adeena!" Seru Hud sedikit kuat yang berada beberapa langkah ke depan darinya.

Terus kaki dihayun kepada suaminya.

"Biar kebenaran abang. Abang tak sayang saya?" Hud simpan senyum mendengar suara Nayla yang sedikit sedih itu.

"Tengok lah dulu macam mana." Barang di tangan Nayla diambil dan diletakkan di dalam troli sebelum kembali menolak ke bahagian bahan basah. Sempat tangan Nayla ditarik. Kalau tidak, mahu berdiri statik seperti tugu negara isterinya itu di tengah-tengah kawasan.

Nayla nak merajuk dengan Hud boleh? Hud suka sakat Nayla! Geram!

************to be continued************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 300 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
709K 101K 38
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
30.9K 1.8K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...
548K 18.7K 144
Read and find out...