Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.4K 287 2

{UNDER CONSTRUCTION ๐Ÿšง} Hud Haydar โ™ก Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 25

101 4 0
By VioletRosess_

"Abang. I'm sorry. Nayla bergurau je. Nayla tak ada skandal dengan sesiapa pun. Abang je skandal Nayla." Tangan Hud dihayun lagi.

Hud masih senyap. Dia buat tak tahu saja. Kaki menghayun buaian ke depan dan ke belakang dengan santai. Telinga dipekakkan. Saja mahu menguji Nayla.

"Abanggg. Cakap la dengan Nayla. Jangan la senyap macam ni."

Pisang goreng yang terakhir disuap ke dalam mulut. Tangan ditepuk-tepuk membuang sisa yang melekat. Tenang angin sepoi-sepoi menampar lembut wajah pasangan itu namun tidak bagi Nayla. Dia berasa resah tika ini. Angin petang tidak lagi mendapat perhatiannya.

"Abang." Hatinya mula terasa sebal.

Hud tidak pernah melayannya sebegini.
Pasti Hud terasa hati sungguh dengannya.

"Abang. I'm sorry. Maafkan Nayla."

Dada mula terasa sesak. Tubir mata terasa panas. Melihat Hud masih diam tidak berkutik, hatinya sakit. Tidak suka dilayan begitu.

Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia naik ke pangkuan Hud.

Hud yang tidak menyangka tindakan drastik Nayla itu laju saja tangan memaut pinggang si isteri.

"Careful lah. Memang suka buat saya susah hati ke? Tahulah tak sayang saya pun. Sayang diri sendiri tu. Kalau jatuh macam mana?" Garang sahaja suaranya. Tak reti berhati-hati lah isterinya seorang ini. Hampir terkeluar jantungnya kerana terkejut dengan tindakan Nayla.

Tiada lagi 'abang' 'sayang' meniti dibibir itu.

Tersebik bibir Nayla. Hud marahkan dia.
Hud mana pernah memarahinya apatah lagi naik tangan padanya. Nayla sentiasa dimanjakan Hud tapi tidak kali ini.

"Abang. Nayla minta maaf. Jangan lah marah." Nayla memaut leher Hud.

Air mata menitis satu per satu. Muka sudah memerah menahan tangisan. Bibir sudah melengkung tersebik.

"Nayla sayang abang sorang je. Abanggg. Sorry sorry sorry."

Seluruh wajah Hud diciumnya. Habis air matanya melekat di muka Hud. Mata hazelnya menikam mata coklat cair Hud. Pandangan Hud kosong. Riak wajahnya dingin.

Hud masih sama. Tiada respons. Bibir Nayla mula bergetar.

Esakan Nayla terlepas. Laju sahaja juraian air matanya. Kepala disembamkan di bahu Hud. Terhinjut-hinjut bahunya.

"A-abang. Sorry la. Nayla isk Nayla janji Nayla tak buat lagi dah. Abang isk janganlah layan isk layan Nayla macam ni. Nayla minta isk maaf abang. Isk. Nayla janji tak buat lagi. A-abang isk cakap la dengan isk Nayla." Tersedu-sedan dia dibuatnya.

Nafasnya terasa sesak. Dia cuba mengatur nafasnya semula.

Hud mula cemas mendengar nafas Nayla yang sudah tidak teratur itu.

Pantas dia mendongakkan kepala Nayla.
Dada Nayla berombak laju.

"Shhhhh. I'm sorry. I'm sorry. Abang maaf kan sayang. Shhh."

Belakang tubuh Nayla diusap perlahan. Cuba menenangkan Nayla. Air mata yang mengalir tak henti-henti itu disapu.

"A-abang.." Nayla memegang dadanya yang terasa sesak itu.

"Shhhh. Stop talking and stop crying sayang. Take a deep breath. Slowly." Tegas nadanya. Dalam nada tegas terselit kerisauan dan pujukan dalamnya.

Nayla patuh. Dia mengikut Hud menarik nafas perlahan-lahan dan dilepaskan perlahan-lahan.

"Again sayang. Follow me." Beberapa kali mereka berulang.

Dada Nayla mula berombak tenang. Nafasnya mula teratur. Hud mengusap lembut dada kiri Nayla menenangkan jantung yang bergedup laju itu. Hud segera memeluk tubuh itu erat.

"You scared me, baby." Hud mengelus belakang kepala Nayla lembut. Tepi kepala Nayla menjadi singgahan bibir Hud sekejap.

Nayla membalas pelukan Hud kemas dan erat. Masih tersedu-sedan. Tangisannya sudah tiada.

"I'm sorry abang. Nayla janji tak sebut nama siapa-siapa dah lepas ni. Nayla sayang abang sorang je. Cintakan abang sorang je." Ditenyeh wajahnya di bahu Hud. Habis hingus terkena disitu.

Menyesal dia bergurau begitu. Allah bayar tunai terus sebab buat suaminya terasa hati. Sumpah ini kali pertama dan terakhir dia bergurau begitu. Tidak sanggup dia menerima layanan dingin seperti ini.

"Janji?" Hud bertanya.

"Mmm. Janji tak buat lagi. Abang je skandal Nayla sampai mati." Hud melabuhkan ciuman di telinga Nayla.

"I love you sayang. Janji jangan sebut nama mana-mana lelaki lagi. Abang cemburu. Nayla Adeena abang punya sorang je." Kedengaran sangat posesif.

Nayla angguk laju. Dia meleraikan pelukan dan mencekup pipi Hud.
Matanya menikam mata coklat cair itu. Dia menatap lembut mata kegemarannya itu.

"Nayla Adeena hanya milik Hud Haydar sahaja. I love you, suami." Nayla melabuhkan ciuman di dahi Hud lama.

Hud memejamkan matanya rapat. Menghayati momen itu. Bibir mengoyakkan senyuman bahagia.

Dhia yang sedang merakam momen merpati dua sejoli itu mengelap air mata yang menitis di pipi. Mak Som juga begitu. Hati mereka tersentuh melihat adegan pasangan itu.

Tidak dinafikan pasangan itu sememangnya tampak serasi bersama.

Datin Fatima yang baru tiba di pintu dapur mengerut dahi melihat dua orang itu seperti mengintai seseorang.

Dia mendekati Dhia dan Mak Som. Kepalanya terjengul-jengul juga mahu melihat apa yang anak dan pembantu nya intai itu.

"Korang tengok apa?" Datin Fatima berbisik.

"Maaaaak!!" Terjerit kecil kedua-dua wanita itu. Laju kepala di toleh kepada Datin Fatima.

"Che Puan."

"Bonda."

"Korang tengok apa?" Tanya Datin Fatima lagi tetapi sedikit kuat.

Laju sahaja Dhia meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.

"Shhhh. Jangan kuat-kuat bonda. Tu tengok anak sulung dengan menantu bonda tu."

Dhia membuka sedikit ruang untuk Datin Fatima.

Terus senyuman lebar dikoyak pada bibir tua itu. Hatinya berasa gembira.

"Ni Dhia ada rekod along merajuk dengan akak tadi."

Dhia menarik bondanya masuk semula ke dapur. Tidak mahu mengganggu pasangan itu bercinta.

Rakaman ditayangkan kepada bondanya.
Terlepas tawa mereka. Sungguh mereka tidak menyangka akan sisi Hud yang satu itu.

Dato' Idris yang baru tiba di dapur juga diajak tonton sekali. Diulang beberapa kali video itu. Masih mereka ketawa melihat Hud merajuk.

Haihla anakku.. Tak pernah-pernah berperangai begitu. Dato' Idris menggeleng dengan senyum tipis.

*****

Tangan rancak mengscroll TikTok. Tergelak dia melihat aksi comel kucing. Kaki melunjur lurus bersama Bubu selesa tidur, dibelai di peha Nayla.

Pehanya terasa kosong dan ringan tiba-tiba. Terus telefon diketepikan dan melihat Hud sudah mengubah Bubu ke tempat tidur yang tersedia di penjuru bilik.

Dengan raut wajah masam mencuka Hud merangkak naik menindih Nayla dan melabuh kepala di abdomen Nayla.

"Kenapa ni?" Nayla senyum tipis dengan tangan menjalar di celahan rambut Hud.

"Nak attention. Cukup lah bagi attention dekat Pak Cik Bubu awak tu." Hud bergerak membetulkan kedudukannya supaya selesa. Nayla mengangkat sedikit tangan apabila kepala Hud naik ke dadanya. Nayla menurunkan tubuhnya supaya lebih selesa untuk tampung berat suaminya yang menghempap sepenuhnya ke atas Nayla.

"Cemburu ke?" Rambut Hud dibelai. Sesekali dia mencium kepala suaminya.

"Mestilah." jawab Hud perlahan. Dengar saja jawapan Hud, terletus tawa kecil Nayla.

"Dengan kucing pun nak cemburu." Kutuk Nayla kemudian sambung menonton TikTok dengan sebelah tangan membelai belakang kepala Hud. Hud turut menumpang tengok TikTok isterinya.

Sesekali pasangan itu tertawa menonton konten TikTok yang mencuit hati.

Ting!

satu notifikasi naik di skrin.

unknown: photo

Berkerut dahi Nayla.

Ting!

masuk lagi satu mesej dari nombor yang sama.

"Siapa?"

Nayla menjongket bahu dengan bibir menceber. Dia membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat isi mesej yang dihantar pada lewat malam.

Tekan saja muat turun dua keping gambar itu, membulat matanya. Terkejut dia melihat gambar yang tak senonoh itu. Gambar seorang lelaki tidak berbaju sedang tidur nyenyak di atas katil dengan selimut separuh badan bersama seorang wanita yang bahu terdedah sedang tidur di lengan lelaki itu. Selimut menutupi tubuh. Namun wajah dua orang itu jelas terpampang.

"Astaghfirullahal'adzim, abang!" Terus dia menutup telefon. Badannya terus tegak.

Hud segera duduk tegak. Wajahnya juga terkejut.

"Sayang. Tu bukan abang." Lelaki di dalam gambar itu adalah Hud dan wanita itu adalah Maisara.

Nayla diam tak berkutik.

"Sayang. Sumpah tu bukan abang. Abang tak pernah masuk mana-mana hotel dengan dia." Hud bersungguh menafikan foto itu.

Dalam hati sudah berbakul sumpah seranah dia kepada Maisara. Apa lagi yang perempuan tu nak dari dia?

"Adeena. Percayakan abang kan?" Hud bersuara perlahan. Mata menikam dalam mata hazel Nayla.

Dada Nayla berombak kasar. Dia masih terkejut. Masih tak percaya akan menerima foto tersebut. Dia tahu siapa yang menghantar gambar itu kepadanya.

"Sayang." Melihat Nayla menayang riak kosong, Hud mencapai tangan Nayla.

"Betul ke abang?" Nayla tanya untuk kepastian. Dia membalas renungan Hud. Mencari kejujuran pada mata coklat cair itu.

"Ya. Itu bukan abang. Dan abang tak pernah pegang mana-mana perempuan selain isteri, ibu dan adik abang."

Nayla senyap lagi. Diam tidak berkutik. Minda masih jelas dengan foto yang dilihat sebentar tadi.

Melihat Nayla senyap begitu, Hud mula mencium wajah Nayla.

"That's not me, sayang. Semua tu edited." Dia tahu gambar itu diedit tapi Nayla tak tahu. Nayla yang bendul tak tahu dan tak mengecam gambar yang diedit. Hud yakin. Tubuh Nayla ditolak baring.

Nayla masih sama. Tak terkesan dengan ciuman Hud. Ciuman Hud mula turun ke rahang Nayla dan kemudian turun lagi ke leher. Dicium bertalu-talu di situ. Hatinya hiba dengan respons Nayla.

"That's not me." Tak henti dia mengulang ayat itu sambil mengucup leher Nayla.

"Abang." Nayla cuba menghentikan kucupan Hud namun gagal.

"Abang." Lehernya terasa basah. Tercengang dia seketika. Kucupan Hud tanpa henti dilehernya.

"Hud Haydar." Panggil Nayla lembut. Kepala Hud dipegang dan didongak ke arahnya. Menitis satu dua air mata Hud ke pipi Nayla.

"Tu bukan abang." Kata Hud lagi dengan suara serak.

"Ya, ya. Nayla tahu. Nayla percaya abang." Air mata Hud diseka lembut.
Mata Hud kelip sekali.

"Betul? Betul sayang percaya abang?" Nayla angguk dengan senyum tipis. Tak sangka sampai menangis Hud cuba meyakinkan dia.

"Alahai. Sampai nangis suami saya ni. Usik sikit aje pun. " Nayla cium kedua-dua mata basah Hud.

Hud kembali melabuhkan kepala di dada Nayla. Dia memeluk erat tubuh isterinya, menghempap separuh tubuhnya di atas Nayla.

"Promise me, sweetheart. Defend me and trust me sepenuhnya, sayang." Kata Hud perlahan.

Nayla angguk.

"Selamanya, abang. Nayla akan pertahankan abang dan percayakan abang. Biarlah mak lampir tu hantar apa pun pada Nayla. Nayla tetap percayakan abang. Okey, suami saya?" Hud menggumam lembut sambil angguk.

"Mana sayang tahu tu Maisara?" Hud dongak memandang wajah Nayla.

"Siapa lagi yang suka ganggu kita kalau bukan dia. Dah tak ada kerja sangat kut yang nak ganggu kita. Geram je. Ini kalau jumpa depan-depan ni memang Nayla bantai dia lagi sekali. Teruk dari haritu Nayla bagi. Ganggu lagi suami Nayla. Macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Nak sondol lelaki orang juga. Tak tahu ke Hud Haydar ni Nayla Adeena punya sorang je," Omel Nayla tidak puas hati. Hud tak berkelip memandang Nayla.

"You-" Nayla terus tunduk membalas renungan Hud.

"-look sexy, cupcake." Panas terasa wajahnya setelah Hud menghabiskan ayat yang tergantung. Tangan laju menutup muka Hud dari terus tenungnya.

"Abang serius ni sayang. You look so hot defending me like that. Gosh my stomach full of butterflies."

Tangan Nayla digenggam dan dialih dari wajahnya. Nayla segera menekup muka di atas kepala Hud. Malu. Kaki digoyang-goyang.

Hud mencium jemari runcing Nayla sambil tertawa kecil. Kemudian dia memeluk erat tubuh Nayla ke dalam dakapannya. Muka dibenam di dada Nayla.

"Terima kasih, isteri."

***********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

200 83 13
F I R S T T I N T A๐Ÿซ Tinta dari pendosa, Tinta dari hati yang mati. ๐Ÿค Written by: Choconad_
4K 80 21
Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia menetap disana sejak kedua Ibu bapanya tela...
14.7K 247 6
Emma Hayes 28 years oldpeace of shit drunk father, bipolar druggie mom, has 4 kids, had her oldest son when she was 15. what happens when Emma is la...
131K 4.4K 51
/๐—นฤ“๐—น/ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ท๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ. ๐—น๐—ผ๐˜†๐—ฎ๐—น ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜. ๐๐ž๐ข๐ง๐  ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐จ๐Ÿ ๐Š๐ž๐ข๐ฌ๐ฎ๐ค๐ž ๐๐š๐ฃ๐ข ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐ ๐ž๐ญ ๐ข๐ง๐ฏ๐จ๐ฅ๐ฏ๐ž๏ฟฝ...