Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

7.7K 354 3

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 22

147 5 0
By VioletRosess_

Punggung dilabuhkan di birai katil. Nayla termenung jauh. Suara Hud memarahinya bergema di segenap fikiran.

Gel aloe vera disapu perlahan pada luka melecur. Tersentak dia dari lamunan apabila botol gel dirampas perlahan dari tangan. Toleh sahaja ke kiri, Hud sudah melabuh duduk di sisinya.

Tangan kanan Nayla dicapai lembut dan Nayla segera mahu menarik semula tangannya. Hud mencengkam kejap tangan itu.

"Biar abang buat."

"Tak apa. Nayla boleh buat sendiri. Sikit aje ni," balas Nayla dengan lembut.

Namun Hud tetap Hud. Berkeras juga mahu menyapu gel pada tangan Nayla. Nayla mengalah. Biarkan saja Hud merawat luka lecurnya.

Suasana hening. Masing-masing diam tanpa bicara.

"I'm sorry." Hud tiba-tiba bersuara. Nayla angkat kepala.

"Kenapa?" Berkerut dahinya.

"Termarah Deena tadi. Abang terkejut dengar sayang jerit, itu yang tertinggi suara tu. Tak ada niat nak marah langsung." Tangan yang sudah siap disapu gel itu dikucup seketika.

"Minta maaf sebab buat abang susah hati." Tangan Hud pula dikucup.

"Fikir apa tadi sampai terlanggar habis kuali leper tu?"

Nayla diam seketika.

"Nayla teringat mama, baba dan abang." Bibir leret senyum tawar. Kepala ditunduk menekur lantai.

"Sedekah Al-fatihah pada dorang. Nanti kita pergi ziarah dia orang. Tak mau sedih-sedih." Nayla angguk.

Nafas dihembus dan bangkit menghadap Hud dengan senyuman. Tangan dihulur. Hud memandang huluran tangan Nayla.

"Jom. Nayla lapar." Senyum lebar ditayang. Hud perlahan-lahan mencantumkan tautan tangan mereka bersama senyum tipis dan menarik Nayla ikut ke dapur di tingkat bawah.

*****

"Adam. Awak tak kerja ke yang melepak kat sini?"

Kerusi ditarik dan duduk di depan Adam Fayyad. Awal Adam datang ke kafe hari ni. Elok saja papan 'buka' dikalih, dia terus berjalan masuk.

"Harini cuti." Mata masih menelaah buku ditangan. Minat baru yang diceburi. Ini kalau ibu di kampung tahu dia suka membaca, mahu dileterinya. Dulu masa zaman sekolah punya liat dia mahu membuka buku. Jenuh dipaksa, diugut. Semua tak jalan.

Sejak bila dia suka membaca pun tak tahu lah. Rasanya aku ni pantang nampak buku ja terus mata berpinar.

"Awak kerja apa?" Saja mahu menyibuk.

"Aku ni kerja nelayan ja."
Sabiha mengecilkan mata tidak percaya akan kata jejaka kacak di depannya itu.

"Tak percaya."

"Suka hati hang lah."

Sabiha mengguling matanya.

"Awak single ke?"

"Muka aku nampak macam bapak orang ka?" Buku ditangan ditutup dan diletakkan di meja.

"Tak lah. Orang tanya tu jawab je lah." Geram sahaja soalannya dibalas soalan.

"Zaman sekarang mana ada orang mau kat nelayan macam aku ni." Nadanya bersahaja.

"Tapi kalau 'nelayan' handsome macam awak ni takkan tak ada orang terpikat kut?" perkataan nelayan ditekan. Mata diguling ke atas.

"Awat. Hang terpikat dengan aku ka? Kalau dah terpikat, boleh aku masuk minang. Aku pun tak larat dah nak tadah telinga dengar ibu dan Nayla membebel." Nadanya sinis.

Sabiha terbatuk-batuk. Tidak menyangka soalan itu diajukan.

"Eeeii tak kuasa saya nak suka kat orang macam awak." Cuma mahu menutup gugup di dada.

Adam mengangkat bahu.

"Kan aku dah kata. Tak percaya. Tapi kalau dah terpikat tu habaq mai." Dia bersandar santai di kerusi. Sabiha berdecit.

"Dia bukan tak laku, dia jual terlebih mahal sangat, Biha. Itu yang membujang sampai ke tua tu." Celah Nayla yang baru keluar dari dapur bersama beg tangan.

"Diam lah hang, Nayla. Ni abang nak balik kampung esok lusa. Ada nak kirim apa-apa ka untuk tokma dan tok babah hang?"

"Betul apa Nayla cakap. Ramai je yang beratur belakang abang. Abang je yang tak toleh. Menonong aje ke depan." Nayla hambur tawa melihat wajah Adam yang tidak puas hati itu.

"Nanti Nayla nak kirim barang sikit untuk tokma dan tok babah. Abang tolong kirimkan ya?" Adam angguk.

"Akak harini separuh hari aje kan?" Sabiha bertanya untuk kepastian.

"Ya. Lagipun harini akak datang sendiri. Kena balik awal. Biha tolong closing ya."

Sabiha angkat tangan 'okey'.

"Bereh boh."

Jam di tangan dipandang sekilas.

"Nayla kena gerak dah ni. Bye. Assalamualaikum."

Adam dan Sabiha menjawab salam perlahan. Mata masih tancap pada susuk tubuh Nayla.

"Depa okey ka?" Sabiha jongket bahu saja.

Dia pun pelik. Sejak Nayla sudah bersuami, tak pernah lagi dia datang sendiri. Selalu dihantar dan diambil oleh Hud jika Hud tidak bekerja luar kawasan.

******

Kunci dimasukkan ke dalam lubang padlock dan dipusing buka.

Klak!

Kemudian pintu besi dibuka dan diikuti pintu kayu yang diukir cantik. Salam diberi bersama kaki kanan melangkah masuk dengan perlahan. Sudah lama dia tidak menjejak kaki ke rumah ini.

Tadi Nayla sengaja pulang awal dari kafe. Niat mahu singgah di rumah ini. Rumah yang dia menetap sebelum bergelar isteri.

Berdebu dan berhabuk setelah sebulan dia tidak datang menjenguk. Punggung dilabuhkan di sofa. Kaki melunjur ke depan. Mata meliar memerhati segenap kawasan ruang tamu itu.

Mama, baba, abang... Adik nak buat apa dengan rumah ni? Nak jual.. dia berasa sayang. Banyak memori di sini. Dari dia lahir sehingga sebelum berkahwin.

Mahu dibuat sewa.. Takut barangan dalamnya tak terjaga pula. Jauh dia berfikir.

Ting! Notifikasi Whatsapp masuk.

Hud.

Abang sayang : ada mana?

√√seen

Dia segera membuat panggilan. Tak sampai tiga deringan, panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, abang."

"Waalaikumussalam. Sayang ada mana?" Hud bertanya lembut.

"Nayla datang rumah lama kejap. Abang dah sampai rumah bonda ke?" Nayla bangkit dan berjalan ke bilik tidurnya.

"Belum. On the way. Jalan sesak."
Hud terus memberi signal kiri, menukar laluannya. Niat mahu pulang ke rumah bonda terus dibatalkan.

"Drive elok-elok, abang. Talk to you later." Nayla menamatkan panggilan. Tak mahu sesuatu terjadi kepada suaminya ketika memandu. Dia sudah trauma akan kemalangan jalan raya.

Tak lama kemudian, selepas membersihkam diri, pintu rumah diketuk. Tangan yang mengelap rambut terhenti.

Tok! Tok! Tok!

Jam di dinding dipandang. 8 malam. Rambut segera dibalut kemas dengan tuala mandi dan terus menuju ke ruang tamu. Pintu rumah diketuk lagi.

Langsir diselak sedikit. Kereta Audi A6 matte black milik Hud parkir elok di depan pintu pagar. Terus pintu kayu dibukanya.

"Abang? Buat apa sini? Kenapa datang tak bagitahu?" Pintu dibuka luas. Menjemput Hud masuk. Tangan Hud disalam hormat.

"Kenapa datang tak ajak abang?" Punggung dilabuh duduk di sofa. Nayla terus bersimpuh di kaki Hud. Stoking Hud dibuka.

"Tak nak susahkan abang. Lagipun jalan kan sesak hari ni. Nayla ingat pukul 9 kejap lagi dah nak gerak ke rumah bonda. Abang lapar?" Kepala melangut memandang Hud.

"Are you okay, cupcake?" Soal Hud tiba-tiba.

"Okey? Kenapa?" Nayla membelek dirinya. Apa yang tak okey nya? Elok aje. Sihat aje.

"Nah. Tak ada apa. Saja tanya. Kalau ada masalah share je dengan abang, okey?" Nayla angguk. Kepala Hud bersandar di sofa. Mata dipejam rapat. Mahu berehat sebentar.

Lihat saja Hud selesa bersandar di sofa, perlahan-lahan Nayla bangkit duduk di sisi Hud. Sebenarnya dia mahu duduk di riba Hud tapi dia risau Hud tak selesa. Tuala di kepala dicabut dan disangkut di kepala sofa.

Wajah Hud dipandang tak lepas. Hud toleh ke sisi apabila terasa diperhatikan.
Senyum tipis diukir. Tahu akan kehendak si isteri dari pandangan itu.

Mata dicelik dan peha ditepuk dua kali.

"Come."

"Tak apa ke? Abang letih." Nayla teragak-agak. Terus tubuhnya diangkat mudah dan diletakkan di atas riba Hud.

"Much better. Abang prefer like this. We, stay close like this. Rasa hilang penat abang." Nayla memeluk tubuh Hud. Kepala disandarkan di bahu Hud.

"Abang." Hud gumam. Mata pejam rapat. Hidung tenggelam dalam rambut Nayla. Wangi.

"Abang kenal Naufal Adha." Bukan soalan tapi penyataan.

Tadi semasa dia jenguk bilik abangnya, laci meja solek abang dibuka. Terpampang sekeping foto dua orang lelaki. Dia kenal sangat dua susuk tubuh itu. Hud Haydar dan abangnya, Naufal Adha.

Foto itu diambil dan dipusing ke belakang.

With my best friend, Hud Haydar.
31 Jan 2020.

gambar terakhir Hud bersama Naufal.

"Best friend abang. Kawan yang selalu dengar luahan abang. Kawan yang selalu nasihat abang. Kawan yang ada masa susah dan senang abang. Kawan yang tak pernah berkira dengan abang. Abang dah anggap dia macam keluarga abang masa di akademi penerbangan." Jelas Hud. Masa yang dia sendiri tak tahu akan tiba. Nayla sudah tahu.

"Jadi, abang tahu lah Nayla ni adik Naufal? Kenapa tak cerita dekat Nayla?"

"3 tahun selepas kemalangan tu berlaku. 3 tahun selepas Adha tinggalkan abang tanpa penutup kata baru abang tahu yang Deena ni adik dia. Itu pun sebab abang ternampak frame gambar Deena dengan Adha masa di kafe. Abang pun tak sangka Deena adik kepada arwah Adha."

"Mulanya abang macam tak percaya. Tapi lepas abang perhati, baru abang perasan.. korang berdua memang iras. Warna mata sama. Bentuk hidung sama. Bentuk muka pun sama." cerita Hud sambil belai rambut Nayla.

"Dulu, masa di akademi.. Adha selalu cerita pasal adik dia. Adik kesayangan dia yang manja. Cengeng. Selalu nak berkepit dengan dia aje. Abang dengar aje lah dia cerita pasal adik dia bila dia rindu dekat Deena. Tapi tak pernah sekali pun dia tunjuk wajah sayang pada abang."

Nayla diam mendengar Hud bercerita. Seronok dengar cerita tentang arwah abangnya.

"Tak sangka abang jatuh cinta dengan adik kawan baik abang sendiri. Ini kalau dia masih ada ni, mesti dia halang abang habis-habisan supaya tak dekati sayang."

Nayla terus tegakkan badan. Dahi berkerut.

"Kenapa pula?"

Hud tergelak kecil.

"Iyalah. Dia mana pernah suka kalau kawan-kawan kita orang yang lain cuba cucuk jarum dekat adik kesayangan dia ni. Itu yang gambar Deena dia tak pernah tayang pada orang lain. Overprotective betul." Jelas Hud.

Nayla angguk setuju. Betul la tu. Arwah abangnya sangat protective akan dirinya. Semua lelaki yang mahu dekatinya harus lepasi Naufal dahulu.

"Tapi dulu abang terkilan juga. Dia tinggalkan abang tanpa penutup kata. Tanpa ucap selamat tinggal." Suara Hud kendur.

"Nayla pun sama, abang. Bukan abang Naufal aje.. Mama dan baba pun. Pergi tinggal Nayla seorang diri. Nayla masih mentah lagi masa tu. Tak ada hala tuju pun lepas Nayla sedar dari koma. Nayla pernah masuk hospital sebab depression teruk." Sebak di dada bertandang. Tapi dia mahu luahkan semua. Tak mahu beban di dada semakin sarat. Rasa yang tak pernah dia luahkan kepada sesiapa.

"Nayla tak ada sapa-sapa dah abang. Mujur Sally ada temankan Nayla. Tokma dan Tok babah pun duduk jauh dari Nayla. Dorang pun dah tua. Nayla rasa macam tak mampu nak teruskan- " Hud terus cekup pipi Nayla. Anak mata hazel direnung dalam.

"Shh. Semua yang jadi ada hikmahnya sayang. Pandang semua kerjaNya tu dengan positif. Semua takdir, qada dan qadar Allah semua sudah disusun cantik. Tuhan ambil dia orang, Tuhan gantikan dengan orang lain. You have me now. You have bonda. You have papa, Dhia, Mak Som. Sayang tak happy ke dengan kehadiran kita orang?" Nayla geleng menyangkal tujahan Hud.

Mana mungkin dia tak bahagia dengan kehadiran keluarga itu dalam hidupnya. Sungguh dia hamba yang sangat tak bersyukur jika dia tak hargai dan tak bahagia dengan kehadiran mereka.

"Happy. Happy sangat."

"Tuhan tak pernah kejam dengan hambaNya. Keluarga tak semestinya dari darah daging sendiri saja. Orang lain pun boleh dianggap keluarga juga, sayang. Keluarga abang keluarga sayang juga. Ingat tu." Nayla angguk sambil tangan seka air mata yang mengalir. Ciuman dilabuhkan di pipi Hud.

"Terima kasih."

"Untuk?"

"Jadi kawan baik kepada Naufal Adha. Terima kasih sebab hargai dia." Senyum manis dikoyak.

Hud mencium dahi Nayla.

"Terima kasih juga sebab jadi adik kepada Naufal Adha. Sekurangnya kalau tengok Deena, lepas juga rindu abang pada arwah. Terima kasih sebab buktikan apa yang arwah katakan tu betul yang adik Adha ni seorang yang manja. Seorang yang cengeng." Hidung Nayla dicuit. Nayla tertawa kecil.

"Terima kasih menjadi asbab untuk abang balas segala jasa arwah dengan menjaga adik dia sepanjang hidup abang." bibir Nayla terus dipagut lembut. Air mata Nayla terus mengalir laju.

Abang. Hud Haydar, kawan baik abang jaga adik dengan sangat baik, abang. Macam abang jaga Nayla dulu. Kawan baik abang yang abang selalu tak bagi Nayla tengok dulu dah jadi suami Nayla, abang. Nayla dah jumpa seseorang yang mampu jaga Nayla macam abang. Yang mampu manjakan Nayla macam abang manjakan Nayla.

Mama, baba. Adik dah tak keseorangan. Adik ada bonda dan papa untuk menagih kasih seperti mama dan baba pernah berikan. Tunggu adik di sana, mama, baba, abang. Doa adik sentiasa bersama dengan korang. Adik rindu.

"Dah dah. Nak balik rumah bonda atau nak stay sini?" Jari kasar Hud menyeka sisa air mata isterinya.

"Ikut abang. Nayla tak kisah. Asal dengan abang."

"Kita balik rumah bonda lah kalau gitu. Lagipun baju abang tak ada lebih dekat sini. Jom. Dah lewat ni. Takut bonda tertunggu pula. Esok kita datang ambil kereta sayang." Nayla terus berjalan ke bilik tidur untuk bersiap.

Beg tangan Nayla di sofa disangkutkan dibahunya. Elok saja Nayla bersiap terus dipimpin tangan halus itu berjalan keluar.

************to be continued************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

710K 101K 38
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
550K 18.7K 144
Read and find out...
1.9K 300 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
3.6K 185 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...