Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

7.7K 354 3

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 19

147 6 0
By VioletRosess_

"Assalamualaikum."
Kasut disusun di rak kasut luar rumah.

"Waalaikumussalam. Lamanya keluar. Abang rindu." Hud yang sedang menonton television ditemani Bubu terus bangun mendekati Nayla.

Seharian Nayla meninggalkan dia. Merajuk sungguh ni!

"Awak makan dah?"
Hud menjatuhkan kepala. Dia hanya makan maggi sahaja. Tiada selera kerana isterinya masih merajuk dan tinggalnya seharian di rumah.

Hud rindu nak dengar Nayla berceloteh.

Nayla membuka langkah untuk ke kamar tidur. Hud segera menggapai tangan Nayla. Dipeluk tubuh genit itu dari belakang. Kepala dijatuhkan di bahu Nayla.

"Marahkan abang lagi ke?"

"Tak. Saya tak marah pun."

"Habistu kenapa guna 'saya' 'awak'? Kenapa tak nak cakap dengan abang?" Wajahnya cemberut. Tidak gemar Nayla menggunakan panggilan seperti sebelum mereka kahwin.

"Saya sibuk sikit harini." Jujur Nayla juga rindu akan Hud. Dia mana boleh berenggang dengan Hud.

"Tengok tu... kata tak marah? Kenapa guna 'saya' 'awak' dengan abang? Abang tak suka." Wajahnya masam mencuka.

Hud melepaskan pelukan dan menarik Nayla ke sofa. Dia mendudukkan Nayla di ribanya. Kaki Nayla dilunjur ke sisi. Nayla menundukkan pandangan. Bermain dengan jemari sendiri.

"Tell me." Kata Hud dengan suara lembut. Dia mengusap kedua belah pipi gebu Nayla.

Nayla mendongak memandang Hud.

"Tell me everything. Apa yang sayang fikir? Apa yang sayang nak luahkan. Tell me. Abang tak sanggup nak hadap Nayla Adeena yang dingin macam ni. Abang rindu Nayla Adeena abang. Baby manja abang ni. Abang rindu."

Tubir mata Nayla terasa panas. Hud masih mengelus lembut pipinya.

"Nayla takut tengok keadaan abang semalam. Macam-macam Nayla fikir."

Dia diam seketika kemudian menyambung kembali.

"Macam mana kalau Nayla tak ada kat situ?

Macam mana kalau plan dia berjaya?

Nayla takut kalau plan dia berjaya, abang akan abaikan Nayla. Nayla tahu dia buat macam tu sebab nak abang semula. Dia nak ambil abang dari Nayla."

"Nayla tak nak share abang. Abang Nayla punya sorang je. Tak nak share. Nayla ada abang sorang je. Kalau dia jadi madu Nayla, Nayla kena share kisses and hugs abang dengan dia."

"Nayla minta maaf sebab tarik muka dengan abang. Minta maaf sebab abaikan abang tadi. I'm sorry. Sepatutnya Nayla tak suruh abang berjumpa dengan dia. I'm sorry."

Tangan Hud dikucup tanpa henti dengan air mata mengalir laju.

Tersedu-sedan dia bercerita. Bibir comel tersebik-sebik. Hud tersenyum.

Gugup dia mendengar luahan si isteri. Rama-rama berkepak dalam perutnya.

"I love you sayang. I'm sorry okay? Sepatutnya abang tak minta cadangan dari sayang. Abang tak patut cerita idea tak bernas Aidil tu. Kesian baby abang ni makan hati."

Hud mengesat air mata Nayla.

"My kisses and hugs are specially for you. Only you can have and taste that. Okay? Merajuk lagi tak?"

"Mmm" Nayla angguk dengan tangan mengesat air mata yang tidak mahu berhenti itu.

"Kenapa? Abang ada buat salah lagi ke?" Tenang sahaja Hud bertanya.

"Abang minum air kat situ. Nayla dah pesan and abang pun dah janji." Bibir dicebik.

"Oh. I'm sorry okay. Abang terlupa. Maafkan abang tak?" Macam pujuk budak kecil sahaja.

"Mmm" Nayla memeluk erat leher Hud.

"Tapi macam mana sayang boleh tahu yang dia akan letak ubat dalam air tu?"

"Itulah abang. Baca aje novel tapi tak menelaah habis-habis. Nayla tahu lah. Dalam novel selalunya ada babak macam tu," omel Nayla masih dengan sisa air matanya.

Hud ketawa mendengar penyataan tersebut.

"Macam tu eh?" Belakang tubuh Nayla diusap perlahan.

"Rindu abang." Tangisannya tidak berhenti lagi. Malah makin menjadi-jadi.

Ish! kenapa tak nak berhenti air mata ni!

"Kalau dah maafkan abang... kenapa menangis lagi?"

"Tak tahu." Esakan semakin kuat.

"Shhhh." Hud menggosok lembut belakang badan Nayla. Dia membaca beberapa potong ayat Al-Quran bagi menenangkan Nayla.

Tangisannya mula reda. Nayla menegakkan badan semula.
Tangan naik mengelus rahang yang mempunyai jambang halus itu.

"Abang sakit lagi ke?" tanya Nayla dengan suara serak.

"Pening sikit je." Tersebik semula bibir Nayla.

"Sikit je sayang.. Nanti okey la. Jom mandi, solat then tidur." Ajak Hud seraya bangun dengan Nayla dalam dukungannya. Kaki Nayla dililit di pinggang nya. Seperti koala.

"Abang mandikan?"

"Ya mandi dengan abang." Nayla mengukir senyuman lebar. Pipi Hud dicium berkali-kali.

Setelah selesaikan kewajipan, pasangan itu baring di katil bersedia untuk tidur.

"Tadi siang Deena pergi mana?"

Nayla pun mula bercerita urusan sehariannya tadi. Hud tekun mendengar.
Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Suka mendengar suara si isteri.

"Bagusnya isteri saya ni. Macam ni lah isteri Hud Haydar. Baik hati. Terima kasih, isteri. And I'm sorry again menyusahkan sayang saya ni."

Bibir comel si isteri dikucup sekejap. Nayla tersengih. Hidung mengerut suka.

"Alah. Small matter ma. Wa boleh urus sendiri. Benda kicik saja ma. Ini Nayla Adeena bini itu Hud Haydar loh."
Hud bantai gelak kuat melihat Nayla yang menayang muka bangga.

Nayla yang berada dalam dakapan Hud bermain-main dengan perut Hud yang berketul itu.

"Potato bun Nayla makin kecut lah abang. Abang tak jaga dia ke? Tak comel dah dia." Nada kesian dibuat.

"Dah lama abang tak work out. Esok sayang teman abang ya. Kita keraskan balik potato bun sayang ni."

"Okey!" Nayla senyum gembira. Jari masih bermain dengan six packs Hud.

"Abang.. bila perut Nayla nak ada baby? Tak sabarnya! Abang teringin nak baby tak?" Perutnya ditepuk perlahan.

"Soon sayang soon. InsyaAllah. Doa semoga kita dimurahkan rezeki ya. Abang memang teringin nak ada anak bersama Deena."

Nayla mengangguk sambil menguap luas. Tangan Hud laju menutup mulut isterinya.

"Recite dua, sayang."

Mereka membaca doa tidur dan Hud memeluk erat tubuh Nayla.

"Sweet dream sayang abang. Tak nak sedih-sedih dah."

Nayla menggumam dan mencium dada Hud sebelum tidur mula menjemput pasangan itu.

********

"Sayang betul ni tak nak pergi rumah bonda?"

"Ya, suami. Nayla nak duduk rumah je lah. Lagipun petang esok abang dah balik sini. Tak payah lah susahkan bonda and papa."

Hud mempunyai penerbangan dalam negeri sahaja kali ini. Sudah berapa kali Hud bertanyakan soalan itu pun sudah tidak terkira.

Risau sungguh mahu tinggal kesayangannya sendirian di rumah.

"Betul ni?" Mahukan kepastian. Hud masih berharap Nayla menukar fikirannya.

"Yes. Very. Alaaa husbaby.. Tak payah la risau. Bubu kan ada dengan Nayla. Nayla okey lah, sayang. Jangan risau ya?"

Nayla menepuk dada bidang Hud yang sudah tersarung kemas uniform pilotnya.

Hud mengukir senyum lebar, suka Nayla memanggilnya husbaby dan sayang.

Hud angguk pasrah. Tubuh genit isterinya ditarik ke dalam pelukan.

"Jaga diri, Jaga solat, jaga hati, jaga mata. Okey, cupcake?" Pesanan setiap kali mereka perlu berpisah.

"Abang pun sama. Mata tu jangan gatal sangat. Safe flight. Come back to me safe and sound. I love you."

Dada tegap itu dicium lama. Tubuh sasa Hud dipeluk erat. Hud hanya gumam dalam senyuman mendengar pesanan Nayla.

Beberapa minit juga mereka berpelukan sebelum Hud melonggarkan rangkulannya.

"I love you sayang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Nayla tunduk menyalami tangan kekar itu. Hud melabuhkan bibirnya di dahi Nayla sebelum dia membolos masuk ke dalam kereta.

"Bubu! Jom teman mummy marathon K-drama."

Tutup sahaja pintu terus dia berlari anak ke ruang tamu. Yeay! Boleh tengok Hyunbin.

Ting!

Baru saja mahu menonton, notifikasi Whatsapp muncul. Saleha!

Tanpa membaca terus dia membuat panggilan kepada sahabatnya itu. Lama sudah tidak berhubung memandangkan kedua-dua mereka sibuk dengan hal masing-masing.

"Hello , assalamualaikum! Ya ukhti!" Sapa Nayla apabila panggilannya bersambung.

Terburai tawa dua sahabat itu.

"Waalaikumussalam. Kau sihat ke? Macam mana life kau lepas kahwin?"

Sakan mereka berborak. Televisyen yang bernyala itu dibiarkan saja berbunyi. Sudah lupa niat mahu menonton kdramanya itu. Nanti-nanti lah dia ajak Hud teman dia menonton.

*****

"Adam. Saya nak minta nombor boleh?"

"Nak buat apa?" Creampuff disumbat ke dalam mulut.

"Nak jual dekat janda jiran sebelah rumah saya." Adam mengguling matanya.

"Nak simpan buat pekasam lah, tanya lagi." Sabiha menyambung. Telefon diserahkan kepada Adam.

Adam menaip dan menyerah semula kepada Sabiha.

"Haritu kan. Saya dengar awak borak dengan Kak Nayla. Dia kata awak kerja dating dengan ikan aje. Apa maksud dia?  Awak kerja apa?" Sabiha sudah mahu menggali lubang.

"Aku kerja dengan ikan." Sabiha mengguling matanya.

"Ish! Orang tanya bebetul ni. Malas lah." Sabiha mendengus.

"Tak percaya sudah."

"Memang pun." Adam menjongket bahu.

Tiba-tiba telefon Adam berbunyi. Dia mengangkat panggilan sambil mata menjeling sekilas Sabiha.

"Tuan."

"Baik tuan. Saya datang sekarang." Tegas saja suaranya.

"Berapa semua?" Tamat saja panggilan. Dompet dikeluarkan.

"RM18"

Sekeping not oren diserahkan kepada Sabiha.

"Aku gerak dulu. Assalamualaikum." Terus dia berlalu meninggalkan Sabiha yang masih terpinga-pinga.

Tuan?

******

Mop ditangan ditolak ke depan dan kebelakang. Kadang-kadang dijadikannya sebagai mikrofon. Bibir comel itu bernyanyi kecil.

Sesekali Nayla berjoget sedikit badannya ke kiri dan ke kanan. Seronok betul dia mengemas rumah. Malam-malam baru nak mengemas. Itulah tabiat pelik Nayla.

"Yeay! yeay! Suami kesayangan saya dah nak balik, Bubu!"

Bubu yang sedang bermalasan di tempatnya hanya memandang kosong sahaja.

Usai membersihkan lantai, mop di letakkan di dalam baldi yang berisi air.
Kusyen kecil di sofa disusun rapi.

Sedang ralit mengemas ruang tamu, telinga menangkap bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.

Nayla menjenguk sedikit dibalik tirai. Cahaya lampu kereta menerobos masuk ke dalam rumah.

"Yes! Yes! Dah sampai." Bersorak kecil.

Dia kemudian berlalu ke sofa yang berdekatan dengan pintu utama dan berdiri di atas sofa itu. Menanti ketibaan si suami tercinta.

Dengar sahaja pintu dibuka, dia melompat kecil di atas sofa empuk itu.

"Abang!" Tangan didepakan sambil melompat. Bersedia untuk lompat ke dalam pelukan Hud.

Hud yang melihat terus melepaskan bagasi dan mendekati Nayla sambil mendepakan tangannya. Terus si isteri lompat ke dalam dakapannya.

Kaki dililitkan ke pinggang dan tangan memeluk erat leher suaminya.

Masing-masing tersenyum lebar.

"Assalamualaikum abang." Pipi Hud dicium lembut.

"Waalaikumussalam, cinta. Sorry sampai lambat. Jalan sesak tadi " Hud menatap wajah cinta hatinya itu. Seluruh wajah Nayla dicium sayang. Nayla mengekek ketawa suka.

"Abang makan dah? Nayla masak lauk favorite abang. Jom." Hud angguk.

Hud menghayun kaki ke dapur.

Nayla diturunkan dari dukungan untuk menyediakan makanan untuk suaminya.

Doa dibaca sebelum menjamah.

"MasyaAllah sayang. Sedap!" Hud mengangkat ibu jarinya tanda sedap.

"Alhamdulillah. Nanti Nayla serve abang chocolate mousse for dessert."

"Wow! Okey but after I take a shower and solat. Sayang solat dah ke?"

Nayla menggeleng.

"Tunggu abang. Kita jemaah. Rindunya nak jemaah dengan isteri saya ni."

"Over lah abang. Baru 24 jam aje tak jemaah dengan Nayla." Nayla tergelak.

Hud tersengih.

Dia perasan sejak hidup bersama Nayla, perangainya berubah seratus lapan puluh darjah. Sesekali dia terikut-ikut fi'il isterinya yang dramatik itu.

Jika dengan layanan dan perwatakannya sekarang mampu membahagiakan si isteri, dia sangat bersyukur dan gembira.
Dia sudah tidak kisah!

Nayla tersedar dari tidurnya. Perut terasa memulas yang amat. Dia meringkuk menahan kesakitan. Bulannya sudah mengambang.

Ya Allah! Sakitnya. Bibir comel itu mendesis perlahan. Dengan perlahan dia turun dari katil. Terbongkok-bongkok tubuh kecil itu berjalan ke tandas.

Selesai urusan wanitanya, dia kembali ke tepi katil. Dia duduk bersandar dan terus meringkuk. Bibir dikemam rapat. Tak mahu mengganggu lena suaminya.

Terdengar desisan kecil di sebelah, Hud mencelik kecil matanya. Nayla sudah tiada dalam pelukan. Mata tertancap
pada susuk tubuh di tepi katil.

"Adeena?" Kepala diangkat sedikit.

"Tssk."

Hud segera merapati Nayla. Kepala Nayla didongak. Pucat lesi. Peluh kecil merinik di dahi.

"Sayang. Okey tak ni?" Hud mula cemas. Peluh di dahi Nayla diseka.

"A-abang. S-sakit." Perut yang memulas hebat itu ditekan. Mukanya mengerut.

Segera tubuh kecil itu dicempung dan diletakkan di atas katil dengan cermat.

"Senggugut?" Rambut yang menutup wajah Nayla diselak dan dirapikan.

Nayla angguk. Dirinya sudah tak mampu berkata-kata.

Tanpa bertanya lebih, Hud segera keluar dari bilik dan ke dapur.

Air dipanaskan. Jari diketuk-ketuk di meja dapur. Lambat pula air nak panas pun!

Air sudah panas. Dia menuangkan ke dalam botol dan dicampur dengan air biasa supaya suhu mencapai tahap suam. Ubat tahan sakit diambil dan kaki laju diatur ke bilik semula.

Tubuh dibaring di sisi Nayla. Ditarik tubuh Nayla merapatinya. Botol air suam yang dibaluti kain nipis terus ditekap perlahan di bawah perut Nayla.

Nayla mengeluh lega. Kakinya yang sejuk digesel di kaki Hud. Terus Hud mengapit kaki Nayla yang sejuk seperti ais itu dengan kakinya.

"Nak painkiller tak?"

Nayla geleng laju.

"Selesa tak?"

Nayla angguk.

"Terima kasih, suami." Lemah saja Nayla bersuara.

"Sleep. Baru jam 3 pagi." Hud mengurut lembut pinggang Nayla. Lima minit kemudian terdengar dengkuran halus dari Nayla.

"Suka buat jantung abang nak terkeluar." Pipi gebu Nayla dikucup sayang sebelum dia turut memejamkan mata. Kantuk masih menguasai diri. Pelukan dieratkan supaya isterinya selesa.

**********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

29.7K 1.7K 49
Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...
832K 8.3K 67
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
3.5K 55 19
KARYA PERTAMA Tengku Aryan Faqif x Ryna Aleasya ' Know as his "babygirl" ' Tengku Aryan Faqif - Seorang jejaka yang tegas dan pendiam serta berkacu...
1.9K 300 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...