Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.4K 287 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 18

99 5 0
By VioletRosess_

Hud berjalan masuk ke restoran yang dia dan Maisara selalu pergi ketika bercinta dahulu dengan keterpaksaan. Kalau dia nak patah balik boleh tak? Tak senang hati sahaja dia berasa sekarang.

Dia melabuhkan punggung berhadapan Maisara. Tidak pandang langsung wajah wanita itu. Riak wajahnya hanya kosong.

"Sir, would you like to order?"

"Just plain water."

Pelayan itu berlalu pergi

"Ada apa ajak aku jumpa?"

"I-i actually I nak minta maaf dekat you. I just realized yang I masih sayangkan you. I perlukan you, Hud."

"Aku dah kahwin."

"B-but I boleh jadi your second wife. I tahu you masih sayangkan I"

"Nama kau Nayla ke? Tak kan? Only Nayla Adeena sahaja yang akan jadi isteri aku sampai mati. Jangan pernah berangan nak jadi isteri aku. Kau tak layak pegang title sebagai isteri aku."

"Bare this in your mind. I am no longer in love with you or should I say , aku tak pernah cintakan kau. Dulu tu cuma attraction with different gender aje. Aku tak akan cintakan orang lain kecuali isteri aku. Aku je bodoh dulu sebab terima kau."

Minuman yang di pesan diteguk perlahan.

"Tapi Hud takkan semudah itu je you lupakan I? Takkan disebabkan kesilapan I yang satu tu you terus hukum I macam ni?"

"Apa yang perempuan kolot tu ada yang I tak ada?" Hud memandang tajam Maisara.

Kepalanya terasa berdenyut. Dada mula berombak kasar. Peluh sejuk terasa di dahi dan leher. Dua butang baju yang teratas dibuka. Terasa tidak selesa.

"K-kau jangan mengata isteri aku dengan mulut murahan kau tu." Tegas. Mata mencerlung tajam Maisara.

Panasnya!

Dia memandang sekilas ke arah air kosong yang sudah diteguk itu. Wajahnya menjadi bengis.

"Kau letak apa dalam air aku?!" Hud mula tak senang duduk. Dirinya terasa sesuatu.

'Ya Allah, please help me!' Dia berdoa di dalam hati.

"T-tak.. I tak letak apa pun. You yang order kan air tu? You dah kenapa?"

Maisara bangkit dari duduknya dan mendekati Hud. Dia memegang lengan Hud namun cepat sahaja Hud menepis.

Shit! What happen to me? You are stupid Hud!

"D-do not touch me!" suara dia naik satu oktaf. Maisara sudah terkulat- kulat disitu apabila di tengking oleh Hud.

Hud menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbitnya.

"S-sayang.. Come to me. I need you now!" Lemah sahaja suaranya meminta tolong dari si isteri. Gigi dikacip rapat menahan rasa.

"Kau duduk jauh dari aku. Blah dari sini lagi bagus." arah Hud garang. Maisara masih statik di sebelah Hud.

Hud bangun dari duduknya untuk beredar. Maisara terus memegang lengan Hud untuk membantu.

"Hands off me, stupid!" Kuat suaranya menjerkah.

Tak faham bahasa ke?

Flashback

Selepas mengambil Nayla pulang dari kafe, Hud membawa Nayla ke KFC.

Nayla khusyuk menjamah ayam KFC nya. Dah kalau dapat ayam goreng itu, lupa terus sekelilingnya. Hud pun tidak dilayannya.

"Sedap sangat ke?"

Nayla hanya mengangguk.

"Abang nak?"

"Tak nak. Abang dah makan dengan papa tadi. Deena makan kenyang-kenyang." Dia mengelus lembut kepala sang isteri.
Tak jemu matanya menilik wajah Nayla.

"Abang have something to tell you." Hud mula membuka bicara.

"Apa?" Nayla mula memberi perhatian kepada Hud disebelahnya.

"It's about Maisara."

"Kenapa dengan dia? Dia ganggu abang lagi ke?" tebak Nayla. Riak wajahnya sudah berubah.

Hud mengangguk.

"Dia mesej abang beberapa kali dah.  Tapi demi Allah abang tak pernah layan. Abang terus blok nombor dia. You... Trust me right?"

"Of course, abang. Nayla percaya abang. Pastu sekarang pun dia masih ganggu abang lah?"

"Hmm. Dia ajak jumpa. Mulanya abang memang taknak jumpa mak lampir tu. Tapi Aidil kata why not jumpa je dia. Just to know apa yang dia nak cakap dan abang perlu clear things out dengan dia supaya dia tak ganggu kita lagi. What do you think about that idea?"

"Abang pergi je lah." Selamba saja dia menjawab sambil menggigit ayam di tangan.

"Biar kebenaran, sayang!" Tercengang Hud.

Nayla menahan gelak mendengar ayat yang selalu dia guna itu meluncur keluar dari mulut si suami.

"Ya.. Abang pergi je jumpa dia but Nayla ikut. Nayla duduk dalam kereta je."

"Jom je lah jumpa dia dengan abang. Tak takut ke dia buat sesuatu pada abang?"

"Tak nak lah. Nanti jadi cerita lain pula. Kang ada aksi tarik menarik rambut pula. Nayla tak boleh jumpa dia, abang tapi you only have 10 minutes with her. Selepas tu kalau abang tak datang lagi, Nayla pergi kat abang. Okey tak?"
Dia pula memberi cadangan.

Hud diam seketika. Kemudian dia mengangguk tanda setuju.

"Janji jangan bagi dia sentuh abang pun. Kalau tak Nayla merajuk dengan abang. Apa-apa air pun jangan minum kat situ."

Hud angguk setuju walaupun masih terkebil-kebil mengapa dia tak boleh minum air di situ.

end of flashback

"Abang!" Nayla berlari ke arah Hud dengan risau. Dia terus menarik lengan Maisara dengan kasar sebelum....

Buk!

Buk!

Buk!

"Kau buat apa dekat suami aku?! Ha?!" Dia memukul Maisara dengan beg tangannya. Melepaskan geram dan amarah.

"Eiiiiii! Berani kau sentuh suami aku! Kau nak apa?! Kenapa kau ganggu dia lagi?!" Nayla masih memukul Maisara dengan beg tangannya.

Maisara menghalang tangan di muka. Sungguh dia tidak menyangka pelannya akan jadi sebegini. Maisara menyeringai kesakitan.

"S-sayang stop! Help me, please." Hud yang sudah terduduk itu bersuara lemah. Nayla segera berhenti dari menyerang Maisara.

Mujur restoran itu hanya tinggal mereka dan kru sahaja. Sudah mahu tutup rasanya.

"Jom abang." Nayla memapah Hud beredar dari situ. Hud mengetap rahangnya kuat apabila bersentuh kulit dengan Nayla.

"Kau! Siap kau kalau aku jumpa kau lepas ni! Jangan tunjuk muka kau depan aku kalau tak nak bedak kau berdebu dekat udara." Jari telunjuk dihalakan ke arah muka Maisara sebelum berlalu pergi.

Maisara memandang tajam pasangan itu. Kaki dihentak geram kemudian duduk semula ditempatnya. Rancangannya dari mula lagi sudah gagal. Hujung jari digigit sambil otak ligat berfikir.

"S-Sayang. I need you. Please!" Hud bersuara lagi. Nafasnya sudah tidak teratur.

"Tahan sikit abang. Kita balik rumah dulu."

Dalam hati Hud berselawat cuba menenangkan diri.

Nayla memandu dengan laju. Mujur rumah mereka dekat sahaja dari restoran itu. Dalam perjalanan Hud sudah menanggalkan bajunya. Terasa panas yang amat. Walaupun aircond sudah di tahap maksima, dia tetap berpeluh sakan.

Nayla memapah Hud terus ke bilik tidur mereka setelah pintu rumah dikunci.
Hampir menangis dia melihat keadaan Hud sekarang.

"Deena please"

"Abang I'm here. I'm all yours, abang."

"I'm sorry. I'm sorry." Hud menarik Nayla ke ribanya dan membuka tudung isterinya.

"Shhh.. Just do what you want. I'm all yours. Esok abang pujuk Nayla tau. Nayla nak merajuk."

Sempat lagi dia beritahu nak merajuk.

*******

Hud terjaga dari lenanya. Kepala terasa amat berat. Dia memicit kepala yang terasa berdenyut. Mata melihat sebelahnya. Matanya terasa berpinar.

Nayla sudah tiada di katil. Dia mengeluh lemah. Nak kena pujuk baby besar pula.

Ya Allah! Sakitnya kepala aku!

Pintu bilik dibuka. Muncul Nayla yang memakai dress pendek paras lutut berona baby blue dengan bersanggul tinggi. Berjalan mendekati katil dengan wajah masam mencuka. Ditangannya terdapat sedulang bubur nasi, air putih dan panadol.

Hud duduk bersandar di kepala katil. Mukanya tampak tidak bermaya.

"Makan lepastu makan panadol ni." Suara Nayla kedengaran dingin di telinga Hud. Nayla mengatur langkah untuk keluar dari bilik. Tiba-tiba tangannya dicapai oleh Hud.

"I'm sorry." suaranya serak. Tekak terasa perit.

"Hmm. Saya nak pergi tengok pokok. Jangan lupa makan." Nayla melepaskan pegangan Hud dan berlalu keluar.

Hud melepas keluh. Dia membaca doa makan dan menyuap bubur ke dalam mulut.

Nayla termenung sambil tangan menyiram air ke pokok-pokok bunganya.
Riak wajahnya hanya kosong tetapi macam-macam bermain dalam fikirannya. Kejadian semalam masih segar di fikirannya. Risau dan takut akan keadaan Hud semalam.

Setelah selesai menyiram pokok, dia berlalu ke bilik tidur kembali.
Dia menukar baju kepada blaus labuh berona khaki, palazo dan tubung bawal labuh berona krim. Wajahnya hanya disapu sunscreen dan bibir dioles sedikit dengan pelembap bibir.

Hud yang baru selesai mandi memandang pelik Nayla.

"Nak pergi mana?"

"Saya minta izin nak keluar kejap, boleh?"

Merajuk, merajuk juga tetapi keizinan suami itu masih dia tidak lupa.

"Hati-hati. Jangan bawa laju. Apa-apa call abang terus." Hud mendekati Nayla dan menariknya ke dalam pelukan. Nayla tidak membalas pelukan seperti selalu.

Hud melabuhkan bibirnya di ubun-ubun Nayla sambil membaca doa supaya isterinya berlembut hati. Hud bergerak ke almari baju. Beg tangan Nayla diambil. Segala keperluan dimasukkan ke dalam beg tangan sederhana besar itu.

Beg tangan itu disangkut dibahu Nayla. Nayla hanya diam tidak berkutik. Fikirannya melayang. Hanya membiarkan sahaja Hud menyiapkan dirinya.

Selesai sahaja membetulkan serba sedikit pakaian Nayla, terus Nayla melangkah keluar dari bilik.



"Saya nak jumpa manager restoran ni."

"Kejap ya, miss." Salah seorang staf di restoran itu menjawab.

Seketika kemudian muncul manager restoran itu dengan staf tadi.

"Ada apa ya miss cari saya?" tanya manager itu dengan sopan.

"Boleh saya tengok CCTV restoran ni? Saya nak tengok rakaman semalam sekitar jam 9 ke 10 malam."

"Atas sebab apa ya?"

"Awak tahu kejadian semalam? Right before this restaurant closed."

Manager itu angguk. Dia berada di situ tetapi semua staf tidak berani masuk campur.

"I was there too. That man is my husband. So can I? I want to find something." jelasnya dengan suara tegas.

Manager itu bersetuju dan membawa Nayla ke bilik CCTV.

Rakaman sekitar jam yang dipinta di ulang tayang beberapa kali. Dari pelbagai sudut ditonton Nayla, manager dan staf tadi.

"Awak kenal dia? I guess she's one of your staff, right?"

Manager itu sudah tidak senang duduk. Tidak menyangka stafnya buat perkara begitu.

Stafnya itu di bayar oleh Maisara pada jam 9 malam untuk memasukkan pil perangsang ke dalam minuman yang Hud pesan.

"So sekarang ni saya bagi awak dua pilihan. Pecat dia atau saya saman restoran ni. Asbab untuk awak pecat dia kerana dia dah aniaya pelanggan dia. Kalau saman, bos awak akan turun dan awak juga bakal dibuang kerja juga. That girl by hook or by crook must be fired."

"She's drugged my husband. And you as a manager should be strict about the working ethic. Perhatikan semua staf awak. Satu kesalahan tahu tak memasukkan sesuatu bahan terlarang ke dalam makanan atau minuman pelanggan. Saya boleh saman restoran ni kalau awak nak." Suaranya tegas.

Manager itu hanya tunduk sahaja. Sepanjang proses itu riak wajah Nayla hanya serius sahaja.

"The choice is yours. I want to know now."

"Saya minta maaf atas kesilapan staf saya lakukan. Saya akan pecat dia. Harini juga. Saya minta maaf ya, puan."

"Saya tak mahu kata maaf dari awak. Saya nak kata maaf dari dia sendiri. Suruh dia datang ke kafe saya petang ni."
Dia menghulurkan kad bisnesnya kepada manager itu.

"Harap benda ni tak terjadi lagi kepada orang lain. Jaga nama baik bos dan restoran ni." Dia kemudian berlalu pergi.

******

Nayla menunggu staf itu di kafenya. Sudah dia maklumkan kepada Hud yang dia akan pulang lewat.

Nayla yang sedang membaca novel dari penulis kegemarannya terus mendongak apabila pintu kafenya dibuka seseorang.

Ya. Staf itu hadir. Dia berjalan ke arah Nayla dengan wajah yang menunduk.

"Nayla Adeena." Tangan dihulur untuk bersalaman.

"Sofia." huluran disambut.

"Have a seat." Mereka mengambil tempat di sofa yang selalu dia dan Hud duduk.
Tidak mahu pelanggannya terganggu dengan perbincangan mereka.

"So... I want you to explain everything." Nayla meminta dengan suara lembut tetapi masih kedengaran serius.

Sofia kelihatan takut-takut dengannya. Jadinya dia perlu berlembut untuk memudahkan dia mendapat penjelasan.

Dia yakin pasti ada sebab mengapa Sofia menolong Maisara.

"S-sofia minta maaf Puan Nayla. Sofia terpaksa. Sofia memang terdesak sangat. Memang perlukan duit untuk bayar duit pembedahan ibu Sofia. Sofia memang tak nak tolong tapi keadaan mendesak Sofia. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry." Sofia melutut meminta maaf.

Nayla diam mendengar penjelasan Sofia. Dia sedikit tersentuh melihat keadaan Sofia. Namun riak wajahnya masih serius.

"Awak kenal dia siapa?"

Sofia menggeleng.

"Saya cuma tahu nama dia saja. Sebab dia regular customer restoran tu."

Nayla mengangguk. Dia menarik Sofia duduk sebelahnya.

Tubuhnya dialih menghadap Sofia yang tersedu-sedan itu.

"Awak dah dipecat kan?"

Sofia mengangguk tetapi kepala masih menunduk. Tidak mampu bertentang mata dengan Nayla. Rasa bersalah menggunung di dalam dada.

"Sekarang awak tak ada kerja?"

Sofia mengangguk lagi.

"Berapa kos pembedahan ibu awak tu? Umur awak berapa?"

"Kos pembedahan RM20k tak termasuk penginapan dan ubat. Sofia baru 20 tahun, puan."

"Masih belajar?" Sofia menggeleng kepalanya.

"Nak sambung belajar tak?" Sofia mengangguk laju. Itu sahaja yang dia lakukan sepanjang disoal siasat.

"Kalau akak ambil Sofia kerja dengan akak... Nak tak?"

Laju sahaja kepala Sofia mendongak. Wajahnya jelas terkejut.

"Akak bagi Sofia kerja dengan akak untuk tampung kos penginapan, ubatan dengan pembelajaran Sofia. Nak tak?"

"B-betul ke ni?" Dia masih tidak percaya.

Nayla mengangguk

"Anggap aje Sofia kerja dengan akak sebagai tebus kesalahan Sofia tu, boleh?"

Sofia mengangguk laju sambil mengucap terima kasih tanpa henti.

"Tapi Sofia perlu minta maaf dekat husband akak. Boleh?"

"Boleh akak. Boleh. Terima kasih sangat-sangat akak."

Sungguh Sofia masih tidak sangka akan situasi sekarang. Dia ingatkan Nayla mahu memakinya tetapi lain pula yang terjadi dan dia sangat bersyukur.

***********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

824K 69.1K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
4K 166 30
Bissmillahhirohmanirrohim... Eman Laith Γ— Edian Starla Mula : 2.7.23 Tamat : 22.11.23 πŸ‰πŸ‰ !!! Maaf jika ada kesalahan pada ayat. Maafkan saja jikala...
14.7K 247 6
Emma Hayes 28 years oldpeace of shit drunk father, bipolar druggie mom, has 4 kids, had her oldest son when she was 15. what happens when Emma is la...
435K 6.1K 32
Rajveer is not in love with Prachi and wants to take revenge from her . He knows she is a virgin and is very peculiar that nobody touches her. Prachi...