Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

7.7K 354 3

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45

Bab 17

140 7 0
By VioletRosess_

Usai solat Subuh berjemaah, Hud mengajak Nayla membaca Ma'thurat. Katanya supaya mereka sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Nayla hanya turuti tanpa membantah walaupun mata terasa sangat berat.

Tersengguk-sengguk dia ketika membaca. Selesai sahaja membaca, dia terus merebahkan kepala di atas riba Hud. Dia membenam wajahnya di perut keras Hud.

"Mengantuk ya?" Hud membelai lembut kepala Nayla yang masih dibaluti telekung.

"Hmmm" Mata terpejam rapat.

"Jom. Abang nak pergi ke pekan kejap lagi. Nak beli cenderahati untuk dia orang kat Malaysia." Hud menepuk perlahan punggung Nayla.

"5 minutes, suami." Dia menggesel hidung di perut Hud.

"Sekarang lah. Nanti dah nak bersiap ke airport pula. Takut tak sempat je. Wake up baby. Hmm?" Sudah hari terakhir mereka berada di sini. Cepat betul masa berlalu.

"Nak dukung." Tangan di angkat tinggi.

"Isteri siapa ni? Gedik!" Kutuk Hud sambil tangan bergerak mendukung Nayla.

Nayla sengih tidak bersalah. Nayla mengucup pipi Hud lama.

"Isteri Hud Haydar la. Siapa lagi. Thank you suami."

"Anything for you." Bibir comel Nayla di kucup sekejap.

Mereka kemudian bersiap untuk ke pekan.

Nayla mengenakan maxi dress navy blue dengan tudung bawal berona kelabu.
Hud pula mengenakan tshirt lengan pendek berona biru tua dan seluar slack berona kelabu.

"Abang, okey tak outfit Nayla?" Dis memusingkan badan beberapa kali di hadapan Hud.

Hud menilik dari atas ke bawah.

"Handsocks and socks?" Nayla menepuk dahinya.

"Lupa. Kejap." Dia berlari anak ke dalam closet dan kembali semula.

"Done, abang. Cantik tak Nayla?" Mata dikedip-kedip.

"Isteri Hud Haydar mestilah cantik. Jom!"
Beg tangan isterinya digalas dibahunya dan dia memimpin tangan halus Nayla.

"Abang nak beli apa? Nayla nak beli ball yang ada snowman dengan glitter tu boleh?"

Hud senyum.

"Boleh. Abang nak cari handbag untuk bonda dan Dhia."

"Nayla nak handbag juga lah abang." Hud angguk mengiyakan permintaan isterinya. Apa-apa sahaja untuk sang isteri.

********

"Beratnya buku ni!" Rungut Sabiha sambil berjalan mengusung buku yang tinggi. Tinggi separas kepalanya.

Rasa otot lehernya sudah tegang kerana berjalan dengan kepala senget. Perjalanannya juga sedikit terhuyung-hayang. Silap langkah saja boleh jatuh tersembam ke bumi.

Tiba-tiba terasa ringan buku yang diampu.

"Eh eh!" Sabiha cuba menstabilkan bukunya.

Pandangannya menjadi jelas. Dihadapannya terhidang seorang jejaka tinggi lampai berpakaian kasual.
Dia mendongak sedikit untuk melihat gerangan yang mengambil bukunya itu.

"Eh Encik Adam."

"Nak bawa ke mana buku-buku ni?"

"Ke kafe." Mereka berjalan beriringan ke kafe.

"Letak je kat sini. Nanti saya susun." Sabiha meregangkan otot-otot lehernya.

"Terima kasih, Encik Adam."

"Tak payah duk encik-encik dengan aku. Panggil Adam ja." Adam mengambil tempat di sebuah sofa di situ.

"Bos hang tak dak ka?" Kaki disilang.

"Tak tahu dia masuk ke tak harini. Semalam baru dia sampai Malaysia. En- ehem awak nak pesan air atau makanan?"

"Kopi 'o' panas ja" Sabiha berkerut sebelum menjatuhkan kepala dan berlalu ke ruangan kopi.

Kopi 'o'? Bibir dikemam menahan gelak.

'Sangat comel ya Adam Fayyad order kopi 'o' panas.' Dia bermonolog sambil tangan membuat espresso.

Adam membelek buku yang dia usung tadi. Ditenung kulit buku itu depan belakang. Kemudian bauan dari helaian buku itu juga dihidu. Bibirnya melengkung ke bawah. Kepala terangguk-angguk.

Hmm. Bau buku.

Kring!

Dia mengangkat kepala ke arah pintu.
Terlihat seorang lelaki memakai pakaian serba hitam memasuki kafe.

Mata dikecilkan. Dia kenal jejaka itu.

"Iced Americano satu. Large." Terasa seperti diperhatikan, lelaki itu toleh ke arah Adam. Dia menunduk sedikit kepala.

Adam membalas dengan anggukan. Buku ditangan diselak sehelai demi sehelai tapi mata masih terpasak pada belakang tubuh lelaki itu. Sesekali mata meliar di sekeliling kedai.

Elok saja lelaki tadi pergi, Sabiha letak secawan espresso di atas meja. Dia juga turut perhati lelaki tadi.

"Kenal ke?" Sabiha melabuh punggung di depan Adam.

"Selalu ka dia mai sini?" Sabiha angguk.

"Regular customer. Tak silap saya nama dia Zuki kot. Awak kenal ke? Tenung macam nak makan aje."

Adam berdehem sambil menggeleng. Lelaki itu merupakan target mereka. Seorang tokan dadah yang menyeludup dadah bertan-tan dari negara jiran.

Sudah setahun dia diawasi tapi masih belum berjaya mereka tangkap dan geledah tempat mereka. Penjenayah yang sangat licik.

"Awak cuti ke?"

"Tak." Sabiha berkerut. Tak cuti tapi kenapa berada di kafe?

"Satgi aku pi la kerja." Seolah memahami Sabiha, Adam menjawab. Sabiha angguk mengiyakan aje.

Pintu kafe dibuka lagi. Seorang lelaki berkaca mata hitam dengan beg tangan wanita dibahu berpimpin tangan dengan seorang wanita baru melangkah masuk ke dalam kafe.

"Nayla?" Nayla menoleh ke arah suara yang menyerunya.

"Eh Abang Yad." Dia menarik tangan Hud ke arah sofa yang di duduki oleh Adam Fayyad.

"Buat apa sini?"

"Saja pekena kopi 'o' kat sini. Nayla buat apa kat sini? Tu sapa dia?" jawabnya selamba. Tangan menunjuk ke arah Hud yang masih menggenggam tangan Nayla.

Nayla terlepas tawa lucu.

"Kopi 'o'? Espresso lah Bang Yad. Ni suami Nayla, Hud Haydar. Abang, ni Adam Fayyad kawan Nayla kat kampung."

Adam menghulur tangan ke arah Hud. Hud memandang seketika sebelum berjabat tangan dengan Adam. Mata masih tajam memerhati Adam atas bawah.

Adam yang perasan akan renungan tajam Hud mengoyak senyum sinis.

"Toksah tengok aku macam tu. Bukan aku nak culik bini hang pun."

Hud berdehem.

"Nayla kahwin tak jemput abang pun noh."

"Eh helok sikit. Nayla jemput lah. Abang yang tak habis-habis duk dating dengan ikan." Dia menjeling tidak puas hati.

Sabiha yang mendengar perbualan mereka berkerut lagi dahinya.

Dating dengan ikan?

Adam Fayyad kerja jual ikan ke?

"Abang sibuk la. Nanti-nanti lah abang bagi hadiah kahwin."

"Sayang." Hud yang hanya diam sahaja sedari tadi bersuara perlahan.

"Kejap ya." Hud berkata kepada Sabiha dan Adam.

Nayla mendongak memandang Hud.
Hud menarik Nayla ke tempat agak tersorok iaitu tempat lepaknya. Dia perlukan privasi.

"Kenapa abang? Abang okey?"

Hud hanya mengangguk.

"Abang nak kena pergi dah ni. Nanti papa bising pula." Dia perlu ke syarikat Dato' Idris.

"Oh okey." Tangan masih menggenggam kemas tangan Hud.

"Salam." Nayla tunduk menyalami tangan Hud. Hud kemudian mencium dahi Nayla.

"Abang pergi dulu." Masih sama.

Masing-masing tidak mahu melepaskan tautan tangan mereka. Jemari Nayla bermain di atas kekura suaminya.

"Okey." Nayla menikam anak mata coklat cair itu

"Sayang."

"Okey okey. Nak hug dulu buat bekal."

Mereka tertawa dengan gelagat masing-masing yang mengada itu.

Hud menarik Nayla ke dalam dakapannya.

"Jaga diri, jaga hati, jaga mata. Kalau penat, rest dulu." Jet lag mereka tak habis lagi sudah perlu masuk kerja.

"Abang pun. Drive safely. Nanti abang datang ambil Nayla, kita pergi kepci boleh?" Suara dicomelkan. Lagat seperti kanak-kanak meminta gula-gula.

"Boleh. Anything for you. Assalamualaikum." Hud mencium sekali lagi dahi bersih Nayla dan berlalu pergi.

*********

Hud sedang berbincang dengan Dato' Idris mengenai projek baru. Dia cuma mahu minta pendapat serta idea dari anaknya.

Selebihnya dia meminta anak saudara iaitu Aidil Qayyum untuk membantu menguruskan sehingga selesai.

Ting!

Notifikasi dari telefon Hud berbunyi. Dokumen yang dibelek sedari tadi diletakkan di atas meja kopi di depannya. Kaki yang bersilang dijatuhkan. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Dia melihat nombor asing Whatsapp nya.

unknown: Hud. Can I meet you? This is Maisara. Please don't block me. I janji this is last time. Kat tempat biasa. Tonight.

Masuk harini, sudah beberapa kali Maisara mesejnya menggunakan nombor berlainan kerana sudah di blocked semua nombor oleh Hud.

Hud mendengus kasar.

"Kenapa?" tanya Aidil.

"Maisara."

"Kenapa dengan dia? Dia masih ganggu kau? Dia tak tahu ke yang kau dah kahwin." Aidil bertanya dengan muka berkerut. Dia tahu kisah silam Hud dan Maisara.

Hud menjatuhkan kepala kemudian menjungkit bahu.

"Dia nak apa?" Dato' Idris bertanya.

"Dia nak jumpa Hud. Banyak kali dah dia ganggu Hud, pa. Rimas!" Hud menyerabaikan rambutnya. Serabut!

"Nayla tahu?" Dato' Idris bertanya lagi.

Hud hanya menggeleng. Bukan dia tidak mahu beritahu.. Tetapi dia kenal Nayla macam mana. Suka overthinking. Next level punya overthinking budak kecil tu.

"Kau memang cari masalah, Hud. Patutnya kau bagitahu bini kau tu. Buatnya dia dapat tahu sendiri? Tak ke naya." Pen di tangan dibaling ke arah Hud namun sempat di elak.

"Aku tak nak dia susah hati. Dia punya overthinking tu next level tahu." Hud bersandar lemah di sofa.

"Apa kata kau pergi je jumpa mak lampir tu. Kau bagitahu dia yang kau dah kahwin. Warning lah dia kalau perlu."

"Kau gila ke? Tak nak aku. Mahunya kena rogol dengan dia, tak ke menyusahkan. Nangis tak berlagu bini aku tu." Laju sahaja dia menolak idea sepupunya itu.

"Aku yakin dia mesti ada agenda dia. Kalau tak takde nya dia nak cari kau balik after what? Almost 5 years right since you broke up?"

Hud menjatuhkan kepala.

"See. Kenapa lepas 5 tahun baru terhegeh-hegeh cari kau balik? Kan? Betul tak Pak Long?"

Dato' Idris yang mendengar, mengangguk setuju dengan olahan Aidil.

Hud hanya diam. Masih berfikir.

"Tapi whatever it is, Nayla should know about it. Wajib. Ingat. Never keep a secret with your partner. It will be worst." kata
Dato' Idris dengan tegas. Menantu kesayangan tu. Jangan buat main!

Hud hanya menggumam tanda faham akan nasihat papanya.

"Along betul ke tak nak ambil alih tempat papa? Korang berdua urus sekali?" Soalan yang sering diajukan. Dato' Idris masih mengharap Hud berubah fikiran.

"You know it, papa. Along prefer terbang lagi dari terperuk dalam ofis macam ni. Lagipun along jana income untuk syarikat papa juga. Ya tak?"

Flying Kings Airlines. CEO nya adalah Dato' Idris. Secara tak langsung Hud bekerja di bawah syarikat papanya. Dia tidak berminat mahu uruskan hal dalaman syarikat.

Cukup dia tahu selok-belok hal-hal penting saja. Selebihnya dia mahu terbang di awangan dan menyerahkan kerja dalaman kepada Aidil Qayyum.

"Hmm. Iya lah. So memang papa tak ada 'can' lah nak berharap lagi?"

"Ya. Keputusan muktamad."

"Aidil aje lah yang pak long harapkan ya. Anak pak long ni memang keras hati betul." Aidil tergelak. Bukan sekali dua dia dengan pak longnya merungut.


***********to be continued*************

lovely,
violet rose.

Continue Reading

You'll Also Like

23K 565 23
In which a girl is forced to go to a party to meet new people and meets a boy
31K 1.8K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...
552K 18.8K 144
Read and find out...
1.9K 300 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...