Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 15

141 6 0
By VioletRosess_

Ting!

Jari-jemari Hud yang sedang menaip di komputer riba terhenti seketika. Telefon diambil untuk melihat notifikasi.

Sudah seminggu mereka pulang ke rumah. Jenuh Datin Fatima menghalang mereka dari pulang, tapi Hud masih berkeras mahu pulang ke rumahnya. Katanya mahukan privasi. Nak bermanja dengan si isteri. Lagipula mereka perlu mengemas rumah. Alasan!

Sudah seminggu lebih rumah itu ditinggalkan. Mesti berhabuk habis rumah. Datin Fatima hanya pasrah.

unknown : Hud

read,
typing...

Hud : ni siapa ya?

read,
typing...

unknown: ini I, Maisara.

√√seen

Hud menyambung semula kerjanya.

Ting!
Ting!
Ting!

Dia mendengus kasar. Telefon dicapai dengan kasar.

unknown : I nak jumpa you esok boleh?
unknown : di tempat selalu
unknown : please.

read,
typing...

Hud : busy. Please don't disturb me anymore.

*blocked*

Hud melemparkan kasar telefonnya.
Tak serik lagi ke?!

Tok, tok, tok!

Pintu bilik kerjanya dikuak dari luar. Nayla menjengul kepala sedikit ke dalam.

"Abang!" Panggil Nayla dengan suara lunaknya.

Kemudian dia melangkah mendekati meja kerja Hud dengan memakai suit pijama arnab.

"Comelnya baby saya ni!" Hud mencubit geram pipi gebu Nayla.

"Abang! Sakit..." Nayla merengek geram. Pedih tahu! Cubit macam nak cabut pipi orang saja.

Hud mencium sekilas pipi gebu itu.

"Beli mana baju ni?" Isterinya ada saja baju pelik-pelik yang dibeli.

Nayla melabuhkan punggung di atas riba Hud dengan selamba. Pantas tangan Hud memeluk pinggang Nayla. Risau terjatuh saja budak kecil ini. Dah lah buas!

"Shopee. Abang buat apa?" Matanya menjeling sekilas ke komputer riba yang masih bercahaya.

"Kerja." Mata tidak lepas menatap sisi wajah Nayla. Tangannya laju sahaja menutup McBooknya. Tidak mahu Nayla membaca isinya. Rahsia!

"Lusa kita pergi honeymoon kan abang?" Saja mahu berborak dengan Hud. Rindu mahu mendengar suara pujaan hati itu.

"Hmmm."

"Agak-agak abangkan.... Abang agak - agak je... Dekat mana honeymoon kita tu?" Saja mencuba nasib. Sudah banyak kali dia bertanya dan jawapannya juga masih sama iaitu ;

'its for me to know and for you to figure out, cupcake.'

"Nice try, sayang." Hud mengemaskan pelukannya. Nayla menghembus nafas pasrah.

Dia membenamkan wajah di atas rambut Nayla. Menghidu wangian rambut itu. Tenang.

"Nanti masa naik pelamin, abang pegang Nayla kuat-kuat tau." Sudah masuk kali yang kesepuluh untuk hari ini Nayla berkata begitu. Risau sungguh!

"Iya, sayang. Ke sayang nak abang dukung aje? Senang sikit." Hud menjungkit keningnya beberapa kali.

Terlepas tawa Nayla. Dia menampar lembut lengan Hud yang melekap diperut kempisnya itu.

"Over lah. Isteri awak ni bukannya tak boleh berjalan. Cuma risau terjatuh aje. Jatuh tersimpuh tak apa juga. Ini buatnya terjatuh macam nangka busuk tak ke malu tujuh keturunan."

Hud tersengih membayangkan Nayla jatuh seperti nangka busuk.

"Don't worry. I would never let you fall unless for me." Mata dikenyit pada Nayla.

Fuh! Menyempat saja!

Nayla menekup kedua belah pipi yang terasa panas.

"Cukup gula tak ayat abang tadi?"
tanya Hud dengan wajah polos.

"Terlebih dah ni abang. Rama-rama dah banyak dah dalam perut ni."

Nayla menepuk perutnya yang terasa sebu itu.

"Alaa.. Taknak lah butterflies. Abang nak baby dalam ni." Tangan Hud mengusap perut kempis isterinya.

Nayla tertunduk malu.

"Awak mayu ke tu? Kenapa nak mayu? Tak yah mayu dengan kita."

"Gedik lah abang." Nayla tergelak kuat melihat Hud yang membuat muka comel itu. Rasa nak gigit-gigit.

Hud memeluk kemas tubuh isterinya.

**********

"Hold me tight, sayang. Trust me. I won't let you fall."

Sepanjang majlis berlangsung, Hud sememangnya tidak melepaskan tautan tangan mereka. Tampak elegant dan berseri pasangan itu dengan busana pengantin yang berona maroon itu.

Nayla mengekor saja ke mana Hud pergi.  Hud membawa Nayla berkenalan dengan rakan-rakan dia.

"Ini Faris. Sebelah tu isteri dia, Zahira. Faris ni selalu fly sekali dengan abang." Nayla bersalaman dengan Zahira.

"Nayla Adeena."

"Nurul Zahira." Mereka saling bertukar nama. Hud berborak ringkas sebelum meminta diri ke meja lain.

"Jemput makan. Banyak ni makanan ada. Dah macam dekat pasar malam pun. Kitorang gerak dulu." Hud menepuk bahu Faris. Nayla hanya senyum tipis. Dia tak reti bergaul dengan orang asing. Jadi hanya senyum saja yang dia tawarkan.

"Kaki okey?" Hud bertanya kepada sambil mereka berjalan bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

"Okey aje." Walaupun terasa sedikit melecet namun dia abaikan saja. Tak mahu rosakkan suasana. Nayla tidak biasa berkasut tumit tinggi. Selalu dia memakai kasut tumit kecil aje. Jadi terasa sedikit kekok untuk berjalan.

"Kalau rasa tak okey bagi tahu. Kita tukar kasut." Nayla angguk.

"Jom. Kita pergi jumpa dengan rakan bisnes papa pula." Nayla hanya turutkan sahaja walaupun sakit di kaki makin mencengkam.

Sedang elok suaminya berbual dengan rakannya, tumit kaki Nayla berlaga dengan sesuatu.

"Auch!" terjerit kecil Nayla apabila luka melecetnya berlaga dengan kasut tumit bermuncung tirus. Terbongkok sedikit tubuhnya.

"Sorry, sorry. I tersadung." Nayla panggung kepala ke arah suara itu. Hud yang mendengar jeritan kecil Nayla, segera mendekati isterinya.

"Kenapa?" Dia membelek tubuh Nayla takut-takut jikalau ada tercedera.

"I'm sorry. I tak sengaja," kata wanita itu lagi.

"Jalan tu pandang depan. Kan dah berlaga dengan orang," bidas Hud dengan garang. Terpancar riak kerisauan di wajahnya. Tertunduk wanita itu apabila ditenung dengan mata garang Hud.

"Tak apa. Sikit aje ni. Lagipun kaki saya melecet sikit. Tak ada apa lah. Awak dah makan ke?" kata Nayla dengan lembut. Lengan suaminya digosok perlahan cuba untuk menenangkan Hud.

"I baru sampai dengan daddy I." Nayla angguk.

"Jemputlah makan. Daddy awak mana? Nama awak apa?" Tanya Nayla kepada wanita yang berbusana kebarung keemasan dipadankan dengan tudung berona sama. Cantik!

"Daddy I tengah borak dengan Dato' Idris di sana. I Naura. You Nayla, kan?" Nayla angguk mengiyakan.

"Mummy you tak datang ke?" tanya Hud pula. Amarahnya sudah sedikit reda. Dia cuma risaukan isterinya itu sahaja.

Naura menggeleng kepala dengan senyum nipis.

"Maafkan I termarah you tadi. I cuma risaukan isteri I ni. Dia ni clumsy itu yang risau lebih tu." Kepala Nayla diusap lembut. Nayla di sisinya sudah memuncung. Naura angguk seraya tertawa melihat pasangan itu.

"Makan lah. I nak tukar kasut budak kecil ni kejap. Degil! Orang suruh tukar kasut tak nak." Nayla sudah mengeram malu di sisi Hud. Wajah dibenamkan di lengan sasa suaminya.

Naura dan Hud sudah ketawa melihat Nayla yang sedang menahan malu itu.


Selesai sahaja majlis resepsi, mereka terus bergerak ke lapangan terbang.
Mereka menukar pakaian di sana.
Nayla bertukar kepada jubah hitam dan tudung bawal berona krim manakala hud bertukar kepada baju t berlengan pendek berona hitam dan slack krim.

Ya.

Mereka berjalan di lapangan terbang dengan pakaian pengantin. Memang mencuri perhatian orang di dalam lapangan terbang itu.

Semasa majlisnya tadi sempat dia bersua muka dengan Sally. Dapat juga melepas rindu dengan sahabatnya itu.

Hud menarik bagasi besar disebelah tangan kiri dan memimpin tangan halus Nayla di kanan.

Mereka bergerak ke arah laluan VIP.
Tiket dan pasport disemak sebelum mereka dibenarkan masuk ke bahagian kelas pertama. Mereka menaiki Flying Kings Airlines.

Nayla hanya membuntuti suaminya. Dia tidak pernah menaiki kapal terbang sepanjang hidupnya. Ini kali pertama.

Jadi, Nayla sedikit takut-takut untuk menaiki kapal terbang itu.

Meluas matanya melihat dalaman pesawat itu.

"Abang! Biar kebenaran! Ada katil lah!"
Bersinar matanya melihat keadaan dalam kapal terbang.

Hud hanya tersenyum lebar.

"Jom." Tangan Nayla ditarik mengikutnya ke tempat duduk mereka.

Mereka menyelesakan diri. Hud memakaikan Nayla tali pinggang keselamatan.

Apabila kapal terbang mula berlepas, Nayla memejam erat matanya. Tangan Hud digenggam erat. Berpeluh dahinya.

"Take a deep breath, Deena." pucat wajah isterinya.

"Takut lah abang."

"Tak ada apa lah. You have me. Just hold my hand."

Setelah kapal terbang sudah sepenuhnya berada di awangan, Nayla membuka perlahan mata. Dia melepas nafas lega.

"Okay?"

Nayla menjawab kepala.

"Rest dulu. Nanti abang bawa tour dalam ni. We have almost 13 hours before we arrive." bisik Hud perlahan.

Nayla terus mendongak memandang Hud. Bibirnya mengoyak senyuman lebar.

"Tour?" Hud mengangguk.

Nayla menepuk tangannya suka. Pipi Hud dikucup sekilas.

"Thank you, suami." Mini love diberikan kepada Hud.

"Enjoy the trip, my lady."

Sepanjang penerbangan mereka menjelajah seluruh ruang di dalam pesawat itu. Sampai ke bahagian kokpit pilot juga diterokai.

Well, suami pilot Flying Kings!

Sesudah penat menjelajah, pasangan itu kembali semula ke ruangan mereka. Beberapa gambar diambil untuk disimpan sebagai memori.

Nayla juga tidak melepaskan momen matahari terbenam di awangan. Dia tidak terlupa mengagumi keindahan Tuhan. Sungguh tenang berada di awangan.

"Tenangnya, abang." Nayla menongkat dagunya di dada bidang Hud yang sedang berbaring. Tangan memeluk erat pinggang suaminya. Penghadang dinaikkan untuk privasi mereka.

"Sebab tu abang suka jadi pilot. Tenang. Rasa bebas dari kesibukan manusia." jelas Hud.

"Sebab tu ke abang tak ambil alih business papa?" Hud menjatuhkan kepala.

"Papa tak kisah ke? Ya lah pewaris tiada. Dhia pun tak minat business kan?"

Hud mengangguk lagi.

"Papa sedih juga lah. Tapi papa bukan jenis paksa anak dia. Papa kata nak buat macam mana dah anak-anak dia tak minat. Tapi kita orang ada juga belajar sikit selok-belok company papa. Kita orang jadi shareholder syarikat papa."

"Kadang-kadang abang atau Dhia yang attend meeting kalau papa outstation. Boleh lah kita orang bantu papa mana yang boleh."

Nayla hanya diam mendengar.

"Habistu kalau papa dah bersara... Siapa ambil alih?"

"Sepupu abang yang take over. Dia pun memang minat business. And dia bekerja under papa. So dia pun tahu jugak serba sikit. Buat preparation sikit-sikit"

"Nama apa sepupu abang tu? Tadi dia ada ke?"

Hud menggeleng.

"Nama dia Aidil Qayyum. Same age dengan abang. Dia tak ada tadi. Pergi kursus."

"Oh tua dah." Ujar Nayla bersahaja.

Hud memincing matanya.

"Ooooh kata abang tua lah ni. Baru 30 tahun tahu."

Nayla mengangkat bahu.

"Tua lah tu. Tua dari Nayla. By the way, cousin abang tu handsome tak?" Dia menjungkit keningnya berkali-kali.

"Jangan nak menggatal eh. Dia dah kahwin. Ingat sikit you are mine. Mine Only, baby." cemberut saja wajah Hud.

Nayla bantai gelak lucu.

"Alaa tak perlu cemburu. Nayla ni cinta mati dekat abang tahu." Pujuk Nayla.
Dikucup sekilas halkum suaminya itu.

"Oh! I love how that sound. Cinta mati dekat abang. Gosh! I love it. Tapi abang tambah sikit ya. Cinta mati dekat abang kerana Allah. Buat semuanya kerana Dia."

Nayla mengangguk faham.
Dia suka apabila Hud sentiasa mengingatkan dia supaya tidak melebih dalam mencintai manusia. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Hud.


Setelah hampir 13 jam berada di awangan, pesawat mereka naiki akhirnya mendarat.

Hud menatap wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur di dadanya. Dia mencuit lembut hidung Nayla. Bermain dengan alis Nayla.

Nayla merengek apabila terasa diganggu.

"Bangun sayang."

"Hmm" Nayla mengemaskan lagi pelukannya. Mata masih terkatup rapat.

"Baby saya.. Bangun.. Kita dah sampai. Nak honeymoon dalam ni je ke?" Hud mengejut Nayla lagi. Dipicit picit pipi gebu itu.

"Dah sampai?" Nayla mencelik mata dan melepaskan pelukannya.

Hud bangun meregangkan tubuhnya. Lenguh!

"Jom. Tinggal kita je ni." Tangan halus Nayla digenggam. Mereka berjalan keluar dari pesawat itu.

Jejak saja kaki di tanah, Nayla terus menoleh menghadap Hud.

"Kita kat mana ni, hubby?"

Hud memaut bahu Nayla.

"Welcome to Switzerland, precious." Dia membongkok badannya ke depan dan mencium hidung Nayla.

Terus meluas mata Nayla dengan senyuman yang lebar.

"Switzerland! Waaaahh!! terima kasih, abang!" Dia memeluk erat tubuh tegap itu.

Mereka kemudian mengambil teksi untuk ke tempat penginapan mereka sepanjang tempoh seminggu mereka disitu.

Hud menempah resort di Interlaken iaitu resort bertaraf antarabangsa yang terkenal di Switzerland. Interlaken merupakan kawasan yang diapit oleh dua tasek. Sangat cantik!

Pemandangan disitu sememangnya sungguh menenangkan.

"Abang. Besarnya resort ni! Mesti mahal, kan?" tanya Nayla polos. Hud hanya tersenyum nipis. Biarlah rahsia.

Dia menjelajah sekeliling resort itu. Dekorasi yang sederhana tapi tampak sungguh mewah.

Nayla merebahkan badannya di atas tilam empuk. Dia mendepakan tangan dan kakinya.

Hud hanya menggeleng melihat perilaku sang isteri. Bagasi disandarkan di tepi almari.

"Mandi dulu then kita rest. Esok baru kita explore, okay? Lagipun sekarang dah malam."

"Malasnya nak mandi." Nayla memejam mata. Dia hanya mengangguk tetapi masih tidak bergerak.

"Abang mandikan?" Mahu pancing Nayla.

Tercelik luas terus mata hazel itu.

"Mandi dengan abang? Nakkk!" Nayla mendepakan tangannya ke arah Hud.

Hud tertawa kecil dan mengangkat Nayla. Nayla melilit kakinya di pinggang Hud dan memeluk erat leher suaminya.

Hud mencapai tuala di almari dan berlalu masuk ke dalam bilik air yang luas itu.

Mereka berendam di dalam jakuzi dengan wangian haruman rose semerbak di dalam bilik air itu.

Nayla bersandar santai di dada Hud. Masing-masing senyap. Tenang melayani perasaan. Nayla menilik dan bermain dengan jemari kasar milik Hud. Tangannya diletakkan di atas tapak tangan Hud.

"Besarnya tangan abang!" Hud yang memejam mata menggumam lembut.
Tangan Nayla digenggam kemas.

"Abang akan sentiasa genggam tangan ni sampai hujung nyawa abang. You too, never let go of my hand. Promise me."
Nayla menoleh sedikit kepala ke belakang. Dagu Hud yang berjambang halus itu dikucup sekilas.

"Janji." Genggaman Hud dibalas.

Seketika kemudian.....

Kriukkkk

Nayla segera memegang perutnya. Hud yang sedang memejam mata itu terus tercelik. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

"Lapar ya? Jom mandi then abang masak." Hud menggosok lembut perut kempis Nayla.

Nayla hanya mampu mengangguk kepalanya dengan sengihan dibibirnya.

"Abang masak?" Bersinar matanya.

"Yes, precious. Jom, jom mandi." Hud menarik Nayla keluar dari jakuzi dan berlalu ke shower.

***********to be continued*************

lovely,
violet rose

Continue Reading

You'll Also Like

97.1K 1.8K 29
mama warned me about serpent tongued boys like you. Β©2020 willow 𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 | βœ” 𝐔 𝐍 𝐃 𝐄 𝐑 𝐆 𝐎 𝐈 𝐍 𝐆 𝐄 𝐃 𝐈 𝐓 𝐈 𝐍 𝐆
7.4M 239K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
3.6M 290K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...