Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 5

135 8 0
By VioletRosess_

Hud yang memandu dengan Ray-Ban tersangkut di hidung mancungnya itu sesekali menjeling Nayla yang mengelamun jauh. Seperti berada di alam lain.

'Senyap je budak ni harini? Kalau tak ada je nak ganggu aku.' bisik Hud di dalam hati.

"Kau menangis ke?" Laju Nayla menoleh ke arah Hud.

"Hah?" Nayla terpinga-pinga.

"Kau nangis ke?" soal Hud sekali lagi. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu ditanya pula.

"M-mana ada."

"Habistu apasal mata sembab aje?"

Nayla menggeleng, "S-saya tak boleh tidur semalam."


Kelopak matanya disentuh-sentuh. Rasa macam tak nampak sembab dah. Macam mana Hud boleh tahu ni!

"Kalau kurang tidur selalunya jadi mata panda, Cik Nayla oi" jawab Hud dengan sinis.

Nayla mengetuk perlahan kepalanya. Biul la kau pagi-pagi ni Nayla. Nak kelentong pak cik frozen ni pun agak-agaklah.

"Merajuk ke? Ke marah aku?"

"Tak."

"Habis tu?"

Banyak tanya pulak mamat ni harini. Seperti tertukar personaliti dengan Nayla pula.

Nayla berdehem..."None of your business." jawab Nayla ringkas sebelum membuang pandangan ke luar tingkap.

Hud hanya mengangguk. Malas bertanya lebih. Betul lah tu, bukan urusannya. Period kot!

Sesungguhnya Hud terasa janggal dengan situasi sekarang. Nayla tidak berceloteh seperti selalu. Terasa lain sangat.

Baru dia teringat tarikh harini. Hud mengeluh perlahan. Sesekali mata menjeling sekilas wajah Nayla di sebelah.

Adik kau menangis lagi. Getus Hud.

"Kau dah breakfast?"

Nayla menggeleng. Hud diam menerima jawapan Nayla. Dia terus memandu.

Belok saja kanan signal kiri diberi. Hud memberhentikan kereta di hadapan sebuah warung.

"Buat apa?" Nayla terpinga-pinga. Kenapa singgah sini? Kafe dia bukan di sini?

"Turun. Atau kau nak bungkus aje?" Soalan Nayla dibiarkan berlalu.

"Saya turun." Mereka berdua keluar dari kereta dan mengambil duduk di kawasan luar. Berangin sikit berbanding di dalam warung. Panas. Sesak.

"Nak apa? Aku ambilkan." Hud yang masih berdiri membuka kaca mata hitamnya dan sangkut di celahan butang baju T berona hitam.

Baru dia perasan mereka memakai pakaian sedondon.

"Tak apa saya ikut awak."

"Aku ambilkan. Kau duduk sini jaga meja. Ramai orang dekat dalam tu. Kau nak makan apa?" kata Hud dengan suara tegas. Kalau dia tak bertegas mana Nayla mahu mendengar. Keras kepala!

Nayla mengeluh pasrah. Dia sudah la tak ada mood hari ni. Malas mahu bertekak dengan Hud. Dia turutkan aje.

"Nasi lemak aje."

"Minum?"

"Apa-apa pun boleh. Awak ambil je yang mana-mana pun. Saya tak kisah." Hud mengangguk dan berlalu untuk mengambil makanan.

Sejujurnya Nayla tiada selera untuk menjamah makan pagi ni. Tapi Hud sudah membawa dia ke sini. Nayla hanya ikut sahaja. Tak akan dia mahu menyuruh Hud hantar dia ke kafe pula. Sudah la jauh. Menyusahkan aje.

Nayla menongkat dagu melihat kesesakan jalan raya. Orang berpusu-pusu mahu pergi ke tempat bekerja. Sesekali terdengar kereta membunyikan hon. Ada lah tu yang tak mengikut undang-undang. Yang suka menyelit sesuka hati.

Seketika kemudian Hud tiba dengan sedulang makanan dan air.

Dua bungkus nasi lemak, beberapa biji kuih karipap, kuih keria, onde-onde dan segelas kopi panas dan segelas teh o ais.

Sebungkus nasi lemak dan teh o ais diletakkan di depan Nayla.

"Banyaknya kuih." kata Nayla sambil membuka bungkusan nasi lemak.

"Makan je." Hud menadah tangan membaca doa. Nayla juga turut menadah tangan mengaminkan doa.

Masing-masing senyap menjamu selera.

"Kau tak nak sambung belajar ke?" Hud tiba-tiba bertanya.

Nayla yang baru saja mahu menggigit karipap itu terhenti.

"Tak kut." Dia menyambung menggigit karipap itu.

"Kenapa?" Air kopi panas dicicip perlahan. Lega tekak!

"Siapa nak jaga kafe? Lagipun kos juga nak sambung belajar. Saya mana cukup duit."

Memang dia tidak pasang niat untuk sambung belajar pun. Baik uruskan kafenya dahulu. Nanti-nanti bajet sudah mencukupi, dia akan pertimbangkan semula.

"Memang kau tak nak sambung ke? Tak rasa rugi?"

"Tak ada rezeki lagi. Kalau dah sampai waktunya InsyaAllah saya pertimbangkan semula. Dah kalau takdir tertulis yang saya tak akan sambung belajar, saya reda aje. Buat masa sekarang saya tak nak fikir lagi soal tu."

Hud gumam. Dia tahu mungkin Nayla ada sebab yang tersendiri.

Bagi dia tak rugi dia tak sambung belajar. Mungkin bukan rezekinya untuk merasai alam universiti. Biar takdir saja yang tentukan sama ada dia akan sambung belajar atau tidak. Dia reda.

Sebut soal universiti saja dia akan teringatkan hal lama. Jadi dia kuburkan saja niat untuk ke universiti. Nayla tidak mahu terbeban dengan mimpi buruk itu lagi buat masa kini.





"Meh kunci kereta kau." Hud menghulurkan tangan setelah tiba di depan kafe Nayla. Hud tidak mematikan enjin kereta.

Nayla memandang pelik sambil menjungkit keningnya.

Awak tak masuk ke? Nak buat apa dengan kunci kereta saya?" Hud menggeleng kepala.

"Bagi je la." Nayla mendengus seraya mengambil kunci keretanya di dalam beg tangan.

"Nak buat apa?" Nayla pelik. Berkerut nipis dahi licin itu.

"Servis kereta kau lah, makcik" jawab Hud selamba. Makcik dia panggil aku?!

"Tak payah lah, Hud. Saya boleh urus sendiri. Lagipun bengkel kereta tu dekat je. Saya boleh call dia orang minta uruskan kereta saya." laju Nayla menggeleng kepala.

Hud hanya merenungnya tajam tanpa berkata apa-apa.

Ish! suka paksa-paksa orang.
Akhirnya, Nayla akur dengan Hud. Dah orang beria nak tolong, kita bagi la.

Nayla mencebik. Kunci kereta dihulur dengan kasar sebelum keluar dari kereta Hud tanpa kata dan....

Bam!

Nayla berlalu masuk ke dalam kafe dengan selamba. Sempat kakinya tersadung dengan bendul di pintu masuk kafe. Mujur tidak tersungkur.

Geram dengan Hud.

"Tercabut pintu kereta aku ni siap kau. Dah lah tak reti cakap terima kasih. Ada yang kena smackdown kot nanti." ujar Hud geram sebelum membuat panggilan untuk menguruskan kereta Nayla.

Mata menghantar Nayla masuk ke dalam kafe.

Selesai saja kereta Nayla ditarik ke bengkel, Hud terus bergerak ke syarikat papanya. Saja mahu membuang masa di sana.

******

2200 ;
Nayla : Hud Hud

Lima minit kemudian,

read,
typing...

2205 ;
Hud : Hmm

read,
typing...

2206 ;
Nayla : Berapa kos servis kereta saya tadi?

read,
typing...

2206 ;
Hud : tak payah.

read,
typing ...

2206 ;
Nayla : ala.. bagitau la berapa.. saya tak nak hutang dengan awak. nanti saya transfer.

read,
typing...

2207 ;
Hud : takpe aku belanja.

Nayla mendengus sebelum...

Tut, tut!

"Hel-"

"Hud... bagitahu berapa kos kereta saya tadi? Please.. Saya dah banyak menyusahkan awak dari semalam." potong Nayla.

"Takpe aku belanja.. Benda kecil je" jawab Hud dengan suara garaunya.

"Hud." belum sempat Nayla menjawab....

"Nayla Adeena. Kan aku dah kata tak payah. Dengar je lah. Degil lah kau ni." celah Hud tegas.

Nayla mendengus.

"Kau okey dah ke?"

"Kenapa? Saya nampak tak okey ke?" Pelik. Apa yang tak okey nya?

"Tak ada apa lah. Jaga diri kau, Nayla Adeena. Kalau kau perlu bantuan kau call aje Dhia. Dia tu kerja goyang kaki je. Rajin-rajinkan susahkan hidup dia sikit. Nanti dia dah nak masuk uni dah." suaranya lembut sahaja bertutur.

"Hmm. ya lah. Terima kasih Hud tolong saya. Safe flight esok." balas Nayla sebelum laju meletakkan panggilan.

Sebenarnya Nayla diserang rama-rama dalam perutnya apabila Hud menyebut nama penuhnya tadi. Gugup Nayla tak tahu nak balas apa.

Hud make Nayla blushing!

Nayla menekup mukanya di bantal sebelum menjerit menggeletis..

Tok, tok, tok!

Sally menjengul kepalanya ke dalam bilik Nayla.

"Masuklah." ajak Nayla.

Sally tersenyum nipis. "Senyum macam kerang basi ni kenapa? Mesej Hud la tu." Nayla tersengih menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik.

Sally menggeleng kepala. Dis melabuhkan punggung di atas katil Nayla.

"Nayla.... aku ada nak bagitahu kau something.." sambung Sally dengan suara yang serius.

Nayla segera bangun dari baring dan duduk tegak menghadap Sally.

"Aku.... aku kena posting ke Sarawak 2 tahun." Sally tunduk. Bermain dengan jari-jemarinya..

Masing-masing senyap. Hanya deruan nafas yang kedengaran. Nayla termenung selepas mendengar ujaran sahabatnya itu. Cuba menahan diri dari mengalirkan air mata.

"Nayla-"

"Bagus lah. Kau boleh gain new experience kat sana. Company kau tanggung banyak ke sikit?" Tanya Nayla dengan suara gembira yang jelas dibuat-buat.

"Nay-"

"Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak cita-cita kau nak pergi sana. Aku happy dengan kau Saleha" potong Nayla lagi. Rengkung terasa tersekat.

Sally segera menarik Nayla ke dalam pelukannya. Dia tahu Nayla sedih kerana Nayla hanya ada dia seorang sahaja yang boleh bergantung harap.

"Nayla." Sally tak tahu mahu berbicara bagaimana. Nayla membalas pelukan Sally dengan erat sebelum tangisannya pecah. Masing-masing menangis.

Nayla meleraikan pelukan, "Bila kau kena pergi sana?" Air matanya diseka sebelum dia menyeka air mata Sally.

Dia tidak mahu menjadi asbab Sally tidak pergi ke Sarawak. Dia tahu itu merupakan salah satu impian terbesar Sally. Nayla perlu kuat!

"Minggu depan." balas Sally ringkas.

"Nanti kau dah stay sana jangan lupa aku dekat sini ye. Senang-senang nanti call la aku. Kalau tak nanti kau dah balik mai sini aku buat tak kenal je dengan kau." usik Nayla. Tidak mahu sedih-sedih.

Peha Nayla ditepuk kuat, "Agak la kau pun. Kau je sahabat yang aku ada Nayla oii. Nanti aku balik semula ke sini, aku bawa balik ipar untuk kau" Saleha menjungkit keningnya berkali-kali.

"Kau gatal eh Leha. Aku bagitau mak kau, kau gatal." balas Nayla lantas dua-dua ketawa.

"Janji dengan aku, jaga diri kau baik-baik. Kalau ada masalah, call aje aku. I'm all ears. Aku tahu kau selalu pendam sorang sorang kau. Aku kawan kau. Kau nak luah apa luahkan aje. Aku okey. Boleh?" Nayla angguk laju.

"Thanks. For everything."
Tangan Saleha digenggam erat.

**********to be continued************

lovely,
violet rose

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 34.4K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
97.1K 1.8K 29
mama warned me about serpent tongued boys like you. Β©2020 willow 𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 | βœ” 𝐔 𝐍 𝐃 𝐄 𝐑 𝐆 𝐎 𝐈 𝐍 𝐆 𝐄 𝐃 𝐈 𝐓 𝐈 𝐍 𝐆
1.2M 66.2K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...