Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 4

143 10 0
By VioletRosess_

"Terima kasih, awak." Nayla yang berada di seat penumpang menjeling sekilas Hud yang sedang memandu dengan riak yang mendatar. Nayla bermain-main dengan jemarinya.

Tadi sebaik sahaja Hud tiba di kafe nya terus dibebel Nayla tanpa sempat Nayla berkata apa-apa. Hud marah Nayla... Nayla mencebik sedih.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya diam. Sunyi sepi seperti di tanah perkuburan. Hanya kedengaran suara DJ radio sahaja. Nayla berasa gerun melihat wajah Hud yang tegang. Auranya juga sangat menakutkan.

Setibanya mereka di hadapan rumah Nayla, masing-masing tidak berganjak. Sudah seperti patung cendana.

Nayla menjeling Hud melalui ekor mata. Takut-takut sahaja dia mahu bersuara.
Tubir mata terasa panas. Dia terasa seperti dimarahi.

"N-Nayla masuk dalam dulu. Assalamualaikum." Suaranya perlahan sahaja. Baru sahaja tangan mahu membuka pintu kereta.....

"Esok aku ambil kau." suara Hud tegas.

Laju Nayla menoleh ke arah Hud lantas menggeleng kepalanya.

"Eh. Tak payah lah. Susahkan awak aje. Dah lah jauh. Esok saya naik gr-"

"Esok aku ambil. Full stop!" bidas Hud garang sambil memandang tajam Nayla. Eh budak ni!

"Hmm ye lah." akur dengan arahan Hud.

"Tak payahlah marah Nayla" gumamnya perlahan menahan air mata yang mahu membuat aksi terjunan somersault
itu.

"Tak marah. Geram aje. Ingat sikit kau tu perempuan. Jangan acah berani sangat. Kalau jadi apa-apa macam mana? Dah la kawasan tu gelap bila malam. Yang kau balik lambat hari ni kenapa?" balas Hud dengan suara yang sedikit lembut.

"Saya kena buat kek. Ada orang tempah esok."

"Dah tak boleh tunggu esok dah?" Nayla menggeleng.

"Kena hantar esok pagi. Tak sempat dah."
Dah macam kena soal siasat dengan polis pencen dah.

"Esok pukul berapa nak hantar?" Tanya Hud dengan suara biasa.

"Esok dalam pukul 9 pagi. Saya minta Sabiha hantarkan." Hud angguk tanda faham.

"Lepas ni kalau kau perlu balik lambat inform aku atau Dhia. Tak pun housemate kau tu. Faham?"

"Tapi kenapa nak kena inform awak?" Nayla berkerut.

"Habistu kau ada siapa lagi yang kau boleh minta tolong?" Bidas Hud. Bukan dia tak tahu, Nayla tak ada ramai kawan. Yang dia ada pun hanya Saleha dan pekerjanya. Itu saja.

Nayla diam seketika. Sebelum dia mengiyakan.

"Hmmmm. Nayla masuk dulu. bye." balas Nayla lemah sambil melangkah keluar dari kereta Hud. Dia tidak menoleh langsung ke arah Hud.

Setelah memastikan Nayla selamat masuk ke dalam rumah barulah Hud menurunkan handbrake bergerak laju membelah jalan malam yang sunyi pulang ke rumah. Jalan lengang, apa lagi? Tekan rapat la.

********

Hud menutup pintu rumah rapat. Rumah senyap sunyi tika itu.

"Along. Baru balik? Pergi mana? Bukan along ada dalam bilik kerja ke tadi?" Dhia yang sedang menuruni anak tangga terkejut melihat abangnya yang baru pulang.

Seingatnya tadi along ada saja di dalam bilik kerja.

"Kafe." ringkas.

"Buat apa?" pelik. Berkerut dahinya.

Bukan ke kafe Kak Nayla tutup pukul 9 malam?

Sekarang sudah pukul 1 pagi.

"Kak Nayla kau tu lah--"

"Kenapa dengan Kak Nayla? Dia okey aje kan?" Risau betul jika terjadi sesuatu kepada kakak kesayangannya itu.

Ya lah, dia mana ada kakak. Jadinya dia sudah menganggap Nayla sebagai kakaknya walaupun bukan dari darah daging yang sama. Ada abang pun bukan boleh ajak borak. Mulut itu berat saja mahu bergurau senda.

"Dia okey. Kereta dia aje rosak. Dia minta tolong along hantarkan dia."

Dhia tersenyum senget. Dijeling abangnya mengusik. Ada bau- bau orang tu risau.

"Dan along pergi tolong? Kenapa tak suruh Dhia aje. Along kan tak suka kak Nayla." Dhia menahan senyum.

Dhia boleh jamin Hud pasti tergesa-gesa pergi bantu Nayla tadi. Tengok dari pakaian Hud pun dia boleh tahu.
Hud memakai baju tidur pagoda dengan kain pelikat sahaja ketika ini.

"Dah dia minta tolong along. Kenapa? Kalau tak suka, tak boleh tolong ke? Lagipun dia cakap Dhia tak jawab call dia." jelas Hud. Tangan kanan naik menggosok belakang leher.

Tahu adiknya itu mahu mengusik.

"Ada eh? Dhia buat DnD mode. Tak perasan akak call."
Dhia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Aduh! kena call balik ni. Itu lah khusyuk sangat tengok drama.

Nak kena korek cerita dengan Kak Nayla ni! Hehe. I got you along.

Dhia terus melangkah ke tingkat atas. Hajatnya untuk minum air kosong dilupakan.

Hud menggeleng saja. Matanya turun membelek pakaiannya. Kepala didongakkan memandang siling sambil menyerabutkan rambut. Terlepas tawa halusnya.

Gila! Dia tidak pernah bertindak sebegini kalut. Memang dia tak fikir apa dah lepas terima panggilan dari Nayla.

Nayla Adeena kalau tak buat pasal memang tak sah, getusnya. Kemudian dapur ditujunya. Air kosong Coway ditekan. Diteguk dengan perlahan. Lega terasa bila air melalui rengkung.

Selesai minum dia terus beredar ke bilik tidur di tingkat atas. Sempat dia singgah ke bilik kerjanya. Buku yang sedang ternganga dipandang seketika.

Sebelum Nayla menelefonnya, dia sedang menulis di buku itu. Setelah menerima panggilan terus dia tinggalkan semuanya tidak berkemas.

Hud mengambil duduk di kerusi besar empuk itu. Tangan memegang pen di atas buku itu dan menyambung menulis. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyuman nipis.

'Adha.. Adik kau tu memang cengeng macam kau pernah cerita dulu. Tu la kau. Manjakan lagi adik kau tu. Aku yang kena tempiasnya. Kalau kau ada ni mesti dia dah mengadu domba dekat kau, Ad. Mesti dia kutuk aku macam-macam dekat kau.'

Hud bermonolog sambil merenung sekeping gambar dia dan Naufal Adha yang dia selit dalam buku itu. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Tawa kecil terlepas dari bibirnya.

Murah pula senyuman dia harini. Hai la. Hud Haydar. What happen to you, Hud Haydar?

Selesai kerjanya terus dia ke bilik tidur. Esok dia perlu keluar awal. Nak kena jemput mak cik sorang tu. Badan diregangkan sedikit. Terasa letih sungguh. Ini kalau letak kepala atas balik terus ke alam lain ni.

*******

Nayla terjaga dari lena lagi. Mimpi ngeri itu masih lagi menghantui dirinya. Dia meraup mukanya. Cuba menenangkan diri.

Sampai bila dia harus bermimpi tragedi itu?

Dada ditepuk sambil berzikir. Masih awal pagi lagi. Baru jam 3 pagi. Nayla cuba melelapkan mata kembali. Zikir tak lepas dari bibir comelnya.

Teringat akan pesan mamanya ketika masih kecil dulu.

"Kalau adik mimpi buruk lepastu dah tak boleh tidur, tepuk dada dan berzikir. InsyaAllah nanti adik tenang dan boleh tidur semula."

"Hasbirabbi jalallah maafiqalbi ghairullah, nur Muhammad salallah, lailahailallah." Nayla membaca berulang kali sehingga dia tertidur semula. Air matanya jatuh setitis tanpa sedar.

Usai menunaikan solat Subuh dan membaca Al-Quran, Nayla duduk berteleku tanpa membuka telekungnya dan termenung panjang. Harini sudah genap 6 tahun dia hidup bersendirian tanpa keluarga di sisi.

"Baba, Mama, abang.... Nayla rindu." ujarnya perlahan dengan riak kosong.

"Rindu sangat-sangat. Harini adik tak boleh ziarah kau orang. Kereta adik rosak." setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pipi gebu.

Sudah 6 tahun Nayla kehilangan keluarganya akibat kemalangan. Kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta yang dirempuh oleh sebuah lori treler. Dikatakan pemandu lori itu memandu dalam keadaan separuh sedar atau microsleep.

Nayla juga turut terlibat dengan kemalangan tersebut dan hanya Nayla satu-satunya mangsa yang terselamat kerana semasa dirempuh oleh treler, tubuh Nayla tercampak keluar dari kereta.

Nayla koma di hospital hampir tiga minggu. Sedar sahaja dari komanya hanya Saleha yang menjadi santapan pertama kornea matanya. Teruk juga kecederaan pada dirinya. Patah tangan dan kaki. Nayla juga mengalami sedikit retakan pada kepalanya.

Mujur ingatannya masih sihat dan tidak terjejas. Kecederaan dalaman juga tidak teruk. Sepanjang ketiadaan keluarganya, Sally yang menemaninya. Atuk dan nenek tinggal berjauhan dengannya di kampung.

"Kenapa kau orang tinggalkan Nayla sorang-sorang kat sini." Tangisannya makin kedengaran. Begitulah keadaannya apabila dia bermimpi buruk .

Keluarga yang dulu bahagia dan saling melengkapi satu sama lain kini hanya menjadi memori dalam sekelip mata sahaja. Nayla tidak pernah menunjukkan sisinya yang lemah itu kepada sesiapa kecuali Sally kerana dia tidak mahu orang memandangnya lemah. Dia tidak suka orang memandangnya dengan pandangan simpati.

Kring! Kring!

Tersentak dari melayani kesedihannya, tangan naik menyeka air mata yang mengalir.

Sreeeettttt.. Hingus disedut..

Nayla berdehem sebelum menyambut panggilan..

"Assalamualaikum, hello."... dengan suara serak basahnya.

"Waalaikumussalam. 15minit lagi aku sampai" kata Hud ringkas dan terus meletakkan panggilan. Eh eh!

Nayla merenung telefon yang bercahaya itu memproses apa yang terjadi. Terkedu, terkelu. Gitu je? Tak sempat dia nak jawab apa pun lah, mamat ni.

Telekung dibuka dan disangkut di tempat penyangkut. Dia menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Mahu menghilangkan sembab matanya.

Nafas ditarik dan dilepaskan. Dia perlu kuat. Dia tahu ada hikmah kenapa Tuhan masih memberinya nafas untuk hidup.

Dia perlu mendoakan kesejahteraan baba, mama dan abangnya di sana. Mereka memerlukan doanya di sini.

Kemudian dia mula bersiap. Tidak mahu melayan kesedihannya. Jika dilayan mahunya Hud tertunggu-tunggu akan dirinya. Lumrah perempuan sememangnya mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Tudung bawal berwarna biru laut dipadankan dengan baju blaus dan palazo berona hitam.

Awning tudung ditiup-tiup. Mujur tudungnya memberi kerjasama yang baik hari ni.

Pin!

Aik? Kata lima belas minit lagi? Baru aje sepuluh minit berlalu.

Terkocoh-kocoh Nayla menempek bedak bayi di muka sebelum menyambar beg tangannya.

Pin!

"Kejap!" Laung Nayla dari dalam rumah
seolah Hud mendengarinya.

Pintu dikunci sambil kaki memakai kasut sandal. Terjengket-jengket kakinya kalut. Hampir saja kakinya mahu terpelecok.

"Hati-hati lah!" Laung Hud dari dalam kereta. Nayla menjeling geram.

Dia yang hon tak menyabar lepastu suruh orang hati-hati. Nayla mendengus.
Kaki dihentak sebelum menuju ke kereta.

*************to be continued***********

lovely,
violet rose

Continue Reading

You'll Also Like

259K 4.2K 50
friends are therapists you can drink with kian lawley x OC
4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
3.6M 290K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...