Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.6K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar β™‘ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 2

188 12 0
By VioletRosess_

"Biha! jaga kedai kejap ya. Akak kena pergi hantar kek ni ke rumah Datin Fatima. Nanti Sally datang suruh aje dia tunggu dekat mana-mana meja." arah Nayla. Datin Fatima adalah pelanggan tetap mereka dan selalu memesan melalui online. Beliau juga akan meminta Nayla untuk menghantar makanan ke rumahnya. Tidak mahu orang lain yang menghantar.

Hanya Nayla yang dipercayai Datin Fatima dalam menguruskan penghantaran makanan yang dipesannya. Bukan apa. Pernah sekali itu, Nayla tiada di kafe kerana menguruskan buku baru yang bakal diisi di rak kafenya itu. Jadi, dia meminta salah seorang dari pekerjanya untuk menghantar kek yang di pesan.

Semasa dalam perjalanan, kek yang dibawa terbalik dan rosak dekorasi kek tersebut. Tambahan kek tersebut untuk meraikan kepulangan anak sulungnya. Apalagi, mengamuk lah Datin Fatima. Aku yang kena! Haih nasib badan.

"Bismillah," Nayla membaca doa naik kenderaan sebelum masuk gear. Wahai kek chocolateku, please be nice to me! jangan senget-senget eh!

Setibanya dia dihadapan pintu gerbang mewah itu, dia menekan loceng rumah mewah 2 tingkat itu.

Ting! Tong! Ting! Tong!

Takde orang ke? dah lah panas ni!

"Assalamualaikum!" Laung Nayla kuat sambil mengibas mukanya. Panas sungguh! Nayla kemudian menelefon Datin Fatima tetapi tidak berangkat. Mata terkenyit-kenyit melihat rumah besar itu. Kepala terjengul-jengul di balik pintu pagar yang tinggi. Hembusan nafas dilepaskan.

Solat kot. Tunggu lah kejap.

Tangan menekan telefon meninggalkan pesanan ringkas kepada Datin Fatima menyatakan keberadaannya.

Nayla kembali semula ke keretanya. Elok sahaja dia membuka pintu keretanya, muncul sebuah kereta Audi A6 matte black.
Dia kenal kenderaan itu, milik Hud Haydar.

'Dia dah balik ke?' bisik Nayla dalam hati.

Kereta itu berhenti betul-betul dihadapan baby blacknya iaitu Myvi miliknya. Keluar seorang gadis memakai dress dusty pink dengan shawl sama tona bajunya, Dhia Huda.

"Kak Nayla! Lama tak nampak. Sihat ke? Akak datang hantar kek ke?" tangan Nayla disalam sopan.

Nayla tersenyum lalu mengangguk kepala, "Alhamdulillah sihat. Ni akak nak hantar kek tapi aunty tak buka pintu. Dah berkali-kali dah akak call tak berangkat pun."

"Bonda solat kut. Takpe jom ikut Dhia masuk." ajak Dhia. Nayla laju menggeleng kepalanya.

"Eh, akak pass ke Dhia aje lah kek ni. Akak ada tempat lain nak dituju ni." menolak lembut ajakan Dhia.

Dhia mengangguk kepalanya kemudian dia mendekati Nayla dan membisik...

"Abang Hud ada dalam kereta tu." Dhia tahu Nayla memang menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Malah, dia turut membantu Nayla dalam sesi memikat hati abangnya. Tapi, Hud Haydar sangatlah berhati beku ya!

Sudah tiga tahun dia menyimpan rasa cintanya terhadap Hud.

Bukannya Nayla tidak pernah confess, ya. Pernah! Tapi di reject begitu sahaja dengan alasan...

"Sorry, aku tak berminat nak ada apa-apa relationship lagi." dengan suara mendatarnya.

Ugh! Nayla apa lagi? Selepas mendengar sebaris ayat itu, makin berkobar-kobar semangatnya. Dia tetap meneruskan misinya itu. Dia pasti dia akan berjaya!

Nayla yang mendengar ujaran Dhia menahan senyumannya dan tersipu-sipu malu. Tapi dalam hati dah dup dap! dup dap! Jodoh dah balik! Fuh! Sabar Nayla sabar.

"Eleh, nak senyum tu senyum je lah akak oii. cramp pipi tu kang, naya!" Dhia menyenggol bahu Nayla. Nayla apa lagi, sengih macam kerang busuk terus lah.

Pin!

Tersentak dua orang itu akibat di hon oleh Hud.

"Nak bersembang tu ke tepi lah sikit! Dekat tengah jalan juga nak borak pun.  Aku nak masuk kereta dalam garaj ni. Tepi!" dengus Hud.

Nak bergosip pun tak menyempat lah. Itulah perempuan. Dah jumpa geng gosip terus lupa dah keliling!

Cis! Dasar Hud handsome! Kita baru nak happy dia dah balik. Nayla mencebik geram sambil side-eye Hud yang berada di dalam kereta.

Dia membuka pintu bahagian penumpang kereta. Dahinya terlanggar pintu kereta. Dia mendesis perlahan lalu mengambil kek yang ditempah Datin Fatima itu di tempat penumpang.

"Nah, ni kek yang aunty pesan. Akak pergi dulu ya. Kirim salam aunty and uncle. Pastu kirim salam rindu ke abang frozen Dhia tu ya." menyempat je kan kau ni, Nayla!

Dhia menyambut huluran Nayla Adeena sambil mengangguk kepalanya lalu menyalami Nayla.

Nayla kemudian membolos masuk ke dalam baby black nya itu. Dia masuk gear, turunkan brek tangan. Dia melambai tangan ke Dhia dan berlalu pergi. Apabila dia selisih dengan kereta Hud....

Pin!Pin!Pin!

Nayla menekan hon keretanya sambil menjelirkan lidah ke arah Hud.

Ingat dia aje ke boleh hon orang! Nah Nayla bagi triple hon! huh, nasib lah handsome! eh?

Dhia yang memerhati aksi tidak semenggah Nayla tergelak besar sambil menggeleng perlahan. Manakala Hud yang berada di dalam kereta hanya berdecit. Dia memarkir keretanya di perkarangan rumah.

"Jom!" mengajak Faris masuk ke rumahnya.

*****

Hud melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Faris dan Dhia.

"Assalamualaikum, bonda! papa!" laung Hud sambil meletakkan bagasinya di tepi sofa di ruang tamu. Dhia melangkah ke dapur untuk menyimpan kek bonda di dalam peti sejuk.

"Mak Som, bonda dengan papa mana? Tadi Kak Nayla datang takde siapa pun buka pintu." kata Dhia dengan sopan.

"Che Puan ada kat atas. Nak berehat katanya. Tuan Idris keluar meeting rasanya. Mak Som pulak lepas siap bantu Che Puan tadi Mak Som terus pergi solat. Tu yang tak dengar tu. Lama ke Nayla tunggu? Maaflah Mak Som tak dengar. Nayla ada ke ni?"

Serba salah pulak dia sidai Nayla kat luar tengah-tengah panas terik ni.

Dhia mengangguk kemudian menggeleng, "Takpe, Kak Nayla dah balik. Dia ada tempat lain pulak nak dituju. Rasanya tak la lama sangat kot dia tunggu tadi. Mak Som pergilah rehat dulu biar Dhia yang hidang makanan and panggil bonda."

"Tak apa. Mak Som baru lepas rehat. Ini baru nak sambung semula kerjanya."

Sambil-sambil menghidang makanan di meja makan , Dhia memanggil Hud....

"Along! Abang Faris! mari makan."
Beberapa minit, muncul dua sahabat itu di ruang makan.

"Makanlah. Dhia pergi panggil bonda kejap. Papa tak ada. Dia keluar meeting. Andd abang Hud..." panggil Dhia. Hud mengangkat muka memandang adiknya tanda untuk Dhia meneruskan kata.

"...Kak Nayla kesayangan abang kirim salam rindu" Dhia mencicit lari ke tingkat atas. Hud mengguling matanya ke atas. Faris yang melihat hanya mampu menggeleng kepala. Dhia yang nakal. Patut lah kamceng saja dengan Nayla.

"Cey, cey ,ceyyy." usik Faris sambil tangan mencedok lauk di hadapan.

Mewah ya makanan Datin Fatima masak. Ada masak lemak pucuk paku, sambal telur, ulam-ulaman, sambal belacan, ayam goreng, ikan masin. Wah masakan kampung! Kecur air liur!

Walaupun rumah itu mempunyai pembantu rumah, Datin Fatima tidak membenarkan mereka memasak. Kerja-kerja yang lain diuruskan oleh pembantu rumah kecuali memasak.
Pada pendapatnya, bagi mengikat kasih dan silaturahim keluarga bermulanya dari mengikat perut anak dan suami.

Hud yang mendengar hanya memberi riak kosong. Hud mula membaca doa makan lalu menyuap nasi ke dalam mulut. Sedap! Bonda masak lauk kegemaran Hud!

"Hud, Faris." sapa Datin Fatima yang sedang melangkah ke meja makan bersama Dhia. Tadi sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada Nayla meminta maaf.

" Jemput makan, Faris. Tambah banyak-banyak. Aunty memang masak lebih harini. Kejap lagi pulak Dhia hidangkan chocolate cake favorite Hud. Mak Som, mari makan sekali." sambung Datin Fatima lagi.

Mereka semua menjamu selera sambil berborak. Mencerita itu dan ini.

"Lama dah ke papa keluar, bonda?" Hud meletakkan potongan kek coklat kegemarannya ke atas piring.
Ceria sahaja wajahnya.

"Lama juga la. Rasanya dah habis meeting kut ni." Jam dinding dikerling.

Hud angguk. Kek coklat itu dipotong kecil dan disuapkan ke dalam mulut.
Terangguk-angguk kepalanya sambil mengunyah. Sedap! Sama seperti selalu.

Dia seorang yang cerewet bila datang kepada kek coklat. Tak semua kek coklat kena dengan seleranya, tapi kek coklat dari Nayla's Cafe menjadi pilihan hati dari kali pertama dia mencuba.
Selepas itu hanya kek coklat dari kafe itu saja yang dia makan. Selainnya dia tidak suka.

"Nah abang Faris." Dhia menghulurkan sepiring kek coklat kepada Faris dan duduk di sisi Hud.

"Sedap ke along? Dua kali tambah nampak." Dhia menjungkit keningnya.

Hud hanya menggumam. Malas mahu melayan. Kalau tidak, tak berhenti adiknya itu menyakat. Geram aje!

Datin Fatima menggeleng kepala. Senyuman tak lekang dari bibir. Lama sudah dia tidak bersua muka dengan anak sulungnya itu. Reda rindu yang memberat di dada.

"Dhia. Simpan sepotong untuk papa. Kalau tidak tak sempat papa nak makan. Habis along bantai sorang-sorang dia nanti." Terlepas tawa mereka. Hud menjeling adiknya melalui ekor mata.

Dhia yang paling sakan ketawakan abangnya.

"Along kalau dah dapat kek kak Nayla memang tak ingat orang lain dah. Dia bantai sorang-sorang dia sebiji boleh habis." Dhia tambah dengan gelak yang masih tersisa.

"Diam lah kau. Aku campak kau dekat luar baru tau. Dasar anak pungut." bidas Hud. Kan sudah dikata. Dhia ni tak boleh dilayan. Makin menjadi-jadi.

Terhenti terus tawa Dhia. Faris yang melihat menahan senyum.

Dhia menjeling geram alongnya. Kalau tak sakitkan hati orang sehari tak boleh ke?

Ditampar kuat bahu Hud sebelum bangun dari duduk untuk menyimpan sedikit kek untuk papanya. Datin Fatima mengeluh pasrah. Sudah biasa dengan keadaan begini.

********

"Sally! lama dah ke kau datang?" tanya Nayla seraya mengambil duduk dihadapan Saleha di sudut buku di kafe nya.

"Ada lah dalam sejam macam tu. Kau dah settle delivery dah ke?" tanya Saleha sambil menyuap sepotong red velvet cheesecake ke dalam mulut. Hmmm! kek buatan rakannya ini tak pernah mengecewakan!

"Dengar cerita, kau delivery kek ke rumah Datin Fatima tadi? Amacam, jumpa pakcik beku kau tu tak?" Kening dijungkit sebelah. Bibir mengukir senyuman senget.

Dengar saja nama encik beku diseru terus bersinar mata hazel Nayla. Tersengih lebar Nayla nengingatkan Hud.

Nayla kemudian membuka cerita tentang pertemuannya dengan Hud Haydar tadi. Penuh semangat dia bercerita. Saleha hanya menjadi pendengar setia. Memang kebiasaannya begitu, Nayla yang suka berceloteh dan Saleha yang menjadi pendengar setia.

Sally menemani Nayla sehingga kafe ditutup dan mereka pulang ke rumah bersama. Sepanjang hari mereka bertukar cerita. Maklumlah seminggu tak jumpa.. Semua benda nak diceritakan.

"Sally, hujung minggu ni kau free tak?" tanya Nayla sambil mata menonton K-drama di TV.

"Hey, aku tak pernah free of charge okay. Always berbayar" Sally meloyar buruk.

Pap!

Sebuah bantal kecil mendarat tepat ke muka Sally, "betul betul lah! aku nak ajak pergi book hunting. Lama dah kita tak memburu."

Sally membaling semula bantal tersebut ke arah Nayla tetapi tersasar. Nayla tergelak kuat. Cis! Sally mendengus geram.

"Hmm. Boleh jugak. Hujung minggu ni memang schedule aku free."

"Nice!" Nayla mengeliat kemudian mengatur langkah ke biliknya diikuti Sally.





Hud mengurung diri di dalam bilik kerjanya setelah menunaikan solat Isya'.
Tekun sungguh dia menulis di sebuah buku. Kaca mata yang tersangkut di hidung mancung di tolak naik sedikit. Selesai saja coretannya, ditenung buku itu. Senyum tipis dikoyak.

Buku itu dijaga dengan sungguh cermat. Diletakkan semula buku itu ditempatnya di dalam laci aras atas sekali.

Badan diregangkan sedikit sebelum bangkit dari duduk dan menuju ke arah rak bukunya. Sebuah novel tentang penyiasatan diambil. Baru beberapa bab saja dia menelaah. Selebihnya tergendala kerana tuntutan kerja.

Kemudian dia menuju ke sofa dan menghempas badannya di situ. Badan dibaringkan. Terasa selesa saja, terus dia membaca bahagian terakhir yang ditanda.

Ralit dia membaca sehingga tersengguk-sengguk. Tanpa sedar matanya mula kuyu dan terus dia terlelap. Buku menutup mukanya juga sudah dia tidak sedar.

***********to be continued*************

maaf kalau hambar. saya tulis ni saja-saja mengisi masa lapang

lovely,
violet rose

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 66.8K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
22.8K 1.6K 49
Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...
1.5M 131K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
2.7M 156K 49
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...