Nayla Adeena : His Forever (S...

By VioletRosess_

5.5K 288 2

{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring More

Disclaimer
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44

Bab 1

340 12 0
By VioletRosess_

"Baba. Nanti adik masuk Uni baba teman tau." Nayla di bahagian penumpang memeluk seat pemandu. Kepala disendeng di kepala seat pemandu.

Encik Fakhrul mengangguk.

"Minggu depan kan, adik?"

"Ya. Abang tak boleh ikut sekali ke?" Naufal di sisi di pandang dengan muka kesian. Abangnya perlu bekerja di luar kawasan pada hari kemasukan Nayla ke universiti.

"Tak boleh la adik. Abang dah cuba apply tapi tak diluluskan. Nanti abang pergi melawat Nayla." Pujuk Naufal.

"Abang! Careful!"

Nayla Adeena dan Naufal Adha segera menoleh ke depan.

Bam!

Bam!

Bam!

"Allahuakbar!"

Terbuka luas mata Nayla. Dia mengucap panjang sambil mengurut dadanya. Mimpi itu datang menjengah lagi. Air mata yang meleleh diseka.

"Astaghfirullah. Astaghfirullah." Nayla meraup wajahnya. Jam di dinding bilik dikerling. Sudah masuk waktu Subuh.
Lantas kaki dihayun menuju ke bilik air.

Selesai bersiap dan solat, Nayla bergerak ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Dua keping roti disapu dengan mentega kacang dan coklat sebelum dibakar.

Dia hanya menjamah roti bakar dengan segelas susu. Makanan orang bujang.

Rumah dikemas serba sedikit sebelum dia bergerak ke tempat kerjanya.

******

Kring!

"Hai! Selamat datang ke Nayla's Cafe." sambut Nayla Adeena dengan mesra. Nayla merupakan pemilik kafe yang bertemakan 'book & coffee'.

Sudah masuk tahun yang ketiga sejak Nayla's Cafe beroperasi. Dan tahun ini kafenya mendapat sambutan yang hangat setelah di naik taraf untuk beberapa kali. Hasil dari titik peluhnya sendiri.

"I would like to have one iced caramel macchiato with extra shot, please."

"Yeah sure! any add-ons? cakes? pastries?"

"Umm. nope! That's all. How much?"

"Total would be RM15, sir." Balas Nayla. Setelah selesai berurus niaga dengan pelanggan yang terakhir itu, keluh penat dilepaskan perlahan.

Nayla menghayun kaki melangkah ke pintu masuk kafe dan memusingkan signboard 'close'. Nayla mengambil tempat di salah satu sofa kecil yang terdapat di kafenya itu. Kepala diletakkan di atas meja untuk berehat sebentar sebelum closing kedainya.

Leganya!

'Lapaaaar tapi malasnya.' gumamnya perlahan sambil mengusap perut yang membuat tarian singa sedari tadi. Mama, Nayla lapar! dia memuncungkan bibir comelnya. Nak balik rumah. Nak balik rumah. Itu saja yang bermain dalam fikirannya tika ini.

"Kak Nayla, ni list barang yang perlu restock." Sabiha yang merupakan salah seorang pekerjanya di kafe itu menghulur sekeping kertas kepada majikannya.

Nayla Adeena mengangkat kepala lalu menyambut huluran kertas yang diberi oleh Sabiha itu.

"Terima kasih. Esok akak order kat supplier. Biha nak balik dulu, pergilah. Dah makan ke belum?"

Sabihan mengangguk, "Biha tunggu akak closing lah baru balik. Ni akak tak nak makan ke? Last akak makan lunch tadi kan?" tanya Sabiha prihatin. Tangan menghulur sepaket KitKat kepada Nayla. Nayla sudah sediakan sebalang KitKat bekalan untuknya di kafe.

Nayla memimikkan muka minta simpati.
KitKat dibuka dan digigit separuh. Terpejam matanya menikmati coklat kegemarannya. Berehat bersama KitKat.

"Haah, akak lapar tapi malaslah nak pergi beli. Nanti on the way balik rumahlah akak singgah mana-mana kedai. Nak settle kafe cepat-cepat."

Dia mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan 9 malam. Alamak!

"Jom kemas-kemas cepat. Dah lewat dah ni." ajak Nayla seraya melangkah ke dapur untuk membersihkan dapur dan segala suis-suis yang perlu dimatikan.

Selesai sahaja semuanya, mereka melangkah keluar dari kafe dan menuju ke arah kereta masing-masing.

"Drive safe, Biha. Esok datang awal teman akak susun barang." Kemudian mereka membawa hala tuju masing-masing.

Dalam perjalanan pulang, Nayla sempat singgah sebentar di restoran tomyam yang berdekatan untuk memesan makan malamnya dan terus pulang ke rumah. Letih! Rindu Bubu di rumah.


"Assalamualaikum! Bubu, Mummy dah balik!"

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar-liar mencari encik bulus kesayangannya itu. Bubu nya itu merupakan seekor kucing baka dari British shorthair.

"Meow!" Bubu berjalan dengan gaya malas menuju ke kaki Nayla lalu bergesel-gesel di situ. Nak manja-manja la tu! Dasar budak gemok! Oops sorry terbody shaming awak, bulus!

"Jom, teman mummy makan. Mummy lapar!" Bibir comel itu dijuih sambil mengendong Tiger ke arah sofa. Haihla. Sendunya hidup. Makan bertemankan kucing.

Nayla menetap di rumah bersama seorang rakannya, Saleha. Tetapi Saleha seringkali bekerja di luar kawasan. Saleha - seorang pereka fesyen yang terkenal. Sekarang dia berada di Sabah selama seminggu untuk menghadiri kursus fesyen. Esok baru si budak Sally tu balik. Rindu kawan gosip aku sorang ni.

Usai membersihkan diri dan solat, Nayla terus merebahkan badan di atas tilam empuk.
Nikmat!

Mata merenung siling yang diterangi samar cahaya dari lampu tidur. Mindanya ligat memikirkan ahli keluarganya yang jauh darinya.

Rindu!

Lama kelamaan mata terpejam rapat dan terus masuk ke alam mimpi. Hari yang memenatkan! Semoga tidurku tidak keluar air liur basi, amin!

*********

"Ladies and gentlemen, Flying Kings Airlines welcomes you to Kuala Lumpur. The local time is 1400. We've been safely landed. Keep all your belongings and throw the rubbish in the right place. Enjoy your holiday for the tourist and welcome home for the Malaysia citizen. this is Captain Hud Haydar speaking, thank you"

Malaysia, I'm back!

"Welcome home, captain!" ujar Faris selaku co-pilot Hud.

"Alhamdulillah, you too. Jom! tak sabar aku nak balik rumah." Rindunya katil aku!

Jejaka tampan itu berjalan beriringan penuh gaya dengan Ray-Ban tersangkut kemas di hidung sambil menarik bagasi di tangan kanan dan memegang topi di tangan kiri. Dengan penuh bergaya mereka berjalan melintasi orang-orang disitu.

Sudah hampir sepurnama Hud tidak menjejak kaki ke rumah orang tuanya. Dia mempunyai penerbangan sepanjang satu bulan. Tambahan pula, dia perlu uruskan kursus penerbangan di bawah syarikat Flying Kings di beberapa buah negeri. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan ahli keluarganya.

Hud menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya apabila terasa getaran yang datang dari telefon menandakan ada panggilan masuk.

"Along! dah sampai ke? Dhia tunggu dekat gate A." terjah Dhia Huda adik kesayangan Hud.

"Waalaikumussalam, along dah on the way ni." perli Hud.

"Cis! perli orang nombor dua. Alang-alang tu belanja Starbucks satu. Reward sebab Dhia tunggu along setengah jam awal."

Hud mengguling matanya ke atas, "Eleh, tunggu setengah jam je pun. Kecoh macam tunggu sehari awal. Meh naik atas. Along tunggu dekat Starbucks ni. Adik order lah nak apa pun."

Faris disebelah hanya diam mendengar perbualan dua beradik itu. Sudah terbiasa dengan hubungan love-hate adik-beradik itu.

Beberapa minit kemudian, Dhia muncul dan mereka memesan air. Dhia turut memesan sepotong cholocate walnut cake. Sambil menyelam minum air bak kata pepatah. Macam mana pepatah itu berkata-kata, aku pun tak tahu. Yang aku tahu duit along harus dikikis oleh adik kesayangannya ini. Hehehe!

"Kau datang sini bawa kereta siapa?" tanya Hud. Sepertinya dia dapat mengagak sesuatu.

"Kereta along lah. Buat-buat tanya pula."

"Kenapa tak guna kereta kau? Baby aku juga yang kau pakai." riak tidak puas hati terpancar di wajah kacak itu.

Kereta mahal tu. Mahu terbabas di mana-mana ke? Makan meggi lah jawabnya.

"Jimat duit minyak Dhia. Tak apa, baby along tu sihat aje. Dia tak langgar siapa-siapa pun. Hampir sahaja."
Dhia menayang sengih tidak bersalahnya.

Suatu ketika dahulu, Dhia pernah memandu kereta Hud itu dan dia melanggar pokok kerana tidak sempat menekan pedal brek.

Mana tidaknya, ditekan pedal minyak tak ingat dunia. Sekali kucing melintas jalan terus hilang kawalan kereta itu dan terbabas. Mujur dia tidak mengalami kecederaan berat.

Selepas kejadian itu, seminggu Hud tidak bercakap dengan adiknya. Mogok!

"Abang Faris tumpang kitorang sekali ke?" Dhia menyedut ais kafe latte nya itu. Srrrruupp! tak senonoh punya adik!

"Minum sopan sikit lah." tegur Hud.

Tangan naik menjentik dahi Dhia perlahan.
Dhia mendesis perlahan menggosok dahinya. Sakit tahu! dah la tangan macam giant! Nak report bonda lah gini!

Faris tergelak perlahan sambil menggelengkan kepala, "Tak kut. Abang dah order grab tadi. Nanti sampai la tu."

"Jom lah kitorang hantar kau. Satu jalan aje." pelawa Hud.

"Tak menyusahkan korang ke? lagipun aku dah order grab ni" segan dia dengan Hud. Seringkali menumpangkan dia pulang ke rumah apabila mereka pulang dari penerbangan.

"Cancel aje la abang Faris. Lagipun bonda ajak abang makan kat rumah kitorang. Bonda masak spesial sebab along balik harini." balas Dhia sambil menggulingkan matanya ke atas.

"Hmm, ok lah kalau gitu. Aku tumpang kau ya, Hud. Terima kasih bro." Hud mengangguk dan mereka bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah bonda dan papa. Kereta dipandu oleh Hud. Memang tak la nak bagi adiknya memandu.

"Along. Cenderahati untuk Dhia ada tak?" Dhia di belakang menjengul sedikit kepalanya.

Hud menolak kembali kepala Dhia ke belakang.

"Ada kat dalam beg. Barang yang kau pesan pun ada. Dah dok diam-diam. Buas lah kau ni." Hud mendengus.

Dhia mencebik lalu bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

"Tak rilek la along ni." Dhia memandang tajam Hud di cermin pandang belakang. Hud yang melihat jelingan Dhia hanya menjelir lidah.

"Kau orang berdua kalau tak bergaduh tak boleh ke?" Faris yang diam sedari tadi mula bersuara.

"Dia yang mula dulu." Hud dan Dhia menjawab serentak. Mereka saling berpanah mata.

Faris mengeluh. Suka hati kau orang berdua lah! Baik dia tidur dulu. Penat!

Sejak dariawal dia bersahabat dengan Hud semasa di akademi penerbangan lagi, dua beradik itu kadang macam isi dan kuku, kadang macam magnet utara selatan. Pening juga dia kekadang mahu melayan.

************to be continued************

Selamat membaca!

lovely,
violet rose

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 73 3
part 2 of "Psycho". We ended with a painful cliffhanger. Here, I shall offer you an explanation that will leave you with even more questions I will n...
259K 4.2K 50
friends are therapists you can drink with kian lawley x OC
2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
1.5M 111K 42
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...