Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

446K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

BAB 2

23K 1.5K 236
By AnjellHomosapien

 NOT-EDITED


BAB 2

Empayar Publishing Group. Sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Memonopoli industri buku dengan menerbitkan buku terlaris di pasaran. Lebih-lebih lagi untuk genre fiksyen. Sehingga menembusi pasaran global. Para penulis mendambakan lambang Empayar terpampang penuh gah pada kulit buku mereka. Pencinta buku pula bagaikan serigala jadian disuluh bulan purnama penuh, agresif keluar memburu tiap kali buku baru mereka dilancarkan.

Empayar ialah satu impian.

Dan itu juga salah satu sebab kenapa Ardean memilih untuk melakukan latihan industri di syarikat itu. Dia mahu lihat macam mana syarikat hebat itu beroperasi. Dia mahu belajar. Tapi, sungguh tak sangka hari pertama pun dah diuji.

Ardean hanya mengikut langkah bergaya wanita bersanggul tinggi itu masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat sebelum dia pusingkan tubuh.

Kaku.

Ardean terpukau dengan keindahan pejabat ketua editor itu. Tak seperti personalitinya yang dingin, bilik itu nampak seperti sangat mengalu-alukan tetamu. Dinding di belakang sepenuhnya dibina rak buku putih. Padat dengan buku.

Peminat buku.

Di hadapannya pula ada sebuah meja kayu putih yang menjadi meja kerja. Sebuah iMac yang menjadi jantung kerjanya berada di sebelah kiri. Ada beberapa pokok kaktus di dalam pasu kecil yang tersusun cantik.

Peminat kaktus.

Dekorasi dan susun atur lain cantik dan terletak, seperti mendapat setuhan interior designer bertauliah. Ringkas dan kemas. Bertemakan warna putih dan kayu. Sesuai dengan kerjaya seorang editor.

Aesthetic.

"Ardean Tufail." Suara itu buatkan Ardean tersedar ke alam nyata. Hilang sudah kekagumannya terhadap bilik itu. Kembali ingat pada alasan sebenar dia diseru masuk.

"Ya, saya, Cik Eshal."

Tangan Eshal yang sedang menyelak helaian kertas itu terhenti. Pantas dia panggung kepala untuk melihat lelaki yang berdiri di hadapan mejanya itu.

Lama.

Ardean pula kekal tenang. Meskipun dia turut tertanya-tanya. Ada yang tak kena dengan muka dia ke? Sampai berkerut-kerut kening cantik wanita itu merenungnya. Atau itu cumalah satu cara untuk mendominasinya sebagai seorang bos? Apa-apa pun, matanya terus menatap sepasang anak mata dingin itu tanpa menunjukkan riak gentar.

Eshal mengalihkan pandangannya dulu. Kemudian geleng-geleng kepala. Entah kenapa rasa ada sesuatu pada suara lelaki itu. Yang buatkan kepalanya pantas mahu melihat. Seperti ferum ditarik magnet. Telinga terlebih sensitif? Atau ada memori yang sudah terkambus dalam? Rasa macam pernah dengar, tapi tak ingat kat mana. Adakah mereka pernah berjumpa?

Atau mungkin itu hanyalah ilusinya.  Eshal berdehem. Kemudian masuk mod profesionalnya. Dia kembali tunduk melihat kertas di tangannya. Resume Ardean yang diterima daripada bahagian sumber manusia.

Hari ini! Buatkan hatinya kembali bengkak. Terpaksa terima intern secara mengejut. Mereka sengaja merahsiakan daripada pengetahuannya! Tanpa sedar, kertas di tangannya direnyuk sedikit.

Tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan hati. Arahan big boss harus dipatuhi. Eshal tiada pilihan. Dia sendiri pun baru nak kenal siapa budak intern yang nak mula hari ini.

Budak ke?

"Awak nampak... hmm..." Eshal rapatkan kedua-dua bibir sambil merenung Ardean.

"Tua?" Ardean baik hati tolong sambungkan. Manalah tahu wanita itu tak tergamak untuk menyebutnya.

"Matured. You look matured." Eshal betulkan.

Padan saja. Umur dua puluh lapan tahun tertulis di resume itu. Eshal membaca lagi apa yang tertulis pada kertas itu.

"Ardean Tufail, also known as A.T..." Dia berhenti. "Like.. Astatine?"

Kaget Ardean mendengarnya. Terus unsur kimia paling jarang dalam periodic table yang disebutnya.

"I'll call you Astatine. I like it. It's easy to remember."

Lebih senang daripada nama dia yang lawa itu? Auch! Pun boleh, Cik Eshal. Astatine pun Astatine la! Ardean tayang muka reda.

Peminat buku. Peminat kaktus. Dan peminat kimia. Unik ya, cik editor kita ni!

"Awak belajar linguistik. Kenapa awak pilih untuk intern di bawah editor bahasa Melayu? Your English is excellent. And your supervisor praises you for your foreign languages proficiency. Kenapa bukan bahasa Inggeris atau bahagian terjemahan?"

Aduh.. adakah sesi interviu dia sedang bermula? Orang lain kena interviu untuk dapat tempat intern. Dia pula dah dapat baru kena interviu. Hentam sajalah, Ardean!

"Sebab itu pilihan saya."

"Awak rasa cukup dengan alasan tu?" sinis Eshal.

"Jika kita diberi pilihan, kenapa tidak? Saya suka belajar benda baru," jawab Ardean tenang.

"Well... seseorang yang baru nak belajar takkan memberi apa-apa untung kepada saya. I'm quite ruthless. And I need someone competent. Awak rasa awak berguna untuk saya?"

Ardean memikirkan ayat seterusnya.

"At. akan bertukar kepada Au."

"Huh?" Eshal tak faham.

"Astatine will turn into Aurum."

Eshal yang masih kurang jelas menanti lelaki itu menyambung.

Ardean senyum dulu.

"Ada pepatah Cina mengatakan. Yù bù zuó, bùchéngqì. You don't simply cut the jade. It requires polishing to turn into a gem."

"Dan... Yánshī chū gāotú. Strict teachers produce brilliant students. Saya akan mengikut acuan Cik Eshal. Hebat Cik Eshal, hebatlah saya. And that time, Astatine will turn into precious Aurum. Perantis Cik Eshal yang akan banyak membantu Cik Eshal nanti, " terang Ardean dengan penuh yakin.

Lelaki itu bijak berkata-kata. Eshal mengakuinya dalam diam.

"Suka baca buku?" Soalan lebih santai daripada Eshal.

"Hobi saya."

Auto pandang Ardean dari atas sampai bawah.

"Not surprising."

Ardean yang mendengar komen itu hanya diam. Ada terpacak penanda buku atas kepala dia agaknya. Tak mustahil juga dicap budak nerd. Namun, dia tak peduli. Nerd itu seksi apa? Ardean senyum senget dalam hati.

"Genre apa yang awak baca?"

"A true reader is a reader who never judges on someone else's reading materials. He reads all so he understands the diversities exist for a reason."

"Buku apa yang awak dah baca?"

"Hmm..." Ardean mencari jawapan yang paling sesuai dan selamat. Mata menangkap sesuatu di atas para kecil yang berada di sebelah Eshal. Rendah dan senang dicapai. Beberapa buah buku tersusun elok.

"Yang sebelah Cik Eshal tu, semua saya dah baca."

Pantas Eshal pandang ke arah yang dikatakan Ardean itu. Wajahnya sedikit terkejut.

"Royal Chronicles?"

Angguk.

"Keempat-empat?"

Angguk lagi.

"Then you are a fan of the writer. Apa yang awak tahu tentang penulis ni?"

Automatik liur masuk kerongkong. Lebih-lebih lagi bila Ardean melihat Eshal menarik buku paling hujung yang berkulit hitam dan membelek-beleknya.

Dah masuk open book test pulak dah ke? Ardean tahu Eshal sengaja mahu mengujinya.

"Setahu saya penulis tak berapa disclose dia punya kehidupan. Hanya tahu nama pena dia, A.N Astatine. And he..."

"He? What makes you think it's a he?" Laju Ehsal potong dengan sebelah kening diangkat. Tak puas hati.

"Tak siapa tahu dia lelaki atau perempuan," jelas Ardean.

"Jadi, tak semestinya lelaki. You're being sexist," bidas Eshal.

Okey... 

"And 'she'... is a Malaysian," sambung Ardean demi membuatkan wanita itu berpuas hati. Qalqalah sikit ketika menyebut perkataan 'she' itu. Dua puluh peratus memang niat untuk bersarkastikus.

Ada bau-bau aura feminis!

"Orang Malaysia sini atau orang Malaysia yang menetap di sana, tak siapa yang tahu. Tapi dia terbit buku di bawah satu syarikat penerbitan di U.S. Mungkin sebab itu buku dia bestseller," sambung Ardean lagi. Nak selamat, guna saja bahasa Melayu. 

Lelaki ke perempuan, tetap guna 'dia'. Tak adalah jadi isu dunia kalau tersalah letak jantina untuk jantina yang tak diketahui. Ini 'she' jadi 'he' pun nak dibuat gaduh. Guna 'they' karang jadi kecelaruan identiti pula.

"You're being skeptical here. Awak seolah-olah mempertikaikan bakat dia sebagai seorang penulis. Buku-buku dia bestseller kerana penulisnya adalah dia," balas Eshal serius. Marah agaknya orang kutuk penulis kesayangan dia.

"Saya tak nafikan orang pilih buku dia sebab sukakan jalan cerita dan sebab dia penulisnya. Itu tunjang sesebuah buku. Penulisnya. Penulis menebarkan sihir mereka dalam keindahan susunan aksara dan bait katanya. Lalu pembaca terpanah dan memilih untuk menjadi pengikut setia. Mereka sayap penulis. Tak kiralah ke mana pun penulis itu pergi, sayap-sayapnya akan selalu mengikutnya dan membantunya untuk terbang lebih tinggi."

Eshal terkebil-kebil memandang Ardean. Agaknya macam ni la kalau budak linguistik berhujah.

"Tapi Cik Eshal juga tak boleh nafikan peranan sesebuah syarikat penerbitan dalam melariskan jualan buku. Berapa banyak penulis underrated yang kurang dikenali? Jalan mereka cukup bagus tapi hanya kerana diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang kecil, jadi dia kurang mendapat sambutan. Kurang promosi. Cik Eshal juga tahu berapa ramai penulis yang beratur mahu menerbitkan karya mereka di bawah Empayar. Sebab mereka tahu Empayar hebat. Dan Empayar juga memilih penulis yang hebat," hujah Ardean lagi, panjang lebar. Masih tenang nadanya.

Mungkin bekerjasama dengan lelaki ini tak adalah teruk sangat. Hati kecil Eshal mendesis. Mungkin sebab itu Ardean diterima oleh bos besar.

Jeda.

"Kalau awak berada di bawah saya, awak akan hadap macam-macam jenis cerita. Malay romance. Full of cringe. Awak lelaki. Boleh tahan ke agak-agak?" uji Eshal.

Sekali lagi Ardean diusyar dari atas sampai bawah. Dia sendiri agak musykil. Ini kali pertama ada editor lelaki untuk novel bahasa Melayu. Gaya pemikiran mereka tak sama.

"Don't worry. I'll manage. From A to Z, Alpha to Omega, Alif to Ya, I'll appreciate everything," balas Ardean bersama satu senyuman manis. Namun hanya ditentang oleh wajah tanpa senyuman Eshal.

"Well... you just have to prove it. I hope we can work together..." kata Eshal bersama satu renungan tajam. "Peacefully." Amaran!

"Insya-Allah." Tapi Ardean langsung tak koyak ketenangannya. Tetap juga senyum manis dan positif.

Eshal menekan interkomnya.

"Afifah, nanti tolong ajarkan Astatine apa-apa yang patut. Untuk tiga hari pertama ni, bagi dia baca manuskrip-manuskrip yang dah ditolak sebelum ini. Saya nak tengok komen dan ulasan dia."

Kemudian pandang Ardean.

"Awak dengar kan? Sebelum saya bagi awak tugasan yang betul, saya nak tengok sama ada awak layak atau tidak untuk menjadi seorang editor. Afifah dan Jihan akan guide awak nanti."

Ardean angguk faham.

"Kalau tiada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang."

Akhirnya!

Fuh.. Lega! Rasa nak lap peluh halimunan di dahi. Halangan pertama dia dah berjaya lompat galah dengan penuh gaya. Haraplah galahnya cukup panjang untuk lompat halangan seterusnya yang lebih tinggi.

----

"Hai, saya Afifah! Err.. nama apa tadi? Astatine?" Afifah cuba untuk mengingat kembali.

"Ardean Tufail. Boleh panggil saya A.T." Cepat-cepat Ardean betulkan. Astatine itu hanya cik ketua editor yang terlebih kreatif mencipta.

"Okey, A.T. Jom saya kenalkan dengan staf kat sini. Tak ramai sangat pun di bahagian local fiction department ni."

Ardean hanya mengikut.

"Local fiction department ni gabung untuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kiranya satu tim la. Saya dan Jihan editor bahasa Melayu di bawah Cik Eshal." Afifah tunjuk ke arah seorang lagi perempuan bertudung hitam yang sempat senyum ke arahnya sebagai tanda perkenalan sebelum sambung menatap skrin komputernya. Sibuk betul.

"Ini meja untuk editor bahagian bahasa Inggeris. Itu Nabila dan itu Shivani. Mereka di bawah Miss Stacy, ketua editor untuk bahasa Inggeris. Miss Stacy tak ada kat pejabat sebab belum masuk lagi. Guys, say hello to A.T."

"Hai!" Dari gadis bertudung yang bernama Nabila.

"Hello, handsome!"  Dari gadis India yang bernama Shivani.

"Hai!" Ardean turut membalas.

"Ini Hairi. Satu-satunya staf hero kat bahagian ni. Graphic designer cum marketing in charge."

"Hello, bro! Hope kita boleh jadi geng." Lelaki berkaca mata itu menyapanya. Ardean turut membalasnya.

Kemudian dia mengikut Afifah ke arah satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang lelaki dan perempuan. Nampak lebih muda belaka.

"Ni semua geng budak-budak intern. Awak pun akan duduk sini. Bolehlah berkenal-kenalan dulu dengan mereka. Guys, jangan buli dia." Sempat Afifah berpesan.

Ardean ditinggalkan setelah itu. Dia hanya melihat wajah-wajah yang merenungnya penuh minat itu. Ada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Dia boleh putuskan bahagian ini memang kepupusan warga dominan testosterone. Termasuk dia, hanya tiga orang lelaki. Tiga lawan lapan. Fuh! Cukup tiga bulan, mahu luntur kromosom Y dia.

"Astatine?" Gadis berambut ikat ekor kuda itu menegurnya.

"Ardean Tufail. Boleh panggil A.T." Entah kali keberapa dia harus perkenalkan dirinya.

"Semua orang dengarlah apa Cik Eshal panggil tadi. Bergema satu ruang. But don't worry, bro. You're not alone. Rubidium's talking."

"Rubidium?"

"For Ruby." Perempuan itu julingkan mata ke atas.

"Oh.." Hanya itu komen Ardean.

"Itu Enita aka Argentum." Ruby tunjuk ke arah seorang perempuan yang sedang sibuk menulis itu. Bila dengar namanya diseru, dia angkat muka dan sengih. Rambut yang dihighlight ala-ala kelabu berkilat itu buatkan Ardean terus faham kenapa dia mendapat gelaran itu.

Rubidium? Argentum? Dia baru melangkah masuk makmal kimia ke apa sebenarnya ni?

"Yeah.. I know. Let's just say.. our Elsa has a special way to remember people." Ruby yang seakan faham air muka Ardean ketika itu berkata.

"Siapa?"

Ruby pandang kiri kanan dulu sebelum turunkan satu oktaf suaranya. Takut ada yang pasang telinga.

"Elsa. The Queen of Arendelle aka the Snow Queen. Siapa lagi? Cik Eshal kita la. Ingat dia je reti namakan orang?" Seronok Ruby mengutuk.

Snow Queen? Patutlah! Terbayang satu renungan sejuk beku dari sepasang mata cantik. Bila bersama, tak kena gaya rasa macam duduk di Artantika. Aura Elsa jangan dibuat main. Ardean tahan gelak.

Pandangan Ardean tertala pada seorang lelaki yang duduk di sebelah Argentum itu. Yang ni apa pula?

"Aku special case sikit, bro. Aku Carbon Monoxide."

"Apa dia?"

"Elsa cakap aku ni perangai tiga suku, tak cukup sifat macam gas karbon monoksida yang tak habis terbentuk gara-gara incomplete combustion. Kesian, kan?" Pura-pura mengeluh.

Ardean tak tahu nak gelak atau nak bersimpati.

"It's okay, bro. Carbon monoxide screams danger. Silent killer. So it means you are cool," balas Ardean.

"Kan? See... sebab tu tempat ni perlukan lebih ramai kaum Adam. Bro supports bro."

Ruby dan Enita mencebik mendengarnya. Ardean tersenyum cuma.

"Mamat kuat merepek ni namanya Yunus. Kitorang panggil Yun. Kami bertiga intern di bawah Encik Hairi." Ruby berkata.

"Awak umur berapa ek? Nampak macam abang." Enita yang hanya bisu sedari tadi bersuara. Kening berkerut macam tengah teka umur Ardean berapa.

"Dua puluh lapan tahun. Memang abang pun."

"Whoa... ini dah geng-geng staf sini!" Suara Yunus teruja.

"Weh, baru seronok! Tak adalah orang berani nak buli kita kalau ada abang A.T," kata Enita pula. Auto panggil abang memandangkan jarak umur mereka agak jauh.

Ardean tergelak. Bila bersama mereka, dia rasa makin tua pula. Jelas nyata aura dia sebagai abang Long. Haraplah dia boleh sekepala dengan mereka semua. Tolak ketua editornya yang berwajah ketat lagi sendat itu, kehadirannya rasa dialu-alukan.

Nampaknya Astatine akan bersama-sama Rubidium, Argentum dan Carbon Monoxide di bawah taklukan Elsa The Snow Queen selama tiga bulan. 


At = Astatine

Au= Aurum=Gold

Ag= Argentum=Silver



Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

22/4/2023

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
3.2M 284K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
104K 4.5K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...