Lelaki Astatine

By AnjellHomosapien

446K 33.2K 4.9K

Ardean Tufail X Eshal Elzahra More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER 1
- ANNOUNCEMENT-
TEASER 2

PROLOG

70.9K 3.3K 649
By AnjellHomosapien

A/N: Hanya rasa ingin menulis. Itu saja...

-not-edited-

PROLOG

Selangkah. Dua langkah. Bagaikan robot, Eshal hanya menurut kehendak kakinya. Berat rasa dadanya, bagai dihenyak batu yang berat. Tubuhnya pula seperti mati segala fungsi. Mungkin gara-gara otaknya yang kosong. Atau terlalu tepu untuk menerima semuanya.

Terngiang-ngiang kembali suara itu...

"Waktu kematian. Sepuluh lima puluh tujuh minit malam."

Dan dengan itu, matanya yang masih belum sempat kering kembali banjir. Mencurah-curah dengan lebatnya. Menghadam fakta yang otaknya masih enggan mahu terima.

Mama dah tak ada. Mamanya dah tak ada! Mamanya sudah meninggalkan dia di dunia ini.

Lalu kakinya mulai lembik. Namun belum sempat dia rebah, tangannya sempat bertongkat pada satu bangku. Terus melorot tubuhnya jatuh ke atas permukaan kayu itu.

Tangisan bertukar esakan. Terhinjut-hinjut bahu menahannya. Sungguh rasa hidupnya kosong. Apa gunanya lagi hidupnya bila satu-satunya insan yang menyayanginya, insan yang paling dia cinta telah pergi meninggalkannya?

Mama...

Baru beberapa minit yang lepas dia menjadi saksi mama menghembuskan nafasnya yang terakhir, jiwanya sudah menagih rindu. Dambakan pelukan mamanya.

Mama...

Matanya masih terbayang-bayang lagi. Bilik wad yang suram. Selimut putih menutup keseluruhan sebujur tubuh kaku mama. Dan dia... dia terus meraung, terduduk di atas lantai sejuk di wad itu.

Mama...

"Innalillahiwainnailaihirrajiun. Takziah." Eshal tergamam mendengar suara itu. Terhenti sesaat tangisannya. Hanya perlahan suara itu. Tapi dia tetap terkejut sebab dia ingat cuma dia di situ.

Kepala ditolehkan ke arah kanan. Ada satu susuk sedang duduk di atas bangku. Di sebelah kanannya, tapi membelakanginya. Lelaki itu sedang duduk di atas bangku yang membelakangi bangkunya.

Eshal tak tahu siapa. Tahu lelaki pun gara-gara suara garau yang menegurnya tadi. Dan seumur hidupnya, itu kali pertama dia mendengarnya.

Ada hoodie hitam sedang menutup kepala lelaki itu. Dari sisi, Eshal tak dapat melihat wajahnya. Tambahan pula sekeliling yang agak gelap. Tapi duduknya pun sudah tinggi, cukup menggambarkan lelaki itu adalah seorang yang tinggi. Hanya memandang depannya.

Siapa dia? Dia ucap takziah. Adakah dia seseorang yang mengenali Eshal? Eshal tertanya-tanya.

"Awak kenal saya atau keluarga saya?" Eshal bertanya.

Siapa tahu lelaki itu adalah kaum kerabat keluarga papanya. Mengenangkan papanya, hati Eshal kembali berat. Memikirkan akan nasibnya nanti. Hidupnya kini adalah pertarungannya sendiri.

Nampak kepala lelaki itu bergerak. Meskipun mereka mempunyai jarak, dia kenal gerakan kepala lelaki itu adalah satu gelengan.

"Ini hospital. Dan awak sedang menangis. It's not hard to guess," jawab lelaki itu.

Jadi, lelaki itu cumalah seorang orang asing.

"Tapi tak semestinya ada orang meninggal." Eshal tak tahu kenapa dia memilih untuk berbahas dengan lelaki yang tak dikenalinya itu. Padahal memang betul dia baru menghadapi kematian.

"Lafaz istirja' bukan hanya untuk yang meninggal. Tapi untuk siapa-siapa yang ditimpa musibah. Sembilan puluh peratus manusia berada di hospital sebab musibah. Saya hanya hulurkan simpati saya. Sebagai rakyat Malaysia. Sebagai orang Islam."

Dalam erti kata lain, Eshal tahu maksudnya lelaki itu tak salah.

"Siapa yang meninggal?" Suara itu bertanya pula. Lembut dan terselit rasa peduli.

Eshal tak tahu macam mana lelaki itu yakin dia baru menghadapi kematian sedangkan mereka baru saja lepas berdebat tadi. Mungkin terpancar jelas dari reaksinya. Kali ini, Eshal terus menjawabnya.

"My mom." Secuba mungkin Eshal menahan tangis agar tidak kedengaran getaran dalam jawapannya. Namun dia tahu dia gagal, bila lelaki itu menoleh ke arahnya.

Terus dia pandang hadapannya. Enggan dilihat oleh lelaki itu. Enggan dilihat matanya yang sembab akibat menangis. Eshal malu.

Sunyi.

Eshal ketap bibir menahan esakan. Dan dia tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu.

"Menangislah. Tiada orang lain di sini melainkan saya."

Eshal telan liur.

"Kat sini gelap. Saya tak nampak awak. Saya tak kenal awak. Dan saya janji saya tak akan tengok. Jadi... menangislah sepuas hati." Mungkin kerana suara itu menenangkan dan bagaikan satu pujukan, Eshal gagal mengekang emosinya.

Lalu dia lepaskan semuanya.

"Mama! Mama! Kenapa mama tinggalkan Eshal?" Eshal terus menangis. Anehnya, dia tak rasa malu langsung. Mungkin sebab rasa sedihnya yang jauh lebih hebat. Rasa malu terbenam di dasar lautan yang paling dalam bila kita kehilangan orang yang paling kita sayang. Secara fitrahnya, kewarasan kita juga mungkin akan hilang untuk seketika.

Malam hening. Hanya disulami oleh esakan Eshal yang meratap. Lelaki itu pula hanya membiarkannya. Hanya mendengar luahan-luahan yang meruntun hati. Faham akan besarnya sebuah kehilangan abadi.

Rindu yang tak berkesudahan. Hanya mampu berdoa semoga dipertemukan di syurga nanti.

Beberapa minit belalu, akhirnya Eshal sedikit tenang. Beban di dadanya bagaikan hilang separuh. Air matanya juga turut berhenti mengalir.

Untuk masa sekarang.

Eshal kesat matanya dengan ibu jari. Satu keluhan berat dilepaskan.

"I'm sorry." Serak sedikit suara Eshal meminta maaf. Terus dia berdehem untuk hilangkannya. Dikerling sekilas ke belakang untuk melihat lelaki itu. Posisinya masih sama seperti tadi.

Agaknya sedang mengotakan janji. Dia dah janji dia tak akan tengok Eshal menangis. 

Eshal juga kembali menghadap depan.

"It's fine. Grieving is a phase to move on. Awak baru kehilangan syurga awak."

Bila dengar kata-kata lelaki itu, tekak Eshal rasa kelat. Kembali teringatkan arwah mamanya, namun dia masih mampu menahan sebaknya.

"Mana ahli keluarga awak yang lain? Mereka pasti mencari awak."

Soalan lelaki itu mengundang rasa susah hatinya sekali lagi. Ingin saja Eshal menjawab, tiada. Ahli keluarganya cumalah mama. Tapi dia tahu itu tidak benar. Dia masih punya papanya.

Papa yang tidak meraikan kewujudannya. Papa dan keluarga papa.

Jadi, salahkah kalau dia cakap dia kini sebatang kara?

"Sesuatu mengganggu fikiran awak?" Mungkin sebab dia diam, lelaki itu mengasaknya dengan soalan baru.

"Mama dah tinggalkan saya. Dan saya rasa saya dah tiada sesiapa lagi dalam hidup saya." Kali ini, Eshal jawab.

"Maksudnya, awak masih punya ahli keluarga yang lain. Family conflict then." Lelaki itu bagaikan membuat konklusi sendiri. Tapi Eshal tak mengeyakan mahupun menafikannya.

"Who are you? A paparazzi?" Eshal menahan bibirnya dari ternaik. Agak busy body di situ. Entah kenapa dia rasa kelakar.

"I prefer, a therapist. Lebih handsome bunyinya. Sometimes we just find comfort in a stranger's presence."

Kali ini bibir Eshal betul-betul koyak senyum. Ada-ada saja mamat ni.

"So Mr. Therapist, awak pula buat apa kat sini?" Eshal ubah topik. Agak tertanya-tanya apa lelaki itu sedang buat di kawasan yang gelap itu. Lelaki itu terlebih dahulu berada di situ. Adakah sedang berduka sepertinya? Macam yang lelaki itu katakan tadi, sembilan puluh peratus orang berada di hospital sebab musibah.

"Tengah layan perasaan. Saya baru lepas kena reject." Sungguh tak sangka dengan jawapan lelaki itu. Cukup bersahaja sampaikan Eshal pula yang confused nak bagi reaksi apa. Tak tahu apa yang lelaki itu rasa.

Marah? Sedih? Atau kecewa? Eshal tak boleh nak agak yang mana memandangkan lelaki itu hanya kekal di posisinya. Baru dia sedar, sepanjang-panjang mereka berbual, sekali pun mereka tak pernah bertentang mata.

Tapi... dia tak merungut. Selesa seperti itu. Pasti lelaki itu juga.

"Hmm... sorry to hear that." Eshal tak pandai dalam berkata-kata. Apatah lagi memujuk atau memberi kata-kata semangat. Tapi dia harap lelaki itu tahu dia turut simpati dengan apa yang dah berlaku.

"It's fine. No hard feelings."

"Tak sedih?" Eshal pula yang sibuk jadi mamarazzi. Bukan apa. Macam tak percaya aje dia tak sedih.

"Nah... I already expected it. Less expection, less hurt." Mudah jawapan lelaki itu.

Siapakah perempuan yang telah mengecewakan lelaki itu? Staf hospital? Atau pesakit?

"One's trash is someone else's treasure. Pernah dengar? Jadi saya hanya perlu terus mencari siapa yang menghargai saya."

Wow... sungguh positif lelaki itu!

Eshal pusing kepala ke arah lelaki itu. Sedang mendongak ke arah langit. Buatkan dia dapat melihat sedikit siluet wajah lelaki itu. Tapi hanya dari sisi. Itu pun masih dilindungi oleh hoodienya. Cuma nampak bentuk hidung mancungnya yang terletak.

Buatkan Eshal turut memandang dada langit. Bulan purnama. Bintang berkerlipan. Cerah dan ceria, langsung tak menggambarkan hari mereka yang berduka.

Alam sungguh kejam!

"Hmm.. ruginya perempuan tu!" Terletus komen selamba dari mulut Eshal.

Tiba-tiba kedengaran ketawa jantan bergema. Terus Eshal pandang ke arah punca bunyi itu. Nampak kedua-dua bahu lelaki itu terangkat beberapa kali menandakan dia betul-betul terhibur dengan komen Eshal.

"Kenapa? Ada yang kelakar ke?" Eshal pelik.

"Nothing." Tapi jelas kedengaran jawapan itu diberikan bersama bibir yang sedang tersenyum. Tahan lucu.

"Saya jealous dengan awak." 

"Kenapa?" Suara lelaki itu kembali normal.

"Sebab awak tahu nilai diri awak. Unlike me. I'm a trash. But no one's treasure."

"Just not yet. Someone out there probably is hunting for his treasure."

Giliran Eshal pula ketawa. Sinis.

So sweet pujukan lelaki itu. Tapi Eshal lebih tahu semuanya. Dia bukan dalam pencarian Prince Charming.

"Saya maksudkan ahli keluarga saya sendiri. If I should consider them as family." Keras di hujung ayatnya.

Sunyi seketika. Eshal keraskan lehernya daripada toleh ke sebelah. Dia tak mahu tahu reaksi lelaki itu. Agaknya tekejung sebab tak sangka. Atau tayang simpati sebab ditakdirkan dengan keluarga begitu.

Tapi itu tak menghalang Eshal daripada terus bercerita.

"Mama dah tak ada. My life is going to be like hell later. Papa saya ada keluarga sendiri. Semua orang tak sukakan saya. Saya akan selalu kekal sebagai sampah di mata mereka." Eshal senyum sinis.

Masih sunyi.

"Sedihkan? Abaikan je la apa yang saya cakap tadi. Saya tak patut ceritakan pada orang luar." Eshal sedar akan ketelanjurannya itu walaupun sudah terlambat untuk ditarik semula.

"Jangan risau. Saya kan Mr. Therapist. A therapist is as good as a wall. And wall doesn't speak and doesn't have ears."

Tersenyum Eshal mendengar jawapan itu. Tapi tak komen apa-apa.

"I'm off to Boston tomorrow. Kita mungkin tak akan berjumpa lagi. Jadi, awak boleh tarik nafas lega," kata lelaki itu lagi.

Jadi... malam ini adalah malam terakhir lelaki itu di Malaysia. Sebab itu agaknya malam-malam pun boleh sesat kat hospital.

"Study?" teka Eshal.

"Iyup."

Hmm... orang pandai! Walaupun dah boleh diagak daripada butir bicara dan gaya bahasa lelaki itu. Maksudnya, mungkin umur mereka lebih kurang sama. Atau lelaki itu cuma lebih muda atau tua beberapa tahun daripadanya.

Boston University? Havard? Atau MIT? Jurusan apa? Mahu saja Eshal bertanya lagi, namun dia sedar semua itu bukan urusannya. Seperti apa yang lelaki itu cakap tadi, mereka mungkin tak akan berjumpa lagi.

"Rahsia awak selamat dengan saya. Jangan risau."

Diam. Diam yang selesa. Eshal lupa seketika tentang mamanya, sehinggalah lelaki itu kembali bersuara.

"Siapa nama arwah mama awak?"

"Kenapa nak tahu?" Selalu kalau orang luar tanya tentang mamanya, Eshal akan jadi defensive. Paranoid dengan dunia luar. Tapi malam ini, suaranya hanya mendatar. Hanya tertanya-tanya kenapa lelaki itu mahu tahu.

"Saya nak sedekahkan bacaan al-Quran dan doa untuk arwah mama awak lepas balik nanti. Semoga urusan arwah dipermudahkan di sana."

Sebak dada Eshal mendengarnya.

"Nur Qaseh binti Muhaimin," sebut Eshal. Siapa sangka ada orang asing yang baik hati sudi mendoakan mamanya. Terharu.

Eshal mahu mengucapkan terima kasih. Namun terbantut bila kedengaran deringan telefonnya. Terus dia seluk kocek belakang seluar jeannya itu. Nombor tak dikenali. Tapi Eshal cukup hafal siapa.

Isteri papa. Eshal hanya tenung skrin besar itu. Telan liur dan kumpul kekuatan sebelum digesek ikon berwarna hijau itu. Tahu mungkin jeritan amarah yang bakal dihadapnya nanti.

Dan itulah yang terjadi. Eshal hanya tadah telinga beberapa saat mendengar suara tinggi isteri papanya bertanya akan keberadaannya. Menyerunya agar cepat-cepat kembali ke wad. Sempat lagi dicap anak derhaka sebab tiada sebagai anak untuk urusan jenazah mamanya. Dia hanya tahan rasa seperti selalu tanpa menjawab. Bersyukur rasanya bila akhirnya talian mati.

Kembali ke alam nyata. Kembali pada kenyataan yang mamanya sudah tiada. Dia harus kembali ke wad. Dia kuat!

Berat hati.

Terasa bayu malam bertiup perlahan, buatkan anak rambutnya menampar lembut pipi kirinya. Terus dia selitkan ke celah telinga. Sejuk. Kemudian dia rasa kini dia hanya bersendirian. Bila dia pusing memandang sekeliling, memang betul lelaki berhoodie tadi dah hilang. Mungkin meninggalkannya ketika dia menjawab panggilan tadi.

Entah kenapa, rasa kecewa.

Mata Eshal cekap menangkap sesuatu meskipun dalam kegelapan itu. Warna putih yang beralun-alun ditiup angin. Betul-betul di tempat yang diduduki lelaki tadi. Buatkan kening Eshal berkerut sedikit. Lelaki itu ada tertinggal barangkah?

Terus Eshal melangkah ke arah itu. Mahu melihat apa yang ditinggalkan lelaki itu. Cumalah satu tisu napkin berwarna putih yang ditindih satu batu supaya tak terbang. Ada sesuatu tertulis pada tisu itu.

Eshal mencapainya. Dihalakan skrin telefonnya yang bercahaya supaya dapat dibaca dengan lebih jelas.

Ketika ada yang melabel awak sebagai 'sampah', ingatlah tentang Kintsugi. Sampah itu cantik. Sampah itu diangkat menjadi sesuatu lebih bernilai dari bentuk asalnya.

The more it breaks, the higher the value.

Kintsugi shows you the beauty of imperfections. Wrong people will throw the broken ceramics away. But right people who find their worth, will fix and make them beautiful again.

Be strong, Cik Eshal! La Tahzan!

-Mr. Therapist-

16/3/2014

Eshal abaikan macam mana lelaki itu boleh tahu namanya. Hanya kerana dadanya rasa sesuatu setelah membaca tulisan tangan yang cantik itu. Rasa terpujuk. Juga terharu. Dia hanya perlukan seorang orang asing untuk memberikan kata-kata semangat. Siapa sangka?

Seperti apa yang lelaki itu katakan tadi...

Sometimes we just find comfort in a stranger's presence.

Kemudian Eshal baru sedar sesuatu. Dia tak sempat nak ucapkan terima kasih. Dia juga tak sempat nak ucap tahniah dan good luck untuk pengajian lelaki itu di Boston nanti.

Dan dia... rasa terkilan!


30/1/2023

Continue Reading

You'll Also Like

6.1K 874 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
4.2M 132K 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't u...
35.9K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...